BAB 31

Romance Series 33949

"BONDA... TERIMA KASIH sebab tolong Acad," ucap Absyar apabila menghantar rombongan pihak lelaki ke kereta mereka. Senyumannya tidak terpadam sebaik saja selesai sesi pertukaran cincin tadi.

Sungguh bahagia hatinya apabila melihat bonda, pengetua Rumah Anak Yatim Baitul Jannah yang menjaganya sejak dari alam bayi menyarungkan cincin pada jemari runcing Zinnirah.

"Sama-sama Acad. Bonda tak sangka kamu dah nak menikah. Bonda rasa macam baru semalam bonda asuh kamu, bonda suap kamu makan. Anak bonda dah besar," kata bonda dengan mata yang sudah berair.

Jujur, Absyarlah anak asuhannya yang selalu berkunjung ke rumah anak yatim itu walaupun sudah lama dia tidak tinggal di situ lagi. Jejaka itu juga banyak memberi sumbangan dalam senyap untuk pembangunan rumah anak yatimnya.

"Acad sayang bonda..." luah Absyar lalu membuka pintu kereta buat bondanya. Jika mereka mahram, sudah Absyar peluk bonda sekuat hati.

Namun sayangnya, mereka tidak mempunyai apa-apa pertalian darah yang membolehkan Absyar berbuat demikian.

"Bonda pun sayang Acad... Nanti Acad jangan lupa balik ya, adik-adik dah rindu Acad..." pesan bonda dengan pipi yang sudah basah dengan air mata.

"Baik bonda, insya-Allah. Bonda dan semua hati-hati ya balik nanti." Hati Absyar turut tersentuh dengan kebaikan pihak rumah anak yatim yang mahu menyusahkan diri bagi membantunya.

"Ayahanda bawak kereta elok-elok ya?" pesan Absyar sambil menunduk memandang suami kepada bonda itu.

"Insya-Allah, kami balik dulu ya, Acad." Sebaik saja mereka pamit, kereta itu terus beransur pergi sehingga hilang dari pandangan Absyar.

"Cad, jom masuk. Makan," ajak Mustaqim yang entah datang dari mana.

"Ha, jom." Absyar yang lapar hanya menurut tanpa kata.

"Acad, jap lagi aku send kat kau gambar abang Zhaf sarung cincin pada kau tu. Sumpah cantik!" kata Mustaqim dengan teruja sebaik saja mereka duduk di meja makan.

Telefonnya dicari lalu galeri dibuka. Gambar yang dia tangkap dia buka lalu ditunjukkan pada Absyar. Lelaki itu hanya tersengih malu.

Ya, Mustaqim memaksa Zhafran dan dirinya mengadakan sesi sarung cincin sebagai tanda dia sudah menjadi tunangan orang. Kata Mustaqim, pihak lelaki juga perlu diraikan di atas pelamin, bukan hanya pihak perempuan saja.

Zinnirah hanya tersenyum simpul dengan kelakuan kembarnya itu.

Dan Absyar hanya menurut arahan Mustaqim dengan muka yang membahang malu walaupun tika itu hanya ada beberapa orang dari pihaknya dan keluarga Zinnirah.

"Thank you sebab snap." Absyar terus meneguk air yang sejuk itu tanpa mahu melihat gambarnya di dalam telefon lelaki itu lagi. Malu aih!

Suara Zinnirah yang tergelak kecil apabila bersembang bersama ibu, Atiya dan anak-anak buahnya itu mengalih perhatian Absyar. Dia terus tersenyum kecil melihat Zinnirah seceria itu.

Zinnirah yang hanya merias mukanya dengan sedikit makeup sudah mampu membuatkan Absyar bertambah angau. Ditambah pula dengan baju mereka yang sama warna, iaitu kuning cair menjadikan Absyar seperti mahu pengsan apabila melihat makhluk ciptaan Tuhan.

Indahnya bunga yang masih belum menjadi miliknya itu.

"Oi makan, duk perhati adik aku macam nak terkeluar biji mata tu apahal?" Teguran Mustaqim membuatkan Absyar berdehem perlahan lalu memberikan perhatiannya pada semangku mi rebus di hadapan mata.

"Sabar Acad, lagi lima bulan. Sabar okey?" usik Mustaqim lagi apabila melihat kulit Absyar sudah berubah merah seperti udang kena bakar.

Malu betul.

"Dahlah Mus, jangan usik aku!"

Dan-dan ruang dapur itu dipenuhi dengan suara tawa Mustaqim yang kuat. Seronok betul mengusik bakal adik iparnya itu.

Wuhu, ada mangsa baru untuk dibuli!

ABSYAR yang baru saja sudah mandi mengeringkan rambutnya menggunakan tuala sebelum disangkut di belakang pintu.

Badan yang terdedah kerana dia hanya mengenakan seluar pelikat panjang ditepuk perlahan. Dia berjalan ke arah meja solek lalu rambut disikat ala kadar.

Sesekali wajahnya diperhati di cermin sebelum dia tersengih seorang diri.

"Hensem jugak ciptaan Allah yang ini." Tawa dilepaskan perlahan sebelum kepala digelengkan.

Perangai masuk air Mustaqim sudah melekat pada Absyar. Walaupun perangai itu hanya muncul apabila Absyar seorang diri.

Kaki mula melangkah ke arah katil lalu dia terus mencapai telefon yang sudah dicabut dari kabel pengecas. Dia terus meniarap di atas katil dengan wajah gembira.

Gambar-gambar yang dihantar oleh Mustaqim tadi dia lihat satu persatu dengan sengihan yang tidak luntur di bibir.

Gambar Absyar.

Gambar Absyar dan Zhafram ketika sesi sarung cincin.

Gambar bonda dan Zinnirah.

Gambar Zinnirah.

Dan akhir sekali, gambar dirinya dan juga Zinnirah. Zinnirah duduk di atas pelamin dan dia berdiri agak jauh dari gadis itu.

Cantik.

Bibirnya semakin menarik senyuman bahagia.

Terima kasih sebab terima saya, Zinnirah.

Gambar dirinya yang sedang menyalam Zhafran sesudah sesi menyarung cincin dipilih lalu dia post ke Instagram Story yang sudah lama berhabuk tanpa apa-apa update.

Absyar mahu memaklumkan bahawa dirinya sudah dicop oleh seorang bidadari dunia. Absyar Abid sudah tidak available lagi!

Bibir itu hanya tersengih lagi dan lagi tanpa rasa lenguh. Hari ini dia terasa sungguh bahagia. Bahagia kerana sudah mengikat Zinnirah dengan tali pertunangan. Dan juga bahagia kerana dapat melihat wajah ceria Zinnirah pada hari itu.

Ya Tuhan, permudahkanlah urusan kami berdua.

Aku sayang dia, Ya Tuhan.

Bunyi notifikasi yang masuk menyedarkan Absyar dari lamunannya. Malah, matanya semakin membulat apabila membaca pesanan itu. Daripada meniarap Absyar terus duduk.

Zinnirah
Salam Absyar, ini saya Zinnirah.
Terima kasih untuk hari ini.
Terima kasih sebab sediakan pelamin yang cantik untuk majlis pertunangan kita.
Dan juga cincin yang cantik buat saya.
Saya harap, awak suka cincin yang saya pilih buat awak.

Absyar hanya tergamam dan mengulum senyum apabila membaca satu persatu mesej yang disampaikan oleh Zinnirah itu.

Dia terasa seperti mahu melompat gembira kerana dia sudah mendapat nombor telefon tunangnya!

Baru saja Absyar mahu membalas, satu lagi pesanan daripada Zinnirah masuk.

Zinnirah
Awak tak balas pun takpe!
Saya tidur dulu.
Bye!

Absyar sudah tidak mampu menahan senyum. Akhirnya, terlepas tawa bahagiamya sehingga menyebabkan Absyar sujud di tilamnya pada ketika itu juga.

Tangannya menumbuk tilam berkali-kali kerana geram dan juga salting dengan mesej Zinnirah.

Badan digolekkan ke kiri dan kanan dengan mata yang tidak lepas daripada membaca pesanan daripada gadis itu berulang kali.

Bawah bibir digigit perlahan sebelum Absyar menekup mukanya dengan bantal. Kaki mula menyepak angin.

Argh! Dia simping pada Zinnirah berkali-kali!

Tanpa menunggu lama, dia terus membalas mesej Zinnirah dengan wajah yang tidak luntur dengan senyuman.

Absyar
Waalaikumsalam, Zinnirah.
Awak tak perlu berterima kasih pada saya sedangkan saya yang sepatutnya mengucapkan rasa syukur sebab awak terima saya sebagai tunang awak.
Terima kasih!
Dan ya, saya suka sangat dengan cincin yang awak pilih.
It's lovely!
Okey awak tidurlah, esok kerja kan?
Selamat malam, Cik Tunang.

Absyar terus menggelitis sekali lagi apabila membaca ayat terakhirnya.

Selamat malam, Cik Tunang.

Argh, lambat lagi ke nak lima bulan? Absyar dah tak sabar nak kahwin ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience