BAB 21

Romance Series 33949

ZINNIRAH KEMBALI KE kelas setelah dua hari dia ponteng. Pertanyaan rakan sekelasnya hanya dia balas dengan ayat 'kurang sihat' sahaja. Mahu membahas lebih, dia tidak mahu membuka aibnya yang tersimpan rapi.

Mempunyai penyakit berkaitan mental itu aib? Entah, dia tidak tahu. Tapi dia tidak mahu mendapat perhatian yang tidak perlu jika perihal ini terbongkar. Dia mahu hidup tanpa dikenali sebagai pelajar bermasalah di sini dan menghabiskan pengajiannya tepat pada waktu.

Dia mahu kerja.

Dia mahu hidup seperti manusia normal yang lain.

"Ji..." Teguran itu menyebabkan Zinnirah menoleh ke arah suara tersebut. Matanya bertembung dengan mata Khairil yang berdiri di hujung mejanya.

Zinnirah hanya diam dan membawa keluar peralatan belajarnya; buku nota dan pen.

Tidak ada hati mahu melihat wajah lelaki itu setelah apa yang dia lakukan pada dirinya beberapa hari yang lalu.

"Aku minta maaf atas tindakan aku haritu. Sumpah aku tak sengaja," kata Khairil penuh rasa bersalah. Dia benar-benar tidak sengaja, dia hanya mahu tahu kebenaran bukannya untuk menakutkan gadis itu.

Namun dia sedar, tindakannya telah mencetuskan permasalahan antara dirinya, Zinnirah dan juga abang gadis itu, Mustaqim.

Sekali lagi Zinnirah hanya mengabaikan permohonan maaf lelaki itu dan mula menyelak nota-notanya di dalam fail. Pen dia ambil dan terus menulis apabila ada beberapa perkataan yang dia tidak faham.

Khairil yang melihat tindakan itu terus merampas pen yang dipegang Zinnirah. Gadis itu terus memandang Khairil dengan pandangan yang tajam.

"Kau ni kenapa?" marah Zinnirah dengan suara yang tertahan.

"Aku bercakap dengan kau tapi kau ignore aku. Aku minta maaf, Ji," Khairil menatap mata Zinnirah dengan penuh lembut. Dia ikhlas menyatakan apa yang terbit daripada bibirnya.

"Okey, okey. Aku maafkan. Dah? Kau dah boleh pergi duduk tempat kau," decit Zinnirah dengan muka menyampah. Pennya yang masih dalam genggaman Khairil cuba dirampas namun lelaki itu terus mengangkat tinggi tangannya.

Zinnirah tak sampai!

Kurang asam.

This is humilation to gadis tak cukup tinggi!

"Kau tak ikhlas pun maafkan aku, Ji..."

"Kau ada dalam hati aku ke yang kau boleh tahu aku ikhlas ke tak? Tak kan? So stop making false assumptions about me!" bentak Zinnirah dengan gigi yang diketap rapat.

"Tapi aku boleh try kan?" soal Khairil dengan sengihan yang mula terukir di bibir.

"Try apa?"

"Masuk dalam hati kau untuk tahu sama ada kau ikhlas atau tak." Kali ini Khairil terus tersengih apabila melihat Zinnirah menggulingkan matanya sebelum menghela nafas berat.

"No." Pendek dan padat jawapannya pada Khairil yang tidak faham bahasa itu.

"Kenapa?"

"Kau tanya kenapa?" soal Zinnirah kembali. Khairil menganguk laju.

"Kita ni..." Zinnarah mula menunjuk pada dirinya dan kemudian Khairil.

"...kita belum berkawan pun kau dah mampu sakitkan fizikal dan mental aku. Jadi kau rasa, aku akan terima kau? Berkawan dengan kau pun aku rasa aku tak sanggup demi menjaga kesejahteraan mental aku. So there is no us, Khairil Rizqin." Zinnirah hanya melihat wajah Khairil yang sudah berubah.

"Can we give it a try? As a friend only, Ji... Please..." tanya Khairil lalu menggigit dalam pipinya.

Zinnirah terus menghela nafas berat. Bahunya jatuh sebelum dia bersandar pada kerusi, dahi dipicit seketika.

"Susah sangat ke nak faham apa yang aku sampaikan ni, Khai? Is it hard for you to understand that I have trust issue in everyone including you. Is it hard for you to continue your life without me being your friend? Susah sangat ke, Khai?" ujar Zinnirah perlahan namun tetap dapat didengari dengan jelas pada telinga Khairil. Lelaki itu hanya berdiri tanpa bercakap apa-apa.

"Aku nak jaga diri aku, Khai. Aku kena kawal mental aku for my own good. Aku bukan tak nak berkawan but it is better for me to stay alone in this degree life. We should stay as kenalan or classmate only and don't ever cross the line walaupun 'line' itu hanya sekadar kawan.

Aku tak benci kau, Khai. Tapi biarlah aku pilih diri aku kali ini untuk kebaikan aku sendiri. Aku pun tak nak sakitkan hati kau dengan attittude aku yang aku pun tak tahu bakal jadi seteruk mana nanti. So please don't ever cross your mind with the sentence 'can we be friend?' because we cannot. Ini untuk kebaikan aku dan juga kau, Khai," sambung Zinnirah lagi. Khairil hanya tergamam.

"Kalau kau tak ada apa-apa, boleh tak berikan pen aku balik?" Tangan dihulurkan untuk mendapatkan pen dia semula.

"Ji..." panggil Khairil sambil memandang tunak mata beku Zinnirah.

"Siapa yang sakitkan kau sampai macam ni sekali?" 

Usai ayat itu, Zinnirah hanya diam. Begitu juga Khairil.

HUJAN lebat yang jatuh menyembah bumi itu menyebabkan Mustaqim terus berdiri berdekatan tingkap biliknya. Jam di telefon dilihat berkali-kali sebelum dia mengeluh seketika.

"Mana mamat ni pergi?" bebel Mustaqim apabila kelibat Absyar masih tidak berkunjung tiba walaupun jam hampir menginjak ke angka 10 malam. Lelaki itu langsung tidak memberitahu keberadaannya pada Mustaqim.

Semuanya berlaku sejak kejadian Absyar yang dimarahi oleh Dr. Halimah tempoh hari. Dia risau jika lelaki itu melakukan hal yang di luar jangkaan walaupun dia tahu Absyar tidak akan sesekali terjebak dalam hal itu.

Pintu bilik yang ditutup secara tiba-tiba menyebabkan Mustaqim terus menoleh ke belakang. Matanya disajikan dengan Absyar yang basah kuyup sehingga basah lantai bilik mereka.

"Kau pergi mana ni, Cad? Sampai basah lencun ni, Ya Rabbi..." bebel Mustaqim sambil bergerak ke arah locker untuk mengambil tuala Absyar. Dia berjalan laju ke arah Absyar lalu meletakkan tuala itu ke atas kepala lelaki itu. 

"Aku kerja," balas Absyar perlahan hingga hampir tidak terkeluar suaranya.

"Kenapa kau kuat sangat kerja? Sampai basah kuyup macam ni, Cad! Kita masih student, kau tak perlu kerja kuat sampai macam ni sekali," ujar Mustaqim sambil menggelengkan kepalanya dengan tindakan Absyar itu.

"Last shift. Aku dah berhenti kerja, Mus..." balas Absyar dengan bawah bibir yang menggeletar kesejukan.

Absyar terus melepaskan beg galasnya sebelum membuka zip begnya. Satu beg kertas yang dibaluti plastik dikeluarkan dan diberikan pada Mustaqim.

"Apa ni?" soal Mustaqim dengan kening yang terangkat sebelah.

"Mus, boleh kau bagi ni pada Zinnirah? Jangan bagitahu ini daripada aku." Mata Mustaqim dipandang seketika sebelum cepat-cepat dia melarikan pandangan. 

Segan.

Dan dia tahu, semuanya bakal terbongkar sekejap sahaja lagi.

"Again, Cad? Kau suka adik aku ke?" Kali ini Mustaqim bertanya dalam keadaan yang sebal. Kenapa lelaki ini selalu sangat memikirkan Zinnirah berbanding diri sendiri? Dia tiada apa-apa hubungan dengan Zinnirah. Kenapa dia perlu ambil kisah sampai sebegini rupa?

"Mus..." Nafas ditarik dalam. Wajah Mustaqim dipandang dengan perasaan berdebar.

"Mus, aku suka Zinnirah," luah Absyar dengan penuh perasaan.  muka Mustaqim yang terkejut itu dipandang dengan jantung berdetak kuat.

"Kau cakap apa ni, Cad?" soal Mustaqim sebelum tertawa kelat bagi menutup rasa terkejutnya.

"Aku suka Zinnirah. Aku... aku nak kahwin dengan dia," ujar Absyar dengan berani.

Kali ini Mustaqim melepaskan keluhan berat secara tidak sengaja. Wajah serabai Absyar dilihat dengan penuh tanda tanya.

"Kau tahu kan apa yang telah berlaku pada Ji dan kau masih memilih untuk suka dia?" Mustaqim cuba mahu menyedarkan Absyar jika lelaki itu terlupa tentang masa silam adiknya itu.

Absyar mengangguk laju. Dia tidak akan pernah lupa kezaliman yang belaku terhadap gadis itu. Sampai dia mati pun dia tidak akan lupa kekejaman mereka sehingga menghancurkan diri dan mental gadis itu sehingga menjadi debu.

"Allah gerakkan hati aku, Mus. Dan hati aku... memilih dia." Absyar terus tersenyum kecil dengan ayatnya.

Hatinya sentiasa akan memilih gadis bernama, Zinnirah Alwie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience