"KAU PERGI MANA?"
Teguran daripada Mustaqim sebaik saja dia membuka pintu bilik membuatkan jantung berdegup kencang buat seketika.
"Assalamualaikum akhi," perli Absyar sebelum menutup pintu bilik perlahan-lahan. Kopiah dicabut dari kepala dan diletakkan ke dalam almari pakaiannya.
Mustaqim terus tersengih dengan sindiran itu.
"Waalaikumsalam sorry ya akhi," Mustaqim turut mengikut rentak Absyar.
Absyar hanya tersenyum geli hati sebelum menyalin pakaian kepada baju yang lebih selesa. Takkanlah dia mahu tidur dengan baju melayu ini.
"Kau pergi mana, Cad?" soal Mustaqim sekali lagi.
"Masjid."
"Masjid mana?"
"Masjid kampus kita lah. Kau tahu tak kampus kita ada masjid?" Kening Absyar terus terjungkit sebelah seiring dengan soalannya pada Mustaqim.
"Tahulah... Kau ni buat macam aku tak pernah pergi solat jumaat pula..." Decit Mustaqim perlahan..
Tahulah dia hanya pergi masjid setiap hari jumaat aje tapi janganlah perli macam ni. Hati kita lembut tau!
Absyar terus tertawa halus melihat wajah cemberut Mustaqim.
"Gurau je Mus tapi sila ambil hati ya." Absyar terus mengekek ketawa sebelum dia mengibas tempat tidurnya sebanyak tiga kali menggunakan selimut.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.” (HR Muslim)
"Kau pergi masjid buat apa Cad?" soal Mustaqim lagi kerana dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan sahabat karibnya itu.
"So–"
"Selain solat. Aku tahulah kau pergi masjid untuk solat. Jangan bagi jawapan klise Absyar Abid." Mustaqim terus menjeling Absyar yang baru saja membuka mulut di atas tilamnya sendiri.
"Aku baru nak jawab solat." Sekali lagi terlepas tawa kecil Absyar.
"Aku ada kelas tadi antara maghrib dan isyak."
"Kelas? Kelas apa? Anatomy?"
Kali ini, tawa Absyar terus meledak kuat dengan tekaan Mustaqim. Kejadahnya belajar anatomi waktu maghrib begitu. Mustaqim ini memang suka bercakap sebelum berfikir ya.
"Kau mengilai apahal?" tegur Mustaqim sambil membaling bantalnya pada Absyar yang masih tiada tanda untuk berhenti tertawa.
"Lawaklah Mus, kau ni tak beragak langsung nak join kelas anatomi waktu maghrib," balas Absyar sambil mengelap air mata yang jatuh di hujung mata dek banyak tertawa.
Aduhai, dekah betullah Mustaqim!
"Bagitahu aje lah kelas apa tadi... Aku tumbuk juga kau ni kang."
"Garangnya abang Zinnirah ni!" usik Absyar.
"Absyar!" Mustaqim sudah panas hati dengan kelakuan Absyar yang lain macam pada malam itu.
Geramnya...
"Okey sorry. Aku join kelas tahfiz. So, secara rasminya ada dah jadi student plus tahfiz bermula dari sem ni insya-Allah," jawab Absyar tenang walaupun dalam api kemarahan Mustaqim yang sudah dia jentik sebentar tadi.
"Plus tahfiz?" ulang Mustaqim.
"Yep."
"Kau hafiz ke?"
"Taklah, aku Absyar Abid."
"Tak lawaklah bodoh!" Sekali lagi bantal terakhir Mustaqim terbang ke arah Absyar yang kini sudah berbaring di atas tilamnya.
"Gurau kasar nampak!"
Absyar membaling kembali bantal-bantal itu kepada Mustaqim. Mengganggu orang saja si malaun ini.
"Kaulah! Kau selalu menjentik amarah aku tau tak," luah Mustaqim sebelum mendengus perlahan dan terus berbaring.
"Chill Mus. Amarah itu api. Jangan dilayankan sangat nanti dia makin besar," nasihat Absyar sambil mata memandang siling bilik.
"Aku ni jarang marah tau tapi bila kenal kau ni aku rasa nak marah aje disebabkan kau selalu triggered aku punya amarah." Mustaqim terus membuat rolling eyes sesudah menyatakan rasa hatinya.
"Sorrylah Mustaqim, aku saja nak usik kau. Aku dah anggap kau macam adik aku. Adik-beradik yang aku tak pernah ada sepanjang 22 tahun aku hidup." Matanya berkerdip tanpa menoleh ke arah Mustaqim sedikit pun.
Walaupun katil mereka berjarak sepanjang tiga depa, Mustaqim masih dapat melihat reaksi tenang Absyar itu.
"Aku dah ada abanglah, Cad..." Kali ini Mustaqim turut berbaring dan memandang siling, sama seperti Absyar.
"Kau tak nak ada abang lagi sorang ke?"
"Tak nak."
"Auch! Sakitnya tuh di sini kena reject depan-depan macam ni."
"Aku nak kau jadi kawan baik aku, Acad. Kawan baik aku sampai bila-bila. Boleh?" Mustaqim kembali menoleh ke arah Absyar yang masih tidak memandangnya.
"Insya-Allah... Kalau Allah izin."
"Ya... Insya-Allah..."
"Kalau aku tak boleh jadi abang kau, boleh ke aku nak jadi adik ipar kau?" Soalan itu terus terpacul daripada bibir Absyar secara tidak sengaja.
"Hah? Kau cakap ke kau bisik ni, Cad? Aku tak dengarlah." Mustaqim terus menongkat badannya menggunakan lengan kanan apabila telinganya sipi-sipi mendengar gumaman Absyar.
Mengigau ke apa, dia pun tak tahu.
"Tak, aku cakap Zinnirah macam mana? Dia okey ke kat sana?" Absyar terus berpaling menghadap wajah Mustaqim yang sudah berkerut memandangnya.
"Dah kenapa tiba-tiba tanya pasal Ji pula?"
"Tak boleh tanya ke?"
Soalan dibalas soalan.
"Boleh aje..." Terus muram muka Mustaqim apabila menjawab soalan Absyar itu.
"Dah kenapa pula kau ni? Zinnirah kenapa?"
Absyar terus bangun daripada terus berbaring lalu duduk bersila di atas tilamnya.
"Doktor Dahlia call aku petang tadi. Dia nak jumpa aku esok tapi mana sempat, kita kan ada test. So, aku minta dia maklumkan melalui call aje..."
Mustaqim menarik nafas panjang. Absyar hanya diam menanti ayat yang seterusnya.
"Kau tahu tak, rupa-rupanya doktor tu nak bagitahu aku result Ji."
"Bukan sepatutnya tak boleh bagitahu ke?" soal Absyar. Mustaqim hanya menjongketkan bahu tanda tidak pasti.
"Jadi apa keputusannya?"
"Major Depressive Disorder with anxiety and Post-Traumatic Stress Disorder. MDD and PTSD, Cad..." Terus terhembus nafas berat Mustaqim. Absyar hanya diam dan cuba menganalisis setiap butir perkataan yang dilontarkan Mustaqim tadi.
"Dia boleh sembuh kan?" Mata Mustaqim mula mencari wajah tenang itu.
Absyar terus menaikkan senyuman di hujung bibirnya. Tidak manis, hanya kelat.
"Zinnirah boleh sembuh, insya-Allah. Dia akan sembuh. Dia seorang gadis yang kuat dan aku percaya dia boleh hadapinya juga buat kali ini. Kau kena banyak tolong dia juga, Mus. Jangan biarkan dia rasa keseorangan."
Nasihat Absyar itu Mustaqim simpan kemas di dalam kotak mindanya.
"Kau kena tolong aku juga, Cad. Aku tak yakin aku kuat kalau seorang diri. Kau kena tolong aku kembalikan Ji yang dulu. Aku rindu adik aku yang ceria seperti dulu. Aku sangat rindukan air tangan dia, Cad."
"Jangan risau, aku akan sentiasa tolong kau. Aku... Kawan baik kau, kan?"
Share this novel