"DAH SIAP KE projek tu?" soal Mustaqim sebaik saja Zinnirah meletakkan beg galasnya pada tempat duduk belakang. Mereka akan bergerak pulang ke rumah Abang Zhafran setelah Mustaqim tamat postingnya di department O&G itu.
"Dah..." jawab Zinnirah sambil mencari botol airnya. Penutup dibuka dan diteguk air itu sambil menjeling Mustaqim yang berada di tepi. Lelaki itu hanya diam seperti menunggunya selesai minum.
"Kenapa tak gerak lagi?" tanya Zinnirah apabila Mustaqim masih statik dan tiada tanda untuk dia memandu pada ketika itu.
Mustaqim terus menoleh ke belakang dan mengambil beg kertas yang sudah buruk bentuknya akibat terkena air hujan demikian hari. Beg kertas itu terus diberikan pada Zinnirah sambil tersenyum simpul. Secara tiba-tiba dia teringatkan pengakuan berani mati Absyar pada malam itu.
Fuh, gentlemen sungguh!
"Apa ni?" tanya Zinnirah sambil memandang Mustaqim dengan dahi berkerut. Lelaki hanya menjongketkan bahunya kerana dia juga tidak tahu isi di dalam beg itu. Dia hanya menyampaikan amanah yabg Absyar berikan padanya.
"Kenapa tak tahu?" Zinnirah berdecit perlahan sebelum menolak bahu lelaki itu.
"Sebab Mus memang tak tahu. Bukannya Mus yang beli, tu daripada secret admirer Ji yang kasi," kata Mustaqim sambil tersengih lebar.
"Orang yang sama berikan Ji coklat haritu ke?" Matanya terkebil-kebil melihat sisi wajah Mustaqim yang sudah mula memandu.
"Haah, benar sekali bestie."
Zinnirah terus mengeluarkan satu persatu barangan yang ada di dalam beg kertas yang hampir hancur itu.
Coklat. Like always.
Pepper spray.
Stun Gun.
Personal alarm.
Zinnirah terkedu buat seketika sebelum dia menjeling Mustaqim yang seronok bernyanyi kecil di sebelahnya. Pandangan diarahkan kembali ke dalam beg itu dan sambung mengeluarkan saki baki barangan yang ada di dalamnya.
Self-defense stick.
Emergency breaker.
Surat kecil yang tulisannya hampir kembang disebabkan air diambil dan dibaca dalam hati.
Zinnirah, hope this self-defense kit would help you protect yourself after this. And also, makanlah coklat tu. Sorry, dah lama tak kasi awak serotonin boost. Hope you will happy with this little gifts!
Hujung kertas digenggam sedikit kuat sebelum dia memasukkan semuanya kembali ke dalam beg kertas itu. Hatinya merasakan sesuatu. Dia rasa dia kenal dengan pemberi hadiah ini walaupun dia telah meminta Mustaqim untuk merahsiakannya.
"Mus, tell me. Siapa orang tu? Don't make me feel anxious," soal Zinnirah dengan dahi yang berkerut. Dia cuba untuk mencungkil rahsia itu daripada abangnya dan dia mahukan kepastian akan satu nama dalam mindanya.
"Nanti pada masa yang diizinkan Allah, Ji akan tahu jawapannya," jawab Mustaqim lalu menoleh seketika demi menatap wajah monyok Zinnirah. Terus terluah tawa kecilnya melihatkan reaksi itu.
"Poyo." Zinnirah terus menggolekkan matanya dengan jawapan kerek Mustaqim itu.
Habis itu, Mustaqim terus ketawa mengekek dengan respons Zinnirah.
"Mus cuba jaga amanah orang aje Ji, dia suruh Mus rahsiakan jadi Mus kena laksanakanlah. Nanti Mus jadi munafik pulak. Susahlah nak nampak siratul mustaqim nanti," seloroh Mustaqim sebelum lengan kirinya mendapat tamparan kuat Zinnirah.
"Aduh, sakitlah Ji!"
"Mus suka main-main!" marah Zinnirah lalu berdecit kuat. Penatlah bercakap dengan Mustaqim ini! Habis drain segala tenaganya!
"Mus cakap benda betullah, cuba terima kenyataan tu..."
"Huh, yalah yalah."
"Kalau Mus tak nak bagitahu, biar Ji teka," ujar Zinnirah secara tiba-tiba.
"Hm, tekalah." Mustaqim hanya melayan.
"Is it Absyar?" Dahi Zinnirah berkerut. Surat kecil itu masih dalam genggamannya.
"Kenapa Ji rasa dia?" soal Mustaqim sebelum dengan sebelah alis yang terangkat.
"Sebab dia kawan Mus dan Mus cakap orang yang bagi hadiah pada Ji ialah kawan Mus. So... dia Absyar kan?" Zinnirah mengeluarkan inferensnya.
"Yakin? Kawan Mus bukan seorang tau. Tah-tah Umar ke Hanif ke? Atau Acap geng hoki Mus yang sukakan Ji waktu sekolah dulu? Manalah kita tahu kan?" dalih Mustaqim.
Zinnirah terdiam untuk mengahdam ayat Mustaqim.
"Tapi... dia aje yang tahu Ji pernah kena serang dengan classmate Ji. Dan secret admirer yang Mus katakan ini... Dia berikan Ji self-defense kit... He's really Absyar kan, Mus?"
Mustaqim hanya diam apabila dia sudah tidak tahu mengeluarkan helah apa lagi apabila hadiah yang Absyar berikan pada adiknya itu memang menonjolkan dirinya sendiri.
"Mus janganlah diam je..."
"Kalau betul secret admirer Ji tu adalah Acad, Ji nak buat apa?" Mustaqim mula bermain tarik tali.
"Tell him to stop." Ayat Zinnirah itu menyebabkan Mustaqim terkejut dan menoleh pada adiknya seketika.
"Kenapa?" soal Mustaqim dengan dahi berkerut hebat.
"Dia tak perlu habiskan duit dia untuk Ji. Ji bukan sesiapa pun untuk dia. So please tell him, stop giving me gifts after this. Stop giving me chocolates. Gunakan duit dia untuk dirinya sendiri bukan untuk Ji," balas Zinnirah panjang.
'Ji silap. Dia sayangkan Ji... Sangat sayangkan Ji hingga sanggup lakukan apa-apapun demi Ji...' Desis hati kecil Mustaqim.
"Ji tak suka dia ke?" Lain pula balasan daripada mulut Mustaqim.
"I do like him. Ji dah anggap dia macam abang Ji. He helps me a lot sampai Ji rasa Ji banyak terhutang budi dengan dia."
Mustaqim terus menggigit bawah bibirnya apabila mendengar jawapan yang tidak terjangka dek akal itu.
"You... like him as a brother?"
"Yes. Like you. Like Abang Zhaf."
Acad macam mana ni? Dia abang-zone kan kau!
"Kalau Ji anggap dia macam abang, boleh tak Ji jangan menolak apa yang dia beri? Maybe dia buat macam tu untuk express perasaan dia pada Ji as adik? Dia ada kita je Ji..." mohon Mustaqim dalam dia tidak sedar menebalkan abang-zone yang telah tercipta.
Zinnirah mengeluh perlahan dengan rayuan Mustaqim itu. Terbayang wajah Absyar yang sentiasa tersenyum apabila bertemu dengannya. Lelaki itu sekalipun tidak pernah berbicara hal-hal yang tidak penting dengannya.
Lelaki itu selalu memberinya semangat dalam dia tidak sedar. Absyar seorang yang sangat baik dan disebabkan itu dia tak mahu lelaki itu menghabiskan terlalu banyak tenaga dan wang ringgit untuknya.
Dia bukan siapa-siapa dalam diri lelaki itu.
"Okey... Ji cuba..."
Mustaqim terus tersenyum kelat dengan jawapan itu.
Absyar... Kenapa susah benar kisah cinta kau ini?
"TAK sihat ke?" tegur Ustaz Akbar, pensyarah muda di kampus itu apabila melihat Absyar bersandar pada tiang masjid dengan mata yang tertutup rapat.
Absyar terus membuka matanya dalam keadaan terkejut apabila ditegur sebegitu. Kepala didongakkan untuk melihat wajah yang menegurnya tadi.
"Eh, ustaz..." Tangan dihulurkan untuk mencium tangan lelaki itu, guru plus tahfiznya selama tiga tahun di sini.
"Tak sihat ke?" soal Ustaz Akbar sekali lagi.
Absyar tersengih sebelum angguk. "Demam sikit je sebab kena hujan time balik kerja haritu."
"Pastu boleh ke tak nak tasmik kejap lagi? Ke nak tangguh hari lain?" tanya Ustaz Akbar lalu mengambil duduk di sebelah Absyar. Sementara menunggu waktu isyak, elok juga dia bersembang dengan pelajarnya yang sungguh sibuk itu.
Kadang-kadang dia hairan dengan Absyar. Kebanyakkan pelajarnya ialah pelajar diploma dan beberapa orang saja pelajar ijazah. Itu pun datang kelas celup-celup disebabkan kesibukan mereka sebagai pelajar degree. Tapi lelaki di tepinya ini, konsisten datang ke kelas selama tiga tahun walaupun dia seorang pelajar medik yang sibuk dengan kelas dan zaman klinikalnya. Tambahan pula, lelaki itu bekerja part time. Bagaimana dia membahagikan masanya sendiri?
"Boleh je ustaz, saya nak habiskan cepat-cepat. Saya dah sampai juzuk 30 ustaz, sikit lagi dah nak habis," jawab Absyar sambil tersenyum kecil. Tiga tahun lebih masa yang dia ambil untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran. Mungkin terlampau lambat jika mahu dibandingkan dengan pelajar tahfiz yang lain tapi dia perlu menerima takdir hidupnya yang terlampau sibuk.
Apa-apa pun dia bersyukur akhirnya dia sampai ke tahap ini walaupun secara perlahan-perlahan.
"Semoga kamu dapat menjaga hafazan kamu selepas ini," kata Ustaz Akbar sambil menepuk bahu Absyar. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengaminkan dalam hati.
"Insya-Allah, doakan saya ustaz."
"Saya akan sentiasa doakan pelajar-pelajar saya. Tambah-tambah lagi kamu, pelajar saya yang paling lama di kampus ni," balas Ustaz Akbar sebelum tertawa kecil. Absyar turut sama tertawa dengan kenyataan itu.
Ya memang dia paling lama di situ. Orang lain sudah lama menjadi hafiz dan hafizah.
"Ustaz... saya nak tanya sesuatu, boleh?" tanya Absyar sambil menoleh ke arah Ustaz Akbar.
"Tanyalah..."
"Layak ke seorang anak luar nikah mengimpikan sebuah pernikahan walaupun dia sendiri tidak tahu latar belakang hidupnya sendiri? Dia tidak tahu siapa ibu dan bapanya. Dia tidak tahu dia daripada keturunan apa? Dia... tiada langsung infomasi tentang dirinya sendiri kecuali dirinya yang sekarang. Layak ke ustaz?" tanya Absyar dengan penuh serius. Dia kini duduk bersila dan berhadapan dengan Ustaz Akbar.
Ustaz Akbar terus memandang Absyar yang berwajah serius itu sebelum mindanya ligat memikirkan jawapan.
"Layak. Kenapa tak layak pulak? Seeloknya anak itu perlu berusaha mencari tahu tentang asal-usulnya terlebih dahulu sebelum ke step yang lebih besar," jawab Ustaz Akbar dengan tenang.
"Kalau dia dah cari tapi still tak dapat apa-apa info jugak? Dia tak boleh bernikah?"
"Boleh tapi dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah selain daripada keturunan iaitu dengan melihat hartanya, cantiknya dan agamanya. Dan sebaik-baik pasangan adalah dengan melihat pada agamanya."
"Mereka pun layak bahagia kan, ustaz?" Matanya memandang Ustaz Akbar dengan penuh harapan.
"Sangat layak kerana mereka juga manusia biasa sama seperti kita. Punya hati dan perasaan. Punya keinginan untuk membina mahligai indah seperti orang lain." Senyuman ikhlas mula tergaris pada bibir mereka.
"Terima kasih, ustaz."
Azan isyak yang berkumandang menghentikan perbualan mereka.
Aku pun layak bahagia kan, Ya Allah?
Share this novel