"AWAK ADA APA-APA rancangan tak lepas ni?" soal Absyar setelah meneguk air sejuk. Matanya tetap menatap wajah Zinnirah yang masih menyuap makanan ke dalam mulut. Apabila mendengar pertanyaan itu, Zinnirah menggeleng kepalanya sebagai jawapan.
"Kenapa awak tanya?" soal Zinnirah semula.
"Saja. Cuti awak tinggal berapa hari lagi?" Badan disandarkan pada kerusi dengan mata yang langsung tidak teralih daripada terus memandang wajah cinta hatinya itu.
"Empat hari lagi." Zinnirah menjeling sedikit suaminya sebelum kembali menunduk memandang lebihan bihun goreng dalam pinggannya.
"Saya nak ajak awak pergi bercuti lepas berminggu-minggu letih selesai urusan majlis kita. Awak ada appointment tak minggu ni?" tanya Absyar lalu terus meneguk air kosong yang masih berbaki di gelasnya.
"Betul ke?" Kali ini mata Zinnirah kelihatan bersinar-sinar apabila mendengar perkataan bercuti itu. Dah lama rasanya dia tidak merehatkan badan selepas baru masuk kerja dan selesaikan majlis kahwin mereka.
Absyar angguk dengan senyuman yang tergaris di bibir.
"Ada appointment tak minggu ni?" Absyar tanya lagi apabila soalannya tidak dijawab.
"Tak ada, saya jumpa doktor minggu lepas. Kita nak bercuti kat mana awak?" Mata bening itu menatap dalam mata Absyar sehingga menyebab lelaki itu berpusing sebentar ke sebelah kiri dan berpura-pura batuk.
Aduh, jangan tatap macam tu Zinnirah! Absyar kuat salting!
"Kita bertolak lepas zuhur kejap lagi dan terus ke Pulau Pangkor. Okey ke?" Pinggan Zinnirah yang sudah kosong dia ambil dan ditindan ke atas pinggannya.
"Okey aje tapi saya kena pack baju dulu," jawab Zinnirah sambil tersengih kecil. Hati sudah mula berbunga apabila terbayangkan bunyi desiran ombak yang bakal menemani tidur malamnya.
Wah, seronok!
Lama dia tak jejak pantai!
"Kalau macam tu, awak pergi kemas baju awak dulu, okey sayang. Pinggan dengan gelas ni biar saya basuh," arah Absyar langsung bangun dari duduknya.
"Eh-" Zinnirah hanya terdiam memang belakang Absyar yang luah. Dia terus bangun untuk menuju ke bilik mereka seperti apa yang diarahkan oleh sang suami tadi.
"Awak..." panggil Zinnirah.
"Ya?" Absyar berpaling untuk melihat wajah Zinnirah.
"Terima kasih, Absyar," kata Zinnirah dengan ikhlas lalu bergerak ke arah bilik tidur dengan perasaan teruja.
Absyar terpaku tiga saat ke lantai sebelum kembali melihat singki dengan bibir yang sudah menahan senyum. Sesekali, singki dia tampar perlahan dek berasa anak rama-rama mula berterbangan dalam perut.
"Aish! Comelnya ciptaan Tuhan buat Acad!" kata Absyar dengan ceria lalu mula mengikat plastik sampai untuk dibuang. Kaki melangkah penuh ceria ke pintu depan dengan senyuman yang tidak luntur.
Rasa bahagia tidak usah ditanya, terpampang luas di wajahnya seperti baru saja mendapat duit berjuta-juta.
"ZINNIRAH, bangun. Kita dah sampai jeti ni," kejut Absyar lembut sambil menyahpasang tali pinggang keledarnya. Wajah isteri yang sedang tidur pulas di bahagian penumpang bahagian hadapan dia lihat lama sebelum tersenyum kecil.
"Awak, bangun. Dah sampai ni." Kali ini bahu Zinnirah disentuh dah digoyang perlahan sehingga mata wanita itu sedikit terbuka.
Bunyi rengekan kecil yang terbit melebarkan lagi senyuman Absyar. Aduh, comel betul!
"Sayangku bangun, nanti kita terlepas feri," ugut Absyar.
"Kita kat mana ni?" soal Zinnirah dengan hanya sebelah mata terbuka. Dahinya berkerut memandang Absyar dan juga luar tingkap.
"Kat Jeti Marina Island. Buka mata tu, kita ada lagi 30 minit sebelum feri kita berlepas." Absyar sudah membuka pintu kereta untuk mengambil barangannya dan juga Zinnirah yang sudah wanita itu sekalikan dalam satu beg.
Ini yang buat hatinya sejuk ni. Diam-diam tapi manis juga isterinya itu.
Beg pakaian sudah dikeluarkan namun gerangan genit isterinya itu belum muncul tiba. Absyar telengkan kepalanya ke kiri untuk melihat ke pintu kereta sebelum dia buat keputusan untuk bergerak ke arah itu.
Kepala Zinnirah yang masih bersandar pada kusyen kereta dengan mata yang masih tertutup membuatkan Absyar menggelengkan kepalanya.
Tanpa menunggu lama, pintu kereta dibuka perlahan-lahan lalu tali pinggang keledar yang memeluk erat isterinya itu dia lepas.
"Sayangku Zinnirah, awak nak tidur dalam kereta ke nak tidur dalam chalet malam ni?" soal Absyar dengan sebelah kening yang terjungkit.
"Chalet..." gumam Zinnirah yang masih mamai tanpa membuka kelopak matanya.
"Kalau nak tidur dalam chalet, buka mata awak tu sayang. Awak nak saya dukung sampai ke jeti ke?" usik Absyar sambil tersengih kecil.
"Taknaklah... Awak ni..." Dia menjeling Absyar yang masih beria tersengih sebelum mengeliat kecil.
"Tadah tangan," arah Absyar membuatkan Zinnirah memandangnya pelik.
"Tadah tangan awak sayang, saya nak tuang air untuk awak basuh muka," kata Absyar lembut apabila melihat wajah Zinnirah yang sudah melihatnya bagai mahu telan. Macam besar sungguh kesalahannya tika itu.
"Oh..." Zinnirah terus menadah tangannya dan langsung membasuh muka setelah keluar dari kereta suaminya itu.
Baru segar rasanya!
"Nak minum..." kata Zinnirah pada Absyar sebelum lelaki itu menghulurkan botol air mineral padanya. Dengan lafaz basmallah, Zinnirah terus meneguk sehingga habis setengah botol 500ml air.
"Terima kasih awak," ucap Zinnirah dengan senyuman kecil terukir apabila perasan mata Absyar yang tidak lepas memandangnya.
"Dah sudah?" Zinnirah angguk.
"Beg tangan? Beg ubat? Semua dah ambil?" soal Absyar lagi sambil melihat ke dalam keretanya.
"Semua ada dalam ni," ujar Zinnirah sambil memusing ke belakang untuk menunjukkan beg galas comelnya pada Absyar. Jejaka yang langsung tidak menyangka dengan tindakan isterinya itu langsung tertawa kecil.
"Comellah Zinnirah saya ni," puji Absyar membuatkan Zinnirah tersengih kecil.
"Jomlah kita pergi jeti, nanti lambat pulak," ajak Zinnirah apabila terasa pipinya panas disebabkan pujian Absyar itu.
"Jom." Absyar terus mengunci keretanya lalu berjalan seiring dengan Zinnirah sambil membawa beg pakaian mereka.
"Hati-hati sayang, tangga tu," tegur Absyar apabila melihat Zinnirah yang laju berjalan seperti lipas kudung.
"Baik awak!" suara itu kedengaran ceria di telinga Absyar. Senyuman mula tersungging di hujung bibir.
Usai saja proses pembelian tiket, feri mereka pun hampir tiba. Jaket keselamatan yang berwarna oren itu Zinnirah pandang lalu melihat wajah Absyar.
"Saya nak mintak izin pakaikan awak jaket ni boleh?" Soalan Absyar yang tiba-tiba menyebabkan fikirannya terbang jauh.
Zinnirah langsung mengangguk laju tanpa berfikir dua kali. Beg galasnya dibuka dan dipegang sebelum jaketnya diberikan pada suaminya.
Absyar terus memakaikan pada Zinnirah dan dikunci jaket itu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar demi keselamatan dan keselesaan Zinnirah.
"Done!" kata Absyar dan kini gilirannya pula memakai jaket itu.
"Terima kasih awak. Dulu Mus je yang selalu pakaikan pada saya..." luah Zinnirah.
"Takpe, sekarang awak dah ada saya. Saya dah boleh pakaikan untuk awak okey, sayangku Zinnirah?" tutur Absyar sambil tersenyum manis.
Zinnirah hanya diam dan membalas dengan senyuman kecil bicara itu.
Lepas saja mereka bernikah, hyper betul mulut suaminya. Hampir semput Zinnirah mahu layan.
"Jom sayang, feri dah sampai tu," ajak Absyar sambil melangkah ke depan untuk meletakkan beg pakaian mereka terlebih dahulu.
"Hati-hati," pesan Absyar sekali lagi.
Namun gadis penakut itu menggigil-menggigil mahu melangkah ke dalam feri sehingga mengganggu orang belakang.
"Awak... Takut..." Air yang bergelora kuat membuatkan Zinnirah terlebih fikir. Kalau dia jatuh dalam laut ni macam mana? Kalau jerung makan dia macam mana?
"Sorry ya semua, boleh masuk dulu," kata Absyar pada penumpang lain setibanya dia di sebelah Zinnirah dan menariknya ke tepi sedikit untuk memberi ruang pada orang lain untuk masuk.
"Okey tak?" soal Absyar lembut.
"Takut nak lintas..." adu Zinnirah.
"Pegang pinggang saya, kita jalan sama-sama okey?" arah Absyar sambil melihat Zinnirah yang tertunduk.
"Hah?" Zinnirah tergamam.
"Pegang kuat-kuat pinggang saya. Jangan risau saya tak sentuh awak," ujarnya lembut.
"Okey..." Tangannya sudah menaik dan menggenggam tepi baju Absyar. Kedudukan mereka sangat rapat sehingga dia dapat merasakan haba badan lelaki itu. Liur yang ditelan terasa kelat.
"Kita jalan ya." Suara garau itu terasa sangat dekat di tepi telinga. Meremang habis bulu roma Zinnirah.
Namun kaki hanya melangkah mengikut suaminya sehinggalah sampai ke tempat duduk mereka.
"Seronok tak dapat peluk saya?" usik Absyar yang sudah duduk di sebelah isterinya namun genggaman wanita itu pada pinggangnya masih kukuh.
"Awak ni!"
Pelukan dilepaskan.
Absyar langsung tertawa melihat wajah yang sudah cemberut itu.
Eh, comel betul!
terima kasih untuk 10k♡
Share this novel