Pendahuluan

Romance Completed 62955

‼️Semua watak adalah rekaan semata-mata begitu juga dengan nama tempat. Tiada kaitan dengan yang mati ataupun hidup.
Banyak kesalahan ejaan ataupun kesalahan bahasa.
Warning⚠️: Mengandungi kata-kata kesat!
100% idea aku.
Sedikit mengarut dan diluar kotak.

Happy reading✴️
Sila vote?
^o^

"RM 9.40" ujar cashier disitu setelah mengira keropok dan air yang aku beli.

Aku keluar dari kedai itu membawa plastik ditanganku. Sekeliling aku pandang, malam ini sangat tenang. Angin juga sepoi-sepoi bahasa.

"Ada lagi?" seorang lelaki menyapaku. Tangannya di letak dibahuku tidak ubah seperti seorang kawan. Dialah, abangku. Amz Iskandar Deniz. Nama yang agak unik kan? Initial pertama di setiap namanya sama seperti aku, Ava Illythia Dahlia.

"Takda" ucap ku

Kami berjalan kaki sahaja kerana ingin mengambil udara malam. Kurang kenderaan, takda pencemaran udara yang teruk.

"Ava taknak khawin ke?" ujar abang membuka topik

Aku berhenti, wajahku cemberut. "Tak payah tanya boleh tak? Ava nak single sampai ke tua kalau boleh" ujar ku

"Mana boleh macam tu, along nak jugak merasa ada anak buah. Tak kesian ke dekat along?" sedih nadanya berkata

"Kisah pulak Ava" aku buat tidak kisah dan terus berjalan

Beginilah kalau kau hanya ada abang sahaja. Along sudah berkhawin selama 2 tahun dan usianya lebih tua dari ku. Dia juga mempunyai seorang anak, lelaki bernama Haiqal. Nakal sama seperti ayahnya. Cis

"Along doakan Ava khawin cepat-cepat. Doa Along ni termakbul tau" ujar Along tersengih

"Iye?! Doa la Ava dapat khawin dengan lelaki kacak lepastu kaya lepastu-" ujarku tidak henti

"banyak la kau punya lepastu-lepastu. Apa-apapun aaminn" Along sudah menadahkan tangan dan mengaminnkan segala yang aku ucap tadi.

Ish tak sempat nak mintak lebih lagi. Air yang dibeliku tadi sudah habis dek diminum olehku sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

~~~

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience