BAB 26

Romance Series 33949

SATU TIN KOPI sejuk diserahkan pada Absyar yang duduk bersandar di kerusi menunggu dengan mata yang tertutup demi melepaskan lelah.

Terus terbuka matanya yang hampir merah itu apabila terasa ada benda sejuk di pipi. Mata Absyar. menjadi sepet kerana silau.

"Mengantuk betul kau ni," tegur Mustaqim lalu mengambil duduk di sebelah Absyar.

"Thank you," ucap Absyar sambil menunjukkan kopi itu pada Mustaqim. Penutup tin dibuka dan dengan lafaz basmallah, Absyar tegur air kopi iti dengan harapan dia akan kembali segar selepas ini. Masih ada beberapa jam waktu berbaki sebelum shiftnya habis.

Absyar kelihatan sungguh longlai ketika itu.

Sejak dari jam 11 malam sehingga sekarang; 4.30 pagi, Absyar perlu mengawal situasi yang agak kelam kabut pada jabatan kecemasan apabila berlakunya kemalangan yang membabitkan dua buah keluarga. Hampir separuh daripada mangsa kemalangan itu dimasukkan ke dalam zon merah disebabkan kecederaan yang teruk.

Absyar yang sememangnya memilih untuk bertugas di jabatan itu sejak setahun yang lalu sudah kentalkan hatinya dengan kejadian seperti ini.

Mangsa-mangsa itu dibawa ke jabatan itu dengan harapan untuk terus hidup dengan bantuan medik di situ dan juga kuasa daripada Allah SWT.

"Aku dengar baru masuk kes baru. Accident kereta, dua keluarga cedera parah. Betul ke?" soal Mustaqim sebelum sambung meneguk kopinya.

Berbeza dengan Absyar, Mustaqim memilih Jabatan Paediatrik sebagai pilihan pertamanya seusai housemanship setahun lalu.

Absyar angguk.

"Teruk. Ada seorang mangsa kanak-kanak tu peparu dia tercucuk besi sehingga menyebabkan komplikasi teruk. Tekanan darah semakin menurun tapi besi tu susah nak keluarkan. It's kind of nerve-wracking moment sebab heartbeat dia drop mendadak. Tapi alhamdulillah, everything went well. Semuanya selamat because she's a fighter after all," kata Absyar sebelum tersenyum kecil.

Kanak-kanak itu sudah dimasukkan ke dalam ICU untuk pantauan lanjut kerana dia masih belum melepasi tahap kritikal.

"Alhamdulillah, tak silaplah aku belanja kau kopi as a reward," gurau Mustaqim sambil tersengih.

"Yalah, kopi RM2.50 pun saya terima dengan hati terbuka ya Dr. Mustaqim," balas Absyar lalu meneguk sehingga habis kopi itu.

Badan diregangkan sedikit sebelum dia kembali bersandar di kerusi hospital.

"Kau nak tahu satu good news tak?" tanya Mustaqim sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali.

"Apa?"

"Ji..." Mustaqim menghentikan ayatnya demi mahu melihat reaksi sahabatnya itu.

Dan seperti yang dia jangka, Absyar terus menoleh ke arahnya secara mendadak apabila nama gadis itu meluncur laju dari bibir Mustaqim.

"Kenapa dengan dia?" soal Absyar apabila Mustaqim hanya menggantungkan percakapannya.

Mustaqim hanya mengulum senyum melihat respons lelaki itu.

Amboi, risau beno.

"Muka kau tu tak payahlah nak cuak sangat. Cover sikit muka tu," tegur Mustaqim sambil menahan tawa.

Absyar terus berdehem lalu mengambil tin kopi yang sudah kosong itu sebelum dilekapkan di kedua-dua belas pipinya.

"Ji bagitahu aku, dia akan konvo dua bulan dari sekarang. So, dah nak kena start prepare apa yang patut. Nak ambil jubahlah, bayar yuran itu ini. Tapi aku rasa untuk ambil jubah tu, aku nak mintak Atiya yang temankan Ji, okey kan?" Mustaqim bercerita panjang.

Absyar hanya mengangguk sedangkan dalam fikirannya sudah bermain hal lain.

"Mus, boleh tak aku nak buat kerja gila?" tanya Absyar tanpa menoleh ke arah Mustaqim.

"Kerja gila apa?"

"Izinkan aku lamar adik kau pada hari konvokesyen dia." Dalam satu nafas, Absyar menghabiskan ayatnya.

Mata Mustaqim terus membuntang sebelum dia menarik bahu Absyar supaya menghadapnya.

"Kau biar betul?"

"Aku serius ni Mus... Aku tak main-main."

"Kau still dengan pendirian kau nak kahwin dengan adik aku? Macam apa yang kau luah pada aku 4 tahun lepas?" Bertubi-tubi soalan itu terbit daripada bibir Mustaqim.

"Ya." Pendek saja Absyar menjawab.

"It's been 4 years and hati kau still memilih dia?" soal Mustaqim lagi.

Salah Mus, aku dah tunggu dia 7 tahun lebih, termasuklah tahun ini.

"Allah memang betul-betul dah tutup pintu hati aku untuk orang lain. Aku betul-betul nak memperisterikan Zinnirah, Mus. Hanya dia yang hati dan minda aku pilih."

"Fuhlamak! Jiwang betul ayat kau!" usik Mustaqim sebelum tertawa dalam suara yang terkawal kerana mereka masih berada dalam kawasan hospital.

"Mus!" Absyar menderam geram dengan tindak balas lelaki itu. Geram sungguh!

"Okey-okey, aku serius," kata Mustaqim lalu menukar raut wajahnya.

"Kau betul-betul dapat mencintai adik aku sepenuh hati kau?" Mustaqim mula sesi soal siasatnya.

"Insya-Allah," balas Absyar pendek.

"Kau yakin kau dapat terima kekurangan adik aku? Macam yang kau tahu, dia...mangsa rogol. Kau masih sanggup terima dia?" Terasa kelat di rengkungan apabila mahu menyebut perkataan rogol itu.

"Aku sanggup Mus, insya-Allah."

"Kau yakin kau dapat kawal tantrum dan amukan dia yang akan datang bila-bila masa terutamanya waktu dia tertekan. Kau boleh kawal dia ke?" soal Mustaqim lagi walaupun dia tahu lelaki itu lebih daripada mampu kerana selama ini Absyar merupakan penjaga terbaik Zinnirah selain daripada keluarganya walaupun hanya dari jauh.

"Insya-Allah, aku yakin aku dapat kawal dia Mus. Aku akan cuba buat dia sentiasa dalam keadaan tenang dan nyaman. Yang paling penting, aku akan cari cara yang terbaik untuk elakkan dia daripada berada dalam situasi yang tertekan." Absyar tersenyum kecil.

"Dia ada complex trauma dengan lelaki. Kalau tersentuh dia pun, dia akan trigger dan menggigil. Paling teruk sampai boleh kena panic attack. Dia hanya selesa dengan aku dan abang Zhaf je. Bila kau dah jadi suami dia nanti, kau mampu hadap ke dengan layanan dia terhadap kau? Dia tak mungkin dapat jadi isteri kau yang sempurna seperti isteri orang lain. Kita tak tahu berapa lama masa yang dia akan ambil untuk selesa dengan kau walaupun hanya dengan berpegangan tangan. Kau... akan okey ke nanti?" Kali ini,  Mustaqim terus menikam anak mata Absyar yang masih tenang memikirkan jawapan untuk persoalannya.

"I'm aware with everything that you said. Aku lagi aware dengan complex trauma dia berbanding diri aku. Bila Zinnirah jadi isteri aku nanti, insya-Allah aku akan slowly ajar dia untuk get rid the trauma from her. Aku tak nak dia tak selesa dengan aku jadi aku tak kisah berapa lama masa yang dia perlu ambil asalkan dia selesa dan tak akan trigger dengan aku," balas Absyar tanpa memikirkan dirinya langsung.

"Acad... Kau sedar tak apa yang kau sebut hanyalah demi Ji. Sikit pun tak ada tentang kau. Marriage is about give and take. Kau lelaki, Cad... Boleh bahagia ke perkahwinan kau kalau it's only about Zinnirah? And adik aku tu tak macam perempuan lain, nak sentuh dia pun tak boleh kau tahu tak?" Mustaqim mula geram apabila lelaki ini terlampau memikirkan orang lain.

Absyar tersenyum kelat apabila dia memahami apa maksud Mustaqim itu.

"Aku nak kahwin dengan dia bukan berlandaskan nafsu aku, Mus. Aku nak kahwin dengan Zinnirah sebab aku cintakan dia. Aku nak jaga dia. Aku nak curahkan kasih aku dengan cara yang betul dan halal. Kau tahu tak... Sakitnya aku menahan rasa yang tak sepatutnya ada dalam diri aku, seorang hafiz yang perlu menjaga hafalannya. Susah, Mus...

Betapa susahnya aku mahu menjaga dan mengamalkan apa yang aku hafaz sedangkan minda aku masih memikirkan dia... Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu nak buang rasa ini. Aku cuba, Mus. Aku cuba... Namun, semakin lama, rasa itu semakin bercambah dalam hati aku. Jadi tolong aku Mus, tolong izinkan aku melamar dia nanti. Hanya itu yang aku minta pada kau." Kali ini intonasi Absyar yang bagaikan merayu itu menyentakkan hati kecil Mustaqim.

Gila.

Dia tidak pernah tahu sedalam ini rasa cinta Absyar terhadap adiknya.

Liur ditelan dan dia membiarkan suasana mereka menjadi senyap sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi mesin di ruangan kecemasan yang berhampiran dengan mereka.

"Aku izinkan kau lamar Ji. Tapi, apa-apa keputusan aku serahkan pada dia. Aku tak nak masuk campur," Mustaqim terus memutuskan perbincangan mereka tanpa mahu memberi harapan pada sahabat baiknya itu.

Terus terlakar senyuman lebar dan manis Absyar apabila telinganya menangkap ucapan Mustaqim.

"Terima kasih, Mus," ucap Absyar penuh ikhlas dengan mata yang bersinar bahagia.

"My pleasure, bro. Goodluck memikat hati adik aku," tambah Mustaqim lagi sebelum dia juga turut tersenyum.

Cinta kau memang luar biasa, Acad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience