Sekali lagi, bagi yang pernah membaca special chapter semikolon, ini adalah versi yang sudah diperbaiki sebaiknya.
Selamat membaca!
"SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga bahagia hingga ke syurga." Anis tersenyum lebar apabila berkesempatan bersua muka dengan rakan sekelasnya yang hampir 10 tahun tidak berjumpa.
Mempelai yang berpakaian melayu tradisional berwarna biru tua itu memang tak dapat mengalihkan mata sesiapa yang memandang mereka. Sungguh cantik dan kacak pasangan pengantin itu bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.
Anis juga sangat asyik memerhatikan mereka berdua yang bersanding di atas pelamin tanpa hilang senyuman di bibirnya. Sama cantik, sama padan.
Zinnirah yang melihat gerangan yang menegurnya itu terus turun daripada pelamin dan mendekati rakannya itu. Terkejut, itu yang dia rasakan sekarang.
"Terima kasih, Anis. Maaf lama tak contact kau lepas kita habis SPM," kata Zinnirah sambil memegang lengan Anis yang elok tersenyum di hadapannya. Jujur dia katakan, Zinnirah langsung tidak berhubung dengan mana-mana rakannya selepas habis sekolah. Mujur saja ada Mustaqim yang social butterfly, dapat juga dia bertemu dengan rakan lamanya.
"Tak apa, aku faham je. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri," balas Anis sambil mengusap lengan Zinnirah.
"Kau cantik, Ji. Sumpah aku cakap, kau cantik sangat-sangat." Ucapan Anis itu menyebabkan Zinnirah tercengang.
"Ya Allah, mana ada... Kau lagi cantik," )uji Zinnirah semula.
"Ya, isteri aku memang cantik, Ji." Teguran itu menyebabkan kedua-dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah suara itu.
Kelibat lelaki yang Zinnirah sangat kenal sedang mendekati mereka sambil memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 4 tahun.
"Megat?"
"Ya, aku Megat." Lelaki itu tersenyum kecil.
"Ya Allah, korang suami isteri?" Membulat terus mata Zinnirah apabila dia menerima anggukan daripada kedua-dua gerangan yang berbaju sedondon itu.
"Weh, aku tak sangka korang kahwin sebab Anis ni anti sangat dengan kau dulu, Megat." Omongan Zinnirah itu menyebabkan mereka bertiga ketawa secara tiba-tiba. Ya, kisah Megat dan Anis - from enemy to lover.
"Dah jodoh, Ji." Jawapan pendek Megat menyebabkan Zinnirah tersenyum kecil.
"Hi, assalamualaikum." Sapaan itu menyebabkan mereka bertiga terhenti bersembang dan memandang ke arah gerangan yang mendekati mereka. Atau yang sebenarnya, mendekati Zinnirah.
"Waalaikumsalam, ini ke cik abang Ji?" tanya Megat sambil menghulurkan tangan pada Absyar yang tersenyum. Lelaki itu kelihatan sungguh kacak bergaya dengan berbaju melayu songket, bersamping dan bertanjak.
"Ya, saya Absyar."
"Megat, ex classmate Ji. Ini isteri saya, Anis. Ex classmate Ji jugak," terang Megat ramah.
"Oh, jadi mini reunion lah kiranya ni?" Absyar cuba berbasa-basi sambil merapatkan dirinya dengan Zinnirah yang berdiri bagai patung cendana.
"Boleh dikatakan macam tu cuma tak cukup lagi sorang sebab dia di luar negara," potong Anis sambil mendukung anaknya yang sudah mula meragam.
"Tik ke?" Soal Zinnirah.
"Ya, dia kerja di Dubai sekarang. Dia pun minta maaf sebab tak dapat hadir kenduri kau," terang Anis.
"Oh tak apa, aku faham. Terima kasih maklum," balas Zinnirah sambil tersenyum kecil. Salah dia juga tidak pernah berhubung dengan rakan-rakannya yang lain.
"Sama-sama, Ji. Anything for you," balas Anis. "Kami minta diri dulu ya? Anak meragam pula." Sambung Anis apabila si anak mula merengek.
"Terima kasih datang majlis aku, Anis. Minta maaf segala yang kurang." Sesi salam cium pipi terjadi sebelum keluarga itu mula mengundurkan diri untuk pulang.
Zinnirah hanya memerhatikan mereka sehingga hilang ditelan lautan manusia di dewan itu. Ramainya manusia ketika itu menyebabkan tangannya menjadi sejuk. Dia sangat tidak suka akan keramaian.
Kebanyakan yang hadir pada majlis persandingan ini hanyalah kawan Mustaqim. Boleh dikatakan hampir 50% yang hadir adalah rakan kepada lelaki itu. Rakan Zinnirah hanya boleh dikira dengan jari. Absyar pula? Rakan sekerja dan rakan universiti yang hadir itu juga tidak mampu menandingi jumlah sahabat Mustaqim. Lelaki itu benar-benar mempunyai ramai kawan.
"Awak okay?" Teguran itu menyebabkan Zinnirah sedar dari lamunannya. Kepala ditoleh ke kiri untuk memandang Absyar, suami sahnya sejak pagi tadi.
"Okay," balas Zinnirah pendek sambil tersenyum kecil. Tangan yang berpeluh menggengam tepi baju songketnya. Jujur, dia sangat gementar. Gementar dengan keramaian dan dia juga gementar dengan Absyar. Sehingga kini, dia tak mampu memegang lelaki itu dek kerana perasaan trauma masa lalunya.
"Masih okey ke nak berjumpa dengan kawan saya sekejap?" tanya Absyar sekali lagi dengan mata yang tidak turun daripada menatap wajah cantik itu.
Haish, sejuknya hati!
"Boleh je, awak janganlah risaukan saya. Jom kita pergi jumpa kawan awak," balas Zinnirah lalu memandang wajah Absyar. Mata mereka bertembung sebelum Zinnirah terus melarikan pandangan.
Deg!
Kacaknya suami aku!
Absyar tergelak kecil melihat reaksi spontan itu, "Dah, jom kita turun jumpa kawan saya."
Absyar terus berjalan perlahan untuk seiring dengan Zinnirah yang berjalan perlahan. Mahu saja dia menggenggam tangan itu namun dia tahan kerana tidak mahu membuatkan gadis itu takut dengannya.
Sampai di tangga, Absyar berhenti untuk menunggu Zinnirah yang terkial-kial untuk melangkah dengan kasut tumit tingginya itu.
"Boleh ke tu?"
"Boleh boleh."
"Betul ni?"
"Betul... Jangan risau." Baru saja dia menjawab soalan Absyar, terus kakinya tersalah pijak anak tangga. Tanpa berfikir panjang, Zinnirah terus memegang kuat lengan itu bagi menyelamatkan dirinya daripada terus terjatuh.
Selepas beberapa saat, Zinnirah bagaikan tersedar lalu melepaskan pegangannya pada lengan Absyar.
"Sorry... Tertarik tangan awak." Ujar Zinnirah perlahan.
"Tak apa, dah halal kan?" Kata-kata itu menyebabkan wajah Zinnirah merah malu.
"Jom kita pergi."
"Ya, jom." Seusai itu, Zinnirah terus memegang hujung lengan baju suaminya. Tidak mahu orang mengata mereka ini kena kahwin paksa disebebkan oleh tindakannya sendiri.
Absyar terus menunduk dan melihat jari berinai itu memegang hujung lengan bajunya. Dia tergelak kecil sebelum matanya naik ke arah wajah Zinnirah.
"Zinnirah..."
"Ya..."
"Kenapa..."
"Kenapa? Apa?" soal Zinnirah dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa awak comel sangat ni, hm?" ujar Absyar sambil menunjukkan jemari Zinnirah di hujung bajunya.
Wajah gadis itu semakin merah, "Awak tak suka ke?"
"Suka... Saya suka sangat-sangat," usik Absyar. Walaupun hanya hujung lengan baju yang dipegang, namun ia merupakan satu pencapaian buat Zinnirah.
"Saya rasa macam nak genggam tangan awak sekarang ni, Zinnirah. But it's okay, you matter the most. " Absyar tersenyum lebar. Hanya bahagia yang dia rasakan sekarang.
Tanpa Absyar sedar, Zinnirah di sampingnya hampir terpaku ke lantai dek kerana ayatnya. Simple buat orang lain tapi mendebarkan buat Zinnirah yang sudah hampir mati hati pada lelaki.
Oh Absyar, jangan selalu mengayat dirinya seperti ini. Boleh pengsan Zinnirah dibuatnya.
Jantung, please slow down!
"NI bilik kita, maaflah tak ada apa sangat sebab saya jarang balik rumah. selalunya stay kat hospital je," kata Absyar sambil membuka pintu bilik.
Zinnirah hanya mendengar sekai lalu dan memerhatikan bilik itu, sangat ringkas. Katil bersaiz queen, rak buku, meja belajar, almari baju, meja solek yang kosong dan satu sofa 3 berangkai.
Tona bilik yang berwarna putih kelabu itu menaikkan rasa tenang dalam diri Zinnirah.
"Tak apa awak, saya faham awak sibuk kerja," balas Zinnirah sambil tersenyum kecil.
"Masuklah, jangan malu-malu. Sekarang ni dah tak ada 'saya-awak' punya tempat. Semuanya dah jadi milik kita bersama. Dah jadi perkongsian, so don't shy shy cat ya?" Manis bibir itu berkata sehingga menyebabkan Zinnirah tersipu di situ.
Absyar versi ini sangat manis ya, sungguh Zinnirah tidak sangka dia bakal menghadap Absyar versi manis leting ini.
"Baiklah, maksudnya semua benda di rumah ni akan jadi milik saya jugak kan?"
"Nope." Absyar menggeleng.
"Tadi awak cakap macam tu..." Dahi sudah berkerut.
"Saya cakap 'milik kita' ya sayang. Not mine not yours," kata Absyar sambil tersenyum senget melihat wajah cemberut Zinnirah.
Comel sungguh bininya itu.
Argh, geram!
"Awak ni suka main-main, geramnya saya," jawab Zinnirah sambil menjeling Absyar yang sudah ketawa di sebelahnya. Jarang sekali untuk dia melihat Absyar tertawa seperti itu.
Akhirnya, Zinnirah turut gelak apabila suaminya itu tiada tanda untuk berhenti.
"Dah?" tanya Zinnirah apabila sudah tinggal sisa-sisa tawa di bibir suaminya itu.
"Dah...hehe." Sengih Absyar.
"Saya nak mandi, melekit dah badan satu hari pakai baju pengantin ni ha," ujar Zinnirah setelah mereka berdua terdiam buat seketika.
"Baik, sayangku. Pergilah mandi."
"Tapi saya tak ada baju salin."
Absyar terus bergerak ke arah almarinya. Badan dibongkokkan sebelum mengambil T-shirt hitamnya dan seluar bercorak kotak-kotak. Dia bergerak mendekati sang isteri yang terkial-kial mencabut jarum di tudung yang dipakainya.
"Awak pakai baju saya dulu eh? Jap lagi saya pergi rumah Mus, ambil barang awak," kata Absyar lalu meletakkan pakaian itu di atas meja solek.
Zinnirah terus mendongak memandang Absyar yang berdiri tegak di tepinya itu. Tangan masih lagi berada di kepala untuk mencabut jarum peniti yang tersisa di tudung.
"Tak susahkan awak ke? Dah malam ni nak pergi rumah Mus," ujar Zinnirah, risau.
"Alah awak ni, rumah Mus kat sebelah aje pun. Tak ada yang susah pun, jangan risaulah," balas Absyar terketawa kecil.
"Maaf tau susahkan..."
"Tak susahkan pun, awak kan isteri saya."
Pipi Zinnirah terus terasa panas dengan ayat itu. Oh pipi, kenapa cepat sangat bagi reaksi ni?
"Zinnirah, saya nak minta izin boleh?" soalan Absyar tiba-tiba menyebabkan jantung Zinnirah berdegup kencang.
Minta izin? Dia nak nikah baru ke? Apa ni, kita baru je kahwin pagi tadi!
Zinnirah berdehem untuk membetulkan suaranya, "Minta izin apa?" soalnya acah cool.
"Boleh tak saya tolong awak cabut segala jarum atas kepala awak ni? Kesian saya tengok awak terkial-kial sampai nak buka tudung pun makan masa." Omongan Absyar itu menyebabkan Zinnirah menghela nafas lega.
"Oh saya ingatkan minta izin apa tadi. Bolehlah... Tolong cabutkan pin ni lepas tu awak terus pergi rumah Mus tau."
Jujurnya Zinnirah masih segan untuk tidak bertudung di hadapan lelaki itu. Walaupun Absyar telah melihatnya tanpa hijab 7 tahun lalu tapi ketika itu dirinya tidak waras. Jadi itu tidak boleh diterima pakai.
"Awak ingat saya nak minta izin apa tadi?" soal Absyar sambil tangannya ligat mencabut satu persatu jarum peniti yang digunakan untuk mengemaskan tudung isterinya.
Banyak betul jarum, mengalahkan pakai susuk!
"Saya ingatkan awak minta izin nak nikah baru." Kedua tangannya digenggam erat kerana dia sudah merasa bergetar apabila jemari lelaki itu mula merayap di atas kepalanya.
This freaking anxiety, please have some mercy on me!
Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Tenang Zinnirah, dia cuma tolong kau je.
"Apa awak ni, punyalah susah saya nak dapatkan awak. Saya takkan sesekali minta nak kahwin baru," ujar Absyar apabila agak terkejut mendengar ucapan yang terbit daripada bibir mungil itu.
"Maaf, terlebih fikir." Zinnirah tersengih saja apabila melihat pantulan suaminya di cermin.
"Lain kali jangan fikir macam tu lagi," tutue Absyar lembut sebelum mengusap penuh lembut kepala Zinnirah.
"Dah siap, pergilah mandi," tambahnya lagi.
"Terima kasih awak."
"Sama-sama kasih, saya pergi rumah Mus dulu." Zinnirah hanya mengangguk sebelum tersenyum ke arah Absyar.
Pintu ditarik dan ditutup perlahan. Sesekali Absyar meregangkan badannya sambil berjalan menuju ke rumah Mustaqim yang berjarak hanya tiga langkah.
Loceng ditekan tiga kali, menunggu lelaki itu muncul di depannya. Sesekali hujung selipar dipandang.
"Kau buat apa depan rumah aku ni? Takkan dah kena halau kot?" Teguran itu menyebabkan Absyar terus mendongakkan kepala yang menunduk dari tadi.
"Assalamualaikum ya akhi," perli Absyar.
Mustaqim tersentap, "Waalaikumsalam, ada apa kau datang sini?" soal lelaki itu sekali lagi.
"Nak ambil barang Zinnirah."
"Oh ya, dia belum pindahkan barang dia ke rumah kau. Ha, masuklah adik iparku." Pintu dibuka luas membenarkan Absyar yang masih berpakaian pengantin itu masuk ke apartmentnya.
Absyar berdecit perlahan sebelum terus melangkah ke arah sofa Mustaqim. Badan dihempaskan sebelum dia bersandar dengan mata yang tertutup untuk seketika.
Letih dan sengal badan kian terasa. Ni mahu dia terlelap seusai saja mandi nanti.
"Bro, ni luggage Ji." Mustaqim yang menarik beg Zinnirah itu terus terhenti apabila melihat Absyar yang sudah terlentok di atas sofanya.
Mustaqim tersengih sebelum menepuk bahu lelaki itu. "Cad, bangun. Pergi tidur di rumah kau lah. Apa benda tidur rumah aku pula. "
"Kejap."
"Bangun aku cakap."
"Ya..." Meleret percakapan Absyar apabila terasa berat kelopak matanya ketika itu.
"Balik."
"Kau halau aku ke ni?" Mustaqim hanya dilihat dengan hujung mata.
"Ya, aku halau kau. Pergi balik sekarang, adik aku tengah tunggu kau. Kau pula boleh terbongkang di sini," bebel Mustaqim sambil menarik lengan jejaka itu untuk bangun.
"Aku terlelap."
"Tahu, pergi baliklah. Kau nak aku ulang berapa kali ni?"
"Ya ya aku balik." Absyar bingkas bangun lalu menarik luggage Zinnirah yang besar itu.
"Elok-elok jalan tu Cad, risau terhantuk dinding je karang," usik Mustaqim.
"Aku tahulah!" Mustaqim terus melepaskan tawa besar apabila mendengarkan balasan lelaki itu.
Sungguh dia tidak sangka, Absyar sudah menjadi adik iparnya. Takdir Tuhan, siapa yang mampu melawan?
Maaf lambat dan maaf juga kalau yang dah pernah baca.
Saya accident haritu, that's why no update sebab noooo energy maaaaa.
Share this novel
get well soon ?