Completed
64209
"KAU NAK PERGI mana, Mus?" soal Absyar setelah melangkah masuk ke dalam bilik mereka. "Nak pergi jumpa adik aku kejap," balas Mustaqim lalu membetulkan rambutnya. "Kau tak bagitahu aku pun yang Zinnirah study sini." Mustaqim terus menoleh memandang Absyar dengan dahi berkerut. "Aku tak bagitahu kau ke? Bukan aku ada bagitahu ke?" soal Mustaqim kembali. "Mana ada. Kau tak bagitahu aku." Absyar terus duduk di kerusi sebelum mengeliat kecil. Ah, lelah. Kerja gila. Zaman clinical year bersama kerja part time yang kejap dia pergi dan kejap tak mengganggu mentalnya sendiri. Mungkin ini bulan terakhir dia bekerja. Dia sudah tidak sanggup. Dia mahu fokus pada zaman klinikal dan juga akademiknya untuk dia graduate on time. "Sorry do Acad, aku lupa nak bagitahu kau. Ji start study kat sini dua bulan lebih dah." "It's okay bro. Aku terjumpa dengan dia minggu lepas dekat depan fakulti. Ada juga aku tegur dia kejap, mujur tak tersalah orang." Jujur Absyar berkata. Dengan lafaz basmallah, dia terus meneguk air di dalam botolnya. "Kau sembang apa dengan Ji time tu?" soal Mustaqim. "Aku tanya bila dia masuk study, itu aje. Jangan risau, aku tahu batas antara aku dan Zinnirah. Chill my bro." Absyar terus tersenyum kecil dengan riak wajah Mustaqim. "Aku tahu dan aku percayakan kau," jelas Mustaqim berkata lalu dia menyemburkan minyak wangi ke seluruh badan. Harum semerbak memenuhi bilik mereka. "Nak pergi jumpa Zinnirah ke pergi jumpa awek ni?" "2 in 1." Mustaqim tersengih lebar. Absyar terus berdecit sambil membuat muka. Tak adanya mamat tu nak ada awek. Habis kuat dia melepak dengan Umar and the gang. Laci meja ditarik sebelum satu beg kertas kecil diambil dan diserahkan pada Mustaqim. Terus lelaki itu menjungkitkan keningnya secara tiba-tiba. "Untuk aku?" Absyar geleng laju. "Dahtu?" "Untuk Zinnirah." Terus berkerut dahi Mustaqim mendengar jawapan Absyar. "Tapi jangan bagitahu ini daripada aku. Kau bagi je pada dia." Mustaqim tetap mengambil huluran tu walaupun dia berasa sangat pelik. "Kenapa kau bagi hadiah pada Ji?" Mustaqim sudah masuk mood polis pencennya. "Bukan hadiah pun, Mus. Itu coklat je." "It's still a gift, right?" "Ya and it's just a bunch of chocolates, Mus." Absyar cuba membela diri apabila Mustaqim mula memincingkan matanya. "Kau ada apa-apa ke dengan adik aku?" Mustaqim menyerkap jarang. "Oi! Mana ada. Jangan fitnah aku eh," laju Absyar menafikan tuduhan Absyar itu. "Boleh percaya ke ni?" Senyuman senget mula tertarik di hujung bibir Mustaqim. "Astaghfirullah, betul Mus. Takkan Zinnirah nak lelaki macam aku ni?" Dia mula merendah diri. "Mana kau tahu Ji tak nak? Aku kalau jadi perempuan pun aku nak ada suami soleh macam kau tahu? Dahlah rajin kerja, ada ghupe herlok pulak tu. Uish, sejuk hati isteri." Mustaqim mula tergelak mengekek apabila melihat wajah Absyar yang sudah berubah. "Kau pergi jumpa adik kau sekarang, Mus. Creepy betul kau sekarang ni. Naik bulu roma aku!" kata Absyar sambil menggosok kedua-dua lengannya. Seram! Seraya itu, Mustaqim terus melepaskan tawa besar. Kelakar betul muka cuak Absyar tadi. Mesti dia dah seram sejuk tu! "Dahlah, aku gerak dulu nak jumpa scandal kau. Bye, Acad!" usik Mustaqim sambil tersengih. "Kepala otak dia scandal aku..." bebel Absyar seorang diri. Tuala diambil sebelum bergerak ke tandas untuk membersihkan diri. "Tapi kalau betul pun apa salahnya... kan?" kata Absyar sebelum tergelak kecil. Gila. "Assalamualaikum!" Zinnirah yang mendengar bisikan di telinganya terus menoleh ke arah kiri dengan penuh tanda tanya. Lega hatinya apabila melihat wajah Mustaqim yang tersengih di tepi dirinya. Bahagia betul raut mukanya apabila bertemu Zinnirah. "Tak nak jawab salam Mus ke?" tanya Mustaqim sebelum menarik kerusi dengan perlahan-lahan. Entah kenapa adiknya ajak berjumpa di perpustakaan yang mempunyai had untuk bersuara tika itu. "Waalaikumsalam abangku sayang," jawab Zinnirah sambil membuat muka malas-mahu-layan. "Ha macam tu lah adik didikan Mustaqim," kata Mustaqim sambil mencuit pipi gebu Zinnirah. "Isy! Jangan sentuhlah! Nanti orang cakap apa pulak," marah Zinnirah sambil menepis tangan Mustaqim yang pandai-pandai mencubitnya. "Orang nak cakap apa? Orang tak akan bercakaplah Ji. Jangan risau..." "Awak tu banyak peminat. Nanti diorang serang Ji... Penat tau nak melayan. Zaman sekolah pun hampir botak Ji nak kena hadap," luah Zinnirah lalu menutup laptopnya. Sementara menunggu ketibaan Mustaqim tadi, dia mencari inspirasi untuk assignmentnya nanti. "Mus tak ada banyak peminatlah, Ji. Zaman tu dah berlalu," Mustaqim teris menafikan ayat adiknya itu. "Tu apa?" Zinnirah memuncungkan bibirnya ke arah sekumpulan perempuan yang berada tidak jauh dari dua beradik itu. Mereka memandang ke arah Mustaqim dan Zinnirah tanpa lepas. Mustaqim terus tersengih sambil menggaru kepalanya. "Haih, susah betul jadi student yang hensem, cemerlang terbilang dan elok budi pekertinya ni..." Mustaqim mula memuji diri sebelum didiamkan dengan cubitan padu Zinnirah. "Dah. Malas nak dengar pujian diri sendiri Mus tu." Zinnirah terus menjeling sebelum memasukkan laptop ke dalam beg galasnya. "Itu self love lah, Ji. We need self love to grow the confidence and get rid the insecurities. You need that also, okay?" Mustaqim sekali lagi mencubit kuat pipi adiknya. "Sakitlah!" Zinnirah terjerit kuat sehingga semua yang berada di situ memandang mereka. Dia menghela nafas berat. Mustaqim ni memanglah! "Kalau nama Ji naik dalam channel confession kampus, siap Mus!" ugut Zinnirah sambil menahan sabar. Geramnya dia dengan Mustaqim ini. Memang meminta untuk dilempang sekuat hati. "Am I that famous?" soal Mustaqim dengan bibir yang tersengih lebar. "Yes and you've drag me into your damn 'popular world'!" marah Zinnirah dengan suara tertahan. "Alaaa, janganlah marah-marah. Tengok pipi ni dah merah. Nak cendol ke?" usik Mustaqim lagi. "Mus!" "Sorry! Jom keluar." Terus dia mengheret Zinnirah keluar sebelum gadis itu meletup di situ angkara dirinya. "Ji tak makan ubat anti-depressant eh? Tu yang emosi terumbang-ambing macam Titanic karam," sergah Mustaqim apabila melihat wajah yang berkerut menahan amarah. Zinnirah hanya diam apabila tekaan abangnya mengena. "Ubat SLE makan tak?" "Makan." Walaupun ada masanya dia terlupa. "Anti-depressant?" "Tak." "Kenapa tak makan?" soal Mustaqim lagi. Pintu keretanya dibuka sebelum menolak adiknya masuk dengan lemah lembut. Sebenarnya itu kereta baba tapi sudah menjadi miliknya. Walaupun orang tua itu hauk tapi kenderaan tinggalannya, tak. "Sebab rasa tak perlu untuk dimakan. I can sleep on my own. I didn't hear things anymore," balas Zinnirah sebelum mengeluh. Mustaqim mula panaskan enjin sebelum melihat wajah adiknya seketika. "It's good to hear about that tapi yang tak bagusnya bila Ji stop taking the medicine drastically. Sangat bahaya Ji, your MDD can relapse anytime. Jadi tolong dengar cakap doktor dan jangan buat falasi sendiri. Bahaya," bebel Mustaqim penuh rasional. Sekali lagi Zinnirah mengeluh. "Jangan mengeluh Ji, tak baik," tegur Mustaqim sambil menjeling Zinnirah sebelum kembali fokus pada jalan raya. "Sorry." "Sorry not sorry. Lepas ni jangan berhenti makan ubat tiba-tiba macam ni lagi, okey?" "Okey. Membebel dah macam doktor." Zinnirah berdecit perlahan. "Oi Zinnirah, abang awak memang nama Dr. Mustaqim, kan?" Kali ini Mustaqim pula yang membuat muka. "Opsie! Sorry, terlupa Mus ambik MBBS." Kini giliran Zinnirah pula mengusik abangnya. "Kau memang..." Mustaqim berdecit dan Zinnirah hanya tertawa kecil. "Ji, buka dashboard tu," arah Mustaqim apabila dia teringatkan sesuatu. "Dah buka," kata Zinnirah polos. "Ambil beg kertas comel tu. It's yours. Your serotonin." Mustaqim tersenyum sendiri apabila teringatkan Absyar. "Serotonin?" Mustaqim mengangguk. Zinnirah terus melihat ke dalam beg kertas itu. Banyaknya coklat! Terus dia menoleh untuk melihat wajah Mustaqim yang masih tersenyum seorang diri. "Mus belikan Ji coklat banyak ni? Terima kasih, Mus! Sayang Mus!" luah Zinnirah dengan penuh gembira. Dia dan coklat adalah dua elemen yang tak boleh dipisahkan. "Bukan Mus yang beli tapi secret admirer Ji yang kasi." "Siapa?" "Rahsia." "Mus!" Terus terhambur tawa Mustaqim mendengar jeritan itu. "Betullah, rahsia sebab tuan badan minta rahsiakan. Tapi Ji jangan risau, it's safe to eat because I trust him as much as I trust you." Senyuman kembali mekar di bibirnya. "Okeylah kalau macam tu." Zinnirah pasrah sebelum kembali melihat ke dalam beg kertas itu. Satu surat kecil diambil dan dibaca. Hi Zinnirah! Your happy pills are here! I will be your serotonin's supplier starting from this month. Enjoy your serotonin boost! >-<. any="" news="" and="" update="" saya="" akan="" post="" di="" ig=""/>
acad n ji always be the cuties duoooo
Share this novel
sooooo happyyyy baca chapter ni... xsabar menanti