BAB 56

Romance Series 47910

"AH, SAKIT..." Zinnirah mengerang sakit dalam tidurnya sebelum kelopak mata itu perlahan-lahan dia buka. Nyeri pada tulang kaki kirinya itu sungguh luar biasa sehingga dia hanya mampu mendesah sakit di setiap pergerakan yang dia lakukan.

"Sayang, awak dah bangun ke?" suara itu menusuk masuk ke koklea telinganya. Zinnirah terus menoleh ke kanan. Wajah Absyar yang memandangnya risau memenuhi iris Zinnirah.

"Abiy..." panggil Zinnirah dengan suara serak.

"Ya sayang, nak air?" tanya Absyar. Zinnirah angguk laju. Absyar terus menuangkan air ke dalam gelas. Katil Zinnirah dia adjust sehingga wanita itu duduk dalam keadaan yang selesa. Gelas dibawa ke bibir Zinnirah untuk membantunya minum.

"Bismillahhirrahmanirrahim," lafaz Absyar. Gelas tidak dilepaskan, begitu juga dengan belakang Zinnirah yang menjadi tempat tangannya mengusap lembut.

"Nak lagi?" soal Absyar dengan kepala yang senget memandang sang isteri mengelap bibir sendiri.

"Tak nak dah."

"Okey," jawab jejaka itu sebelum laju menyimpan kembali gelas di tempatnya. Kerusi ditarik merapati katil Zinnirah sebelum tangan wanita itu ditaut. Wajah pucat itu dia pandang tidak lepas.

"Kenapa abiy pandang Ji macam tu?" Zinnirah terus menolak perlahan pipi Absyar dengan tawa janggal.

"Rindu awak, sayang... Tiga hari sayang tak sedar, risau abiy..." adunya dengan bibir yang sudah menjuih ke hadapan.

"Tiga hari?!" Zinnirah terjerit kecil dengan kenyataan yang terbit dari kotak suara sang suami. Absyar angguk laju tanda mengeyakan.

"Apa yang jadi di site haritu sampai sayang cedera macam ni? Tulang kering kaki kiri sayang patah sebab hentakan kuat konkrit. It may takes three to six months to fully recover," terang Absyar dengan wajah penuh tanda tanya. Dia mahukan jawapan daripada isterinya itu memandangkan rakan sekerja Zinnirah ada datang melawat beberapa hari lepas dan juga pagi tadi. Majikannya turut datang melawat dan mahu memberikan pampasan atas kemalangan yang telah berlaku ini.

"Lamanya nak sembuh, abiy... Macam mana Ji nak kerja?" Mata bening itu memandang wajah Absyar dengan raut kasihan.

"Sayang... Fikir pasal kerja pulak dia ni. Fikir pasal kaki tu dulu baru fikir pasal kerja. Disebabkan kes ni abiy dah rasa tak sedap hati nak lepaskan sayang pergi kerja lepas ni. How can a company being so ignorant when it comes to their employee? Ini bermain dengan nyawa manusia dan mereka hanya datang dengan muka stoned dan offer abiy compensation. Abiy terkilan sayang... Why they treated you like this? Hari kemalangan tu, tak ada sorang pun yang teman sayang waktu dalam ambulans. Sakitnya hati abiy bila sayang dilayan sebegini rupa. I could not accept the ignorant, rudeness and mistreatment that they gave you, sayang." Absyar meluah panjang setelah tiga hari dia memendam seorang diri tanpa membuka cerita kepada sesiapa termasuklah Mustaqim.

Zinnirah hanya diam dan cuba mencerna setiap butir perkataan yang dilontarkan oleh Absyar. Walaupun marah, lelaki itu masih tidak menaikkan intonasi suaranya. Dia masih kelihatan tenang dalam bicaranya. Malah sepanjang perkahwinan mereka, Absyar tidak meninggikan suaranya terhadap Zinnirah.

"Abiy terima tak compensation tu?"

"Tak."

"Kenapa tak ambik? Rugi tu mesti company nak cover Ji punya treatment," ujar Zinnirah perlahan sambil menggosok lengan suaminya.

"Abiy boleh bayar sendiri untuk berikan treatment yang lagi baik buat sayang. Pampasan yang abiy nak ialah mereka dapat berikan kesembuhan kaki sayang dalam masa yang singkat, bukannya dalam masa enam bulan. Abiy tak suka dorang, sayang..." luah Absyar sehingga terkeluar keluhan kecil.

"Sejak bila suami Zinnirah ni dah pandai tak suka orang ni? Bukannya suami Zinnirah ni seorang yang sangat positif dan dapat terima takdir Allah dengan mudah?" usik Zinnirah sambil mengusap pipi suaminya lembut.

"Sejak dorang sakiti Zinnirah milik Absyar. Abiy pun tak pernah jentik awak, dorang ni cuai sangat sampai patah kaki sayang abiy ni. Macam mana abiy tak marah? Dan satu lagi, abiy terima takdir ni, janganlah cakap macam tu, sayang..." Kekura tangan Zinnirah di pipinya, dia pegang. Terasa sejuk jemari runcing itu.

"Beruntungnya Ji ada suami macam abiy. Ji sayang abiy sangat-sangat!" tutur Zinnirah secara tiba-tiba dengan senyuman yang semakin melebar. Rasa denyutan di kaki dia abaikan.

"Abiy lagi beruntung dapat sayang," balas Absyar sebelum mencium tangan isterinya.

"Tak nak cerita ke macam mana boleh accident ni?" tanya sang suami sekali lagi apabila dia masih belum mendapat jawapan bagi soalannya awal tadi.

"Alahhh, macam dalam drama tu abiy-"

"Abiy tak tengok drama," potong Absyar pantas.

"Kejaplah, Ji belum mula lagi tapi abiy dah potong!" rajuk Zinnirah sambil menampar lengan suaminya. Bibir mula memuncung seperti kembar itik nila.

"Okey-okey sorry, ayang boleh sambung."

"Malas dah nak sambung." Dia terus memeluk diri dan memalingkan wajah ke arah lain.

Merajuk!

"Abiy minta maaf, sayang. Ceritalah, janganlah merajuk. Nanti sayang bagitahu je sayang nak apa, nanti abiy belikan. Jangan merajuk, okey?" Absyar mula gelabah dan bergerak ke arah isterinya berpaling. Baru saja sampai, Zinnirah menoleh ke arah yang lain pula.

"Sayang... abiy minta maaf..." Kali ini, Absyar terus memeluk si isteri itu. Awalnya dia memberontak namun akhirnya Zinnirah rela apabila dia lelah dengan tindakannya itu. Rasa selesa yang hadir membuatkan dia terus bersandar pada dada Absyar.

"Abiy minta maaf, jangan merajuk lagi, okey?" bisik Absyar sebelum mengucup lama ubun Zinnirah.

"Hmm," balas Zinnirah. Mengantuklah pula bila dia berada dalam pelukan hangat Absyar tika itu.

"Ceritalah sayang..."

"Ji cuai. Waktu tu, Ji tak pakai safety shoes dan melawat site yang memang dalam proses pembinaan. Waktu konkrit tu hampir jatuh, ada orang dah warning Ji. Ji lari tapi tersadung batu sebab kasut tu. Then, serpihan besar konkrit tu jatuh betul-betul pada kaki Ji sebab tak sempat nak elak. At that time, Ji terus pitam sebab jantung Ji laju gila. Sedar-sedar dah dalam pelukan abiy sekarang ni." Zinnirah tersengih dengan ayat terakhirnya. Tangannya dipanjangkan sebelum dia membalas pelukan Absyar.

Rajuknya telah hilang dengan sebuah pelukan suami.

"Kenapalah cuai sangat isteri abiy ni? Lepas ni hati-hati okey? Mujur aje anak kita tak apa-apa." Absyar terus mengusap lembut perut Zinnirah membuatkan wanita itu terdiam seketika.

Otaknya cuba memproses ayat itu bersama sentuhan di perutnya.

Mujur aje anak kita tak apa-apa...?

Maksudnya apa?

"Ji tak faham." Pelukan dilepaskan. Dia menarik tangan Absyar untuk duduk disampingnya di atas katil hospital itu.

"Apa yang sayang tak faham?" tanya Absyar dengan senyuman yang disembunyikan.

"Kenapa abiy cakap 'mujur aje anak kita tak apa-apa'? Kita ada kongsi anak apa? Anak tekak ke?" Zinnirah bertanya dengan polos membuatkan Absyar terus melepaskan tawanya. Allahu, kongsi anak tekak pulak dah!

"Sayang! Luar kotak betul kongsi anak tekak! Ya Allah, kelakar betul." Absyar ketawa terkekeh-kekeh dengan ayat isterinya itu. Dalam masa yang sama, kertas ultrasound yang sentiasa ada di dalam poket baju scrub yang dia pakai, dibawa keluar dan diberikan kepada Zinnirah.

"Allah dah kirimkan malaikat kecil kita dalam ni," ujar Absyar dan menepuk perlahan perut isterinya. Malaikat kecil. Anak dia dan juga Zinnirah.

Zinnirah yang masih terkejut dengan gambar ultrasound itu terus memandang wajah sang suami. Tangan Absyar di perutnya dia sentuh laju.

"Abiy, betul ke ni?" Mata sudah berkaca dengan berita itu. Betul ke dia mengandung? Dia mengandung?

"Betul sayang. Allah dah makbulkan doa kita. Sayang mengandung anak kita berdua."

"Alhamdulillah, syukur Ya Allah!" kata Zinnirah kuat sebelum menghamburkan tangis yang dia tahan sedari tadi. Wajah ditutup dengan kedua-dua tangan bersama esakan kecil yang mula terhasil. Absyar terus menarik tubuh itu rapat ke dadanya.

"Terima kasih untuk hadiah ini, Ya Allah. Terima kasih kerana masih beri aku peluang untuk menjadi ibu sekali lagi. Terima kasih kerana tidak menghukum aku lagi, Ya Allah. Terima kasih... Terima kasih... Terima kasih," ucap Zinnirah dalam sela tangisnya. Absyar terus mengusap lengan isterinya dengan perasaan sebak yang turut sama hadir.

Tangannya dibawa ke arah perut sendiri sebelum meramas sedikit baju yang dipakai. Anaknya... Di dalam ini ada anaknya...

"Baby tolong bertahan dengan ibu okey? Ibu tak sabar nak tunggu baby keluar," kata Zinnirah sebelum tertawa kecil dengan air mata yang masih mengalir.

"Ayah pun tak sabar tunggu baby lahir," tambah Absyar dengan senyuman yang melebar dan air mata yang mula menitis jatuh tanpa mereka sedar. Tangannya dia letakkan di atas tangan Zinnirah yang masih menyentuh perut abdomen sendiri.

Baby, kehadiran awak membahagiakan ibu dan ayah.

baby (✿◡‿◡)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience