"KAU TERTINGGAL KAT mana?" soal Absyar dengan telefon yang melekat di telinga. Kepala yang gatal digaru perlahan.
"Aku tertinggal kat meja batu belakang fakulti kita. Kau tolong ambilkan boleh? Kalau hilang mampus aku, segala nota semuanya dalam tu," kata Mustaqim dengan penuh harapan.
Itulah dia, terlampau cuai sehingga tertinggal iPadnya di kawasan Fakulti Perubatan. Dia berharap iPad itu menjadi halimun bagi orang yang berniat jahat.
Absyar hanya menggelengkan kepalanya mendengar ayat yang terbit daripada bibir sahabatnya itu.
Sentiasa cuai!
Entah apa yang dia fikirkan sampai tertinggal gajet mahal ini di kawasan terbuka seperti ini. Mujur saja hidungnya jenis melekat pada muka, kalau tak mesti akan tertinggal juga.
Absyar bernafas lega apabila dia sudah nampak gajet itu sebaik saja dia mendekati meja batu yang disebut oleh Mustaqim tadi.
"Okey dah jumpa, balik nanti aku bagi kau."
"Thank you, Acad! Kaulah sahabat aku dunia akhirat sehingga ke syurga!" puji Mustaqim dengan dada yang terasa ringan daripada perasaan risau.
"Ha ya lah, aku gerak lu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam ya akhi!"
Absyar hanya menggelangkan kepalanya sebelum memasukkan iPad mini Mustaqim itu ke dalam poket scrubnya. Ingatkan selepas balik dari hospital, bolehlah dia terus berehat sekejap kerana hari ini tiada kerja part time. Rupanya, Mustaqim penghalang kepada waktu rehatnya.
Sabar aje lah!
Jejaka itu mula melangkah perlahan sambil melihat pokok-pokok di kawasan sekeliling yang berwarna hijau untuk menyegarkan otaknya kembali.
Sesekali nafas disedut lama dan dihembus perlahan. Perbuatan itu dia lakukan berkali-kali sehingga dia puas.
"Tak nak... Lepaskanlah aku... Tak nak!" jeritan yang sayup-sayup menyebabkan Absyar berhenti berjalan dan cuba untuk fokus pada bunyi itu.
Dahinya mula berkerut apabila terdengar seperti bunyi orang bergelut yang berdekatan dengannya.
Tanpa membuang masa, Absyar terus bergegas mencari punca suara itu.
"TAK NAK! LEPASKAN AKU!" jeritan kali kedua yang sangat kuat itu menyebabkan Absyar terus menoleh ke kanan sebelum matanya membuntang melihat aksi itu.
"Woi!" jerit Absyar sebelum dengan laju dia berlari ke arah dua orang manusia itu. Lengan lelaki itu ditarik kuat sehingga terlepas genggamannya pada lengan sang gadis. Wajah itu diberikan sebuah penumbuk sulungnya sehingga dia jatuh terlentang dan mengaduh kesakitan.
"Tak gentle bro nak berkasar dengan perempuan!" kata Absyar yang sedang mencekak leher baju Khairil.
"So-sorry bang... Saya t-tak sengaja..." jawab Khairil walaupun mulutnya terasa sangat sakit akibat ditumbuk oleh gerangan yang dia sangat kenal. Lelaki di depannya ini ialah Absyar, kawan kepada Mustaqim.
"Kalau aku nampak kau kacau dia lagi lepas ni, memang lunyai aku kerjakan kau! Dah, blah!" ugut Absyar sebelum melepaskannya dengan kasar.
Bunyi derapan kasut yang lari menjauh dia abaikan.
Absyar terus bergerak ke arah gadis yang sudah terbaring di atas lantai koridor. Matanya kembali terbeliak apabila melihat wajah itu.
"Zinnirah! Buka mata awak, Zinnirah!" Absyar berasa cemas apabila melihat dada itu berombak laju.
Dia terus melutut di tepi gadis itu sebelum menarik beg yang masih digalas oleh Zinnirah.
"Zinnirah!" panggil Absyar sekali lagi. Kelopak mata Zinnirah kelihatan berkelip-kelip antara mahu buka ataupun tidak.
Pipi gadis itu ditepuk berkali-kali untuk mengelakkan Zinnirah daripada terus pengsan.
"Zinnirah, jangan tidur! Wake up!"
Tanpa menunggu balasan, Absyar terus mengangkat Zinnirah supaya duduk bersandar di dinding. Ubat yang ada di dalam beg dicari sebelum dia menjumpai ubat yang sesuai.
Preskripsi dibaca sebelum ubat itu dituang ke tapak tangan dan dimasukkan terus ke dalam mulut Zinnirah. Air yang sedia ada di dalam beg gadis itu turut diberikan kepada Zinnirah untuk diteguk secara berhati-hati.
Zinnirah yang pada awalnya bernafas kencang mula membaik selepas 5 minit menelan ubat yang diberikan oleh Absyar tadi.
Mata yang tadinya gelap walaupun dia sudah berusaha untuk membuka kelopaknya, kini sudah boleh diterobos masuk oleh cahaya.
Wajah yang dia kenali mula memenuhi ruang irisnya.
"Zinnirah, awak dah okey?" tegurnya. Zinnirah pegun. Dia tidak tahu kenapa namun ototnya terasa sangat lenguh dan lemah.
"Sakit..." adu Zinnirah dengan suara perlahan sebelum matanya kembali berkaca.
"Sakit? Awak sakit kat mana?" soal Absyar semula dengan penuh rasional.
"Otot saya lenguh dan sakit..." Hampir saja suaranya tidak dapat didengari oleh Absyar disebabkan jarak mereka yang agak jauh. Dia takut dia akan mencetuskan trauma gadis itu jika berada dalam jarak yang terlalu dekat.
"Itu kesan sementara ubat, kejap lagi dalam 10 minit awak akan okey balik. Kalau rasa sakit tu berlarutan, awak bagitahu saya. Saya akan bawa awak ke hospital," terang Absyar panjang. Sesekali dia menjeling wajah yang sudah basah dengan air mata yang turun seperti air hujan.
Absyar terus bangun berdiri dan mula berjalan ke arah mesin air di seberang sana.
"Absyar!" Baru dua langkah, namanya sudah diseru. Terus Absyar berpusing dan melihat Zinnirah yang seperti takut-takut itu.
"Ya, kenapa?"
"Awak nak pergi mana? Ta-takut..." balas Zinnirah dengan bibir menggeletar.
"Saya nak belikan awak malt drink dekat mesin tu..." Mesin air ditunjuk dengan jari telunjuk kanannya.
"Awak tunggu sini sekejap ya. Kejap je nanti saya datang balik. Saya janji saya akan cepat-cepat beli minuman untuk awak," kata Absyar sambil membalas renungan mata yang berkilauan dek air mata.
"Ta-takut..."
"Awak jangan takut, saya boleh nampak awak dari sana. Saya akan lari okey. Gimme three minutes, I will comeback here. Trust me," pujuk Absyar walaupun dalam keadaan dia terpaksa menunduk ke bawah dan Zinnirah perlu mendongak disebabkan jarak ketinggian mereka.
Seorang berdiri dan seorang lagi duduk. Memang boleh menyebabkan kelenguhan.
"Saya pergi tau, Zinnirah."
Absyar terus melangkah laju ke arah mesin air itu. Dia cuba mengotakan janjinya. Dan dalam masa tiga minit, dia kembali dengan satu kotak air malt coklat untuk mengembalikan tenaga gadis itu.
Straw di belakang kotak air dicabut dan dicucuk pada lubang. Dia hulurkan air tersebut pada Zinnirah dengan berhati-hati.
"Bismillahhirrahmanirrahim..." ujar Absyar seiring dengan sedutan air malt coklat itu daripada Zinnirah.
Lama dia menunggu sehingga gadis itu selesai. Usai, Zinnirah mendongak memandangnya.
"Dah?" soal Absyar.
Zinnirah mengangguk laju.
"Awak dah okey ke untuk bangun? Boleh tak bangun?" tanya Absyar seraya mengambil kotak air yang sudah kosong.
"Saya cuba," balas Zinnirah perlahan. Dia bangun perlahan-lahan dengan menahan badannya pada dinding untuk elak daripada terjatuh. Dinding dipegang kuat untuk menstabilkan dirinya sendiri.
"Jalan perlahan-lahan," arah Absyar lembut sambil menggalas beg Zinnirah. Dia hanya mengikut langkah perlahan gadis itu dari belakang.
Zinnirah berjalan sambil berpegang pada dinding dan tiang kerana ototnya masih berasa sengal dan lenguh.
Sesekali terkeluar desis kesakitan daripada bibir keringnya itu.
Pada masa yang sama, Absyar terus mencari contact grab student untuk membawa gadis itu pulang ke kolejnya tanpa perlu berjalan.
Sesampai saja mereka di bahagian utama fakulti, Zinnirah berhenti berjalan dan menoleh ke belakang untuk melihat Absyar yang masih setia mengikut langkahnya yang perlahan.
"Maaf..."
"Huh?"
"Maaf sebab dah susahkan awak..." kata Zinnirah sebelum tunduk melihat hujung kasutnya.
"Kenapa minta maaf? Awak tak buat salah pun dengan saya," balas Absyar dengan senyuman kecil yang mula tergaris di hujung bibir.
"Awak duduk dulu di kerusi batu tu, Zinnirah. Sekejap lagi grab student datang untuk hantar awak ke kolej," ujar Absyar sambil meletakkan beg Zinnirah ke atas meja.
Zinnirah hanya angguk tanpa bicara sebelum melabuhkan punggung ke kerusi batu itu.
"Nah." Absyar secara tiba-tiba menghulurkan satu keping coklat kepada gadis itu. Zinnirah terus terkebil-kebil melihat coklat dan Absyar berulang kali.
"Tak nak ke? Dah lenguh tangan saya ni?" usik Absyar sambil tergelak kecil.
Tanpa berfikir dua kali, Zinnirah terus mengambil coklat yang dihulurkan itu.
"Terima kasih," ucap Zinnirah.
"Sama-sama." Kasih. Absyar semakin melebarkan senyumannya.
"Saya teman awak sampai balik kolej ya? Tapi jangan risau, saya duduk kat depan dengan driver," terang Absyar.
"Okey..."
Comel lah, Zinnirah!
Hallu!
Silalah vote & komen.
Uwaaa sendu sekaliiiiii
Share this novel
Tq sis update.. Best nak lg