BAB 51

Romance Series 33949

ABSYAR BERTELEKU DI ATAS sejadah dan memandang keindahan kawasan Kaabah itu dari dalam bilik mereka. Bibirnya tidak pernah berhenti daripada mengucapkan 'subhanallah' dek rasa kagum dengan kecantikan dan keindahannya pada waktu malam begini. Dia bersyukur kerana memilih pakej umrah ini kerana hotel ini sangat dekat dengan Clock Tower Makkah membuatkan jemaah umrah mudah untuk bergerak ke Masjidil Haram untuk beribadah.

Dalam kekaguman dan kesyukuran yang sedang dia rasakan tika itu, tiba-tiba sebelahnya terasa diduduki seseorang dengan sangat rapat sehingga membuatkan Absyar terus menoleh ke arah kiri. Juring bibirnya terus terukir sebuah senyuman kecil apabila matanya dihiasi dengan kepala Zinnirah yang berbalut dengan telekung itu.

Mereka baru saja selesai menunaikan solat sunat secara berjemaah pada jam 2.30 pagi ini. Absyar terus mengangkat tangannya sebelum mengusap lembut kepala sang isteri yang turut sama tidak berkutik daripada terus memandang Kaabah.

"Abiy..." panggil Zinnirah, perlahan.

"Ya sayang."

"Terima kasih sebab bawak Ji ke sini, Ji suka sangat-sangat..." kata Zinnirah sebelum mendongak ke kanan untuk melihat wajah bersih suaminya yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu. Matanya terkebil-kebil memerhatikan raut muka Absyar yang sentiasa tenang bagai tidak pernah terkesan dek emosi.

"Sayang happy?" soal Absyar lalu bergerak ke hadapan Zinnirah sebelum bersandar pada cermin jernih bilik mereka. Dia mahu melihat wajah cantik itu sepenuhnya.

"Happy sangat-sangat. Ji pernah berfikir Ji tak akan dapat jejakkan kaki di sini dengan keadaan Ji yang macam-macam komplikasinya. Tapi takdir berkata sebaliknya, Allah izinkan Ji datang sini buat pertama kalinya untuk beribadat bersama suami Ji. Terima kasih sebab menjadi seorang suami yang sangat baik buat Ji, abiy..." Zinnirah terus memegang tangan Absyar dengan matanya bersabung lembut dengan iris lelaki itu. Dia mengusap perlahan jemari suaminya seakan mahu memaklumkan bahawa dia sangat bersyukur dengan kehadiran Absyar dalam hidupnya.

"Dalam hidup ini tak ada yang mustahil dengan izin Allah, sayang. Bila kita rasa kita dah tak mampu tapi Allah kata kita boleh. Jadi, kita boleh menjalani segala ujian dengan baik dan kuat kerana Dia tahu tahap kemampuan seorang hamba-Nya. Kita kena sentiasa bersangka baik dan yakin 100% dengan takdir Allah supaya hati kita ini akan sentiasa menjadi tenang. Abiy bersyukur sebab sayang happy dengan hadiah tak seberapa daripada abiy. Abiy doakan supaya kita dapat umrah yang mabrur, insya-Allah." Absyar turut sama menggenggam tangan hangat isterinya.

"Amin!" balas Zinnirah dengan penuh semangat sehingga menjentik hati Absyar untuk tertawa perlahan.

"Comel sangat awak ni," puji Absyar lalu mencubit pipi gebu isterinya itu.

"Comel hanya untuk seorang Absyar." Zinnirah tersengih dengan ayatnya yang sudah membuatkan Absyar mengemam bibir sendiri menahan rasa salting yang mula menjalar dalam jiwa.

"Good to hear that, for Absyar Abid only." Absyar mendepakan tangannya, meminta pelukan daripada Zinnirah.

Wanita itu terus meluncur laju ke dalam pelukan hangat dan selesa sang suami dengan senyuman yang semakin melebar. "Yes, for Absyar Abid only."

Semakin lebar sengihan Absyar apabila mendengar ayat itu terbit daripada bibir mungil itu. Pelukan mereka, Absyar eratkan sebelum dia menyangkutkan dagunya pada ubun Zinnirah.

"You know how to make me melt, sayang."

"I love seeing your 'salting' reaction, abiy. Your face and ears would be red dan abiy akan jadi tak senang duduk. I love teasing you," usik Zinnirah dengan tawa kecil yang mula terhambur. Pelukan di pinggang lelaki itu dia perketatkan sebelum wajahnya menempel pada dada Absyar.

Selesa. Dia sangat selesa begitu.

"Oh, awak suka usik abiy ya?" Kening Absyar sudah terangkat sebelah dengan komen isterinya itu.

"Suka. Rasa macam Absyar milik Zinnirah selamanya." Seperti kata Zinnirah tadi, telinga dan wajah Absyar sudah merah dengan ujaran wanita genit itu. Ya Tuhan, isterinya benar-benar bijak membuat jantungnya bekerja lebih masa.

"You're teasing me again, Zinnirah. But I love it. Please do it again throughout our marriage to make me feel the butterflies in my sexy stomach," kata Absyar dengan tawa kecil.

"I will Dr. Absyar. I'm going to haunt your life forever."

"If it is you then abiy sanggup."

Mereka berdua akhirnya tertawa dengan respons masing-masing yang bagaikan terlebih stevia.

"Tapi kan abiy..." Zinnirah kembali menyambung perbualan mereka.

"Hmm," Absyar mengumam perlahan.

"Kenapa kita speaking tadi?" Wanita itu melepaskan pelukan mereka dan bergerak ke sebelah Absyar untuk melentokkan kepalanya pada bahu bidang jejaka itu. Pinggangnya sudah lenguh berpelukan seperti tadi.

"Random sangatlah awak ni, sayang." Absyar hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan soalan si isteri yang rawak itu.

"Taklah, orang yang menjual kat sini pun fasih berbahasa melayu. Tiba-tiba kita berdua speaking pulak." Bibirnya dimuncungkan dalam tiga saat sebelum mendongak sedikit demi memandang wajah Absyar yang tidak akan pernah dia jemu untuk melihat.

"Anggap aje tadi kita tengah praktis untuk speaking MUET nanti," seloroh Absyar membuatkan wanita itu terus menampar perlahan lengan suaminya.

"Abiy pun sama-sama random! Ei dia ni, cubit kang!" ugut Zinnirah. Namun Absyar hanya tertawa lepas lalu mengangkat lengannya dan memeluk bahu sang isteri.

"Sayang..."

"Ya abiy..."

"Happy first anniversary. Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia sehingga ke jannah," ucap Absyar dengan penuh syukur. Zinnirah tersentak seketika mendengar ucapan itu. Sungguh... dia langsung tidak ingat hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

"Happy first anniversary, abiy. Ji sayang abiy. Semoga abiy dipanjangkan umur untuk sentiasa menemani sisa hidup seorang Zinnirah sehingga ke penghujung. Semoga perkahwinan kita sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah selalu." Tangannya dibawa ke pinggang Absyar untuk dipeluk dari sisi.

"Terima kasih sayang sebab terima abiy jadi suami awak. Abiy gembira dan bahagia dengan perkahwinan kita. Awak segala-galanya buat abiy dalam dunia kerana sayang dah ajar abiy macam-macam. Sayang ajar abiy cara untuk kuat bertahan demi orang yang dia cinta. Sayang ajar abiy cara untuk reda dan bersedia dengan setiap takdir yang Allah tulis. Sayang ajar abiy untuk tidak mudah berputus asa demi dapatkan sesuatu walaupun bertahun lamanya. Yang paling penting, sayang ajar abiy rasa cinta, kasih dan sayang yang abiy tak pernah dapat dalam hidup abiy. I love you, Zinnirah. Always and forever." Absyar tersenyum manis ke arah Zinnirah yang matanya sudah berkaca.

"Don't cry. Abiy tak nak sayang menangis sebab abiy." Air mata Zinnirah yang jatuh, Absyar kesat dengan jarinya.

"Abiy yang mula dulu!" Wajah Zinnirah semakin cemberut. Dia terharu dengan kata-kata suaminya tadi.

"I am just confessing my love to you, sayang. Tak suka ke?" Absyar menjuihkan sedikit bibirnya.

"Sebab sukalah Ji menangis ni. Abiy terlampau manis untuk seorang Zinnirah yang pahit ni," ujar Zinnirah dengan pipi yang masih belum kering dengan air mata.

"Seorang Zinnirah tak pernah pahit untuk Absyar. She is just a sweety, cutesy, adorable woman that I love the most in my whole life. Walaupun sekuat mana badai melanda, Absyar Abid akan sentiasa cintakan Zinnirah." Senyuman lelaki itu semakin lebar apabila melihat wajah Zinnirah yang sudah tersebik seakan-akan mahu menghamburkan air matanya buat kali kedua.

"Teach me how to love. I want to love you so bad, abiy. I want to give my love to you as much as you gave me."

"I will. I will, sayang. 1 years, 5 years or forever, I will wait for you."

"Too much sweets in you, Absyar Abid Abdullah. I don't need any dates anymore to break my fast after this," seloroh Zinnirah lalu mengesat laju air matanya. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Sesak dadanya dengan kata-kata Absyar. Manakala lelaki itu hanya tertawa bahagia.

"Sayang nak hadiah anniversary tak?" soal Absyar tiba-tiba.

"Ada ke?" Mata Zinnirah mula bercahaya dengan soalan itu.

"Insya-Allah abiy cuba. Sekarang bangun, pergi ambil wuduk," arah Absyar sambil melepaskan pelukannya di bahu Zinnirah.

"Ambil wuduk?" Keningnya hampir bertaut.

"Yep."

"Okey..." Zinnirah hanya menurut tanpa banyak songeh. Absyar hanya tersengih sebelum dia bergerak ke arah singki di dalam bilik itu. Dia turut mengambil air sembahyang yang baru sama seperti Zinnirah.

"Abiy, dah siap," tegur Zinnirah dengan sudah bertelekung putih di belakangnya.

"Okey jom." Absyar terus membuka pintu bilik mereka.

Zinnirah mula berasa pelik. Mereka nak keluar ke? Dia ingat Absyar mahu mengajaknya solat sunat di sini. "Nak pergi mana?"

"Nak cuba cium kiswah tak? Atau nak cuba cium Hajarul Aswad? Abiy cuba nak berikan hadiah anniversary untuk awak, sayang..." Absyar hanya tersenyum di depan pintu bilik mereka sambil menatap penuh wajah Zinnirah yang seakan-akan terkejut tika itu.

"Abiy..."

Matanya kembali berair dengan kesungguhan suaminya.

Absyar... Terima kasih.

ABSYAR benar-benar mengotakan janjinya pada jam 3 pagi tadi. Lelaki itu dengan bersungguh-sungguh menjaga dan melindungi setiap langkah Zinnirah sepanjang perjalanan mereka mendekati Kaabah yang saiznya berpuluh kali ganda besar daripada mereka. Semasa Zinnirah mencium kiswah; kain hitam Kaabah itu dalam jangka masa lama, Absyar sentiasa di belakangnya melindungi wanita itu daripada dihimpit dan ditolak oleh jemaah yang lain. Pada masa yang sama, Absyar turut mengambil kesempatan untuk berdoa dengan sepenuh hati sebaiknya saja hidungnya dirapatkan pada kiswah itu.

Ajaibnya takdir Allah, mereka turut dapat mencium Hajarul Aswad walaupun pada tika itu manusia sudah semakin ramai dan bersesak dalam kawasan itu. Bukan hanya Zinnirah, kini Absyar turut sama mengalirkan air matanya dengan hati yang penuh sebak apabila diberikan kesempatan sedemikan rupa kepada dirinya.

Allahuakbar...

Allah Maha Baik...

Sesudah saja menunaikan solat subuh, Absyar mengajak Zinnirah untuk bertukar pakaian yang sesuai, bersarapan dan sekarang mereka berada di dalam bas di atas Jalan al-Hada menuju ke Taif, bandar yang penuh sirah. Wanita itu hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap bas dengan hati yang penuh kagum.

"Abiy," panggil Zinnirah setelah lama senyap. Absyar yang sedang menyunting sedikit setiap gambar Zinnirah yang dia tangkap tadi, terus menoleh ke arah kiri.

"Ya?"

"Boleh abiy cerita sirah Taif untuk Ji? Tadi mutawif tu cerita tapi Ji tak fokus." Zinnirah tersengih dengan permintaannya itu.

"Boleh sayang, lagipun jauh lagi perjalanan kita nak sampai ke sana." Absyar tersenyum senget dengan tingkah comel Zinnirah. Haish, cubit kang!

"But first, your booster." Jejaka itu terus menghulurkan satu bar coklat kepada sang isteri. Melihat wajah itu yang semakin ceria, hatinya berasa semakin senang.

"Yeay, coklat! Thank you, abiy!" Pantas dia menyambut huluran dan mematahkan coklat itu ke dalam mulut. Manis, sedapnya!

"Bismillah, sayang," tegur Absyar sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah bismillah dalam hati," jawab Zinnirah sambil tersengih. Absyar hanya mengeyakan sahaja tanpa banyak bunyi.

"Cepatlah abiy cerita sirah, Ji nak dengar," gesa wanita itu dengan mata yang dikebilkan berkali-kali.

"Iya kejap, sayang..." Absyar terus membetulkan duduknya supaya lebih selesa dan yang paling penting, dapat memandang wajah itu tanpa jemu.

"Dalam Sirah Nabawiyah karya Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi, nama Taif berasal daripada keberadaan pagar atau tembok yang mengelilingi kota tersebut. Di Taif, orang-orangnya ialah orang kaya dan para pemimpin kaum Quraisy banyak yang membina istana-istana kediaman mereka di sana. Namun, masyarakat pada waktu itu salah tingkah akibat kekayaan yang melimpah-ruah. Orang-orang di sana sangat rosak moralnya. Mereka melakukan riba', berzina, dan minum khamr. sebab tanah di Taif sangat subur sehingga banyak pohon-pohon lebat berbuah termasuklah pokok anggur."

"Khamr tu apa?" soal Zinnirah penuh polos.

"Benda yang memabukkan. Arak yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak; iaitu yang dibuat daripada benda lain. Untuk mudah faham, apa-apa yang memabukkan dan mengkhayalkan itu khamr," terang Absyar dengan tenang.

"Pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang di Taif iaitu suku Bani Thaqif bermusuhan dengan kaum Quraisy dalam bidang sosial politik dan spiritual. Kedua-dua kaum ini sama, menyembang patung berhala yang terang-terangan salah dalam Islam kerana telah menduakan Allah yang Masa Esa.

Selepas kematian Abu Talib bin Abdul Mutallib dan Khadijah binti Khuwailid, Nabi S.A.W berasa sangat sedih, dalam masa yang sama orang Quraisy mulai mengganggu kerja-kerja dakwah setelah Himayah (perlindungan) dari Abu Talib telah tiada. Baginda SAW cuba untuk mendapatkan pertolongan dari Bani Thaqif di Taif, sekali gus berusaha melebarkan dakwahnya ke sana. Tetapi usaha Nabi SAW gagal apabila pemimpin Taif tiga bersaudara, Abdu Yalil, Mas'ud dan Habib bin Amr bin Umair bin Auf telah menolak dakwah Nabi SAW.

Sebaik sahaja Rasulullah SAW selesai bercakap, salah seorang dari mereka telah bangun dan berkata:
"Demi Allah, aku tidak akan beriman kepada kamu sehingga terkoyak kelambu Ka'bah."

Seterusnya saudaranya yang kedua pula bangun dan berkata:
"Apakah Allah tidak ada pilihan lain dari kamu untuk dilantik menjadi Rasul."

Sementara saudara yang ketiga pula berkata:
"Demi Allah, aku tidak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau kamu adalah seorang Nabi, amat merbahaya bagiku sekiranya aku tidak beriman tetapi sekiranya kamu menipu terhadap Allah sepatutnya aku tidak bercakap dengan kamu."

Kita boleh nampak di sini, sambutan para pemimpin Taif dengan terus-terang menolak dakwah Rasulullah SAW dan menghina baginda tanpa rasa bersalah. Namun Rasulullah SAW tetap sabar dan tidak berputus asa sebaliknya baginda berkata kepada mereka:

"Jika kamu telah melakukan apa yang kamu mahu melakukan, diamlah sekadar itu sahaja, janganlah lakukan lebih dari itu terhadapku."

Namun, tiga bersaudara itu dengan penuh sombong mereka berkata:
"Keluarlah dari negeri kami!."

Yang buat abiy sedih adalah kalau mereka tolak dakwah Rasulullah dengan baik, masih okey. Tetapi mereka sebaliknya merancang untuk berbuat jahat kepada Nabi SAW.

Pemimpin Bani Thaqif ini telah mengumpul dan mengerah seluruh hamba abdi dan orang-orang bodoh mengerumuni Nabi dan mengarahkan mereka membaling Rasulullah SAW dengan batu dan memaki hamun di kiri kanan jalan dilalui Baginda.Mereka merejam urat keting (betis) Nabi sehingga kedua kasutnya dibasahi darah. Zaid bin Harithah cuba melindungi Nabi tetapi kepalanya juga berdarah terkena lontaran batu. Sayang cuba bayang, setiap langkah Nabi terdengar bunyi cecair daripada dalam kasut Nabi. Yang lebih menyayatkan hati bunyi cecair itu ialah daripada darah yang terkumpul akibat ulah masyarakat di situ. Ya Allah, betapa kejamnya penduduk Taif ketika itu. Bila teringat sirah ni, abiy akan rasa sebak sangat apabila terkenangkan jerih-payah Rasulullah dalam berdakwah untuk menyebarkan Islam." Absyar berhenti seketika dan menegur air mineral apabila tekaknya terasa kering.

"Selepas itu, Rasulullah SAW dan Zaid berhenti rehat di bawah sebatang pokok anggur yang rendang di kebun milik Utbah bin Rabiah. Ketika berada di kebun ini, Nabi SAW didatangi Jibrail yang meminta izin untuk bertindak ke atas penduduk Taif sehingga dia bertutur:

"Apakah engkau mau aku timpakan dua gunung kepada mereka (masyarakat Taif)? Kalau itu yang kau inginkan maka akan aku lakukan."

Tetapi Nabi SAW menolaknya kerana mengharapkan dari sulbi mereka akan lahir orang-orang beriman dan bertakwa. Dan pada saat itu, Nabi SAW memanjatkan doa kepada Allah SWT iaitu:

"Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Selepas 10 hari di Taif, Nabi SAW kembali semula ke Makkah dengan harapan Bani Thaqif akan beriman kepada Allah suatu hari nanti. Dan hari ini, doa Rasulullah SAW dimakbulkan. Lihatlah berapa banyaknya penduduk Taif yang taat kepada Allah dan Rasulullah asbab dakwah, kesabaran dan doa penuh tulus daripada Sang Kekasih. Allahuakbar, sungguh hebat baginda Rasulullah..." puji Absyar sebelum bersandar pada kerusinya. Mengingati gerangan itu, hatinya menggeletar.

Ya Allah, Ya Rasulullah, kurniakan kami syafaatmu di akhirat nanti...

"Rasulullah dah banyak hadap sakit berjuang untuk Islam tapi Ji dulu... nak berjuang untuk hidup pun susah. Malah, berkali-kali cuba mematikan nadi sendiri. Allah ampunkan ke dosa yang Ji buat ni, abiy?" Mata Zinnirah sudah merah mendengar sirah yang diceritakan oleh suaminya tadi dan pada masa yang sama dia telah merefleks dirinya sendiri.

Dia rasa berdosa...

"Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bertaubatlah dengan Taubat Nasuha, berazam untuk tidak mengulangi perkara itu lagi. Sayang tahu tak, hukum bunuh diri termasuk dalam dosa besar? Nabi SAW melarang orang yang berani melakukan jenayah yang kejam ini, iaitu jenayah membunuh diri dengan ancaman akan terhalangnya dari rahmat Allah SWT untuk menjadi penghuni syurga-Nya, malah dia akan menerima kemurkaan Allah SWT dengan dimasukkannya ke dalam neraka.

Rasulullah SAW bersabda:

"Mereka yang sebelum kamu, ada seorang lelaki yang mengalami luka dan tidak tahan untuk menanggung deritanya, kemudian diambilnya pisau, lalu menorehkan ke urat nadi tangannya sehingga darah keluar dan tidak berhenti mengalir sehinggalah menemui ajalnya. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku telah mendahului-Ku dengan (membunuh) dirinya, oleh itu Aku mengharamkan baginya memasuki syurga."
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Allah itu Maha Penyayang, sayang. Dia tahu setiap apa yang ada dalam hati dan minda hamba-Nya. Walaupun perkara itu baru saja terlintas dalam hati, Allah terlebih dahulu mengetahuinya. Allah masih cintakan awak, Dia masih beri sayang peluang lagi untuk dekat dengan-Nya iaitu nyawa. Jadi, bertaubatlah bersungguh-sungguh dan memohon ampun pada Allah adalah satu caranya. Kita sudah berada di tanah suci sayang, doalah apa-apa saja untuk diri awak. Abiy nak kita sama-sama masuk syurga Allah. Abiy nak hidup dengan sayang bukan hanya di dunia tapi di syurga juga..." Absyar mengusap lembut kepala isterinya yang sudah menahan esakan kuat daripada terhambur.

"Allah akan terima ke taubat Ji?" Suaranya hampir saja tidak terkeluar.

"Letakkan 100% kepercayaan pada Allah, sayang. Yang penting, usaha dan doa kita yang bersungguh-sungguh. Last step, tawakkal dan reda."

Air mata itu dia kesat dengan hujung jari. "Air mata ini akan menjadi saksi yang sayang menyesal dengan perbuatan terdahulu. Sekarang, kita boleh hidup tenang dan bahagia bersama-sama. Abiy akan sentiasa ada di setiap langkah awak."

"Betul cakap abiy... Allah masih sayang pada Ji sehingga Dia kurniakan orang sebaik abiy buat Ji." Zinnirah memandang mata redup Absyar dengan mata yang sudah mula membengkak.

"Sayang juga anugerah Allah yang paling bermakna dalam hidup abiy. Keep qowiy and keep moving forward. This time you have me, your handsome husband," seloroh Absyar pada ayat terakhirnya demi menenangkan Zinnirah yang larut dalam emosi.

Wanita itu terus tertawa kecil dan menolak sedikit lengan berotot Absyar itu. Pandai betul dia nak ubah mood orang ya?

"Suapkan abiy coklat tu sikit," pinta Absyar secara tiba-tiba. Zinnirah hanya menurut tanpa banyak songeh.

"Hm, masinnya bekas air mata Zinnirah Alwie ni," usik Absyar setelah mengunyah coklat itu.

"Abiy!" Hampir terjerit Zinnirah dengan respons sang suami.

"Cuba sayang rasa coklat kat tangan tu, masin." Absyar tidak mengalah.

Zinnirah terus memasukkan coklat itu ke dalam mulutnya akibat tidak percaya dengan setiap butir yang terbit daripada suaminya itu. Wanita itu termengap sebelum hujung bibirnya ternaik segaris senyuman.

"Haahlah abiy... Masin sikit..." Dia tersengih sebelum kembali mengesat air matanya yang tersisa di pipi gebu.

"Abiy dah cakap, sayang yang tak percaya..."Absyar mengulum senyumannya apabila melihat riak muka itu bertambah ceria.

"Lepasni abiy kena belanja Ji coklat banyak-banyak bila dah sampai Taif."

"Boleh sayang cuma jangan minta unta dahlah, duit abiy belum bersalin."

Dan-dan Zinnirah tertawa perlahan dengan jawapan suaminya itu. Absyar ini sentiasa menenangkan jiwa rapuhnya. Sungguh dia bersyukur dapat memiliki seseorang seperti Absyar Abid Abdullah.

Terima kasih Allah.

manis manis ><

Share this novel

zyZairie
2024-10-19 07:55:52 

rindunye pada ji & absyar...terubat rindu ni...awak terus tulis jalan cerita ni ya, byk sangat ilmu yg terselit...terima kasih awak


NovelPlus Premium

The best ads free experience