BAB 68 (part 1)

Romance Completed 60513

DUA BULAN SUDAH berlalu. Demamnya masih tidak kebah. Adakalanya suhunya turun sebelum naik mendadak. Sudah beberapa kali mereka berulang-alik ke hospital sehingga pada kali ini Zinnirah sudah tidak mahi Absyar membawanya ke sana.

Setiap kali masuk hospital, dia akan dicucuk itu ini. Sakit. Habis lengan dan badannya lebam-lebam ulah jarum kecil itu.

Lagipun biar sajalah dia di rumah bersama Sumayyah. Absyar sekarang sedang sibuk dengan pecutan terakhir tesis sebelum dia menghantarnya pada minggu hadapan.

"Ji." Panggilan itu membuatkannya sedikit mendongak ke pintu. Senyuman diberikan walaupun dia rasa tidak berdaya tika itu.

"Shira..." jawab Zinnirah sebelum cuba untuk bangun. Rambut yang serabai dia tolak ke belakang.

Lashira, isteri Mustaqim. Kakak iparnya. Jirannya. Shira sentiasa menemani Zinnirah setiap kali suami mereka bekerja atau ke kelas sehingga Zinnirah naik segan.

"Makan jom, Shira masak bubur ayam untuk awak." Senyumannya melebar apabila terlihat jelas anggukan daripada Zinnirah. Kata Absyar, sudah beberapa hari wanita itu tidak mahu menjamah makanan yang turut membawa maksud, ubatnya juga tidak disentuh.

"Ji minta maaf sebab dah susahkan Shira. Ji minta maaf Shira..." ucap Zinnirah sebaik saja dia melangkah turun dari katilnya.

"Kenapa cakap macam tu? Shira tak rasa terbeban pun. Lagipun Shira bosanlah duduk rumah dengan anak-anak je. Mus ada kelas. So, better Shira stay dengan Ji. Ada juga teman Shira untuk berborak," kata Shira sebelum memegang lengan adik iparnya itu untuk membantu pergerakan Zinnirah.

"Ji dah banyak susahkan orang sepanjang Ji hidup, Shira. Kadang-kadang Ji rasa Ji tak layak hidup dengan kebaikan orang sebab Ji tak mampu nak balas dengan keadaan Ji macam ni. Ji kesian dengan Mus dan Shira sebab perlu fikirkan Ji yang entah siapa-siapa. Shira dan Mus sepatutnya perlu fikirkan perkahwinan korang aje... Bukan Ji." Dia mula mengacau bubur itu berkali-kali tanpa memandang wajah Shira tika itu.

"Ji..." Tangan wanita itu Shira pegang. "Mus tak pernah paksa Shira untuk buat semua ni. Shira yang nak teman Ji. Shira yang nak tengok-tengokkan Ji. Shira tak rasa terpaksa dan hal ini takkan sesekali membolak-balikkan rumah tangga Shira dan Mus, Ji. We are happy. Anak-anak pun happy bila berjumpa dengan Mayyah. Jangan overthinking ya? Ji adik kesayangan Mus dan secara automatik Ji akan jadi adik kesayangan dan kawan baik Shira juga. We love you always, okay?" Wajah pucat itu Shira tenung lama. Rambut yang menutup separuh wajah Zinnirah, dia pegang lalu diikat lembut.

"Terima kasih Shira," ujar Zinnirah sebelum bibir keringnya menarik senyuman kelat.

"Makanlah, dah nak sejuk bubur Ji. Ke nak Shira suap?" usik Shira sambil berura-ura mengambil mangkuk di hadapan Zinnirah tika itu.

"Ji boleh suap sendiri." Zinnirah terus mengelak. Dia tidak mahu menyusahkan kakak iparnya lagi. Shira terus tertawa kecil sebelum melabuhkan duduk di sebelah wanita itu dan memerhati dia menjamah bubur nasi itu.

"Shira... Shira nak tahu sesuatu?" Zinnirah membuka bicara setelah separuh mangkuk bubur itu habis ditelannya.

"Tahu apa tu?" Shira hanya melayan.

"Tapi ini akan jadi rahsia kita berdua je tau. Ji tak bagitahu hal ini pada sesiapa termasuklah Mus dan Absyar. Boleh Shira berjanji untuk simpan rahsia ni?" Dia memandang tepat wajah Shira yang kabur itu.

"Rahsia apa ni, Ji? Jangan buat Shira rasa takut." Shira berasa gusar dengan omongan Zinnirah.

Zinnirah terus tertawa kecil melihat kegusaran yang terbias pada tindak-tamduk Lashira.

Tangan wanita itu dia pegang dan dibawa ke perutnya sendiri. Shira terpaku dengan tindakan Zinnirah tika itu. Matanya berselang-seli melirik pada wajah pucat itu dan perut Zinnirah.

"Ji mengandung ke?" soalnya hampir tidak terkeluar suara. Zinnirah tersenyum dan menjatuhkan kepalanya. Anggukan itu bagai mematikan nafas Shira.

"Berapa bulan?"

"Ji tak tahu, Ji tak pernah pergi check," jawabnya jujur.

"Bila Ji tahu Ji mengandung?" Bagai polis pencen, Shira menyoal.

"Dua bulan lepas. Few days after photoshoot."

"Acad tak tahu?"

Zinnirah menggeleng.

"Siapa aje yang tahu berkaitan hal ni, Ji?" Shira memengang kedua-dua tangan panas Zinnirah. Wajah dia kelihatan gembira berbeza dengan Shira yang mula susah hati. Dia masih ingat dengan jelas komplikasi yang pernah dia bicarakan dengan Mustaqim berbulan yang lalu tentang hal ini. Dia takut dan risau.

"Doktor Liza, doktor SLE Ji."

"Apa respons dia?" Duduknya dia ubah supaya lebih selesa apabila perbualan mereka semakin serius.

"Dia minta Ji gugurkan anak ni. Ji tak nak. Ini anak Ji, kenapa dia minta Ji gugurkan anak Ji sendiri?" Matanya mula mengembang tanda amarah apabila teringatkan arahan Doktor Liza semasa temu janji mereka bulan lepas.

"Mungkin atas faktor kesihatan Ji menyebabkan Doktor Liza buat keputusan begitu." Shira cuba menenangkan Zinnirah sambil menggosok lengan wanita itu lembut.

"Sebelum mengandung pun Ji tetap tak sihat jadi Ji tetap nak kandungkan anak ini, Shira. Ini anak Ji dan Absyar. Tidak mudah untuk pesakit SLE seperti Ji dapat mengandung untuk kali kedua, Shira. I want to keep this baby. Tolonglah percayakan Ji, Shira..." Zinnirah mula merayu apabila melihat pandangan Shira seakan-akan sama dengan Doktor Liza tika dia menyampaikan khabar baik itu.

"Ji tak nak hidup dalam penyesalan dengan membunuh anak Ji sendiri untuk Ji kekal hidup di dunia ini. Ji sanggup gadaikan nyawa Ji demi anak Ji dan Absyar. Nyawa dia lagi berharga daripada nyawa Ji, Shira. I want to keep the baby. I want to keep the baby, Shira. Please understand me." Air matanya mula mengalir laju dengan rayuan yang terbit daripada bibirnya tika itu.

Shira terus menelan liur sebelum memeluk Zinnirah yang seakan-akan sudah tidak terkawal emosinya saat itu.

"Shira faham. Shira faham perasaan Ji sebab kita sama-sama seorang ibu. If you want to keep the baby, you need to be healty again okay? Ji tak boleh skip makan, Ji kena makan ubat. Ji kena sihat supaya Shira dapat tengok Ji besarkan anak kita sama-sama. Boleh Ji janji dengan Shira untuk jaga kesihatan Ji selepas ini?" Zinnirah terus mengangguk laju dalam pelukan Shira.

"Sorry Shira, I cried so hard. Tudung Shira dah basah," ujar Zinnirah sambil mengesat air mata yang masih mengalir di pipi.

"It's okay. As long as it's not hingus," seloroh Shira sehingga Zinnirah melepaskan tawanya.

Dia sedikit berasa lega selepas menceritakan hal ini kepada Shira. Bahunya terasa ringan.

"Ji tak nak bagitahu berita ni pada Acad?" soal Shira sambil menghulurkan air suam kepada Zinnirah.

"Tak nak. Ji takut respons Absyar sama macam Doktor Liza. Ji takut Absyar tak nak anak ni. Ji takut Absyar suruh Ji buang anak ni, Shira." Dia sentiasa gelisah akan hal itu.

"Tapi dia tetap ayah kepada anak yang Ji kandungkan, Ji."

"Ji belum bersedia..." Dia menunduk memandang gelas.

"Tak apa, bila dah sedia jangan lupa bagitahu Acad ya? Dia ada hak. Dia suami Ji dan dia ayah kepada anak Ji." Zinnirah hanya diam tidak membalas.

"Shira..." panggilnya.

"Ya?"

"Ingat tak Ji pernah bagitahu tentang eyesight Ji haritu?" soal Zinnirah sebelum menoleh memandang Shira yang mengangguk.

"It's getting worse. I can't even see your face clearly right now. Ini salah satu faktor kenapa Ji tak makan ubat. Ji tak nampak... Kabur sangat-sangat, Shira. I can only see clearly if the object is 10 cm near to me." Shira terkejut sehingga tanpa sedar dia membawa tangannya untuk menutup mulut sendiri. Berita apa yang baru dia dengar ini?

"And Absyar did not know about this also, Shira." Kejutan makin bertambah.

"Shira minta maaf, ini Shira tak boleh rahsiakan daripada Acad dan Mus. I'm gonna tell them if you wont. I'am going to tell them, Ji." Shira berkata tegas. Zinnirah ini suka benar membuat detak jantungnya berubah laju.

Zinnirah tersenyum lantas tertawa kecil dengan aksi Shira.

"Kenapa gelak?" Sakit hati Shira dengan respons Zinnirah.

"Sebab Ji rasa disayangi. You love me that much, madam?"

"I do. I love you so much Ji. You're my sister! My bestfriend!" Kali ini, Shira mula merasa seperti emosi dengan jawapannya.

"Thank you for loving me, Shira." Zinnirah senyum terharu.

"Tapi jangan risau, Ji akan ceritakan pada Absyar esok."

"Betul ni?" soal Shira tidak percaya.

"Betul. Ji nak minta tolong jagakan Mayyah esok boleh? We're going out tomorrow." Zinnirah tersengih.

"Dating? Boleh aje, mesti Mayyah suka dapat jumpa dengan baby Ijan dia sepanjang hari."

"Thank you once again, my favourite sister!"

"My pleasure! Esok nak pergi dating kat mana tu? Tak nak kongsi ke?" Shira menjungkitkan keningnya berkali-kali.

Zinnirah hanya tersenyum tidak membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience