BAB 67

Romance Completed 60011

PUNGGUNG SUMAYYAH DIA tepuk perlahan-lahan apabila terpandang kelopak mata anaknya itu kuyu menahan kantuk.

Sesekali rambut anaknya dia usap beberapa kali sebelum anak itu benar-benar hanyut dalam lena. Apabila Zinnirah memastikan si kecil dalam keadaan yang selamat, terus dia menukarkan lampu terang itu kepada lampu tidur. Pintu bilik Sumayyah ditutup perlahan-lahan untuk mengelakkan si kecil terjaga.

Lampu ruang tamu turut dia matikan lalu melangkah longlai ke bilik tidurnya bersama Absyar. Pintu yang tidak ditutup itu menampakkan gerangan Absyar yang sedang bertungkus-lumus melakukan kajian untuk tesisnya.

"Abiy..." panggil Zinnirah sambil menutup pintu bilik mereka. Lantas, lelaki itu berpaling sebelum memberikan senyuman manis pada kekasih hati.

"Ya sayang, kenapa?" soal Absyar sambil menggamit isterinya untuk mendekat.

"Banyak lagi ke tesis abiy?" Lehernya dipanjangkan untuk melihat skrin laptop yang penuh dengan ayat dan istilah medikal yang dia langsing tidak mengerti. Meja suaminya itu turut berserakan dengan kertas-kertas kajian.

"Tak banyk dah, yang. Tapi ada lagi research yang abiy perlu buat sebab abiy tak puas hati dengan hasil kajian tu," terang Absyar sebelum menarik lengan isterinya supaya mendekat.

Bahang.

Suhu badan isterinya seperti lebih tinggi daripada biasa membuatkan Absyar mengerutkan dahi seketika.

"Yang, duduk sini." Absyar terus menarik lembut lengan Zinnirah sehingga wanita itu menjatuhkan duduk di atas pahanya.

Tanpa menunggu lama, Absyar terus menekapkan telapak tangannya pada dahi wanita itu. Pipi wanita itu dipegang lama untuk memastikan tanggapannya itu benar. Mata isterinya yang berair dan agak kemerahan itu menguatkan lagi firasatnya.

"Sayang demam ni... Dah berapa lama sayang rasa badan panas macam ni?" tanya Absyar sambil mendongak sedikit memandang si isteri yang masih berada di pahanya. Rambut lurus Zinnirah dia urai lembut.

Dia berpaling lalu menyendengkan badan ke tubuh Absyar sebelum memeluk lelaki itu. Dia memejamkan mata. Anak matanya turut berasa panas.

"Sayang?" seru Absyar lagi apabila soalannya tidak berjawab. Yang dia terima hanya desah nafas hangat wanita itu di lehernya dengan bahunya terasa berat apabila kepala Zinnirah dilabuhkan di situ.

"Hmmm."

"Awak tak larat sangat ni, jomlah baring kat katil." Baru saja Absyar berura-ura mahu bangun, Zinnirah mengetatkan pelukannya bada pinggang Absyar sambil menggeleng laju.

"Tak nak... Nak macam ni..." gumam Zinnirah namun masih jelas.

Absyar tertawa kecil lalu membalas pelukan isterinya itu. Rambut dia usap penuh kasih dan sesekali ciuman dilabuhkan di tepi kepala.

Tak pernah-pernah Zinnirah menjadi semanja ini. Kenapa ya? Mungkin kesan demam yang dia rasakan sekarang.

"You want to cuddle?" usik Absyar.

"Yes..." jawab Zinnirah meleret.

"Kenapa?" Sengihan makin melebar.

"Sebab kalau Mayyah bangun, abiy peluk Mayyah je. Mayyah pun asyik nak berkepit dengan abiy sampai Ji tak ada chance langsung. Ji nak pelukan abiy juga..." adu Zinnirah sebelum menyandarkan pipinya pada bahagian dada kiri Absyar.

Degupan jantung lelaki itu menenangkannya.

Absyar terus melepaskan tawa kecilnya dengan ucapan comel Zinnirah itu. Ini kes cemburu dengan anak sendiri rupanya.

"Sayang cemburu dengan Mayyah ke?" Jemari isterinya dia gentel tanpa sedar.

Zinnirah angguk laju dengan soalan itu. "Cemburu sikit je, tak banyak pun."

"Wallahi sayang, awak comel sangat sekarang ni. Abiy suka awak jadi clingy macam ni dengan abiy! I love this side of you yang bagi abiy pertama kali sayang tunjukkan. Sangat comel dan abiy suka sangat-sangat!" Pelukannya diperketatkan sebelum wajah wanita itu dicium bertalu-talu sehingga Zinnirah terpaksa menolak wajah itu dengan tapak tangannya.

"Dahlah abiy! Ji tak larat ni." Dia hampir menitiskan air matanya sendiri akibat emosi yang tiba-tiba tidak stabil.

"Alaa sorry sayang, abiy gurau je okey? Tak mau lah nangis." Absyar terus mengesat pipi Zinnirah yang mula dibasahi dengan beberapa titis air mata.

"Sorry Ji emosi," kata Zinnirah sebelum tertawa sendirian. Entah, dia pun pelik dengan emosinya dua tiga hari ini.

"Sayang ada masalah ke? Ada rasa sakit kat mana-mana ke? Tell me," soal Absyar lembut. Dia risau isterinya menanggung sakit seorang diri tanpa memaklumkan padanya.

"Mata Ji dah kabur... Ji rasa Ji dah rabun..." adu Zinnirah sebelum menenyeh matanya yang terasa gatal tiba-tiba. Aksinya itu dipatahkan oleh Absyar.

"Jangan gosok mata macam tu, tak elok. It's not good for your eyes."

"Tapi gatal."

"Meh sini abiy tolong."

Dan-dan Absyar membuka kelopak mata Zinnirah lalu meniup ke dalam mata wanita itu. Zinnirah terkedu sebelum badannya mengeras dengan tindakan Absyar itu.

"Gatal lagi tak?" tanya Absyar lembut sambil mengurut perlahan tepi dahi isterinya.

Zinnirah laju menggeleng. Bukan kerana matanya sudah elok tapi kerana malu diperlakukan begitu.

"Awak makan ubat okey? Suhu tinggi sayang tinggi lagi ni." Kali ini, Absyar merapatkan dahi sehingga mata mereka bertentangan dalam jarak dekat.

Zinnirah menggeleng laju lalu memejamkan mata. Tidak sanggup melihat anak mata hitam suaminya itu.

"Kalau sayang tak nak makan ubat, kita cancel je lah photoshoot esok." Absyar mengugut sebelum dia merasakan pelukan Zinnirah semakin longgar lalu wanita itu menjarakkan diri mereka.

Wajahnya sudah memuncung dengan ugutan Absyar.

"Tak naklah abiy, janganlah cancelkan! Ji nak kita ada gambar kahwin yang baru. Janganlah cancel photoshoot esok abiy..." Dia memandang Absyar penuh harapan.

"Kalau tak nak cancel kena buat apa?" soal Absyar dengan kening yang suda terjungkit sebelah.

"Makan ubat..." jawab Zinnirah perlahan. Dia paling benci makan ubat. Dia sudah muak menelan berpuluh-puluh pil dalam sehari. Tapi untuk membatalkan photoshoot impiannya esok disebabkan kedegilannya sendiri, dia tidak mahu.

"Okay then, let me help you." Tanpa menunggu jawapan si isteri, Absyar terus bangun dan mengendong Zinnirah ke arah katil mereka. Isterinya itu diletakkan di atas tilam yang lembut dengan berhati-hati. Botol air dan gelas yang sentiasa ada di dalam bilik tidur, dia capai dan mendekati Zinnirah yang sudah memegang beg ubatnya.

"Tolong carikan paracetamol dalam ni, abiy." Beg itu dia serahkan pada Absyar. Jujur dia katakan, penglihatannya makin kabur dan Absyar tidak tahu akan hal itu.

Biarlah, suaminya itu sudah banyak susah hati tentang dirinya.

"Nah sayang." Ubat itu terus disuap ke dalam mulut Zinnirah sebelum dihulurkan air. Usai, Zinnirah dibaringkan dan dia selimutkan sehingga ke paras pinggang.

Dahi panas itu dicium lama sebelum turun ke kawasan pipi wanita itu. Zinnirah hanya memandang suaminya itu tanpa berkelip.

"Tidur ya sayang. Semoga ubat-ubat yang sayang makan hari ini akan menjadi asbab sayang sembuh. Good night, sayangku Zinnirah." Terasa rambutnya diusap sebelum telinga dibisikkan dengan ayatul kursi dan doa tidur.

Perlahan-lahan, Zinnirah masuk ke alam tidur apabila terasa hangat badan Absyar sedang memeluknya erat.

"AKAK cuba rapat sikit dengan abang. Lentokkan bahu kat lengan abang sikit."

"Abang peluk pinggang akak dari belakang."

"Rapatkan dahi. Senyum manis sikit akak abang."

"Ha si comel ni dah boleh masuk sekali ambil gambar dengan ibu ayah."

"Adik peluk leher ibu ayah!"

Dan banyak lagi arahan yang diterima oleh keluarga kecil itu apabila mereka melakukan photoshoot perkahwinan mereka di pinggiran pantai pada petang itu.

Kenapa pantai?

Kerana Zinnirah sangat menyukainya walaupun dia tidak boleh terdedah terlampau lama dengan sinaran mentari.

Kenapa pantai?

Kerana Absyar sentiasa mengingati momen pertamanya dengan Zinnirah. Bersaksikan lautan dan langit. Seluas cintanya pada Zinnirah.

"Okay, it's a wrapped!"

Maka tamatlah sesi photoshoot keluarga kecil mereka. Zinnirah dengan baju kurung moden putih, selendang dan veil pada warna yang sama serta crown ringkas tapi menaikkan serinya. Wajahnya juga dirias elok untuk menutup pucat yang terserlah. Absyar pula memakai baju melayu putih gading bersama samping menambahkan lagi kekacakan lelaki itu. Si kecil Sumayyah, dipakaikan gaun kembang dengan rambut yang dihias elok dengan bunga menambahkan lagi kecomelannya.

"Terima kasih semua untuk harini. Kejap lagi jangan balik dulu ya, saya nak belanja awak semua makan di restoran tu," ucap Absyar dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Zinnirah turut menghadiahkan senyuman manis buat tim yang sudah melaksanakan impiannya itu. Tangan Sumayyah dia pegang supaya tidak terlepas.

"Eh tak apalah, bang. Abang dah bayar kami mahal-mahal, ni nak belanja makan pula," kata jurukamera itu dan anak buah yang lain mengangguk setuju.

"Itukan abang bayar untuk tugas awak semua. Abang belanja sebab korang semua dah laksanakan impian isteri abang pada hari anniversary kami hari ni," kata Absyar lagi sebelum memeluk bahu Zinnirah. Wajah wanita itu sudah merah menahan malu.

"Eh, harini anniversary abang dan akak ke? Dah berapa tahun nikah? Saya ingatkan abang akak baru nikah!" ujar salah seorang tim itu dengan perasaan teruja.

Absyar tertawa perlahan dengan respons masing-masing yang seperti mahu terjojol biji mata mereka.

"Alhamdulillah, dah anniversary ketujuh. Doakan abang dan akak ya."

"Insya-Allah, selamat pengantin baru–eh happy anniversary yang ketujuh akak dan abang! Semoga rumah tangga akak dan abang sentiasa bahagia dan dijauhkan daripada masalah. Semoga sakinah mawaddan warahmah! Aamiin!" Yang lain turut mengaminkan doa itu sebelum mengucapkan hal yang sama buat Absyar dan Zinnirah.

Mereka berdua sudah tersenyum malu apabila mendapat ucapan seperti hari ini hari pernikahan mereka. Malu!

"Terima kasih semua atas ucapannya. Dah cepat kemas, jom kita pergi makan situ." Absyar terus menukar topik apabila rasa malu mula membakar wajah.

"Terima kasih semua." Zinnirah turut mengucapkan hal yang sama.

"Tima kacih cemuaaa!" kata Sumayyah sambil melambaikan tangan kecilnya pada abang-abang yang mengambil gambar dan vieonya tadi. Mereka yang berada di situ tertawa dengan kelucuan si kecil itu.

Melihat masing-masing sudah bergerak ke kereta mereka untuk menyimpan barang, Zinnirah langsung menyeru suaminya.

"Abiy," panggil Zinnirah.

"Ya sayang?" Absyar langsung menoleh ke arahnya.

"Tolong bukakan crown dan veil Ji. Malulah nak pergi makan kalau pakai macam ni," ujar Zinnirah sambil menjuihkan bibirnya.

Absyar langsung tertawa kecil dan menurut perintah isterinya. Kesempatan yang ada, dia mencium dahi isterinya. Masih terasa bahang dari badan Zinnirah tika itu.

"You look very stunning today sayang. I can't let myself see anything than you, my pretty Zinnirah. Are you happy today, sayang?" tanya Absyar sambil mencubit lembut pipi Zinnirah yang sudah merah akibat pujiannya tadi.

"I am always happy when I'am with you, abiy. Terima kasih sebab dah tunaikan impian Ji. You always bring me uncountable happiness. Ji sayang abiy sangat-sangat," ucap Zinnirah dengan senyuman yang semakin melebar. Mata yang berkaca dia kelipkan berkali-kali. Tidak mahu menangis di saat bahagia mereka.

"Abiy sentiasa bahagia dengan sayang. Thank you for existing in my life and I love you more, Zinnirah. Abiy sayang awak sangat sangat sangat!"

Ujaran Absyar itu membuat mereka berdua tertawa penuh terharu.

"Ibu... Mayyah laparrrr."

Momen romatik mereka terus dimatikan oleh Sumayyah yang sudah terduduk di atas pasir sambil menggosok perut sendiri.

Terus terlepas tawa Absyar dengan tingkah si kecil.

"Mayyah lapar ke? Mayyah nak makan apa?" Absyar terus mendukung anak sulungnya itu sebelum menggenggam tangan Zinnirah. Mereka bersama-sama berjalan ke arah restoran yang ditunjuknya tadi.

"Mayyah nak nacikkk!"

"Okey, jom kita makan nacikkk!" jawab Absyar bersemangat seperti anaknya.

"Sayang nak makan apa?"

"Teringin sup daging."

"Baik, kejap lagi kita order okey." Absyar membawa tautan tangan mereka ke hadapan wajah sebelum mencium buku lima Zinnirah. Wanita itu mula menarik senyuman dengan tindakan tidak terjangka Absyar.

Zinnirah hanya diam dan memandang tautan tangan mereka sebelum beralih pada Absyar yang rancak bersembang dengan Sumayyah.

Tuhan, izinkan aku hidup lebih lama demi mereka. Aku mohon... Biarkan aku hidup lebih lama buat suami dan anakku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience