BAB 12 (TW)

Romance Series 33949

TW: Suicidal thoughts, panic attack

ZINNIRAH HANYA MEMERHATI siling bilik yang sudah berbulan lamanya dia tinggalkan semenjak dia berpindah masuk ke wad itu.

Matanya terkedip-kedip memandang tanpa rasa. Kedua-dua tangan diletakkan di atas perut tanpa ada pergerakan langsung daripada dirinya sendiri.

Majlis hari jadinya yang disambut oleh abang, kakak iparnya dan juga Mustaqim hanya menarik senyuman penuh kepalsuan pada wajah itu.

Semua yang terzahir pada dirinya tadi hanyalah penipuan semata-mata. Hanya untuk mengaburi mata Zhafran yang sudah menganggap dirinya sebagai beban sedangkan Zinnirah hanya punya dia sebagai tempat bergantung.

Mustaqim pula, dia sudah tidak mahu susahkan kembarnya itu. Lelaki itu sudah banyak berkorban sebagai seorang abang untuknya.

Tapi tetap juga lelaki itu mahu membuat sambutan hari lahir yang tiada makna langsung buat dirinya.

Buat apa mahu meraikan umur yang bertambah sedangkan hidupnya semakin merana?

Tiada apa tinggal. Maruahnya juga sudah tiada, direnggut insan durjana bergelar baba yang sepatutnya menjadi pelindung dan mama yang sepatutnya mencurahkan kasih sayang buat diri itu.

Zinnirah yang dahulu mungkin sangat menantikan detik-detik seperti ini. Zinnirah yang mahukan 'a forehead kiss from baba and a warm hug from mama' yang pada akhirnya memakan diri sendiri.

Hidupnya hancur.

Apa yang dihajatkan dulu, dia sudah dapat lebih daripada itu. Lebih dan menghancurkan.

Racun yang memakannya dari dalam.

Mentalnya punah.

Fizikalnya rosak.

Penyakitnya semakin teruk.

Doktor Liza, doktor di hospital lamanya itu berjaya berpindah ke sini demi mahu gadis sepertinya.

Terharu. Ya. Tetapi hanya sedikit.

Entah kenapa, dia sudah tidak tahu untuk mengekspresikan perasaannya. Terasa sukar dan dia tidak tahu bagaimana dan mengapa ini berlaku.

Berita daripada Doktor Liza minggu lepas sering saja mengganggu fikirannya. SLEnya sudah mula menyerang pada kawasan buah pinggang namun masih dalam keadaan terkawal.

Entah betul atau tidak kata-kata doktor itu, dia sudah malas ambil tahu.

Nyawanya juga seperti sudah tiada harga. Organ yang ada semakin merosak. Apa yang tinggal untuknya?

Tiada.

Jadi, apa keperluan dia untuk meneruskan hidup?

Tiada. Bagi Zinnirah, dia tiada keperluan untuk meneruskan hidup.

Dia sepatutnya mati.

Jika dia mati, dia tidak perlu susahkan Mustaqim lagi.

Jika dia mati, dia dapat berjumpa dengan nenek.

Jemarinya mula menggeletar hebat apabila fikirannya mula kacau seperti itu. Nafasnya mula terasa pendek sebelum dia cuba bangun daripada perbaringannya.

Kedua-dua tangannya digenggam kuat dan pernafasan cuba dikawal seperti apa yang telah diajar ketika berada di wad psikatri dulu.

Dada terasa semakin sesak sehingga langsung tiada ruang yang tersisa. Dia berasa seperti ditindih dengan sesuatu yang berat walaupun pada ketika itu dia sedang duduk.

Peluh mula membasahi wajah Zinnirah. Bebola matanya mula naik ke atas mencari langit. Mulut mula terbuka mencari udara.

Pada masa yang sama, tangannya turut naik ke leher dan cuba menarik leher ke atas supaya ruang pernafasannya bertambah.

Namun hampa, nafasnya masih tersekat. Muka Zinnirah sudah berubah menjadi merah padam. Bibir sudah bertukar menjadi pucat lesi.

Tanpa Zinnirah sedar, dia mencengkam kuat lehernya sendiri. Pada masa yang sama, dia turut mencakar lehernya kuat sehingga tertinggal hasil cakaran di situ.

Urat-urat di dahi sudah timbul. Kepalanya menggeletar, sehebat badannya yang ketika itu menggigil tanpa ada tanda untuk berhenti.

20 minit bergelut, akhirnya keadaan menjadi seperti sedia kala sebelum Zinnirah jatuh pengsan di atas katilnya sendiri.

Dia... tidak pernah membaik.

"JI, bangun. Jom sarapan." Teguran lembut yang menyentuh hujung telinga Zinnirah membuatkan dia terjaga daripada pandangan gelap itu.

Buka sahaja mata, kelihatan Mustaqim sedang tersenyum lebar memandangnya di sisi katil.

"Good morning! Dah bangun-bangun, jom kita makan!" Sapa Mustaqim dengan penuh ceria.

Zinnirah masih terpinga-pinga sebelum dia tersedar bahawa dia 'tidur' dalam keadaan yang tidak normal selepas kejadian semalam.

Nafas dihela berat apabila teringatkan situasi itu.

Menghadapnya seorang diri...seperti sedang berlawan dengan malaikat maut.

Sakit.

Tanpa kata, Zinnirah perlahan-lahan dan duduk di tengah katilnya dengan wajah penuh sugul. Rambut yang kusut ditolak ke belakang.

Mustaqim yang memerhati setiap perbuatan adiknya itu mematikan senyuman apabila ternampak sesuatu di leher itu.

Kesan cakaran dan lebam yang membiru.

Apa yang sudah berlaku?

"Ji... What happened to your neck?" soal Mustaqim dengan mata yang masih tidak beralih dari tempat tadi.

Pergerakan Zinnirah terus terhenti sebelum dahinya berkerut hebat.

Soalan apa ni? Sudahlah moodnya sedang tidak baik-baik saja akibat serangan panik semalam. Ditambah pula dengan soalan yang bukan-bukan daripada Mustaqim pula.

"Ji..." Mustaqim cuba mendekat

"Apa kau ni?" Zinnirah merengus kuat dek perasaan menyampah yang membuak-buak.

Terus terhenti pergerakan lelaki itu.

"Just look at your neck! Lebam dan calar! What happened?" soal Mustaqim lagi dengan penuh lenbut.

Jemari runcing terus naik ke arah lehernya sendiri. Lebam dan calar?

Kepalanya mula menoleh ke arah cermin meja solek sebelum memerhati dirinya sendiri.

Ya betul kata Mustaqim, lebam membiru dan calar di lehernya itu mampu membekukan tatapan sesiapa saja yang melihatnya.

"Kenapa tu Ji?" tanya Mustaqim sekali lagi. Kali ini dia sudah melabuhkan punggung dia atas katil Zinnirah yang berdiam diri.

Gadis itu terus menghela nafas berat sebelum menatap wajah Mustaqim yang tekun menunggu jawapan.

"Panic attack last night. Tak sedar pun cederakan diri sendiri," kata Zinnirah tanpa intonasi. Wajah Mustaqim yang berubah cemas pada pandangannya itu ditatap tanpa rasa.

"Ji dah okey ke sekarang? Nak pergi hospital?" Mustaqim mula menggelabah.

"Tak payahlah," keras Zinnirah berkata. Bantal ditarik sebelum dia melabuhkan kembali kepalanya di situ. Mata ditutup rapat.

Dia malas mahu berinteraksi dengan siapa-siapa. Dia mahu rehat.

"Tak nak makan ke?"

Zinnirah menggeleng laju.

"Okey, kalau macam tu Ji tidurlah. Bila lapar nanti turun okey? Mus turun dulu." Terasa belaian lembut di kepalanya.

"Atas meja solek Ji ada hadiah daripada Acad. Nanti Ji ambillah ya. Selamat berehat."

Tanpa menunggu jawapan Zinnirah, Absyar berlalu keluar dan menutup pintu bilik itu dengan berhati-hati.

Keluhan berat dilepaskan sebelum dia cuba untuk tersenyum. Namun hanya senyuman kelat yang terhasil.

Zinnirah yang pada awalnya menutup mata, terus membukanya kembali apabila telinganya menangkap pintu yang sudah ditutup oleh Mustaqim.

Badan dipusingkan untuk menghadap meja solek. Beg kertas berwarna beige untuk menjadi perhatiannya.

"Atas meja solek Ji ada hadiah daripada Acad. Nanti Ji ambillah ya." Ayat itu berulang kali berputar dalam mindanya seperti radio rosak.

Badan digagahkan untuk berdiri sebelum dia berjalan ke arah meja solek itu. Beg kertas dipegang dan Zinnirah kembali berjalan ke arah katilnya.

Dia duduk bersila lalu menjengukkan kepala ke dalam beg itu. Tanpa menunggu lama, Zinnirah membawa keluar satu persatu hadiah yang diberikan kepadanya.

Jaket berhud berwarna khaki, mathurat sughra, buku How To Deal With Self-Harm dan a bunch of chocolates!

Zinnirah terkaku untuk seketika apabila melihat betapa banyaknya kuantiti coklat yang berlainan jenis di hadapan matanya sekarang.

Mata itu mula terkebil-kebil sebelum melihat kembali ke dalam beg kertas itu. Satu kertas yang dilipat mencuri perhatiannya.

Zinnirah ambil dan buka dengan penuh hati-hati. Tulisan tangan sepanjang satu muka surat penuh itu menjadi santapannya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Ke hadapan Zinnirah,

Hi! Saya Absyar Abid atau lebih dikenali sebagai Acad. Saya kawan baik abang awak iaitu Mustaqim cengkerik. Saya tak tahu awak kenal atau ingat saya ataupun tak, tapi saya harap adalah memori kita yang tertinggal dalam minda awak walaupun secebis. Kalau awak tak ingat saya tak apa, saya faham.

Zinnirah tersenyum senget dengan ayat itu. Ingat. Aku ingat kau, Absyar Abid.

Oh, panjang pula muqadimah surat saya ni haha. Saya cuma nak ucap, Selamat Hari Lahir yang ke 20, Zinnirah. Orang cakap, more older more wiser! Semoga awak akan sentiasa dalam rahmat Allah selalu, dilindungi walaupun di mana awak berada dan disayangi oleh-Nya dalam setiap detik nadi awak. Saya doakan awak akan cepat-cepat sembuh dan dapat sambung belajar. Saya dah tak sabar nak tengok nama awak ada pangkat Ar. kat depan, mesti smart!

Zinnirah, walaupun proses penyembuhan awak bakal mengambil masa yang lama, awak jangan give up ya? Awak jangan give up dengan masa depan awak. Awak jangan rasa awak dah terlambat untuk sambung belajar. Semua itu dusta semata-semata. Pintu universiti ini sentiasa menanti kehadiran pelajar tanpa mengira had umur. Jadi sekarang, fokuslah pada kesihatan awak terlebih dahulu. The study can wait, okie? You matter the most. ;)

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Allah tidak membebani seseorang, kecuali menurut kesanggupannya.

You're the strongest person that I have ever meet. Kalau saya di tempat awak, saya yakin saya tak dapat bertahan. Sebab apa? Sebab saya dah tak ada sesiapa dalam dunia ini tapi awak masih ada keluarga yang supportive seperti Mus, abang dan kakak awak. Mus sentiasa fikirkan awak 24 jam. Awak sangat penting untuk dia. Dia sangat sayangkan awak, Zinnirah.

So please live happily, Zinnirah. Carilah sesuatu yang dapat kembalikan rasa bahagia awak walaupun badai yang mendatang sangat kuat sehingga mampu menghanyutkan awak kembali.

Saya tak pasti awak ingat ataupun tak, tapi saya pernah bagitahu awak bahawa Allah sangat mencintai awak dan buktinya terlalu banyak. Salah satunya ialah ujian yang dia turunkan pada awak adalah kerana dia mahu awak dekat dengan-Nya dan bergantung hanya pada Dia. Awak diuji kerana awak dicintai. Saya cemburu. :( Awak dapat banyak spotlight daripada Allah..

Zinnirah tergelak sinis. "Kau ingat aku nak ke spotlight ni? Aku terseksa Absyar..."

BTW, terimalah hadiah saya yang tak seberapa itu. Saya tak sempat nak balut dengan proper sebab Mustaqim baru bagitahu yang dia nak balik esok. Geram pulak saya dengab dia tu. Nasiblah jaket dan buku tu saya dah beli lama. Mathurat tu, mathurat kepunyaan saya yang saya sangat sayang. Awak baca dan jaga elok-elok ya?

"Dah tau sayang kenapa bagi aku?" desis Zinnirah kerana tidak faham dengan lelaki itu.

Mungkin awak tertanya kenapa saya berikan barang yang saya sayang kepada awak. Sebab melepaskan sesuatu yang kita sayang kepada orang lain boleh menimbulkan rasa reda dan ikhlas dalam diri. Saya percayakan awak, jadi saya berikan mathurat itu pada awak. Banyak tau kebaikannya, so iqra'!

Sebenarnya saya tak tahu awak suka apa. Nak tanya Mus, nanti dia cakap saya gila. Jadi saya hanya ikut kata hati dan juga akal haha. Because on our first meet, you loved chocolate so much, so i give you a bunch of chocolates! Harapnya awak happy dengan coklat tu ^^ tapi jangan makan banyak sangat dalam sehari! Tak baik untuk kesihatan.

Hmm, saya dah tak tahu nak tulis apa. Akhir kalam, semoga awak dapat menjumpai sinar hidup awak kembali. You're a fighter! Semoga awak terus kuat dan tabah dalam menghadapi badai ujian ini. You're stronger than you think, Zinnirah. Saya akan sentiasa support awak dari jauh okie! (Tak boleh nak dekat sebab kita bukan mahram ^^)

Till then, Assalamualaikum.

Pemberi coklat,
Absyar Abid Abdullah

Zinnirah meletakkan kembali surat itu sebelum mengambil salah satu coklat di hadapannya. Plastik pembalut dibuka lalu dibawa ke mulut untuk menikmati manis coklat itu.

Bibirnya mula tergaris senyuman nipis.

Terima kasih, Absyar Abid Abdullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience