BAB 40

Romance Series 33949

ABSYAR MENGHELA NAFAS lega sebaik saja kesemua pesakit yang berada di zon merah itu berjaya dirawat oleh mereka. Scrub biru tuanya yang sudah terhias dengan percikan darah dia cuci sekali lalu di tandas.

Leher yang terasa lenguh dia picit perlahan dengan mata yang tertutup. Sesekali bahunya juga turut dia urut dan tumbuk perlahan untuk menghilangkan rasa nyeri.

Kaki mula melangkah ke arah bilik yang dikongsi bersama rakan sekerja yang lain. Mejanya ditujui lalu senyuman lebar mula tergaris pada bibirnya.

Bekal yang diberi oleh Zinnirah pagi tadi sebelum dia bergerak ke hospital masih elok tidak bersentuh. Hari ini genap lima bulan perkahwinan mereka namun masih tiada apa-apa perubahan dalam rumah tangga Absyar dan Zinnirah.

Tetapi Absyar berasa sangat dihargai apabila setiap hari isterinya tidak pernah lupa untuk memberikannya bekal makanan. Dia tidak pernah memaksa bahkan Absyar sudah melarang Zinnirah untuk berhenti membuatkannya bekal jika hanya memenatkan wanita itu. Namun, wanita itu hanya mengabaikannya.

Bekas itu dibuka dengan harapan makanan yang dimasak oleh isterinya itu masih elok kerana jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Dan kini, Absyar baru mahu menjamah makanan tengah harinya.

Nasi putih, paru berlado dan sayur sawi.

Alhamdulillah, bekalnya masih elok.

Tanpa menunggu lama, Absyar bergerak ke arah peti sejuk dan mengambil sebotol air mineral lalu mencuci tangannya di singki. Dengan langkah laju, dia kembali ke mejanya.

Doa dibaca dan dia makan hasil masakan isterinya itu dengan penuh santun. Sesekali matanya tertutup menikmati makanan yang sudah sejuk itu.

Sedapnya!

Untungnya badan dapat Zinnirah!

Wanita itu sentiasa tahu tentang apa yang dia gemar, paru berlado. Dan jujur dia cakap, paru berlado Zinnirah ialah masakan yang paling sedap yang dia pernah rasa.

Tak tipu!

Mesej yang tiba-tiba masuk mengganggu fokus Absyar. Dia terus mengambil telefonnya di dalam poket scrub dengan mulut yang masuh mengunyah makanan.

Nama yang terpampang membuatkan dia tersengih seorang diri.

Sayangku Zinnirah
Awak...
Saya ada meeting adhoc petang ni
Saya minta izin balik lambat sikit ya
Mungkin saya balik malam

Absyar Abid
Saya izinkan.
Agak-agak meeting tu habis
pukul berapa, yang?

Absyar masih menunggu balasan isterinya itu dengan perasaan yang tidak menyabar. Iyalah, mana mungkin dia akan membiarkan isterinya pulang sendirian di malam hari menggunakan pengangkutan awam.

Sayangku Zinnirah
Saya tak pastilah awak
Rasanya meeting akan habis
sebelum maghrib
Saya mungkin akan solat dulu
sebelum balik
Takut tak sempat

Absyar Abid
Kalau macam tu saya
jemput awak ya.
Lepastu kita dinner kat
luar malam ni.

Sayangku Zinnirah
Takpe ke?
Awak tak letih ke?
Jauh tau hospital dengan
firm saya.

Absyar Abid
Sudah semestinya tak apa, sayang.
Nanti saya jemput awak.
Awak tunggu dalam ofis tau.
Jangan pergi mana-mana
selagi saya tak sampai.

Sayangku Zinnirah
Hahahaha ><
Okie awak
Saya tunggu ^^

Absyar Abid
Comel betul isteri saya ni...

Sayangku Zinnirah
Okey bye suami
Saya nak kerja
Werk (◐∇◐*)

Absyar Abid
Haih comelnya!
Kerja elok-elok sayanggg!

Dan mesejnya yang terakhir tidak dibalas. Absyar hanya tersengih seorang diri dan berulang kali membaca perbualan mereka.

Ya Allah, comelnya isteri dia!

Geram!

Makanan dia habiskan segera sebelum dia membuat keputusan untuk mandi dan menukar pakaiannya. Mana mungkin dia menjemput isterinya dengan scrub yang bercorakkan darah ini.

Uina, tidak romantis langsung bah!

ZINNIRAH melangkah laju menuruni anak tangga apabila mendapat pesanan bahawa suaminya itu sudah sampai di bawah. Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, dia memandang Absyar yang sedang menunggunya di luar kereta.

"Assalamualaikum, awak!" tegur Zinnirah membuatkan Absyar lantas memanggungkan kepalanya.

Wajah ceria isterinya memenuhi ruang mata Absyar membuatkan lelaki itu turut tersenyum lebar. Zinnirah benar-benar sudah menjadi happy virusnya.

"Waalaikumsalam isteri saya," jawab Absyar tenang.

"Salam," pinta Zinnirah sambil menghulurkan tangannya.

Absyar tanpa lengah langsung menyambut huluran isterinya dan membiarkan kekura tangannya dicium lembut.

Ini merupakan salah satu perubahan Zinnirah yang Absyar sangat bangga dengannya. Wanita itu sudah mampu untuk menyalami tangan suaminya tanpa dipinta walaupun hanya pada waktu selepas solat dan juga dalam keadaan seperti ini.

Namun tak apa, slowly but surely. Dia akan membantu Zinnirah untuk perlahan-lahan mengatasi rasa traumanya.

"Kita nak makan apa?" soal Zinnirah sebaik saja kereta Bezza Absyar mula membelah angin.

"Boleh tak kalau kita makan kat mamak? Ke awak tak suka?" Kepalanya menoleh pada Zinnirah sebentar sebelum kembali ke jalan raya.

"Boleh je, saya tak kisah. Asalkan dapat teh ais sedap dan kaw!"

Absyar hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila terdengar perkataan teh ais itu. Minat sungguh dia dengan teh ais.

"Macam mana meeting tadi? Okey ke?" tanya Absyar.

"Alhamdulillah, everything went well. Awak tahu tak, team saya dipilih untuk design satu projek baru dan saya sangat excited! It's going to be my first project," cerita Zinnirah dengan penuh semangat sehingga dia menyandarkan badannya pada pintu kereta untuk melihat sang suami.

"Really? Projek apa tu, yang?" Absyar turut sama melayan.

"A bungalow. A high-cost bungalow to be exact," kata Zinnirah dengan sengihan di bibir.

"Uyo, isteri saya nanti kerja dengan orang-orang kaya lah ni?" usik Absyar sambil menjungkitkan sebelah keningnya.

"Nampaknya macam tulah. Nanti awak doakan projek saya berjalan lancar tanpa ada kesalahan besar tau. I need your du'a," pinta Zinnirah dengan mata yang bercahaya.

Doa sang suami sangat diperlukan dalam setiap langkahnya sebagai seorang isteri.

"Insya-Allah, saya tak pernah lupa untuk doakan isteri saya ni. Jangan risau, semoga projek Puan Zinnirah akan berjalan lancar dan klien akan suka dengan hasil akhirnya." Doa Absyar dengan senyuman lebar.

"Amin amin amin, Ya Allah! Makbulkanlah doa suamiku ini, Ya Allah." Zinnirah meraup wajahnya berulang kali sehingga menyebabkan Absyar tertawa kecil.

"Awak ni comel sungguhlah, yang..." puji Absyar secara tiba-tiba. Pipi Zinnirah mula merah apabila diserang tanpa sempat dia bersedia.

"Awak pun comel... Cakap saya pulak..." kata Zinnirah sambil memuncungkan sedikit bibirnya.

"Eh, saya comel ke?" tanya Absyar semula.

"Haah, awak je yang tak sedar."

"Kat mana comelnya, Puan Zinnirah?" Bibir sudah mengulum senyum. Wanita itu turut terkebil-kebil sambil memandang sisi wajah Absyar.

Haahlah... Kat mana comelnya?

"Tak tahu..." balas Zinnirah perlahan. Absyar terus menghamburkan tawanya dengan respons sang isteri.

Ya Allah, kok kamu gemas sekali?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience