BAB 24

Romance Series 33949

"ABANG NI KAN... kalau Mus tinggal Ji kejap je kat rumah dengan abang mesti something happened," kata Mustaqim dengan keluhan yang terlepas.

Dulu Zinnirah lari rumah. Sekarang, pengsan. Lepas ni apa pulak?

Wajah Zhafran dan juga Atiya dipandang sekali lalu sebelum dia bergerak ke katil Zinnirah yang masih tidak sedarkan diri.

"Benda dah jadi, Mus. Mana abang tahu dia akan pengsan macam ni. Everything was out of my control. Abang tak expect pon Ji tak ingat langsung keluarga ibu," balas Zhafran panjang dengan nada suara yang semakin membeku.

"What did you expect? Dulu lepas Ji keluar hospital pun dia tak ingat dia pernah keguguran. Apatah lagi sekarang yang dia memang consume anti-depressants. Memang dia tak akan ingat orang yang dia dah lama tak jumpa." Mustaqim mula menderam geram.

"Dan Ati..." panggil Mustaqim menyebabkan Atiya yang menunduk terus memandang abangnya yang kedua itu.

"Ya abang?" perlahan Atiya menjawab sebelum melangkah satu tapak ke hadapan.

"Jangan pressure Kak Ji. Jangan paksa dia untuk ingat Ati sedangkan memori dia tentang Ati dan ibu sememangnya dah tak ada. Because you pushed her too much, see..." Zinnirah ditunjuk.

"She's sick." Usai ayat itu, Mustaqim menutup sekejap matanya dan menghembus nafas berat.

"Ati minta maaf... Ati tak tahu..." ucap Atiya dengan suara yang bergetar menahan tangis apabila ayat Mustaqim itu bagai meletakkan semua kesalahan pada bahunya.

"Hm, eloklah Ati jadi adik kesayangan Abang Zhaf kau tu. Dua-dua selalu aje tak tahu, apa yang tahu pun aku tak tahulah," kata Mustaqim selamba sehingga dia mendapat jelingan tajam Zhafran.

"Abang Mus..." panggil Atiya lalu melabuhkan duduk di tepi Mustaqim di atas katil Zinnirah ketika itu.

Mustaqim hanya diam dan menunggu gadis itu membuka mulut.

"Macam mana Ati nak rapat semula dengan akak?" tanya Atiya dengan serius. Dia benar-benar mahu hubungan mereka menjadi akrab semula seperti sebelumnya.

"Itu... Bergantung pada Ji sendiri. Dia ada trust issue yang tinggi dengan manusia. Maybe you should gain her trust first tapi abang tak janji itu akan ambil masa yang singkat. Satu tahun? Dua tahun? Mungkin lepas tu Ati dan Ji akan rapat semula" jawab Mustaqim lalu menjongketkan bahunya.

"Lamanya bang..."

"Sapa suruh tinggalkan Ji dulu? Hadaplah sekarang," bidas Mustaqim pedas. Atiya hanya menahan rasa.

Betullah apa yang Mustaqim katakan itu. Dia yang tinggalkan Zinnirah. Dia yang terlampau ego dulu sehingga sanggup merayu supaya Zinnirah menarik semula dakwaan terhadap baba sedangkan gadis itu telah hancur sehancurnya pada ketika itu.

"Ati janji Ati tak akan give up untuk rapat dengan Kak Ji..." janji Atiya lalu matanya melirik ke arah Zinnirah yang masih pengsan.

"Ati minta maaf akak..." ucapnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Mustaqim.

"Create new memories with her. Jangan sebut langsung tentang apa yang berlaku antara Ati dan dia sewaktu di hospital dulu. Dia dah banyak terseksa sebelum Ati dan ibu muncul semula. Tanamkan rasa empati setinggi yang boleh dalam diri Ati, fahamilah dia. Untuk dia kembali normal walaupun tidak seceria dulu, itu tidak mudah langsung. Jadi, jangan kacau mental dia lagi. Sayangilah dia dengan selayaknya," pesan Mustaqim sebelum kepala Atiya yang bertudung diusap perlahan.

"Terima kasih abang," ucap Atiya dengan mata yang berkaca. Itu kali pertama Mustaqim mengusap kepalanya setelah beberapa kali dia datang ke sini.

"My pleasure," balas Mustaqim sebelum tersenyum kecil. Dia terus bangkit dan meninggalkan Atiya dan Zinnirah di dalam bilik itu.

Abangnya yang berdiri seperti tiang lampu dijeling.

"Abang tak nak turun ke?" tegur Mustaqim.

"Naklah, tunggu kau la ni."

"Apahal pulak tunggu Mus?"

"Abang risau kau pukul Ati."

Mustaqim terus berdecit kuat dengan tuduhan abangnya. Sanggup dia fitnah lelaki budiman ini memukul perempuan? Jangan sampai abangnya pulak yang mendapat pukulannya nanti!

"Abang ingat Mus ni baran ke? Mus tak pernah pukul orang lah. Ke abang nak try?" Penumbuknya dia angkat ke hadapan wajah Zhafran sebelum terus ditepis lelaki itu.

Mustaqim terus mengekek ketawa apabila melihat wajah Zhafran.

"Tahu takut," usik Mustaqim.

"Tak takutlah, malas nak layan kau," kepala Mustaqim ditolak sedikit sebelum dia meluru berjalan meninggalkan adiknya di belakang.

"Kepala jangan mainlah, bayar zakat kot!" kata Mustaqim sambil menggosok kepalanya.

"Abang pun bayar zakatlah!" Zhafran turut menyahut dari bawah.

DESIS kesakitan yang terbit daripada bibir Zinnirah menyedarkan lamunan Atiya. Terus dia bergerak mendekati Zinnirah yang sedang memicit perlahan kepalanya dengan mata yang tertutup.

"Akak..." panggil Atiya penuh lembut sebelum melutut di atas lantai bersebelahan katil Zinnirah. Air dituangkan ke dalam gelas lalu dia membantu gadis yang melihatnya pelik itu untuk bangun dan bersandar pada kepala katil.

"Akak nak air?" soal Atiya. Zinnirah hanya diam seribu bahasa.

Namun Atiya tetap menghulurkan segelas air kepada kakaknya itu. Hampir 15 saat dia menunggu sebelum hulurannya bersambut.

Senyuman penuh keceriaan mula terlakar pada muka Atiya. Ini satu permulaan yang baik kan?

"Akak nak makan?" tanya Atiya lagi. Matanya menatap iris Zinnirah dengan penuh kasih.

"Nama apa tadi?" Zinnirah mula menyoal Atiya apabila dia terlalu lama berdiam diri.

Semakin lebar senyuman Atiya mendengar soalan itu.

"Atiya Badrina. Akak boleh panggil Ati," jawab Atiya dengan penuh semangat.

"Umur?"

"20 tahun."

"Study?"

"Haah dekat IPG."

Jeda.

Zinnirah sudah tidak tahu bagaimana mahu memanjangkan perbualan mereka. Dia sudah memikirkan kata-kata Zhafran tadi.

Atiya ini... Adiknya.

Dia cuba untuk ingat gerangan Atiya namun gagal.

Entah kenapa.

"Akak pun study ke sekarang?" Zinnirah hanya angguk.

"Satu kampus dengan Abang Mus dengan Abanh Acad kan?" tanya Atiya lagi. Zinnirah terus menoleh untuk memandang wajah adiknya itu.

Acad?

Atiya kena Absyar.

"Ati kenal Absyar?"

"Kenal. Abang Acad yang jaga akak waktu di hospital dulu. Dia bergilir dengan Abang Mus. Dia baik akak, dahlah hensem!" kata Atiya tanpa sedar.

"Ni macam random tau akak, tapi Ati harap sangat abang Acad akan jadi abang ipar Ati nanti," ujar Atiya sambil tersengih.

Dia boleh nampak dengan mata kasarnya yang Absyar itu suka pada Zinnirah sejak dulu lagi. Kalau tidak, takkan Absyar sanggup ikut Mustaqim balik ke sini sedangkan mereka tengah melepak di luar tadi?

Wajah gusar lelaki itu apabila melangkah masuk ke dalam rumah Abang Zhafran apabila dimaklumkan keadaan Zinnirah yang pengsan. Atiya nampak semuanya.

Lelaki itu benar-benar ada hati pada kakaknya.

Zinnirah hanya terkebil-kebil mendengar luahan rawak Atiya itu. Dia terus bangun dari duduknya.

"Akak lapar, nak turun bawah," kata Zinnirah laju.

"Akak, pakai tudung. Kat bawah ada Abang Acad," tegur Atiya lalu menghulurkan tudung sarung Zinnirah yang disangkut di belakang pintu bilik.

Zinnirah secara tiba-tiba mengeraskan diri apabila sedar akan ayat Atiya itu.

"Absyar ada di sini?" Matanya memandang tepat pada wajah Atiya yang masih tersenyum lebar memandangnya.

"Iya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience