BAB 2 (TW)

Romance Series 33949

TW: Self Harm, PTSD

ABSYAR MENCUCI GELAS yang sudah dia gunakan tadi. Lampu dapur ditutup sebelum dia melangkah ke tingkat atas, memasuki bilik tidur yang dikongsi bersama Mustaqim selama dia tinggal di rumah Zhafran.

Waktu tika itu menunjukkan jam 3.15 pagi. Ya, dirinya terjaga daripada tidur yang tidak lena. Entah kenapa, Absyar berasa resah semacam pada malam itu.

Tanpa membuang masa, dia mengambil wuduk dan menunaikan solat malam. Usai, terus dia turun ke dapur untuk membasahkan tekak yang kering.

Baru saja Absyar melangkah melintasi bilik Zinnirah, dia terdengar seperti tangisan seseorang. Kakinya terus terhenti dan telinga didekatkan pada pintu kayu itu. Ya benarlah jangkaannya, gadis itu menangis.

Tangannya diangkat untuk mengetuk pintu itu sebelum perbuatan Absyar terhenti. Dalam pipi digigit seketika lalu dia terus mengetuk pintu itu.

"Zinnirah, awak okey ke?" soalnya dengan nada lembut namun dia yakin gadis itu dapat mendengar soalannya.

"Zinnirah?" panggil Absyar sekali lagi apabila telinganya sudah tidak dapat mendengar bunyi dari bilik Zinnirah.

"Zinnirah, are you there?" 

Prang!

Kuat bunyi kaca pecah dari dalam bilik itu menyebabkan Absyar tersentak seketika. Lantas tangannya terus memegang tombol pintu dan dipulas. Belum sempat ditolak pintu itu, dia teringatkan sesuatu.

Pantas Absyar berlari ke biliknya dan Mustaqim untuk mengejutkan lelaki itu yang masih ketiduran. Badan Mustaqim digoncang kuat.

"Mus, bangun! Aku dengar kaca jatuh dalam bilik Zinnirah!" kata Absyar laju.

Mustaqim yang masih tidak sedarkan itu menyebabkan Absyar berasa sedikit geram sebelum dia menampar perlahan wajah lelaki itu.

"Bangunlah, Mustaqim! Kau nak biarkan aku masuk bilik adik kau seorang diri ke?" Naik sedikit suara Absyar apabila Mustaqim masih tidak bergerak.

"Apa kau cakap?" soal Mustaqim dengan suara yang serak. Mata yang terasa berat diangkat perlahan-lahan.

"Zinnirah... She might hurt herself, cepatlah bangun!"

"Apa?!"

Lantas Mustaqim bangun dan berlari anak ke bilik Zinnirah. Absyar hanya mengikut jejak langkah lelaki itu. Tombol pintu yang tidak berkunci dipulas oleh Mustaqim lalu menerjah masuk.

Suara yang menangis menerobos masuk ke koklea telinganya.

"Ji?" panggil Mustaqim lalu dia terus menekan suis lampu bilik itu. Suasana terang-benderang ketika itu menyebabkan gerangan Zinnirah yang rapat menutup kedua-dua telinganya di tepi almari mendapat perhatian Mustaqim dan juga Absyar.

Pasu seramik yang sudah pecah di atas lantai, Mustaqim kuis dengan kaki sebelum dia melangkah laju ke arah Zinnirah.

Darah segar meleleh dari lengan sehingga ke siku Zinnirah. Mustaqim mengeluh perlahan sebelum dia melutut di hadapan adiknya.

Lengan yang terketar hebat itu dipegang, cuba untuk ditarik namun Zinnirah mengeraskan tangannya. Dia perasan, ada luka baharu yang panjang dan segar pada lengan gadis itu.

Rambut panjang Zinnirah yang menutupi wajah, Mustaqim selitkan pada belakang telinga. Matanya terpejam erat dengan bibir bergetar menahan perasaan.

"Ji, ni Mus. Buka mata tu, Mus ada ni." Lembut suara itu menusuk masuk ke telinga yang sudah dicekup. Dengan perlahan-lahan, Zinnirah membuka matanya sebelum wajah Mustaqim ditatap dengan bebola mata yang bergenang.

Kedua-dua tangannya diturunkan daripada terus menekan telinga sendiri.

"Kenapa?" soal Zinnirah setelah lama dia tidak bersuara. Mustaqim seperti terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Kenapa, apa? Ji nak tanya Mus apa?" Mustaqim terus bersila di hadapan Zinnirah. Dia cuba memberikan sepenuh perhatiannya pada gadis itu.

"Kenapa kau lambat? Kenapa kau lambat?! Aku sakit kau tahu tak? Tadi dia datang... Dia datang nak... nak buat macam hari tu pada aku..." rintih Zinnirah sambil menarik kuat baju Mustaqim. Dada lelaki itu ditumbuk perlahan bagai meluahkan rasa yang terpendam. Air mata yang tertahan tadi kembali jatuh menyembah pipinya yang sudah sedia basah.

Mustaqim yang mendengar hanya mampu menelan liur dan membiarkan dadanya ditumbuk tangan kecil Zinnirah berkali-kali.

"Mus... Mus minta maaf Ji. Mus minta maaf sebab lambat sampai..." Anak mata gadis itu dipandang penuh lembut.

"Dia rogol aku, Mus. Dia... dia layan aku macam binatang..." Semakin kuat dia mencengkam hujung baju Mustaqim. Bergetar bibir itu menahan rasa.

"Mama... Mama nampak apa yang dia buat pada aku tapi dia biarkan aku terseksa, Mus. Aku sakit! Kenapa kau lambat?" jerit Zinnirah kuat pada akhir ayatnya sebelum Mustaqim menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapan hangatnya.

"Mus minta maaf... Mus minta maaf..." Mustaqim hanya mampu mengulangi ayat itu. Matanya dipejam rapat sebelum menggosok belakang badan adiknya yang kini menangis hebat dalam pelukannya.

"Aku... sakit..." rintih suara itu bersama esakannya yang semakin kuat.

"Dia datang dalam tidur aku... Aku takut sangat..." luah Zinnirah dalam sedunya.

Sudah tiga hari dia bermimpikan baba setiap kali dia menutup mata untuk tidur. Dan setiap mimpi itu adalah mimpi ngeri buat mangsa sepertinya.

Dan kini, imsonia kembali menyerang dirinya.

"Mus minta maaf..." kata Mustaqim perlahan.

Hanya itu yang mampu terluah darinya kerana dia tahu, dia tidak mampu melakukan apa-apa.

Lama mereka berkeadaan begitu dan Mustaqim hanya membiarkannya. Zinnirah hanya selesa dan tidak takut dengan dirinya. Hal itu menyebabkan Mustaqim berasa bersyukur.

"Ji..." panggil Mustaqim sebelum menolak lembut tubuh gadis daripada terus bersandar pada dadanya.

Mata gadis itu kuyu memandang wajah Mustaqim. Tiada tenaga untuk membalas.

"Ji tunggu kejap ya, Mus nak ubatkan luka Ji," tutur Mustaqim sebelum menarik badan Zinnirah untuk bergerak ke arah katilnya.

Tubuh itu disandarkan pada kepala katil dan diusap penuh kasih.

"Tunggu kejap tau," pesan Mustaqim sekali lagi.

Baru saja dia tiba di depan pintu bilik, Absyar turut sampai dengan penyapu, penyodok dan juga plastik sampah.

"Eh kau nak pergi mana?" tanya Absyar dengan dahi yang berkerut.

"Nak pergi ambil first-aid kit kat dapur."

"Weh, aku baru nak sapu kaca tu," kata Absyar lagi.

"Sapulah, aku nak pergi ambil first-aid kit tu kejap."

"Tapi ada Zinnirah..." balas Absyar lagi.

"Tak apa, kau nak sapu je kan. Dia faham, don't worry," kata Mustaqim sebelum dia terus bergerak meninggalkan Absyar yang berdiri tegak di hadapan bingkai pintu.

Keluhan dilepaskan sebelum Absyar melangkah masuk ke dalam bilik Zinnirah. Gadis itu yang hanya bersandar pada kepala katil dan merenung Absyar yang tiba-tiba muncul.

"Sorry, saya nak kemas kaca ni. Saya tak akan ganggu awak, don't worry," tutur Absyar setelah melihat gadis itu bagai kelihatan resah.

Tanpa membuang masa, Absyar terus mengutip kaca-kaca daripada pasu seramik itu dan terus dimasukkan ke dalam plastik. Kaca yang kecil disapu dan dipastikan tiada langsung serpihan yang tertinggal.

"Buat apa kat sini?" Tindakan Absyar terus terhenti seraya dengan teguran daripada suara yang hampir tidak dapat didengarinya itu. Dia tidak pasti sama ada teguran itu adalah untuknya ataupun gadis itu bercakap dengan dirinya sendiri.

Badan yang pada awalnya membongkok terus menjadi tegak dan berpusing untuk menghadap gadis itu.

"Saya... teman Mustaqim," jawab Absyar dengan senyuman kecil walaupun Zinnirah tidak memandangnya langsung.

Jeda.

Suasana kembali menjadi senyap menyebabkan Absyar menyambung tugasannya yang tergendala tadi.

Bermula dengan menyapu untuk membersihkan kaca namun kini Absyar telah menyapu satu bilik Zinnirah sementara menunggu kemunculan Mustaqim.

'Mana pula mamat ni pergi. Dia tak tahu ke aku ni rasa janggal sangat-sangat,' getus Absyar dalam hati.

"Sorry lambat."

Teguran itu menyebabkan Absyar berpaling ke arah Mustaqim yang kini sudah duduk di hadapan adiknya.

"Kau masak ke?" soal Absyar apabila melihat semangkuk bubur nasi yang masih panas di atas dulang yang dibawa bersamanya tadi.

"Instant je," balas Mustaqim pendek sambil tangannya laju membuka kotak rawatan kecemasan itu. Absyar hanya mengangguk tanda faham.

Daripada pergerakan tangan Mustaqim, mata Absyar kini beralih pada wajah pucat Zinnirah yang berkerut apabila lukanya itu dicuci menggunakan alcohol swap.

Saya rindu senyuman awak, Zinnirah.

Sorry lama tak update sebab tak ada yang mintak enn hshshs

TW pun tak terlalu core macam SEMI;KOLON insyaAllah

Sorry kalau tak best :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience