"MUS," panggil Zinnirah.
Lelaki itu terus menoleh ke arahnya dengan kening yang sudah terangkat kedua-duanya sebelum kembali melihat jalan raya yang semakin sesak itu.
"Mus," panggilnya sekali lagi apabila panggilan tidak bersahut.
"Ya Puan Zinnirahku sayang, nak apa puan? Nak penampar ke?" Zinnirah hanya tertawa lepas dengan respons kembarnya itu. Pagi ini, Mustaqim menghantarnya ke pejabat disebabkan Absyar oncall. Maksudnya, selama dua harilah dia tidak dapat menatap wajah suami kacaknya itu.
"Kenapa garang sangat ni? Cik Inas Lashira bekalkan tebuan ke?" usik Zinnirah sambil mencucuk lengan kiri abangnya.
"Dia yang tebuan..." balas Mustaqim perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga Zinnirah.
"Mus gaduh dengan dia ke?" soal Zinnirah apabila melihat wajah cemberut Mustaqim tatkala menyebut nama tunangnya itu. Mereka bertunang seminggu selepas Absyar dan Zinnirah pulang daripada menunaikan umrah tempoh hari.
"Gaduh sikit je..." adu Mustaqim lalu mengeluh perlahan. Jemarinya mula memicit hujung dahi yang terasa berdenyut. Dia juga turut baru selesai oncall pagi tadi dan disuruh oleh suami kesayangan Zinnirah itu untuk menghantar sang isteri bekerja.
"Pasal apa?"
"Mus terlupa ada dinner dengan Shira and semalam kena oncall. Dia merajuk dengan Mus sebab dia tunggu lama kat restoran tu dan Mus tak angkat call dia. Paeds semalam sesak sangat and I didn't get proper time to look at phone. Mus call dia pagi tadi tapi dia cakap acuh tak acuh je. Sakit hati kita..." adu Mustaqim sambil menjuihkan bibirnya.
Pening memikirkan si tunang yang sudah merajuk disebabkan dirinya sendiri. Ya dia mengaku memang salahnya kerana tidak memaklumkan awal pada gadis itu. Tapi kekalutan yang tidak disangka-sangka berlaku dalam jabatannya itu membuatkan dia tidak sempat memaklumkan gadis itu langsung.
"Pujuklah dia Mus, dia terasa tu," cadang Zinnirah dengan mata yang tidak lekang memandang abangnya.
"Tak reti nak pujuk orang perempuan..."
"Dulu Mus pandai je pujuk Ji," ujarnya dengan alis yang hampir bertemu.
"Ji lain, Shira lain..."
"Apa yang lainnya, sama-sama perempuan jugak."
"Lainlah... Dia masih tak ada ikatan yang sah dengan Mus sedangkan awak tu adik kesayangan Mus. Apa yang Mus nak buat, ada batasnya. Tali pertunangan tidak menghalalkan larangan Allah, Ji," balas Mustaqim panjang. Sesekali dia menoleh seketika untuk melihat wajah adik kembarnya itu.
"Ji tahu, saja nak test. Mana tahu dah lupa diri..."
"InsyaAllah tak lupa diri. Suami Ji tu selalu mengingatkan benda yang Mus lupa. Bersyukur jugaklah ada Acad dalam hidup seorang Mustaqim yang kuat terpengaruh yiniii," seloroh lelaki itu dalam pengakuannya.
Zinnirah hanya tersenyum kecil dengan ayat abangnya itu.
"Ji pun bersyukur sebab ada dia sebagai suami. Sungguh Ji tak expect dia nak sambut anniversary pertama kitorang di Mekah. He's unexpectedly romantic. And somehow... I love his action so much, Mus. Dengan dia, Ji rasa tenang. Dengan dia, Ji dah tak rasa takut dan trauma. Dan dengan dia Ji rasa... Ji hidup. Sampai satu tahap, Ji sangat-sangat bergantung hidup pada Absyar dan Ji tak tahu apa akan jadi pada Ji kalau dia hilang dari dalam hidup seorang Zinnirah." Zinnirah meluah secara tiba-tiba rasa isi hatinya tentang Absyar.
"You love him?" soal Mustaqim dengan penuh tanda tanya. Dia sentiasa berbual dengan Absyar berkaitan Zinnirah. Namun lelaki itu hanya bercerita hal-hal indah yang dimiliki adiknya itu sahaja. Malah apabila ditanya adakah Zinnirah sudah meluahkan perasaannya pada Absyar, jejaka itu hanya tersenyum tanpa bicara.
Ah, Absyar. Dia memang benar-benar menjaga rahsia rumah tangga walaupun dengan abang ipar sendiri!
Zinnirah termengap seketika dengan soalan cepumas Mustaqim itu.
Adakah dia sudah mempunyai rasa yang sama pada suaminya itu?
Sisi wajah Mustaqim dia lihat sebelum tersenyum kecil.
"Put your guess, Mus. I love him or not?" Zinnirah menjungkitkan keningnya berkali-kali.
"Apa kebendanya nak main teka-teki pulak soal perasaan ni. Tak faham betul dengan orang perempuan ni..." Decitan mula terhasil daripada bibir sebaik saja mendengar soalan Zinnirah itu.
Dia menjeling ke arah adik perempuannya itu sebelum memberikan jawapan.
"Daripada observation Mus yang singkat, you looks like you already love him. Betul?" Senyuman senget mula terbentuk di hujung bibir.
"Ji rasa Allah dah makbulkan doa Absyar untuk Ji sebab betullah cakap Mus, I do love him. Sangat. And this is the first time I feel like this dan Ji harap Ji tak akan kecewa dengan perasaan ini." Zinnirah mengakui perasaannya dengan penuh jujur. Tanpa sedar, bibirnya mula menarik satu senyuman lebar.
"Alhamdulillah, Allah dah buka hati Ji untuk Acad. Almost 10 tahun mamat tu bertepuk sebelah tangan dan kali ini dia sudah menakluki hati Ji sepenuhnya. I'm happy for him! Jaga hati dia elok-elok Ji, Acad ni one in million. Susah nak jumpa spesis gred A+ macam dia. Hargai dia, sayangi dia... Mus doakan rumah tangga korang berdua bahagia sehingga ke jannah!" ujar Mustaqim dalam keadaan ceria sebelum membelok masuk ke parking lot bangunan pejabat Zinnirah.
Wanita itu angguk tanda faham dengan senyuman yang tidak luntur. Adakah ini rasanya jatuh cinta dengan suami sendiri?
"Mus," panggil Zinnirah lagi.
"Hm?" Mustaqim sudah menjungkitkan sebelah keningnya.
"Absyar suka apa? Esok birthday dia dan Ji tak tahu nak hadiahkan dia apa." Matanya terkelip hebat memandang wajah Mustaqim yang sudah tersenyum simpul.
"Mus tak tahu." Pendek dan padat jawapan seorang Mustaqim.
"Eh? Cakap best friend, takkan tak tahu?" Zinnirah mula berasa pelik.
"Ji ingat Acad tu sambut birthday dia ke? Tak Ji, tak pernah sekali pun sepanjang kami berkawan, dia sambut birthday dia. Tentang apa yang Acad suka, Mus tak tahu sebab apa yang dia dapat, dia tak pernah banyak kompelin. Bak kata orang tua-tua, Acad ni anak yang senang untuk dijaga sebab tak banyak ragam," terang Mustaqim panjang. Adiknya itu pula sudah mengeluh kecil mendengar ayat si abang itu.
"Tapi ada satu benda yang dia suka dan dia pernah mengaku pada Mus," tambah Mustaqim lagi.
"Apa tu?"
"Zinnirah," jawab Mustaqim dengan senyuman mengusik.
"Hah?"
"Seorang Absyar hanya pernah mengaku pada seorang Mustaqim yang dia sukakan seorang gadis bernama Zinnirah bertahun yang lalu dan perasaan itu masih kekal sehingga sekarang. Dan jawapan untuk soalan Ji tadi, hadiah yang paling Acad suka ialah Zinnirah."
Zinnirah terpaku lama pada kusyen kereta apabila mendengar ayat Mustaqim yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya itu.
"It's easy Ji. Just confess your love to him. Itu akan menjadi hadiah yang paling bermakna buat Acad. Hadiah yang sangat simple tapi akan menjadi sangat bernilai besar buat dia." Mustaqim terus melepaskan tali pinggang keledar yang masih melekat pada badan Zinnirah.
"I will try, Mus... Walaupun confession is a terrifying..." Zinnirah menggigit bawah bibirnya.
"Don't be so anxious, adikku. Acad tu sebaik-baik manusia yang wujud kat muka bumi ni. So, relax. Plan sebaiknya and enjoy your date together!" Mustaqim cuba menenangkan Zinnirah yang sudah berwajah cuak.
"Tapi-"
"Ah takde tapi-tapi. Keluar sekarang, nanti lambat masuk kerja. Nak clock in merah ke?" potong Mustaqim tanpa menghiraukan Zinnirah yang sudah merah mukanya menahan geram. Lelaki itu hanya tersengih menayangkan barisan gigi yang tersusun elok.
"Ish yalah! Menyampah dengan Mus!" Muncung mula terbentuk tanpa dia Zinnirah.
"Salam dulu sebelum keluar," tegur Mustaqim apabila adiknya itu sudah berura-ura mahu membuka pintu kereta.
Tanpa banyak bicara, tangan Mustaqim disambar dan dicium sepantas kilat lalu Zinnirah terus keluar dengan wajah cemberut. Dia sakit hati dengan Mustaqim!
Lelaki itu hanya melepaskan tawa kecil dengan tingkah adiknya itu. Kepala digelengkan seketika sebelum dia meninggalkan kawasan itu.
Sekarang waktu Mustaqim menyelesaikan masalah terbesarnya iaitu misi memujuk Cik Tunang!
Satu bulan tak update, rindu tak?
Maaf, agak busy. Inilah yang akan jadi bila saya dah masuk belajar :) terlampau sibuk sehingga rumah merah tak sempat dijejak.
Share this novel
dah update resa hilang rindunya. tima kasih kerna update. hai rasa tak puas membacanya . mcm nak lg. tapi kerna sabar sbb kerna hormat juga dgn masa org yg sedang study.
Rindunya pada absyar,ji & mus, rasa tak puas baca, terima kasih sebab dah update chapter...2x baca dh