BAB 55

Romance Series 33949

LANGIT MENDUNG ITU menjadi tatapan Zinnirah sepanjang perjalanan ke tempat kerjanya. Mata tidak berkelip, roh bagaikan melayang ke tempat lain tanpa mengendahkan si suami yang berada di tempat pemandu.

Dalam tidak sedar, tangan dibawa ke perut sendiri sebelum mengusapnya perlahan. Absyar yang perasan akan hal itu terus menjeling isterinya seketika disela pemanduannya tika itu. Tanpa menunggu lama, Absyar terus menarik lembut lengan Zinnirah ke atas paha kirinya. Sesekali ibu jari mengusap lembut kekura tangan Zinnirah.

"Yang," panggil Absyar sambil tersenyum kecil pada Zinnirah yang memandangnya dengan alis yang hampir bertemu.

"Kenapa abiy?" soal Zinnirah, pelik.

"Sayang tu yang kenapa?"

"Ji... yang kenapa?" Makin berkerut dahinya dengan soalan Absyar itu.

"Kenapa termenung sayang? What was on your mind? Bukan sekali abiy nampak sayang termenung lepas balik dari rumah abang haritu. Nak share dengan abiy?" Lembut bicara Absyar yang cuba memancing rahsia sang isteri.

Zinnirah termengap seketika. Dalam pipi digigit sebelum matanya ditala ke arah jalan lurus di depannya kini.

"Tak ada apa abiy.. Tengah fikir on-going project. Kejap lagi Ji kena turun site nak tengok progress. Abiy doakan Ji okey?" Wajah Absyar yang kini sudah berkaca mata itu dia pandang tidak lepas dengan senyuman segaris.

"Betul ni?" soal Absyar tidak percaya. Matanya mula menyepet dengan sendirinya.

"Betul abiy, tak tipu."

Absyar terus tertawa kecil dengan tindak balas comel Zinnirah tika itu.

"Okeylah, abiy percaya cakap sayang. Jangan risau, abiy sentiasa doakan sayang di setiap nafas abiy. Abiy ada awak sorang aje, wajiblah sayang aje yang ada dalam doa abiy." Kekura tangan Zinnirah dibawa rapat ke bibirnya sebelum dicium tiga saat.

"Jangan mula abiy... Nanti Ji jadi Niagara Fall lagi..." Zinnirah yang hampir tersebik terus menegur suaminya yang bicaranya sentiasa berbekas di hati kecilnya. Absyar yang tidak henti senyum sedari tadi, semakin melebarkan sengihannya apabila ayat Zinnirah itu menusuk masuk ke koklea telinga.

"Itu fakta, sayang."

"Yalah yalah, Ji percaya sebab abiy jarang auta. Abiy ni auto manis je." Zinnirah terus menjuihkan bibirnya sementelah tawa Absyar terhambur kuat di dalam kereta itu.

"Abiy..." panggil Zinnirah sebaik sahaja Absyar menolak ke gear P.

"Ya sayangku," jawabnya dengan senyuman manis.

"Janganlah pakai spek waktu kerja..." tegah Zinnirah dengan wajah yang cukup serius. Lelaki itu terus terkedip berkali-kali memandang sang isteri sambil memegang bingkai cermin mata.

"Spek ni?" tanya Absyar untuk kepastian. Zinnirah mengangguk laju.

"Kenapa?" Dahi berkerut seribu.

"Hensem."

"Hah?"

"Abiy hensem sangat bila pakai spek. Nanti perempuan lain tengok pastu dia jatuh hati kat abiy. Ji tak nak ada pesaing, abiy... Abiy janganlah pakai spek tu," rayu Zinnirah dengan mata yang memincing.

Dan-dan Absyar menghamburkan tawanya sekali lagi. Ya Allah, isterinya ini banyak akal sungguh!

"Sayang... Kalau abiy tak pakai spek ni, abiy tak nampak, sayang. Lagipun abiy kerja kat ED, pesakit yang sampai semuanya sedar tak sedar. Jangan risau, tak ada orang yang nakkan abiy kecuali awak sorang je. Don't overthink. Abiy tak sekacak itu untuk menjadi perhatian orang dan abiy tak sukakan perhatian kecuali perhatian daripada Zinnirah nan seorang." Pipi sang isteri dicuit lembut sehingga Zinnirah menarik senyum semula.

"Tak nak buat lens?"

Ya Allah, Absyar ingat sudah selesai. Rupanya belum!

"Susah nak jaga, sayang."

"Susah nak jaga Ji?" Bibir mula ke muncung ke hadapan.

"Bukan, susah nak jaga lens. Awak tu kesayangan abiy, mana susah sangat pun nak jaga."

"Jadi susah sikitlah?"

"Haah."

"Ei, sejak bila abiy jujur sangat macam Mus ni! Bencilah!" Zinnirah terus memeluk tubuh sendiri dengan jawapan Absyar.

"Sebab susah nak jaga sayanglah abiy akan lebih menghargai awak. Our moments always have a special place in my heart. Lagi susah nak jaga, lagi susah abiy nak lepaskan sayang pergi jauh-jauh dari abiy."

"Okey okey, Ji mengaku kalah. Ji memang tak boleh nak lawan ayat-ayat puitis abiy..." Zinnirah mengangkat kedua-dua belah lengannya tanda mengalah.

"Puitis untuk sayang aje."

"Yes, I have heard it for four years and I always believed your words. Only for me," tambah Zinnirah dengan senyuman manis yang diberikan untuk suaminya.

"I love you, Zinnirah."

"I love you more more and more my Abiy-syar!"

"Comelnya! Geramlah abiy!" Pipi Zinnirah terus menjadi mangsa cubitan penuh geram Absyar.

"Habis merah pipi Ji!" Zinnirah terus menggosok kedua-dua pipinya yang sering sekali menjadi mangsa cubitan suaminya itu.

"Natural blusher, yang." Dia tersengih.

"And you're the brush."

"Of course."

"Dahlah abiy, Ji nak masuk ofis dulu boleh? Nanti clock in merah pulak," pamit Zinnirah apabila dia terlihat jam di dashboard kereta yang sudah menunjukkan jam 8.50 pagi.

"Boleh sayang, salam abiy dulu." Absyar terus menghulurkan tangannya ke arah Zinnirah sebelum disambut penuh santun dan dicium perlahan.

Usai, Absyar terus menarik perlahan kepala isterinya sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi dan kedua belah pipi isterinya itu. Akhir sekali, kekura tangan isterinya turut dicium seketika.

"Kerja elok-elok okey, sayang. Jangan main mata dengan lelaki lain, ingat suami awak bertungkus-lumus di ED demi mencari sekeping coklat untuk Zinnirah. Semoga hari sayangku Zinnirah berjalan dengan lancar dan dilindungi Allah dalam segala benda yang sayang lakukan. Jaga diri, jaga mata, jaga hati, jaga iman. Absyar love you so much." Itulah yang sering dipesan oleh Absyar setiap kali dia menghantar si isteri ke tempat kerjanya.

"Terima kasih abiy. Semoga hari ini wad ED tak terlalu packed sehingga membuatkan suami Zinnirah ini letih. Abiy pun, jaga diri, jaga mata, jaga hati dan jaga iman. Ingatlah isterimu yang comel ini sentiasa, okie?" Zinnirah tersengih dengan ayat terakhirnya.

"Sudah semestinya, sayang. Dah pergi masuk ofis, nanti lambat." Kepala isterinya diusap perlahan sebelum dilepaskan.

"Ji pergi dulu tau. Terima kasih abiy! Assalamualaikum! Bye!" Suara itu sayup-sayup kedengaran. Absyar hanya memerhatikan isterinya masuk ke dalam bangunan itu sebelum dia turut bergerak kembali ke rumah untuk mengambil barangnya dan terus ke hospital.

Bibir itu tidak pernah lagi berhenti tersenyum semenjak cintanya berbalas.

RAMBUT yang basah dia rapikan semula sesudah menunaikan solat asar tika itu. Cermin mata dipakai sebelum Absyar tersenyum seorang diri apabila teringatkan perbualannya bersama Zinnirah pagi tadi.

Rupa-rupanya Zinnirah juga tahu untuk cemburu ya? Rasa bahagia mula menyelinap masuk ke dalam hati. Macam tu ke gaya orang perempuan cemburu? Kalau ya, comelnya isteri Absyar!

Selipar mediknya dipakai lalu dia terus bergerak pantas ke pejabatnya untuk mengambil barangan yang dia tinggalkan sebelum solat sebentar tadi.

"Acad!"

Separuh perjalanan, dia dihentikan oleh Zaid yang kelam-kabut berjalan kabuh ke arah dirinya. Absyar hanya menjungkitkan sebelah keningnya apabila melihat keadaan Zaid tika itu.

"Kenapa? Ada kes ke?" soal Absyar tanpa menunggu lelaki itu membuka mulut.

"Aku nampak dia kat yellow zone!" Zaid berkata dengan nafas yang tidak berapa cukup akibat berlari pecut sebentar tadi.

"Dia? Siapa dia?"

"Isteri kau. Zinnirah!"

Bagai mahu meletup dadanya apabila mendengarkan nama itu. Ada apa dengan Zinnirah? Tanpa menunggu lama, Absyar terus berlari laju menuju ke zon kuning seperti yang dikatakan oleh Zaid tadi. Mata mula melingas hebat mencari gerangan isterinya dengan jantung yang mengepam darah terlampau laju. Tiada di ruang menunggu, dia terus masuk ke dalam wad.

Satu persatu katil dia lihat untuk mencari Zinnirah tetapi tetap tidak jumpa. Bibirnya mula terkumat-kamit melafazkan doa dengan harapan dia dapat bertemu dengan isterinya segera.

"Bismillaahi ya haadiyaddholaal wa rooddaddhoollati urdud ‘alaa dhoolatii bi’izzatika wa sulthoonika fa innahaa min ‘athoo`ika wa fadhlika

Dengan menyebut nama Allah Wahai Pemberi Petunjuk kesesatan dan Yang Mengembalikan sesuatu yang hilang. Kembalikanlah kepadaku sesuatu yang hilang itu dengan sifat KemuliaanMu, KuasaMu dari pemberianMu dan anugerahMu."

Berulang kali Absyar membaca doa tersebut dengan dada yang terasa bagai mahu pecah. Jemarinya turut tidak henti menelefon nombor isterinya.

"Tolong aku Ya Allah... Tolong aku... Sayang, awak kat mana sayang..."

Bunyi deringan telefon yang sangat dia kenal di katil paling hujung membuatkan Absyar terus bergerak pantas ke arah itu. Gerangan wanita yang berwajah pucat sedang terlantar tidur dengan dahi yang berkerut mendapat perhatiannya.

"Sayang..." panggil Absyar, sayu.

Matanya mula tertancap pada kaki Zinnirah yang bengkak dan berdarah sebelum naik ke lengan gadis itu yang turut mempunyai luka. Apa yang sudah terjadi pada isterinya?

"Eh doktor?" tegur salah seorang HO, Dr. Yasmin sebaik saja dia sampai ke katil itu.

"What happened to her? Explain," arah Absyar.

Dengan gelabah, Dr. Yasmin terus mencari catatannya tadi sebelum dia menerangkan pada Absyar, MO di jabatan itu.

"Jatuh tertimpa konkrit di site, fractured fibula and tibia on the left leg. Lengan patient ada sedikit luka disebabkan terjatuh tapi tak teruk. She arrived here with some other problems which are hypertension, 210mmhg and cardiac arrhythmia, 170 bpm. Just now, Dr. Aida already done an ultrasound test before proceeding with sugery procedure for her leg. That's all doc," terang Dr. Yasmin dengan suara yang agak bergetar.

"Who brought her here?"

"Ambulance."

"Was there no one from the site with her? In that ambulance."

"No doctor. Only her."

Absyar terus melepaskan keluhan berat sesudah mendengar penerangan itu. What a great company!

"Call Dr. Aida. I want to meet her now." Absyar mengarah dengan muka yang berubah beku.

"Okay, doc."

"No need. I'm already here Dr. Absyar." Absyar dan Yasmin terus menoleh ke arah suara itu. Dia melihat Dr. Aida yang membawa dokumen sebelum meletakkan di meja sebelah katil itu.

"You're worried sick with your wife, Acad," usik Aida. Saja, dia tidak pernah melihat Dr. Absyar yang sentiasa tenang dan tersenyum itu menjadi gelabah dan beku seperti ini. Sejak zaman mereka HO sehingga sama-sama menjadi MO, itu kali pertama Absyar bagai hampir hilang nyawanya sendiri.

"She's my wife, Aida." Absyar berkata keras. Yasmin yang berada di situ terkedu tanpa bicara. Pesakit ini isteri Dr. Absyar?

"Tahu. I dah full check up on her dan everything agak teruk pada mulanya. After a few treatment, ritma jantung dia semakin stabil walaupun dalam keadaan berjaga-jaga juga. Sekarang I need your permission to perform the surgery ASAP." Borang yang dia bawa, dia hulurkan pada Absyar. Lelaki itu terus membacanya dan mengisi borang itu tanpa menunggu lama. Dia tidak mahu Zinnirah menahan sakit dalam jangka masa yang terlalu lama.

Borang dihulurkan kembali kepada Aida.

"Thank you, Acad. Now, it's yours. Tahniah." Kertas ultrasound hitam putih itu dia tinggalkan di tepi Zinnirah sebelum Aida menarik Yasmin untuk terus keluar daripada ruangan itu bersama dokumen yang sudah lengkap. Absyar terus bergerak ke tempat Aida tadi sebelum mengambil kertas yang ditinggalkan.

Kakinya terpasak lama pada lantai sejuk itu sebaik saja dia melihat kertas hitam putih itu. Mata mula berkaca sebagai respons kepada rasanya tika itu.

"Sayang..." Dahi Zinnirah dikucup lama. Tangannya dibawa ke perut Zinnirah dan diusap perlahan.

"Sayang... anak kita..." Air matanya mula mengalir jatuh membasahi pipi.

Anak kita.

TAHNIAH

Share this novel

Norazlina Ibrahim
2024-12-20 04:06:21 

alhamdulillah


NovelPlus Premium

The best ads free experience