BAB 58

Romance Series 47910

"PELAN-PELAN, SAYANG..." tegur Absyar lembut, melihat Zinnirah yang semakin laju berjalan dalam ruangan fisioterapi itu. Kini hampir dua minggu sejak simen di kakinya dibuka, dan Zinnirah sedang menjalani sesi fisioterapi terakhir. Pada mulanya, dengan keadaannya yang sedang mengandung, agak sukar buat Zinnirah untuk mengimbangi tubuhnya. Namun hari ini, dia sudah kembali dengan kekuatan kakinya sehingga berjalan laju seakan melupakan dirinya yang berbadan dua.

"Sorry, abiy." Zinnirah menoleh ke arah Absyar dan tersenyum tanpa rasa bersalah sebelum duduk di sebelah suaminya. Tangan Zinnirah menyentuh belakang pinggang dan perut serentak.

"Seronok dapat kaki semula?" tanya Absyar dengan senyuman kecil mula terbentuk di bibir. Sesekali, tangannya turut mengusap perut Zinnirah yang sudah masuk minggu yang ke-20. Sungguh cepat masa berlalu sehinggakan anak mereka sudah membesar sepantas ini.

"Seronoklah, kaki ni dah tak rasa berat. Kalau tak, selalu rasa macam kaki gajah." Zinnirah tersenyum lebar dengan selorohnya tadi.

"Ada rasa sakit lagi tak?" soal Absyar penuh prihatin.

"Alhamdulillah, tak dah."

"Alhamdulillah, lega abiy dengar. Lepas ni jangan nakal sangat tau sayang? Risau abiy, macam nak pecah jantung," nasihat Absyar sambil menikam lembut mata bening Zinnirah yang bercahaya dek perasaan gembira. Wanita itu hanya ketawa mengekek dengan teguran suaminya lalu memeluk erat lengan Absyar.

"Ji tak nakal dah lepas ni, Ji janji!" kata Zinnirah dengan penuh semangat sambil melabuhkan kepalanya pada lengan sang suaminya.

"Betul ke?" kata Absyar tidak percaya.

"Betullah, Ji dah hantar surat perletakan jawatan minggu lepas. Lepas ni, Puan Zinnirah akan jadi fully housewife!"  

"Biar betul? Sayang dah berhenti kerja?" Absyar terus menelengkan kepalanya untuk melihat wajah Zinnirah apabila dia seakan-akan tidak mempercayai kata-kata isterinya. Berhenti kerja?

"Ya, Ji dah berhenti kerja." Zinnirah tersenyum simpul apabila melihat wajah berkerut Absyar tika itu.

"Tapi itukan impian awak, sayang. To be an architect. To have an Ar. in front of your name. Kenapa tiba-tiba?" soal Absyar lembut tanpa lepas memandang wajah Zinnirah yang tidak luntur dengan senyuman.

"Itu memang impian Ji tapi my biggest dream is to become a mom, abiy. Menjadi seorang ibu adalah impian yang sangat Ji dambakan berbanding benda-benda yang lain. Sekarang Allah dah kurniakan zuriat ini dan Ji perlu menjaganya dengan sebaik mungkin. Untuk menjadi arkitek itu, Ji dah tak ada rasa nak mengejar gelaran itu lagi. Lima tahun berkerja di firma itu sudah cukup buat Ji. Sekarang, Ji nak tunggu anak kita lahir dan layan dia selayaknya sebagai seorang anak." Wajah Absyar dia tenung lembut. Dia tidak mahu lelaki itu berasa serba salah atas tindakannya itu.

"Sayang tak akan menyesal?" tanya Absyar lagi.

"InsyaAllah tak." Senyuman itu semakin melebar.

"Kalau itu keputusan sayang, abiy terima dan reda. Semoga pengorbanan yang sayang lakukan ini akan dihargai oleh si kecil ini nanti," ujar Absyar lalu mengusap perut Zinnirah penuh kasih. Bibir mula tertarik tersenyum apabila terasa pergerakan kecil ada perut isterinya itu.

"Yang," panggil Absyar. Lantas, dia terus melepaskan pandangan daripada perut ke wajah Zinnirah.

"Ya, abiy?" Sebelah alisnya terjungkit.

"Nak buat kerja gila dengan abiy tak?" Absyar tersengih dengan idea yang terlintas dalam mindanya tika itu.

"Idea gila apa yang abiy nak buat ni? Risau pula Ji..." Zinnirah terus mengerdipkan matanya berkali-kali apabila memandang wajah bahagia Absyar itu.

"Jom pergi Negeri Sembilan lepas habis fisio?" ajak Absyar dengan senyuman yang semakin melebar.

"Eh? Kenapa tiba-tiba nak pergi nogori ni abiy?" Dahi Zinnirah berkerut dengan ajakan suaminya.

"Abiy sebenarnya mengidam ni, sayang..." Lelaki itu meleretkan percakapannya dengan mata yang mula bercahaya; gaya memujuk sang isteri.

"Abiy mengidam nak makan apa ni hm? Sampai ke nogori perginya." Zinnirah terus mengelus lembut lengan Absyar dengan mata yang tidak lekang daripada memandang wajah kacak Absyar.

Ish, hensem betul. Dah cakap, jangan pakai cermin mata. Dia tetap pakai jugak!

"Abiy mengidam nak solat subuh kat Masjid Sendayan, sayang. Bolehlah eh? Jomlah kita pergi Negeri Sembilan lepas ni. Kita pergi je terus, tak perlu patah balik rumah dah. Baju dan kelengkapan bagai tu kita beli kat sana je. Bolehlah eh, sayang?" rayu Absyar. Tangan isterinya digenggam untuk menyalurkan kehangatan dan juga memujuk si isteri untuk bersetuju dengan rancangannya.

Zinnirah terus melepaskan tawa kecilnya apabila menghadap tingkah Absyar yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Comel dan manja!

"Kenapa sayang ketawakan abiy? Sayang tak setuju ke?" Wajah itu mula kendur dengan respons Zinnirah.

Wanita itu laju saja menggelengkan kepala dengan tawa yang masih tersisa.

"Ji ketawa sebab abiy comel sangat. Ji tak pernah tengok abiy macam ni. Comel sangat! Pembawakan budak ke yang buat abiy jadi macam ni? Comelnya abiy!" Perkataan comel itu dia ulang berkali-kali sambil menepuk perlahan pipi sang suami.

Absyar terus memuncungkan sedikit bibirnya dengan jawapan itu. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

"Abiy dah tak hensem? Abiy nak kena buat spek baru ke?" Makin bertambah kuat tawa Zinnirah dengan jawapan Absyar.

Tengok tu? Comel betul!

"Abiy sentiasa kacak, jangan risau! Tak perlu buat spek baru pun, abiy dah cukup sempurna di mata seorang Zinnirah, okey?" kata Zinnirah sambil mengunci kedua-dua pipi Absyar dengan tangannya.

"Okey... Baru je nak ajak buat spek baru kat Negeri Sembilan nanti..."

"Sayang setuju tak ni? Kita pergi Negeri Sembilan?" tanya Absyar lagi dengan harapan ideanya mendapat sambutan.

Zinnirah terus mengangguk laju.

"Setuju aje. Lepas ni kita pergi nogori okey? Subuh esok kita solat kat Masjid Seri Sendayan yang macam abiy idamkan. Kesian suami Ji ni mengidam ya? Lagi-lagi, abiy mengidam apa? Sebab Ji rasa, waktu Ji mengandung ni Ji hanya dapat alahan je. Abiy yang banyak mengidam," usik Zinnirah dengan senyuman yang melebar.

"Abiy nak main layang-layang kat Port Dickson..."

Zinnirah mengulum senyumannya dengan jawapan di luar silibus suaminya itu.

Nak main layang-layang eh? Alahai comel sungguh! Baby dah buat apa pada ayah sampai macam ini sekali ayah berubah?

"Okey, boleh. Nanti kita main layang-layang tau. Abiy nak apa lagi?" tanya Zinnirah sambil mengelus rambut Absyar yang jatuh ke dahi akibat tidak disapukan gel.

"Nak spend time dengan sayang je. Lepastu kita pergi beli barang baby nak tak?"

"Kitakan tak tahu lagi anak kita lelaki ke perempuan. Nak beli dah ke?" Kening terjungkit sebelah.

"Kita beli pakaian yang warna putih aje dulu. Bila kita dah tahu, kita belilah warna lain. Boleh?" Irisnya semakin bersinar setiap kali bercerita tentang kandungan Zinnirah.

"Boleh abiy," jawab Zinnirah dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Makin hari, dia makin bahagia hidup bersama Absyar. Lelaki ini benar-benar membahagiakan dirinya.

Dia sangat bahagia menjadi isteri Absyar dan dia berharap dia bakal menjadi isteri jejaka itu sehingga ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience