EMPAT TAHUN BERLALU...
"Ni apa, ayah?" soal Salman sambil memegang batu nisan putih itu tanpa mengetahui maksud apa-apa. Absyar terus menarik si kecil itu dan didudukkan di atas tikar mengkuang bersama Safwan dan Sumayyah.
"Ini rumah ibu, kan ayah?" jawab Sumayyah yang kini sudah berusia lapan tahun. Anak gadis itu mengusap kepala adik lelakinya sambil tersenyum.
"Betul cakap kakak, ini rumah ibu." Kini Absyar pula melabuhkan duduknya di sebelah Safwan yang berdiam diri dan menatap kubur yang kini sudah cantik dengan pepohon kecil dan rendang yang berzikir buat Zinnirah di dalam sana.
"Kenapa rumah ibu kecil?" soal Salman lagi. Budak kecil itu sungguh-sungguh berfikiran kritis.
"Sebab kalau besar kena duduk ramai-ramai. Rumah ibu kecil sebab ibu duduk sorang-sorang je," jawab Absyar sambil menghulurkan surah Yasin kepada Sumayyah.
"Terima kasih, ayah." Anak gadisnya sudah besar. Sudah mampu membaca al-Quran dengan lancar. Sudah mahu bertudung atas kerelaannya sendiri. Dan makin besar, wajah Sumayyah semakin mengingatkan Absyar pada Zinnirah.
"Kenapa ibu tak duduk dengan kita?" Bukan suara Salman namun Safwan yang sedari tadi diam mula menyoal.
"Sebab Allah dah jemput ibu untuk tinggal dengan Dia. Istimewakan ibu? Ibu dapat tinggal dengan Allah," ujar Absyar lembut.
"Adik pun nak tinggal dengan Allah, ayah..." Mata bundar Safwan memandang anak mata ayahnya.
"Satu hari nanti, insyaAllah kita akan sama-sama berumah di syurga Allah yang akan ada ibu sekali, okey anak-anak ayah?"
"Okey!" jawab mereka bertiga serentak.
"Pandainya anak-anak ayah ni. Sekarang jom kita hadiahkan ibu surah Yasin dan doa. Nak ibu masuk syurga kita kena jadi anak yang?" Absyar menghentikan bicaranya dan menantikan jawapan daripada tiga bersaudara itu.
"Soleh!"
"Solehah!"
"Pandainya! Kakak, abang, adik dah dapat lima bintang!"
"Yeay!"
"Okey jom kita baca yasin sekarang. Abang dengan adik duduk diam-diam tau, jangan ganggu ayah dan kakak baca yasin," pesan Absyar pada kedua anak kembarnya yang agak nakal itu.
"Baik ayah!"
Mereka semua mengaminkan doa yang dibacakan oleh Absyar sebelum meraup wajah masing-masing dengan penuh semangat. Absyar hanya tertawa kecil dengan tingkah anak jantannya itu.
Kalau Zinnirah ada, mesti dia pusing dengan perangai Salman dan Safwan kan?
"Kakak, tolong abang dan adik siram kubur ibu..." arah Absyar pada Sumayyah. Dia hanya memerhatikan tiga beradik itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Anak kita dah besar sayang. Mereka semua bertumbuh dengan sihat dan bijak. Awak mesti bangga dengan abiy, kan?
Sayang... Awak tak nak masuk langsung dalam mimpi abiy? Mesti awak bahagia sangat di sana sampai sekali pun awak tak pernah masuk dalam mimpi abiy sepanjang empat tahun ini.
Abiy rindy sangat pada awak, sayang. Kadang-kadang rasa sakitnya menanggung rindu pada orang yang dah tak ada. Tapi bila memikirkan awak dah tak sakit lagi, abiy bahagia sayang.
Terima kasih kerana selalu hantar pesanan suara pada abiy. Terima kasih kerana selalu merekod video sayang dan Sumayyah. Suara dan video sayang benar-benar menjadi pengubat rindu abiy dalam masa empat tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
Sayang jangan risau ya? Abiy dah tak sedih lagi. Eh tipu, abiy sedih juga tapi kadang-kadang je. Tapi yang paling abiy sedih ialah sayang tipu abiy! Sayang cakap nak datang istiadat konvokesyen master abiy tapi sayang tak datang pun! Sampai hati sayang kan?
Tapi takpelah, janji sayang tak sakit lagi.
Abiy sayang awak sampai bila-bila. Abiy cintakan awak sampai syurga. Tunggu abiy dan anak-anak okey, sayang.
Absyar Abid akan sentiasa cintakan Zinnirah.
TAMAT
17/1/2024 - 27/2/2025
Btw, sila beri feedback untuk ending versi pertama!
Kesat air mata tu! Saya dah cakap akan ada dua version ending. Jadi jangan risau, alternate ending (happy version) is coming soon hehehe
Tapi untuk unlock happy ending, awak semua kena pastikan Badai Bahagia reach 100k dulu, baru saya publish. Dan jangan lupa berikan feedback/review untuk saya buat improvement.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup Absyar dan Zinnirah.
Acad Ji are now signing off.
Share this novel