BAB 41

Romance Series 33949

ZINNIRAH MENGERUTKAN DAHINYA sebaiknya saja dia selesai membuang air kecil.

Sakit.

Sakit sangat-sangat.

Entah kenapa rasa sakit itu secara tiba-tiba menyerang dirinya. Ya, dia tahu SLE itu sedang menyerang ginjalnya sejak empat tahun lepas dan dia juga sudah mengambil ubat darah tinggi seperti yang disarankan doktor.

Tekanan darahnya menjadi tinggi disebabkan oleh buah pinggangnya itu terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah disebabkan doktor mengesan ada protein dalam air kencingnya. Pernah juga dia masuk ke dalam wad disebabkan tekanan darahnya terlampau tinggi sehingga mencapai 210/100.

Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa, segala ubat-ubatan yang disarankan doktor sudah dia makan. Namun, sakitnya tetap masih ada.

"Yang, kenapa?" soal Absyar apabila melihat Zinnirah yang berdiri tegak di depan pintu bilik air dengan tangan masih memegang bahagian kanan pinggangnya.

"Awak tahukan saya ada darah tinggi sebab SLE serang buah pinggang saya..." Zinnirah mula buka bicara sambil duduk di hujung katil, memandang Absyar yang duduk di sofa; tempat tidur lelaki itu sepanjang mereka bernikah.

"Tahu," jawab Absyar dengan wajah yang serius. Dia menunggu lanjutan wanita itu.

"Normal ke kalau rasa sakit setiap kali buang air kecil? Saya dah minum banyak air. Tacrolimus pun saya tak pernah skip tapi sejak beberapa hari lepas, sakit sangat waktu saya buang air kecil. Normal ke awak?" soal Zinnirah sambil memandang wajah Absyar yang sedang menghadam ayatnya.

Lelaki itu mula menelan liurnya.

"Bila next appointment awak?"

"Minggu depan."

"Should we go to hospital tomorrow for check up? Kita pergi hospital esok ya, kita pergi check. It's not a good sign, Zinnirah..." ajak Absyar dengan mata yang tertancap pada wajah mulus sang isteri.

"Is it going to be bad?" tanya Zinnirah.

"Insya-Allah tak. Kita pergi check dulu okey?" pujuk Absyar lagi.

"Kalau pergi, saya kena refer bahagian nefrology lagi ke? Saya kena buat renal biopsy lagi sekali ke?" tanya Zinnirah lembut, membalas pandangan suaminya.

"Sayang..."

"Sakit awak... Kalau betul saya kena refer nefrology, biarlah saya pergi appointment minggu depan. Esok saya nak spend time dengan awak je..." putus Zinnirah..

"Sayang, jangan macam ni. Kita pergi hospital esok okey? Esok saya cuti, awak pun cuti. Kita pergi, okey?" pujuk Absyar dan kali ini dia sudah berdiri dekat dengan gerangan isterinya.

Namun Zinnirah hanya menggeleng kepalanya dengan senyuman kecil buat suaminya.

"Tak apa, saya pergi minggu depan. Esok, kita pergi jalan-jalan nak?" Zinnirah cuba mengubah suasana.

"Sayang... Janganlah macam ni..."

"Saya okey, it's normal for survivor like me. Jomlah kita pergi jalan-jalan esok, awak. Bukan senang awak nak dapat cuti weekend. Jomlah, jomlah..." Zinnirah mula meleretkan ayatnya sambil mengebilkan mata berkali-kali.

"Okey." Zinnirah jerit ceria dengan jawapan suaminya itu.

"Tapi appointment next week, saya nak ikut," tambah Absyar lagi.

"Boleh aja, no worries!" Zinnirah tersengih gembira.

"Saya nak tidur, good night awak!" Dan dengan itu, Zinnirah terus membaringkan badannya di atas tilam dan membiarkan Absyar yang masih berdiri tegak di tepi katil.

Beberapa minit berlalu, Zinnirah sudah benar-benar hanyut dalam mimpi dan Absyat terus menarik selimut untuk menyelimuti isterinya itu.

Ubun wanita itu diusap sebelum sebuah kucupan hangat dilabuhkan di dahi Zinnirah.

"Good night, wifey."

Absyar bergerak ke sofa lalu terus berbaring. Sesekali matanya memandang Zinnirah yang sudah enak tidur.

Bagaimana dia mahu tidur selepas apa yang isterinya itu beritahu tadi?

Hatinya sungguh berasa tidak sedap.

Namun untuk menghampakan angan-angan wanita itu untuk keluar berjalan-jalan pada esok hari, dia tidak mampu....

"NAK pergi jalan-jalan mana ni, yang?" tanya Absyar sebaik saja dia melhat isterinya sedang memakai tudung di hadapan cermin.

"Nak pergi Aquaria boleh?" Walaupun tangan itu sedang cekap menusuk jarum ke atas fabrik di atas kepala, dia tetap menoleh dan tersengih pada Absyar.

"Aik, tiba-tibanya nak pergi Aquaria ni?" Kedua-dua alisnya hampir bertemu.

"Rasa nak tengok obor-obor sebab semalam saya tengok jellyfish dalam Spongebob macam sedap je," kata Zinnirah sebelum mencalitkan sedikit lip balm dan juga lip matte pada bibir.

"Hah? Sebab Spongebob? Ya Allah, yang..." Absyar tertawa kecil sebelum bangun dan mendekati isterinya.

"Sebelum kita masuk Bikini Bottom, jom kita sarapan dulu. Saya dah masakkan nasi goreng kampung untuk kita." Absyar tersengih dengan ayat pertama.

Zinnirah memuncungkan mulut sebelum angguk tanda faham. Kaki mula melangkah mengikut jejak suami ke arah dapur rumah.

Aroma nasi goreng kampung itu membuatkan perutnya berkeroncong.

"Sedapnya bau... Pandainya awak masak!" puji Zinnirah lalu mengambil duduk di sebelah Absyar.

"Survival skill yang perlu ada untuk orang macam saya ialah memasak. Saya dah boleh memasak waktu sekolah menengah tapi tak boleh lawan masakan awak," cerita Absyar sembari mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan isterinya.

"Awak, baca doa!" arah Zinnirah dengan tangan yang sudah ditadah. Absyar menurut dan usai saja wanita itu terus menjamah masakannya.

"Ya Allah, sedapnya awak... Sukanya," puji Zinnirah dengan mata yang terpejam untuk menikmati rasa itu. Absyar hanya tersengih malu.

"Janganlah puji, yang. Malu saya," kata Absyar sambil mengusap pipi sendiri yang terasa panas.

"Nak tambah," tutur Zinnirah sambil menghulurkan pinggannya pada Absyar padahal dia boleh saja mencedok sendiri. Saja, mahu bermanja dengan suami sendiri. Tak salah kan?

Absyar tanpa banyak kata terus mengisikan pinggan kosong isterinya dengan dua senduk nasi goreng.

"Cukup?"

"Satu senduk lagi." Zinnirah sengih tidak malu. Jangan salahkan dia, kesan steroid yang sebabkan dia makan banyak! Pipi jangan cakap, gebu-gebas macam gula-gula kapas!

"Sedap sangat ke ni? Ke awak cuba jaga hati saya? " Absyar tertawa kecil.

"Taklah, memang sedap. Jujur... Tak tipu," kata Zinnirah dengan mulut yang penuh sambil menjeling suaminya.

"Makan elok-elok sayang, jangan bercakap kalau mulut tengah penuh. Tak sopan," tegur Absyar lembut dengan senyuman kecil.

Zinnirah terus menelan nasinya dan tersengih sekali lagi. "Sorry awak."

"Tak apa, makanlah..."

MATA itu langsung tidak kerdip memandang semua haiwan laut yang ada di dalam akuarium besar itu sehingga terbuka sedikit bibirnya.

"Subhanallah..."

Absyar hanya membiarkan Zinnirah dalam dunia sendiri. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia hanya memerhati dalam dia akan keseronokan isterinya itu.

Dan dia juga tidak lelah mengambil gambar dan merakam video isterinya dengan hati gembira.

"Cantiknya isteri saya..."

"Comelnya isteri saya..."

"Awak, jellyfish!" Suara Zinnirah itu menyebabkan Absyar terus memindahkan pandangan pada si isteri. Kaki melangkah mendekati sebelum matanya jatuh pada apa yang ditunjukkan oleh Zinnirah.

"Kenapa dia hampir transparent? Kenapa dalam Spongebob dia warna pink?" soal Zinnirah polos sambil medongak melihat Absyar.

Jejaka itu terus tergelak kecil dan memandang wajah isterinya.

"Spongebob tu kan kartun, sayang. Mana sama dengan ciptaan Allah. Jadi mana lagi cantik? Yang Allah cipta atau yang dalam Spongebob?" Kening mula dijungkitkan berkali-kali.

"Ciptaan Allah lagi cantik," balas Zinnirah lantas kembali melihat sekumpulan obor-obor di dalam air itu.

"Iya... Ciptaan Allah lebih cantik dan indah," ujar Absyar dengan mata yang tidak teralih daripada menatap wajah Zinnirah. Bibir mula tersungging senyuman lebar.

"Absyar..." panggil Zinnirah.

"Ya?"

"Jom kita ambil gambar berdua."

Senyuman lelaki itu semakin lebar.

"Jom!"

"AWAK nak aiskrim?" tanya Zinnirah sebaik saja dia ternampak ada yang menjual aiskrim di tepi tasik yang mereka tengah kunjungi.

"Tak naklah. Awak nak ke? Meh saya belikan." Absyar terus offer diri.

"Eh takpe, awak tunggu depan sana. Lepas beli aiskrim saya pergi dekat awak."

"Betul ni?"

"Betul."

"Kalau macam tu awak pergilah, saya tunggu kat situ tau," kata Absyar sambil tunjuk ke arah pohon rendang untuk dia berteduh.

"Okie awak!" balas Zinnirah lalu berlari anak ke arah gerai aiskrim. Absyar hanya menggelengkan kepala dan menuju ke arah pohon tadi.

Telefon dibawa keluar sebelum galeri dibuka. Satu persatu gambar yang dia ambil tadi dilihat. Semakin melebar senyumannya apabila terpandang pada gambar mereka berdua.

Indah.

Indah sungguh rasa ini dan Absyar harap rasa ini tak akan hilang malah akan semakin bercambah dalam jiwanya.

"Abiy!" Absyar berkerut mendengar jeritan itu sebelum terasa tangan kanannya dipaut dan digenggan erat.

Dia tersentak dan lantas menoleh ke kanan. Namun wajah Zinnirah yang tersengih memenuhi kornea matanya.

Absyar terpaku. Tangan mereka yang bertaut dia lihat seketika sebelum kembali memandang wajah isterinya.

Betul ke apa yang dia nampak?

Zinnirah memegang tangannya? Tanpa paksaan? Dengan rela hati?

"Abiy, kita memang nak berdiri kat sini je ke?" soal Zinnirah sambil menjilat aiskrimnya.

Abiy?

Absyar tak salah dengarkan?

Zinnirah memanggilnya Abiy?

"Sayang..." panggil Absyar dengan ragu-ragu.

"Hmm?" Mata Zinnirah terus memandang wajah suaminya.

"Kenapa tiba-tiba ni? Awak demam ke?" Wajah penuh kerisauan dia tunjuk.

Zinnirah terus melepaskan tawanya dengan soalan Absyar.

"Mana ada, saya sihatlah."

"Habistu kenapa panggil saya abiy tiba-tiba? Kenapa tiba-tiba awak pautkan tangan kita?" Dahi berkerut.

"Awak tak suka?" Zinnirah mula melonggarkan pautan tangan mereka sebelum digenggam kembali oleh Absyar..

"No. Saya suka." Zinnirah tersenyum dengan jawapan suaminya. Kan dah cakap, Absyar ini comel.

"Ji rasa dah tiba masanya untuk Ji hormat abiy sebagai suami dengan selayaknya. Mulai detik ini, Ji akan panggil awak abiy. Boleh?" tutur Zinnirah dengan senyuman yang tertahan melihat wajah terkejut Absyar.

A–abiy?!

"Boleh tak, abiy?"

Ya Allah, Absyar rasa seperti mahu jatuh melutut sekarang. Lembutnya panggilan yang terbit dari mulut isterinya itu!

Wajah Zinnirah dipandang lalu dia berikan senyuman penuh kesyukuran.

"Lebih daripada boleh, sayang."

Mungkin Allah secara perlahan-lahan telah membuka pintu hati Zinnirah untuknya.

Terima kasih Allah.

Alhamdulillah.

Hello sayang-sayang abiy sekalian! AHAHAHAH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience