BAB 53

Romance Series 33949

"DOKTOR DAH! She's dead and her death was already pronounced by Dr. Zaid!"

Absyar rasa bahunya jatuh sebelum jemarinya yang masih berada di dada pesakit itu terhenti pergerakannya. Bola mata tidak bergerak daripada menatap wajah pucat yang sudah hampir kebiruan.

Rasa sebak mula menerpa dadanya.

"I'm failed..." perlahan suara Absyar menjengah telinga nurse dan paramedik di sana.

"You're not. Baby ini datang dalam keadaan yang sangat kritikal dan chances untuk dia kembali sedar sangat rendah. Selepas ini team forensik akan lakukan bedah siasat dan sekarang kau perlu berjumpa dengan penjaga baby ni, Acad. Head up, ajal baby tu dah sampai," tegur Dr. Zaid apabila melihat rakan seperjuangannya itu seperti terlampau mendalami emosi tika itu. Sesekali wajah Absyar dikerling dengan hujung mata sebelum dia menarik lelaki itu menjauhi katil bayi perempuan yang berusia tujuh hari tu.

"Ini kali pertama aku hadap kematian pesakit berusia tujuh hari, Zaid. It's affected me much dan aku tak tahu kenapa." Absyar meluahkan secara tiba-tiba.

"Sebab kau manusia, ada hati dan perasaan. Ambillah masa, biar aku yang pergi jumpa penjaga bayi tu," kata Zaid dan mula melangkah untuk berlalu dari situ.

"Zaid," panggil Absyar pantas. Keningnya dijungkitkan pada lelaki itu sebaik saja dia menoleh ke arah Absyar.

"Biar aku yang jumpa. Ini kerja aku."

"Serius? Kau dah okey?" Zaid mula meragui Absyar.

"Insya-Allah okey. Jangan risau."

"Kalau macam tu, pergilah. Dah lama diorang tunggu." Absyar terus mengangguk laju dan berjalan pantas ke arah dua orang wanita yang kelihatan seperti ibu dan anak.

"Assalamualaikum, waris kepada Arissa Damia?" tegur Absyar tanpa menunggu lama.

"Waalaikumussalam..." Mata wanita yang berumur itu terus membulat sebaik saja irisnya terpaku pada wajah Absyar. Dia tergamam hingga tidak mampu melangsungkan bicara.

Tak-tak mungkin...

ZINNIRAH tersengih seorang diri apabila melihat adunan kek hasil buatannya. Sudah lama bakat yang ada sejak zaman sekolah, dia abaikan. Kini, setelah bertahun-tahun lamanya dia kembali membakar kek demi gerangan suami tersayang. Wanita ini sampai sanggup mengambil cuti sehari untuk menyambut hari lari Absyar bersama-sama.

Bukan setakat kek, dia juga ada menyiapkan makanan berat yang lain. Mesti suaminya itu tidak sempat untuk menjamah makanan di hospital itu.

Telefon di atas meja makan, dia capai sebelum nama Absyar dicari. Jemarinya laju menari dia atas skrin telefon dengan sengihan yang tidak luntur di bibir.

Abiy, sebelum balik mandi dulu tau bersih-bersih! Ji tak nak ada satu kuman pun melekat ada abiy :p – Zinnirah

Selama ni abiy mandi tak
bersih ke sayang? – Absyar

Lajunya reply! Tak ada patient ke? – Zinnirah

Zinnirah terus melabuhkan punggungnya pada kerusi meja makan apabila pesanannya dibalas dalam jangka masa yang singkat. Sungguh jarang-jarang hal ini berlaku!

Abiy dah habis oncall sayang. Ni dah siap-siap nak balik. Dah galas beg dah pun tapi sayang suruh abiy mandi dulu. Baru cadang nak mandi kat rumah je. – Absyar

Zinnirah tertawa kecil dengan balasan Absyar. Sorrylah abiy, ada surprise nanti. Sebab tu abiy kena mandi dulu!

Ada sebab kenapa Ji suruh abiy mandi dulu sebelum balik. So, mandi tau! Habiskan sabun kerajaan! Ji tunggu abiy kat rumah ;) – Zinnirah

Sayang tak pergi kerja ke? – Absyar

Bunyi daripada ketuhar menandakan keknya sudah masak. Zinnirah terus meninggalkan telefonnya di atas meja dan bergerak pantas ke oven untuk mengeluarkan kek coklatnya.

"Wanginya..." puji Zinnirah sebaik saja aroma kek itu menusuk masuk ke dalam hidung.

"Mesti abiy suka!" sambungnya lagi.

Bunyi panggilan masuk daripada telefon yang ditinggalkan di atas meja membuatkan Zinnirah terus mengalihkan perhatiannya. Telefon dicapai sebelum sengihan semakin melebar apabila nama pemanggil menerpa pandang.

Suamiku Abiy-syar (✿◡‿◡)

Baru saja dia mahu mendail kembali nombor suaminya itu, sekali lagi nama Absyar terpampang di skrin telefonnya. Terus terhambur tawa kecil sebelum dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum sayang, awak tak sihat ke?" Absyar terus menyerbu dengan soalan tanpa sempat Zinnirah menjawab salamnya.

"Waalaikumussalam abiy, amboi terus terjah eh?" usik Zinnirah dengan senyuman yang semakin melebar di bibir.

"Sayang tak reply chat abiy, abiy risaulah. Sihat ke tak ni? Kenapa tak pergi kerja?" Bertubi-tubi soalan muncul menimbulkan tawa kecil Zinnirah.

"Kenapa gelak, sayang? Abiy tanya ni..."

"Haah Ji tak sihat sikit... Abiy baliklah cepat..." Zinnirah mula bermain tarik tali dengan sang suami.

"Teruk ke? Masih larat ke kat rumah tu? Kejap abiy otw balik jumpa sayang sekarang." Dengan gelabah, segala barangannya dia ambil dalam keadaan kelam kabut dan berlari anak ke arah lif. Baju scrub masih tidak bertukar membawa maksud Absyar tidak sempat mandi seperti apa yang dipinta oleh Zinnirah.

"Teruklah abiy... Nak demam dah Ji rindu abiy... Dua hari tak jumpa..." Kaki Absyar terpaku seketika tanpa sempat melangkah keluar dari lif akibat mendengar luahan itu. Matanya terkerdip berkali-kali memandang pintu lif yang sudah kembali tertutup.

"Awak serius ke ni sayang?" Perlahan Absyar menyoal Zinnirah sehingga tersandar dia pada dinding lif. Dia hanya membiarkan lif ini bergerak semula ke atas walaupun dia belum sempat keluar di tempat parkir bawah tanah tadi.

"Seriuslah, Ji rindu gila-gila kat abiy! So, abiy cepat-cepatlah balik untuk menemui isterimu yang cantik ini." Zinnirah tersengih dengan usikannya itu. Dia sudah terbayang wajah Absyar yang merah hasil ulahnya itu.

Zinnirah terus bangun dari duduknya sebelum mencairkan coklat yang akan dia tuangkan ke atas kek coklat yang dibuat khas untuk Absyar.

"Tak baiklah sayang, awak dah mainkan hati dan jantung abiy... Geramnya dia ni," luah Absyar sambil menggigit dalam pipinya untuk menahan rasa panas yang mula menyerbu wajah. Mesti orang dalam lif ini menganggapnya sedang demam dek rona wajah yang seperti ini.

"Mana ada Ji mainkan, Ji sungguh-sungguh rindu abiy. Sampai hati abiy tak percaya cakap Ji..." Zinnirah cuba memancing emosi Absyar dengan suaranya yang seakan-akan merajuk. Padahal dalam hati, sudah dia tertawa bahagia kerana dapat mengenakan suaminya itu.

"Okey-okey abiy, percaya. Abiy dah otw balik sekarang. Tunggu tau walaupun abiy tak sempat nak mandi seperti yang sayang arahkan," Absyar beralah sambil membuka pintu keretanya. Akhirnya, dia dapat juga turun ke tempat parkir ini setelah dua kali naik turun lif disebabkan ulah Zinnirah yang membuatkan kakinya kejung.

"Alaa kenapa tak mandi dulu?"

"Abiy risaukan sayanglah... Tadi cakap sakit..." Kereta dia hidupkan untuk memanaskan enjin.

"Hm okeylah, balik cepat tau! Jangan beli makanan!" pesan wanita itu lagi.

"Baik sayang, abiy end call dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam abiy! Bye-bye!"

Sebaik saja panggilan diputuskan, Zinnirah terus mematikan api dapur dan membiarkan cairan coklat yang masih panas itu sedikit sejuk sebelum dituangkan ke atas kek. Bibirnya semakin melebar dengan senyuman apabila teringatkan perbualan antara dirinya dan Absyar tadi. Absyar ialah makhluk Allah yang sangat comel dan dia sangat suka akan reaksi dan keprihatinan lelaki itu kepadanya.

Dia suka segala-galanya dalam diri Absyar.

"ASSALAMUALAIKUM..." Salam diberi sebaik saja dia menapak masuk ke dalam rumahnya. Jambakan bunga, dia cuba sembunyi sebaik mungkin di belakang tubuh.

"Waalaikumussalam abiy!" Zinnirah terus menerpa ke arah sang suami lalu menghadiahkan sebuah pelukan erat pada tubuh tegap Absyar. Muka dilekapkan pada dada sang suami yang masih berpakaian scrub hospital.

"Abiy bau ubat," tegur Zinnirah dengan sengihan sebelum dia melepaskan pelukan mereka. Pipi Absyar dicubit sebelum dia menjauhkan diri diiringi dengan tawa kecil.

"Memanglah yang, kan abiy cakap abiy tak sempat mandi." Absyar mula tersenyum simpul apabila tidak menjangka dirinya bakal dipeluk sedemikian rupa.

"Abiy pergilah mandi dulu, jap lagi kita makan," arah Zinnirah sambil menarik lengan suaminya ke arah bilik tidur mereka. Sengaja dia menghadang pandangan Absyar daripada melihat ke arah dapur.

Eh mana boleh, nanti kantoi!

"Sayang dah sihat ke?" Kekura tangan Absyar terus melekap pada dahi Zinnirah membuatkan langkah mereka terhenti. Wanita itu terus menarik tangan Absyar sebelum memandang wajah suaminya dengan raut acah-acah marah.

"Ji tak sakit abiy, mandi cepat!" Belakang Absyar ditolak ke arah bilik sebelum dia turut terkedu melihat jambangan bunga yang disembunyikan di belakang suaminya.

"Alaaa sayang, tak jadi dah surprise abiy!" adu Absyar sambil menjuihkan sedikit bibirnya apabila bunga yang dia beli buat sang isteri terkantoi begitu saja.

"Abiy beli untuk Ji?" Mata sudah bersinar-sinar memandang sejambak bunga daisy merah itu berselang-seli dengan wajah suaminya.

"Ya lah sayang, nah untuk awak." Huluran itu bersambut dengan senyuman yang melebar pada kedua-dua wajah itu. Zinnirah dengan pantas memegang dan membelai bunga itu dengan penuh kasih. Dan Absyar hanya memandang bunga kesayangan itu dengan rasa cinta dan sayang yang semakin membuak-buak.

"Terima kasih sebab menjadi isteri yang baik buat seorang Absyar, sayang," luah Absyar dengan usapan yang meniti di ubun-ubun kepala sang isteri. Melihat wajah Zinnirah yang bahagia menyebabkan hati Absyar berasa tenang dan senang.

"Terima kasih abiy! I love you so much!" luah Zinnirah secara tiba-tiba membuatkan Absyar sekali lagi terpaku pada lantai rumah.

"Apa?" soal Absyar sekali lagi.

Badan tegap itu dipeluk kejap buat kesekian kalinya. Absyar turut membalas pelukan itu dan merehatkan dagunya di pucuk kepala Zinnirah. Belakang badan wanita itu diusap lembut.

"Ji cakap, Ji cintakan abiy. Ji tak tahu bila perasaan ini hadir tapi Ji yakin hati Ji dah jadi milik abiy sepenuhnya. Ji minta maaf sebab lambat balas perasaan abiy tapi Ji betul-betul ikhlas sayangkan dan cintakan abiy. I love you, abiy. Semoga perkahwinan kita kekal sehingga ke jannah. Dan akhir sekali, selamat ulang tahun yang ke-30 Absyar Abid kesayangan saya. More years with me, okay?"

Kali ini Absyar bagaikan tersedak air liur sendiri. Pelukan dilepaskan sebelum dia merendahkan badan bagi menyamakan ketinggian mereka tika itu.

"Sayang tak main-main kan? Abiy tak salah dengar kan?" tanya Absyar dengan suara yang sudah bergetar.

Zinnirah terus menggeleng laju. "Ji serius, hati Zinnirah sepenuhnya menjadi milik Absyar Abid mulai sekarang."

"Allahuakbar, terima kasih Ya Allah. Terima kasih sayang. I love you more. I love you wholeheartedly. I love you sampai syurga, insya-Allah." Mata Absyar sudah berair dengan pengakuan cinta Zinnirah itu sebelum dia melabuhkan satu kucupan hangat pada dahi sang isteri. Dahi mereka disatukan, lama.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab terima abiy." Sebaik saja ayat itu meluncur keluar daripada bibirnya, air mata Absyar turut sampai jatuh menimpa bumi.

Dia terharu.

Dia bahagia.

Zinnirah sudah membuka hati untuk dirinya.

"Abiy janganlah nangis, nanti Ji ikut nangis sekali." Zinnirah turut tersebik sambil mengesat air mata di pipi suaminya.

"Abiy terharu..." Absyar tertawa perlahan sebelum menjauhkan dahi mereka dan air mata yang tersisa dikesat. Aih, buat malu aje.

"Happy birthday abiy! Zinnirah loves you so so so much!" ucap Zinnirah sekali lagi.

"Thank you sayang. Sepanjang hidup abiy, abiy tak pernah sambut birthday sendiri dan hari ni awak menjadi orang pertama yang meraikan hari yang bagi abiy tiada makna. Mulai tahun ini, birthday abiy akan menjadi hari yang sangat abiy tunggu-tunggukan untuk kita rai bersama. Terima kasih untuk makanan yang banyak atas meja tu. Abiy hargai dan abiy tak sabar nak makan."

"Alaaa, kenapa abiy tengok ke dapur? Hancur surprise Ji!" Bibir semakin muncung ke hadapan apabila dia tersedar yang kejutannya tidak menjadi.

"Sayang pun hancurkan surprise abiy. Fair and square lah kan?" usik Absyar sambil tertawa kecil.

"Eii, balas dendam ya?"

"Tak, balas sayang."

"Dahlah abiy, pergi mandi sana. Busuk!"

"Busuk-busuk pun dua kali sayang peluk."

"Abiy!"

"Okey-okey, abiy mandi sekarang. Jangan rindu abiy ya, cinta?" Mata dikenyitkan pada Zinnirah sebelum dia melangkah masuk ke bilik tidur mereka dengan senyuman yang tidak luntur. Dia bahagia. Jujur, dia sangat bahaya.

Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih kerana bukakan hatinya untukku.

pibesday acad!

comel comel aje ehek

Share this novel

EeraIqmal
2024-12-12 15:20:21 

bla nk update lgi?


NovelPlus Premium

The best ads free experience