BAB 14

Romance Series 33949

TIGA TAHUN KEMUDIAN...

BASIKAL YANG DIKAYUH dibrek secara mengejut apabila dia tidak mempercayai kejadian yang berlaku di depan matanya.

Absyar hanya memandang lama gerangan itu dengan dahi yang berkerut hebat. Macam mana dia boleh ada di sini? Mustaqim tak memaklumkan apa-apa pada dirinya?

Absyar terus turun daripada basikal dan bergerak mendekati gerangan yang duduk seorang diri di meja batu berdekatan fakulti seni reka bentuk.

Entah bagaimana Absyar pun boleh sampai ke sini sedangkan fakulti perubatan dan fakulti seni reka bentuk sangat jauh jaraknya dalam kampus.

"Assalamualaikum," tegur Absyar apabila melihat gerangan itu hanya menunduk membaca kertas-kertas di hadapannya.

"Waalaikumsalam," jawab gadis itu lalu mendongak bagi memandang gerangan yang menegurnya itu.

Absyar terkedu dan kakinya terpasak lama di atas tar itu.

"Zinnirah?" suaranya hampir tidak terkeluar apabila melihat wajah bersih gadis itu.

Zinnirah yang diam hanya mengangguk dengan dahi yang berkerut. Dia ni dah kenapa?

"Ya, saya. Kenapa ya?" soalnya kembali dengan penuh formal.

"Sejak bila awak masuk sini? I mean sejak bila awak dah start belajar semula?"

Gelabah. Entah kenapa dia sangat gelabah pada ketika itu.

"Dah masuk empat minggu," jawab Zinnirah tanpa nada.

"Mus tak bagitahu saya pun..."

"Kenapa Mus nak kena bagitahu awak perihal saya?" Zinnirah menyoal dengan kening yang terjungkit sebelah. Dia memusingkan badan sepenuhnya bagi menghadap Absyar yang masih berdiri dengan basikalnya itu.

Absyar tergamam dengan soalan itu.

Ya, kenapa Mustaqim perlu memberitahunya hal Zinnirah sedangkan dia hanyalah orang luar.

Auch, terasa hatinya pecah berderai dengan kenyataan itu.

Jeda.

Suasana menjadi sunyi dalam masa yang agak lama.

"Absyar, saya tanya ni. Kenapa?" Zinnirah kembali menegur lelaki itu yang kelihatan mengelamun jauh.

"Awak ingat nama saya?" Soalan itu pula yang terpacul dari bibirnya.

Zinnirah tersenyum kecil. Pemuda itu sangat kelakar dan gelabah pada pandangannya.

"Ubat depression saya tak akan dapat erase nama awak dalam minda saya."

Aci tak kalau tersenyum lebar dengan ayat Zinnirah pada ketika ini? Hatinya berdebar hebat!

"Awak selalu berkepit dengan Mus macam belangkas. Mana boleh saya lupa awak," tambah Zinnirah lagi sambil melihat reaksi Absyar. Bahu yang tadi tegang kembali jatuh.

'Oh, sebab Mus rupanya...' desis hati kecil Absyar.

"Kau orang gay ke?"

"Oi, mana ada! Jangan fitnah saya macam tu," laju bibir Absyar membidas soalan yang tak terjangkau dek akal itu.

Apa kebendanya gay? Dia punyalah helok menjadi student plus tahfiz kesayangan ustaz, tiba-tiba dituduhnya mempunyai hubungan songsang.

Dengan Mustaqim pula tu?

Ergh! Nauzubillahiminzalik!

"Mana saya tahu, saya tanya aje." Kali ini Zinnirah terus tertawa kecil dengan tindak balas lelaki itu.

Dia tahu, mana mungkin mereka menjadi pasangan yang dimurka Allah. Dia hanya mahu menguji dan mengusik lelaki itu.

"Muka saya nampak macam orang gay ke?" soal Absyar lagi.

Zinnirah terus memandang wajah Absyar lama sebelum mata mereka bertembung. Absyar terbungkam lalu terus memutuskan eye contact mereka.

Huish, takut mak!

"Tak pun, muka lelaki bijak pandai tu adalah." Zinnirah berkata jujur.

Lagi sekali, aci tak untuk dia mengembang dengan pujian Zinnirah itu.

Absyar berdehem perlahan sebelum mengubah topik perbualan mereka.

"Awak ambil kursus apa kat sini?" soal Absyar walaupun sudah terpampang besar nama fakulti di hadapan mereka ketika itu.

"Architecture."

"Finally Zinnirah. Selamat datang ke menara gading! One step closer to achieve your dream. It's not too late for welcoming you here right?" kata Absyar dengan penuh semangat.

"Thank you, senior." Dia cuba melayan rentak Absyar.

"Eh, janganlah panggil saya senior. I'm not a type of person that focusing on hierarchy. Just Absyar is enough." Absyat terus menegah Zinnirah daripada memanggilnya begitu. Geli tekak mendengar gelaran senior walaupun memang itulah kenyataannya. Masih berbaki satu tahun pengajian sebelum dia menjadi houseman di hospital.

Fuh, memikirkannya saja sudah cukup gementar kerana clinical year saja sudah memecahkan otak!

"Okey, Absyar."

Boleh tak Absyar nak jatuh terduduk sekarang?

Kenapa baru kali ni namanya kedengaran merdu di bibir orang lain?

Pembetulan, namanya hanya kedengaran merdu apabila disebut oleh Zinnirah sahaja.

Titik.

"Awak duduk kolej ke?" soal Absyar. Gadis itu hanya mengangguk.

"Kolej mana?"

"Delima." Absyar terus mengangguk. Tidaklah jauh mana dengan kolejnya.

"Kalau awak ada apa-apa masalah atau nak bantuan, boleh roger saya atau Mus. Saya pun duduk kolej juga," tambah Absyar.

"Baiklah, nanti saya roger." Zinnirah terus tersenyum kecil.

Kawan Mustaqim ini... Comel?

"Saya gerak dulu ya? Dah lambat nak pergi kerja," pamit Absyar sambil melihat ke arah jamnya.

"Oh, pergilah. Hati-hati," kata Zinnirah sebelum berdiri.

Sumpah, dia rasa nak pengsan! Zinnirah suruh dia hati-hati!

"Terima kasih. Assalamualaikum, Zinnirah."

"Waalaikumsalam."

Setelah itu, dia terus mengayuh basikalnya menuju ke kedai makan tempatnya bekerja. Sebelah tangan memegang handle, sebelah lagi memegang dada kiri yang jantungnya berdegup kencang.

Bibir mula tersenyum lebar sebelum dia tergelak seorang diri.

Absyar tidak pasti... Tidak pasti ini kali keberapa dia jatuh untuk gadis itu.

Zinnirah, awak guna jampi apa pada saya?

Awak tak buat apa-apa pun saya dah jatuh tergolek pada awak.

Zinnirah yang memerhati pemergian lelaki itu hanya tersenyum senget sebelum dia kembali membaca borang di tangan untuk diisi.

Tidak dia sangka dia dapat menyambung pelajarannya sehingga ke tahap ini. Walaupun dia sudah berumur 23 tahun pada semester pertamanya, dia cuba untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Dan juga rakan sekelas yang kebanyakkan lebih muda dari dirinya.

Dia cuma berharap kursus yang dia ambil ini tidak mempunya tugasan berkumpulan. Dia takut dia tidak dapat menghadap kerenah manusia.

Dia selesa berseorangan begini. Ke mana-mana sendiri. Makan sendiri. Belajar sendiri.

Bukan kerana dia sombong tetapi dia mahu menjaga dirinya. Dia mahu menjaga mentalnya yang masih dalam fasa pemulihan.

Penting diri? Ya, boleh dikatakan begitu.

Untuk kali ini dia mahu mementingkan diri jika itu mampu menjaga kemaslahatan dirinya sendiri.

Biarlah Zinnirah memilih dirinya bermula pada saat itu.

Dia mahu bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience