BAB 62

Romance Completed 60011

"MAYYAH!" seru Zinnirah perlahan sebelum mengacah-acah anak kecil dalam pelukannya itu. Sesekali pipi putih kemerah-merahan dia cium berkali-kali sehingga membuatkan si kecil itu tertawa akibat geli. Absyar yang melihat adegan itu tersenyum seorang diri sebelum merakam momen yang membahagiakan.

Zinnirah langsung menyandarkan badannya ke kerusi di ruangan menunggu sebelum mengalihkan pandangan ke arah Absyar dengan sebelah kening yang terjungkit.

"Kenapa sayang?" soal Absyar apabila isterinya itu hanya memerhati tanpa bicara.

"Kenapa abiy selalu rakam dan ambil gambar Ji? Tapi tak pernah post pun kat mana-mana media sosial. Abiy kumpul untuk buat sticker ke?" tanya Zinnirah polos dengan wajah yang serius membuatkan tawa Absyar terlepas.

Comelnya ibu! Buat sticker eh?

"Sayang follow abiy ke kat media sosial?"

"Tak," jawab Zinnirah jujur sebelum termengap seketika. Ya lah, dia sangat jarang membuka akaun media sosial sehingga tidak sedar yang dia tidak pernah menyoal tentang akaun Absyar.

"Pastu macam mana sayang tahu yang abiy tak post?" tanya Absyar sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali. Sumayyah dalam pelukan Zinnirah itu Absyar cubit lembut pipinya sehingga si kecil tersenyum menampakkan gusi.

"MasyaAllah Tabarakallah, comelnya anak ayah ni," puji Absyar sebelum melabuhkan satu ciuman hangat pada pipi Sumayyah. Bagaimana waktu dulu dia menyukai pipi Zinnirah, sekarang sudah bertambah lagi sepasang pipi comel yang dia suka untuk cium.

"Instinct. Lagipun Ji rasa abiy bukan seorang yang suka tunjukkan kehidupan seharian pada tatapan umum, kan? Betul tak?" jawab Zinnirah setelah berdiam diri untuk seketika.

"Betul dan juga salah." Absyar tersenyum simpul dengan jawapannya sendiri seraya melihat dahi Zinnirah yang semakin berkerut.

"Maksudnya?"

"Abiy ada update daily life dekat instagram tapi bukan untuk public view." Jawapan itu semakin memeningkan Zinnirah yang buta media sosial.

"Ji tak faham, abiy..."

Absyar terus terkekeh kecil lalu terus membuka akaun instagramnya dan ditunjukkan kepada isteri tercinta. Telefonnya diserahkan kepada Zinnirah dan dia terus mengambil Sumayyah dari dukungan isterinya.

"Banyak gila abiy post... Tapi follower seorang je..." celoteh Zinnirah dengan jemari yang tidak berhenti daripada menguis skrin telefon suaminya.

"Follower tu pun Mus je, sayang. Private instagram untuk orang yang abiy percaya sebab abiy nak post gambar dan video sayang. Takkan abiy nak tayang sayang untuk tatapan orang lain kan?" Kata-kata itu membuatkan Zinnirah terus menoleh dengan perasaan terharu.

Bahagian following ditekan dan Zinnirah tersenyum kecil melihat senarai yang diikuti oleh suaminya. Mustaqim. Zinnirah. Page-page dakwah. Ustaz-ustaz. Tiada perempuan lain, hanya Zinnirah.

"Abiy follow Ji?" soal Zinnirah terharu.

"Of course, sayang je yang tak follow abiy." Absyar menjuihkan bibir dengan raut wajah yang diubah supaya kelihatan sedih. Padahal dalam hati, dia tidak kisah kerana dia tahu pe'el isterinya yang tidak sukakan media sosial.

"Jangan sedih abiy, tengok ni Ji dah follow abiy." Zinnirah tersenyum dengan kepala terteleng ke kiri sambil menunjukkan skrin telefon Absyar yang terpampang nama instagram Zinnirah. Absyar terus mengumam senyum dengan tindakan comel sang isteri. Macam mana dia tidak salting dengan perangai isteri yang macam ini? Comel sangat cara dia memujuk suami sendiri!

"Terima kasih, sayang." Absyar mencium sekilas tepi kepala Zinnirah sebelum membiarkan wanita itu kembali menyelongkar akaunnya. Dada berdebar hebat cuba diabaikan. Telinga berasa panas apabila teringat postingnya di situ. Tanpa dia sedar, telinganya sudah merah.

Manakala Zinnirah terasa hati dan jiwanya hangat dengan setiap post Absyar itu. 90% daripada keseluruhan post adalah dirinya. Lelaki ini benar-benar sayang pada Zinnirah sehingga membuatkan mata wanita itu berkaca dek rasa terharu.

Belum sempat dia mahu memeriksa satu persatu post dan juga caption yang ditulis Absyar, namanya kedengaran dipanggil untuk masuk ke ruang konsultansi. Wajah Absyar dipandang sebelum telefon lelaki itu dikembalikan dengan senyuman bahagia ditayangkan.

"Terima kasih abiy, Ji masuk dulu. I love you," ujar Zinnirah penuh ikhlas sebelum dia buru-buru masuk ke ruangan Doktor Liza untuk appointment SLEnya. Lelaki itu terus keras kejung dengan luahan Zinnirah sebelum dia mengulum bibir sendiri menahan senyum apabila pipinya terasa membahang.

Wajah anaknya dilihat sebelum senyuman yang ditahan sedari tadi terlepas jua. Anak mata hitam pekat itu memandang ayahnya dengan kelipan yang laju.

"Mayyah..." panggil Absyar lalu melabuhkan satu kucupan hangat di pipi comel itu.

"Mayyah sayang ayah tak?" Absyar mula berbual sementara menunggu isterinya keluar. Dia tidak masuk ke ruangan itu untuk menemani Zinnirah kerana mereka membawa Sumayyah bersama. Sangat berisiko untuk bayi yang baru berusia empat bulan untuk masuk ke tempat itu.

"Ayah sayang sangat kat Mayyah," luah Absyar sebelum jemarinya dimainkan pada bibir kecil Sumayyah. Pipi gebu anak itu dia usap dan cubit perlahan.

"Ayah sayang ibu sangat-sangat Mayyah. Macam mana ayah nak duduk tenang ni lepas ibu cakap i love you pada ayah selepas berbulan dia tak confess? Mungkin pembawakan Mayyah dalam perut ibu kut yang membuatkan ibu terlupa nak luah pada ayah. Tapi Mayyah... ayah rasa ayah tak kuat nak pegang Mayyah lepas dengar suara ibu tadi. Macam mana ni Mayyah?" tutur Absyar panjang pada Sumayyah yang tidak memahami walaupun satu ayat yang dibicarakan oleh ayahnya.

"Nanti bila Mayyah dah besar, Mayyah kena selalu doakan ibu dan ayah, tau? Sebab ayah hanya ada Mayyah dengan ibu je dalam hidup ayah. Jadi jangan lupakan ayah okey, anak kesayangan ayah." Absyar berhenti seketika lalu bersandar pada kerusi hospital. Bedung anaknya dibetulkan lalu rambut Sumayyah yang semakin lebat dia usap penuh kasih.

"Tapi Mayyah..." sambung Absyar lagi sebelum matanya naik melihat ke arah pintu yang tertulis nama Doktor Liza di sana.

"...Mayyah kena doakan ibu lebih daripada ayah. Banyak sangat ujian dan dugaan ibu untuk dapatkan Mayyah. Jadi Mayyah kena sayang ibu, jangan derhaka pada ibu dan dengar cakap ibu okey? Ibu Mayyah ialah wanita paling istimewa yang wujud dalam hidup kita. Takkan ada yang lain, hanya Zinnirah seorang akan menjadi yang teristimewa dan layak menempuhi kebahagiaan bersama-sama kita. Ayah doakan semoga Mayyah menjadi setabah dan sekuat ibu. Semoga Sumayyah Az-Zahrah menjadi anak yang mendengar kata dan solehah. Semoga Sumayyah Az-Zahrah bertumbuh menjadi penenang hati ayah dan ibu. Semoga ayah dan ibu dapat masuk ke syurga melalui Mayyah sebagai penghubung. Sumayyah Az-Zahrah, Mayyah adalah anak yang paling ayah tunggu dan yang paling ayah sayang. Tumbuh mekarlah seperti srikandi-srikandi Islam yang menjadikan agama Islam sebagai panduan dalam kehidupan dan tidak takut dalam menegakkan agama suci ini. Seperti namamu, ayah doakan Mayyah akan mendapat jodoh sebaik Yasir dan Ali dalam hidup Mayyah nanti. Semoga hidup Mayyah akan sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala bala bencana yang datang menghampiri. Semoga Mayyah dikurniakan hidup yang bahagia dari segala aspek. Ayah sayang Mayyah."

Usai, Absyar mendodoikan Sumayyah yang matanya sudah tinggal separuh menahan ngantuk. Bibir tersungging senyuman kecil. Mesti Sumayyah fikir ayahnya sedang membacakan buku cerita, kan?

Anggap sahaja begitu, Mayyah. Tidurlah. Semoga Mayyah mimpi yang indah-indah saja tentang ibu dan ayah.

"ABIY." Suara itu menyedarkan Absyar yang sudah tersengguk beberapa kali di ruangan menunggu dengan Sumayyah yang masih kekal teguh dalam dukungannya.

"Dah selesai, yang?" soal Absyar sambil menenyeh mata.

"Sudah. Letih ya, biy? Sampai tertidur dengan Mayyah semata-mata tunggu Ji." Zinnirah berbasa-basi lalu melabuhkan duduk di sebelah suaminya.

"Taklah. Abiy tertidur je tadi sebab Mayyah tak nak layan abiy," adu Absyar sambil menjeling anaknya yang masih tertidur pulas dalam pelukan. Zinnirah melepaskan tawa kecil lalu mengusap perlahan kepala Sumayyah.

"Ubat dah ambil ke?" tanya Absyar lagi.

"Tengah tunggu panggilan." Absyar mengangguk faham.

"Ada apa-apa update daripada Doktor Liza?" Wajah isterinya dilihat lama. Raut muka itu terlihat seperti cuba menyembunyikan luka daripadanya.

Zinnirah hanya diam dan mengelakkan daripada terbuat eye-contact dengan Absyar. Lelaki itu mula mengesyaki sesuatu.

"Sayang..." panggil Absyar lembut. Zinnirah tersenyum kelat.

"Dua tempat dia serang." Pendek dan padat jawapan Zinnirah mampu membuat jantung Absyar berbeza ritma.

"Where?" Absyar bertanya lembut.

"Sendi dan... jantung."

Jantung? Allahuakbar!

"Tapi Doktor Liza cakap minor je yang serang jantung tu. Waktu Ji mengandungkan Mayyah, SLE dah serang jantung tapi tak boleh nak consume ubat sebab Ji pregnant. Untuk sendi pula... SLE dah pernah serang sendi Ji juga dulu, jadi insya-Allah Ji boleh handle walaupun sakit sangat. Jangan risau okey, it's going to be alright. Ji kan ada Doktor Absyar Abid sebagai doktor peribadi Ji yang hensem lagi bergaya ni." Zinnirah tersenyum kecil dengan ayat terakhirnya apabila melihat wajah Absyar bertukar menjadi serius kerana perasaan risau merajai hati.

"Abiy... jangan risau sangat. Ji okey..." Sebelah pipi suaminya dipegang penuh kasih. Lelaki itu terus menunduk buat seketika.

"Jantung sayang..."

"Iya, dia serang jantung Ji bukan jantung abiy." Sengihan mekar dengan ayatnya itu.

"Bukan masanya untuk bergurau Zinnirah, abiy risaukan awak, sayang..." Mata itu memandang tepat iris isterinya yang terbias perasaan khuatir.

"Kita ada Allah kan, abiy? Jangan risau, Ji kuat. Ji akan kuat untuk abiy dan Mayyah." Pipi suaminya diusap untuk menenangkan lelaki itu. Absyar yang dulunya sentiasa tenang akan sering bertindak begini apabila hal berkaitan Zinnirah diutarakan.

Zinnirah terasa sangat dicintai oleh gerangan bernama Absyar Abid Abdullah.

"Abiy cintakan awak, sayang. Abiy akan sentiasa ada dengan awak. Jangan rasa keseorangan, abiy dan Mayyah akan ada untuk awak, sayang." Tangan wanita itu dia capai dan genggam tanpa mahu lepas.

Senyuman kelat terukir di hujung bibir sebelum dia membalas genggaman Absyar.

"Ji tahu dan Ji akan selalu cintakan abiy sehingga ke hujung nyawa Ji."

Anak mata masing-masing bertembung dengan perasaan yang larut dengan rasa gusar dan takut yang cuba mereka buang dari dalam hati.

ujian itu mendekatkan atau menghancurkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience