MUSTAQIM YANG SEDANG duduk meneguk air mineral itu, Absyar dekati lalu menepuk bahunya. Dia terus mendongak memandang Absyar dengan wajah yang terpinga-pinga.
"Apahal?"
"Dia ada bagitahu apa-apa tak kat kau?" soal Absyar sambil tersengih.
"Ini dah hari yang ke-9 kau tanya soalan yang sama tau, Acad. Takde. Ji tak bagitahu aku apa-apa lagi," ujar Mustaqim dengan muka yang sudah berubah pelik.
Absyar terus mengemam bibirnya apabila mendengar jawapan Mustaqim. Mungkin... Zinnirah belum bersedia?
"Kau dengan Ji ada janji apa ni? Dan apa kaitannya dengan aku sampai setiap hari kau tanya aku soalan yang sama? Kalah parents yang risaukan anak dia yang sakit..." bebel Mustaqim sambil menggelengkan kepalanya.
Absyar hanya tersengih sebelum menggaru lengannya yang bebas daripada memakai kot putih.
"Tak ada apalah..."
"Lah mamat ni... Nak berahsia dengan aku pulak..." perli Mustaqim sambil berdecit perlahan.
"Serius tak ada apa pun Mus, nanti kalau Zinnirah bagitahu kau, kau akan tahulah," jelas Absyar. Wajah Mustaqim yang masam dia kerling seketika sebelum melepaskan tawa kecil.
"Ha suka hati engkoranglahhh. Maleh dah aku," kata Mustaqim sebelum bangun dari duduknya.
"Aku pergi dulu, ada appointment pukul 10.30 pagi," pamit Mustaqim lalu bergerak kembali ke jabatannya meninggalkan Absyar yang masih tersengih seperti kerang busuk di situ.
Sungguh dia keliru dan tertanya-tanya dengan dua gerangan itu; Absyar dan Zinnirah setelah berlangsung majlis konvokesyen adiknya itu.
Bahu dijongketkan lalu terus dia menekan butang lif itu.
Nanti-nanti je lah dia tanya Zinnirah.
ZINNIRAH meletakkan mangkuk yang berisi kari daging ke atas meja dapur sebelum telinganya menangkap pintu utama yang ditutup.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam, Mus."
Zinnirah terus kembali ke dapur untuk mengambil air yang sudah dia bancuh. Matanya terus terpaku pada Mustaqim yang sudah duduk di meja makan sambil mengusap kedua-dua belah tangannya.
"Tak nak mandi dulu ke?" soal Zinnirah lalu mengambil duduk berhadapan lelaki itu.
"Tadi dah mandi kat hospital. Kejap lagi nak mandi lagi sekali," jawabnya dengan mata yang tidak lekang daripada melihat mangkuk kari daging buatan Zinnirah itu. Lengan kemeja biru lautnya sudah disinsing ke siku.
Perut yang berkeriuk dipegang.
"Pergilah basuh tangan dulu, Mustaqim!" tegur Zinnirah apabila tangan lelaki itu laju mahu menceduk kari ke dalam pinggannya.
"Alaaa Ji..." Bibir mula memuncung.
"Awak tu doktor tau? Takkan kat rumah terus lupa diri?" perli Zinnirah sambil menggelengkan kepalanya.
"Doktor kat hospital je. Kat rumah jadi Mustaqim only," katanya perlahan lalu bangun dan terus tuju ke arah singki. Tangan dicuci mengikut SOP hospital kerana dia sudah terbiasa.
"Ha macam ni lah basuh tangan, baru sedap nak makan. Meh sini Ji cedukkan untuk abang kesayangan Ji ni," usik Zinnirah lalu mengangkat pinggan Mustaqim yang sudah berisi nasi lalu dikautkan isi daging ke atasnya.
Mata Mustaqim terus bersinar terang. Bau wangi semakin menusuk ke dalam hidungnya.
Ini yang tak sabar ni!
"Tapi sorry tau Mus, Ji masak satu jenis lauk je. Tak laratlah," jujur Zinnirah berkata.
"Eh tak apalah. As long as Ji yang masak, telur mata kerbau pun jadi sedap tau!" Mustaqim puji kerana itu adalah benar.
Zinnirah hanya tergelak dengan respons Mustaqim. Ada-ada aje dia ni.
"Dah-dah, bacakan doa. Ji lapar ni..." ujar Zinnirah lalu menadahkan tangannya.
"Bismillah..." Mustaqim membacakan mereka doa makan sebelum dengan lahapnya, dia mula menyuap makanan ke dalam mulut sehingga tersedak.
"Sabar Mus, Ya Allah... Sabarlah, kenapa tak sabar ni?" Kepala digelengkan tanpa ada niat untuk membantu abangnya itu.
"Mus laparlah," katanya dengan suara yang tersekat.
"Ya tahu lapar tapi jangan gelojoh. Tak baik dan nampak tak manis tahu tak?"
"Yalah yalah, membebel je tahu." Mustaqim menyerah kalah.
Disebabkan masakan adiknya itu terlampau sedap, Mustaqim menambah nasi sehingga tiga kali!
Wuhu! Lepasni Mustaqim mok-mok!
"Ada lagi tak kari ni?" soal Mustaqim setelah mencuci pinggannya dan juga Zinnirah.
"Ada. Kenapa?" Sebelah alis Zinnirah terangkat sebelah.
"Mus nak bawak pergi hospital esok," ujar Mustaqim lalu mengelap bibirnya dengan tisu.
"Okey, esok pagi Ji panaskan." Zinnirah langsung mengelap meja yang mereka duduki tadi.
"Buat dua bekal boleh? Lagi satu Mus nak bagi kat Acad." Mustaqim hanya memerhati tingkah adiknya yang bagaikan terkedu sesudah dia melontarkan ayat itu. Air sirapnya diteguk dengan mata yang tidak lepas memandang pergerakan Zinnirah. Dari mengelap meja, membasuh tangan sehinggalah dia duduk semula di meja makan itu.
"Okey, esok Ji buat."
"Terima kasih, Ji!" kata Mustaqim penuh ceria.
Zinnirah tersenyum kecil sebelum hanyut dalam lamunannya sendiri. Mustaqim hanya membiarkan kejadian itu sebelum mula membalas mesej yang masuk.
Selepas beberapa minit, telefon diletakkan dan dia mula fokus pada adiknya yang berada di hadapan mata.
"Ji," panggil Mustaqim sambil mengetuk meja.
"Ji." Nama itu diseru sekali lagi namun masih tiada balasan.
"Zinnirah!" Kali ini sedikit kuat sehingga gadis itu tersentak. Dia terus memandang Mustaqim dengan mata yang berkelip-kelip.
"Apa Mus ni? Terkejut Ji..."
"Ji tu mengalamun apa? Tiga kali Mus panggil tapi Ji tak dengar," adu Mustaqim lalu berdecit kuat.
"Ya ke? Sorry."
"Sorry naik lori."
Zinnirah terus menjeling Mustaqim yang berloyar buruk persis budak darjah satu. Mustaqim hanya tersengih lalu menjelirkan lidahnya.
Dan sekali lagi, Zinnirah menggolekkan biji matanya apabila melihat kerenah budak-budak Mustaqim itu.
Mustaqim terus tertawa besar melihat reaksi yang betul-betul di hadapan mukanya. Hampeh punya adik, cuba tunjuk muka suka tu sikit.
"Mus nak tanya Ji something boleh?" Mustaqim mula bersuara untuk memecahkan kesunyian yang terjadi antara mereka.
"Hm... Tanya apa?" Wajah Mustaqim dipandang.
"Ji berjanji apa dengan Acad sampai setiap hari dia tanya Mus samada Ji dah maklumkan pada Mus atau belum. Jadi, apa yang sepatutnya Ji bagitahu Mus ni?" Berkerut terus dahi Mustaqim.
Wajah Zinnirah yang sudah mula gelabah diperhatikan saja tanpa banyak bicara.
"Itu apa yang Ji fikirkan sejak tadi Mus... Ji bercadang nak bagitahu Mus malam ni," kata Zinnirah tanpa melihat mata Mustaqim.
"Bagitahu apa?" tanya Mustaqim.
"Waktu hari konvo Ji, Ji berjanji dengan Absyar... Kalau Ji dah ready untuk taaruf dengan dia, Ji akan bagitahu Mus," terang Zinnirah terus tertunduk malu.
"Ooohhh pasal tu ke? Kenapa tak cakap awal-awal?" Mustaqim langsung menganggukkan kepalanya setelah mendengarkan pengakuan Zinnirah.
Rupa-rupanya, Absyar memang benar-benar melaksanakan apa yang dia ungkapkan pada Mustaqim tempoh hari.
"Bila nak taaruf dengan Acad?"
Zinnirah terus menggigit bibir apabila mendapat soalan straight to the point itu.
"Erm... Errr..." Dia mula gelabah.
"Relaks Ji... Tak apa, tak ada apa yang nak ditakutkan pun," ujar Mustaqim cuba menenangkan adiknya yang sudah kelihatan tidak senang duduk.
Zinnirah terus menarik nafas dalam lalu menghembusnya lama. Wajah Mustaqim dilihat dengan tangannya disatukan digenggam kuat dan erat.
Mustaqim hanya menunggu sambil meletakkan kedua-dua lengannya ke atas meja. Kening dijungkitkan sebelah.
"Ji cadang... Nak taaruf dengan Absyar hujung minggu ni. Boleh ke Mus?" Mustaqim terus mengulum senyum lalu berdehem untuk mengawal reaksi mukanya.
"Acad selalunya kerja on weekend tapi nanti Mus try tanya dia." Mustaqim terus memberikan jawapan. Lepas mandi nanti, dia nak ceroboh rumah Absyar untuk memberitahu hal tergempar itu!
Zinnirah angguk faham. Tangannya sudah berpeluh.
"Nanti Mus teman Ji taaruf dengan dia boleh?" Mata penuh harapannya menikam terus iris Mustaqim.
"Alaaa sorry Ji, Mus kerja," kata Mustaqim dengan rasa bersalah.
"Tak apa, nanti Mus mintak Ati temankan Ji, okey? Jadi jangan risau, there will be no two of you only. Acad pun mana mungkin nak keluar berdua aje dengan Ji," tambah Mustaqim lagi.
"Okeylah kalau macam tu. Terima kasih, Mus." Zinnirah terus tersenyum kecil lalu bangun dari duduknya.
"Ji nak masuk bilik, nak siapkan layout," Zinnirah terus pamit dari situ.
"Jangan lupa makan ubat, Ji!" jerit Mustaqim dari dapur apabila kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan di situ.
Telefonnya terus dicapai dan nombor Absyar didail dengan perasaan teruja.
Satu saat.
Dua saat.
Dan panggilan bersambung.
"Hello assalamualaikum ya akhi! Jangan tidur lagi, lepas mandi and solat aku nak pergi rumah kau. Ada berita gembira yang aku bawak ni!"
Share this novel