"JI. KAU TAK sihat ke?" Terasa bahu ditepuk perlahan menyebabkan Zinnirah mula membuka matanya perlahan-lahan.
"Hmm dah pukul berapa sekarang?" soalnya dengan suara serak. Wajah Amelia, roommatenya dilihat sepintas lalu.
"10.30 pagi dan kau dah tidur dua hari straight. Kau okey ke tak ni?" kata Amelia dengan dahi yang berkerut.
"Dua hari?" soal Zinnirah kembali sebelum matanya membulat. Dia rasa seperti baru saja melelapkan mata. Mana mungkin dia sudah tidur selama itu.
"Ya, dua hari. Aku pergi kelas kau tidur, aku balik kelas pun kau masih tidur lagi. Okey tak ni?" soal Amelia sekali lagi.
Zinnirah hanya menelan liur yang terasa berpasir sebelum bangun daripada terus berbaring. Rambut disisir ke belakang lalu dia mengangguk perlahan.
"Aku... Okey. Cuma kurang sihat sikit," jujur Zinnirah menjawab.
"Kalau kau nak aku temankan ke pusat kesihatan, kau bagitahu. Aku boleh aje temankan kau," tawar Amelia.
"Thank you Ame."
"No biggie, aku pergi kelas dulu. Bye!"
"Bye..." balas Zinnirah dengan nada lesu.
Tanpa menunggu lama, telefonnya terus dicari. Entah di mana keberadaan gajet itu, dia tidak ingat. Dia mula bangun daripada terus melekat dengan katil dan terus bergerak ke arah meja belajarnya. Beg yang sentiasa dibawa ke kelas, dibuka zipnya sebelum telefon yang dicari terpampang di hadapan mata.
Baru saja dia melihat lockscreen telefonnya, nafasnya bagai mahu tersekat apabila ternampak jumlah panggilan tak berjawab dan mesej daripada Mustaqim sejak dua hari lalu.
Zinnirah menarik kerusi lalu dia melabuhkan duduk. Mesej Mustaqim dia baca satu per satu dengan dada yang berdebar.
Mustaqim tahu yang telah terjadi pada dirinya beberapa hari yang lalu. Tak lain dan tak bukan, mesti Absyar yang memberitahu abangnya itu.
Dengan rasa bersalah yang menggunung, Zinnirah membalas mesej Mustaqim untuk memaklumkan dia sudah okey dan baru sahaja terjaga daripada tidur yang memakan masa dua hari.
Dan dia yakin, dia bakal dibebel kerana berhenti mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor psikatrinya. Namun setelah apa yang terjadi pada dirinya, Zinnirah mahu kembali mengikut kata Mustaqim kerana dia takut zaman kegelapannya yang baru saja pulih akan kembali semula.
Dia tidak mahu walaupun sedikit sebanyak perkara di universiti telah mencetuskan traumanya dan dia sendiri sedar akan hal itu.
Namun jika dia takut untuk menghadap rasa itu, sampai bila-bila dia tidak akan dapat mengubah nasib hidupnya. Sampai bila-bila dia akan kekal sebagai Zinnirah yang tidak tersisa apa pun untuk terus hidup. Jadi, perkataan 'Ar' itu menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berjuang hidup.
Zinnirah terus mengecas telefonnya sebelum dia bangun dan mengambil peralatan mandi. Ya, dia perlu mandi dan selesaikan prototype yang tergendala haritu.
Bangkit Zinnirah!
"Ya Allah, alhamdulillah..." ucap Mustaqim sebaik sahaja mendapat mesej daripada Zinnirah. Lega rasa hatinya apabila mendapat berita tentang gadis itu setelah apa yang terjadi kepadanya dua hari yang lalu.
Terus dia menelefon adiknya itu namun sekali lagi tidak berangkat. Terus Mustaqim berdecit perlahan.
"Pergi mana pulak dia ni..." bebel Mustaqim seorang diri.
Dia kemudian berjalan ke arah labour room dan menunggu di luar. Absyar yang bertugas di dalam sana ditunggu sambil membuat nota laporan di dalam iPadnya kerana pada penghujung hari ini, dia perlu melaporkan pada MO (medical officer) yang bertugas.
Dan doktor itu.... Garang nak mampos!
O&G.
Sungguh dia dan Absyar tidak bersedia untuk berada di sini tapi mereka gagahi juga demi ilmu.
Sesekali dahinya berkerut cuba memahami tulisan sendiri yang serupa cakar ayam itu.
"Apa bendalah yang aku tulis ni?" bebel Mustaqim. Kening digaru sebelum dia bersandar di dinding sambil memerhati lama bilik bersalin itu.
Lamanya mereka di dalam sana.
Ibu dan anak okey ke?
Ibunya ada komplikasi ke?
Rasanya dah dekat 4 jam Absyar bertugas di dalam sana. Dan masih tiada khabar berita untuk pintu itu terbuka dalam masa terdekat.
"Ah lambatlah, baik aku solat zohor dulu," dengus Mustaqim lalu bangun dan bergerak ke surau. Dia risau bakal terlepas waktu jika tetap menunggu Absyar yang entah bila akan keluar daripada dewan bersalin itu.
"Hai doktor, laju-laju nak pergi mana?" tegur salah seorang jururawat di situ apabila terlihat Mustaqim yang tergesa-gesa. Daripada berjalan laju, terus Mustaqim brek secara mengejut dan berpatah balik.
Mustaqim terus tersengih apabila melihat wajah yang menegurnya tadi.
"Hai akak! Saya nak pergi surau," balas Mustaqim dengan sengihan yang masih tidak luntur daripada bibir.
"Sorang je harini? Mana Doktor Absyar?" Terus melilau mata wanita itu mencari kelibat Absyar yang sentiasa berkepit dengan Doktor Mustaqim yang kacak dan tinggi di depannya itu.
"Sebab saya tunggu dia lah saya lambat nak solat zohor ni, akak. Dia still dalam dewan bersalin, lama betul. Entah-entah dia yang bersalin dalam tu?" seloroh Mustaqim sebelum mendapat ketukan file daripada jururawat itu. Dalam masa yang sama dia turut menahan tawa dengan jawapan rawak Mustaqim itu.
"Ada-ada aje doktor ni, sakit perut saya. Tak boleh saya bayang Doktor Absyar meneran dalam dewan bersalin tu," sambung jururawat itu lagi. Habis saja ayatnya, Mustaqim turut menghamburkan tawa kuatnya sebelum menutup mulut dengan tangan apabila tindakannya mendapat perhatian beberapa orang di situ.
"Akak lagi random daripada saya. Dekahlah!" kata Mustaqim dengan bahu yang masih bergetar menahan tawa. Sakitnya perut dia.
Secara tiba-tiba terbayang Absyar yang mengandung dalam mindanya. Oh my god, Absyarina!
"Dahlah akak, lagi lama saya layan akak, lagi lambat saya dapat solat. Lagi bertambahlah dosa saya..." kata Mustaqim cuba memutuskan perbualan mereka yang pada tanggapan Mustaqim bakal berlangsung dengan lebih lama.
Terus terdengar decitan daripada bibir jururawat itu sesudah Mustaqim menyuarakan rasa hatinya.
"Pastu salah akaklah ni?" Wajah tidak bersalah ditunjukkan sambil membuat muka menyampah pada Mustaqim.
"Haah, memang salah akak," jawab Mustaqim sebelum menjelirkan lidahnya.
"Eh budak ni, geram pulak akak..."
Mustaqim terus tergelak kecil dengan respons itu.
"Dahlah akak, saya betul-betul nak pergi ni. Kalau rindu saya, call aje. Jangan pendam, okey?" usik Mustaqim lalu mula berjalan menjauhi jururawat itu. Dia risau kepalanya bakal benjol akibat dibaling dengan fail tebal pesakit.
"Pastu suami akak nak letak mana?" Matanya terus disepetkan untuk memandang Mustaqim yang sudah menjauh.
"Pandai-pandailah akak buat meeting dengan suami akak. Bye akak, ciao luhhh!" kata Mustaqim sambil berlari meninggalkan kawasan itu. Bibir sentiasa tersengih apabila dapat mengusik orang-orang yang berada di department O&G itu.
Meriah!
"Akulah dia ni..." Kepala digelengkan dengan perangai Mustaqim itu. Kadang-kadang terlupa yang dia sedang berhadapan dengan doktor bukannya pesakit paediatrik!
short update!
sorryyyyyyyyy
Share this novel