BAB 23

Romance Series 33949

"AKAK MASAK APA tu? Banyaknya lauk... Ada orang nak datang ke?" tanya Zinnirah sebelum mengacau kuah di dalam periuk itu. Matanya tertutup seketika apabila menghirup aroma yang lazat. Terus berkeriuk perutnya berbunyi.

Zulaikha terus tertawa apabila telinganya dapat menangkap bunyi perut Zinnirah.

"Lapar sangat ke Ji? Kuat betul bunyi perut tu," tegur Zulaikha sambil tertawa penuh ayu.

"Kuat sangat ke akak?" tanya Zinnirah lalu memegang perutnya.

"Kuatlah jugak," jawab isteri Zhafran itu sambil mengulum senyum.

"Laparlah... Dari semalam Ji tak makan. Ji just makan coklat je..." adu Zinnirah sambil menjuihkan bibir untuk menagih perhatian kakak iparnya itu. Coklat yang dia makan itu pun pemberian daripada Absyar.

Banyak pahala lelaki itu memberi makan pada gadis sepertinya. Terima kasih Absyar!

"Kenapa tak makan?" soal Zulaikha sambil menjegilkan matanya. Budak ni memang nak kena dengannya. Kalau Zinnirah tak menjamah makanan berat semalam, ini bermaksud gadis itu tidak makan ubatnya.

Haihlah Zinnirah...

"Sebab nak makan masakan akak," ujarnya lalu tersengih lebar.

"Ubat makan tak?" tanya Zulaikha. Zinnirah terus memuncungkan bibirnya apabila soalan itu menjengah telinga.

Alah, bosanlah...

"Ji," panggil Zulaikha sekali lagi.

"Ji tak makan ubat semalam. Alah, bukan selalu Ji skip. See, I'm still alive," Zinnirah menunjukkan dirinya dengan muka reda.

"Jangan selalu macam ni, Zinnirah. Bahayalah..."

"Yalah yalah..." jawab Zinnirah malas. Dia sudah malas mahu mendengar nasihat yang sama. Mustaqim, Dr. Liza, abang dan kini Kak Zulaikha.

Huh, boleh berdarah telinganya!

"Siapa yang nak datang ni?" soal Zinnirah untuk mengelak soalan-soalan yang berkaitan dengan dirinya.

"Adalah... Surprise?" ujar Zulaikha sambil membuat gaya kejutan itu pada Zinnirah.

"I don't like surprise," jujur Zinnirah sambil menggulingkan matanya ke atas. Dia mula memeluk tubuh sebelum bergerak ke meja dapur.

"Ji nak tolong apa ni kak? Bosanlah, tak buat apa-apa," tanya Zinnirah dengan mata yang meliar ke tengah meja melihat bahan masakan.

Secara tiba-tiba, di hadapannya kini dihulurkan satu plastik yang berisi pelbagai jenis buah. Wajah Zulaikha dipandang dari bawah.

"Kupas buah ni pastu potong dadu. Kita nak buat mocktail kejap lagi," arah Zulaikha.

"Mocktail? Sedapnya!" kata ZInnirah penuh semangat. Dia terus bangun dari duduknya dan mula mencari besen dan pisau. Kemudian, buah-buahan itu dikeluarkan satu persatu dari plastik dan dimasukkan ke dalam bekas itu.

Dia berlalu ke singki untuk mencucinya satu demi satu. Bibir mula bernyanyi kecil. Zulaikha yang mendengar hanya tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

Suka hatimu lah Zinnirah... Asalkan adik yang seorang ini bahagia.

"Kak..." panggil ZInnirah.

"Hm..."

"Mus mana?" soalnya apabila tidak nampak kelibat lelaki itu langsung.

"Keluar jumpa kawan katanya," jawab Zulaikha sambil khusyuk memotong daun sup di tepi ZInnirah.

"Untunglah banyak kawan..." kata Zinnirah perlahan namun dapat didengari oleh Zulaikha.

"Ji tak ada kawan ke?"

Zinnirah terus tersenyum sinis dengan soalan kakak iparnya itu.

"Sendiri lagi seronok, kak."

BUNYI loceng yang berbunyi kuat itu mengalihkan perhatian Zinnirah yang sedang bermain dengan anak-anak buahnya; Zarif dan Zarifah. Terus dia bangun setelah meletakkan kanak-kanak yang berusia 2 tahun 7 bulan itu ke atas tilamnya.

"Ayep, tengok adik ni. Mak cu nak tengok siapa datang tu," arah Zinnirah pada Zarif yang khusyuk menonton televisyen yang terpasang. Kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu mendongak memandang ZInnirah lalu mengangguk tanda faham.

"Baik, mak cu!" ucapnya kuat.

Zinnirah tersengih lalu bergerak ke arah pintu utama rumah abang sulungnya itu. Pintu dikuak sebelum pandangnya disajikan dengan dua orang perempuan yang tidak dikenali. Senyuman kecil dia beri lalu menyoal dengan sopan.

 "Tetamu Abang Zhafran dan Kak Zulaikha ya?" 

Soalannya tidak berjawab sebelum Zinnirah terpaksa melangkah beberapa langkah ke belakang apabila badannya dipeluk secara mengejut. Hampir tercabut jantungnya apabila diperlakukan seperti itu.

Badan gadis itu ditolak sebelum muka keliru ditunjukkan.

"Awak berdua siapa? Kenapa peluk saya?" soal Zinnirah dengan dahi yang berkerut hebat. Gadis yang mungkin berumur dalam awal 20-an yang memeluknya tadi hanya menangis sambil memandang ke arah wanita di sebelah. Mungkin ibunya?

"Akak tak ingat Ati?" serak suara gadis itu sampai ke pendengarannya.

"Ati?" soal Zinnirah kembali. Gadis yang mengaku namanya tadi terus angguk laju.

"Maaf, saya tak kenal awak dan juga..." Kepala ditolehkan kepada wanita yang mungkin berumur di hujung 40-an itu.

"...saya pun tak kenal puan. Maaf, saya pergi panggil abang dan kakak ya. Bolehlah duduk dulu." Zinnirah mempelawa mereka duduk di sofa sebelum mula bergerak untuk mendaki tangga.

"Nenek!" suara kecil Zarif yang menyapa wanita itu membingungkan lagi diri Zinnirah.

Nenek? 

Kenapa Zarif memanggilnya nenek? Itu bukannya ibu Kak Zulaikha...

"Ji? Kenapa berdiri tengah tangga ni?" tegur Zhafran apabila melihat adiknya yang berdiri bagaikan tiang bendera di tengah-tengah tangga rumahnya.

"Huh?" riak keliru ditunjukkan.

"Abang tanya... Kenapa berdiri kat sini?" Zhafran mengulang semula pertanyaannya.

"Oh..." 

"Tetamu abang dah sampai," sambung Zinnirah sambil melihat tepat pada matanya.

"Tapi abang... kenapa Zarif panggil dia nenek? Itu bukan ibu Kak Ikha kan?" tambah Zinnirah separa berbisik ketika mereka turun tangga bersama-sama.

Langkah Zhafran terhenti mendengarkan soalan itu. Wajah Zinnirah dipandang lama. 

"Ji tak ingat mereka?" Soalannya dibalas dengan gelengan.

"Betul ni?" tanya Zhafran lagi.

"Sumpah demi Allah, Ji tak kenal," kata ZInnirah sambil mengangkat tangan kanannya gaya berikrar untuk membuktikan dia tidak menipu kerana dia benar-benar tidak mengenali dua gerangan di ruang tamu itu.

Wajah terkejut Zhafran dipandang dengan alis yang hampir bertemu.

"Ikut abang pergi ruang tamu." Lengan Zinnirah dipegang lembut dan ditarik bagi mengikuti langkahnya ke arah ruang tamu. 

Setibanya mereka di situ, pegangan Zhafran pada lengannya dilepaskan. Jejaka itu terus meluru dan bersalaman dengan wanita yang sedang duduk di sofa dua serangkai bersama anaknya itu. Zinnirah menjadi semakin keliru dengan kejadian yang berlaku di hadapannya kini.

"Assalamualaikum ibu, adik. Maaf Zhaf lambat turun." 

Zinnirah terus terkedu dengan ucapan abangnya. Dia merasa dagunya seperti terjatuh dan mata terbuntang sedikit.

Ibu? Adik?

Kaki terus melangkah mendekati Zhafran, hujung baju lelaki itu ditarik sehingga Zhafran memberi perhatian padanya.

"Kenapa abang panggil dia ibu? Dan budak tu adik? Mereka ni siapa, bang?" Zinnirah sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahunya ketika itu.

Zhafran terus menghela nafas berat lalu membuka mulut untuk memberitahu hal yang sebenar.

"Ji... abang tak tahu macam mana Ji boleh lupa sedangkan dulu Ji yang beritahu abang tentang hal ini."

"Bagitahu apa?" potong Zinnirah laju.

"Ini Puan Salwa, isteri kedua baba..." Mata Zinnirah terbuntang luas mendengarkan ayat itu. Pandangannya mula dilarikan pada wajah Puan Salwa yang dikatakan isteri kedua baba itu.

"Dan ini... Atiya Badrina binti Alwie, adik kandung kita," sambung Zhafran lagi.

"HAH?" Zinnirah terjerit sedikit apabila nama itu disebut. Wajah gadis yang memeluknya tadi dilihat dengan penuh tanda tanya.

"Ji dan Ati sangat rapat dulu... Waktu Ji tengah jadi student form 6 dan Ati sebagai student form 3. You were super close back then... before baba kena tangkap because he-" 

"Okay stop! You should not continue your words, abang..." Zinnirah menjeling abangnya tajam apabila dia terasa semakin triggered dengan penjelasan abangnya itu. Kepala semakin sakit dan telinga mula berdesing. Tangan dibawa ke kepala sebelum dia ketuk kuat untuk mengurangkan rasa sakit.

Sofa diduduki lalu mata dipejamkan rapat. 

"I don't remember anything about them..." Dahi mula berkerut menahan sakit.

"Akak memang tak ingat Ati langsung ke akak? Ati rindu sangat dengan akak. Ati minta maaf sebab buat akak marah di hospital dulu. Waktu tu Ati bodoh, akak... Ati minta maaf sangat-sangat. Ati sayang akak... Ati tak nak hilang akak lagi..." Rayuan dan pelukan di kaki Zinnirah menyebabkan kepala Zinnirah semakin pusing.

"I can't recall anyone named Atiya..." kata Zinnirah perlahan.

"Akak please... Please ingat Ati, akak. We used to be super close before... Ati rindu akak sangat-sangat..." Tangisan mula jatuh membasahi pipi yang sudah sedia lencun dengan air matanya. Tangan Zinnirah digapai dan digenggam erat.

Zinnirah terus menepis tangan gadis itu sebelum berdiri dengan matanya yang mencerlung tajam.

"Damn it! My memory about you is nil! I can't remember who you are so don't freaking force me to remember you!" jerkah Zinnirah apabila kepalanya semakin mencucuk setelah dipaksa sedemikian rupa.

Tekaknya mula terasa mengembang.

Tanpa menunggu lama, dia berlari ke arah singki dan muntah. Yang keluar hanyalah air disebabkan perutnya yang kosong.

Pada masa yang sama, telinganya berdesing lebih kuat sebelum matanya turut kelam. Dia rebah tanpa sempat berbuat apa-apa.

"Ya Allah, Ji!"

Kelam.

Dia sudah tidak dapat mendengar apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience