BAB 27

Romance Series 33949

Bagi yang pernah membaca EPILOG SEMI;KOLON, bab ini ialah epilog yang telah diperbaiki, lebih logik dan rasional.

Selamat membaca!

ABSYAR MEMBUKA KOT putihnya lalu disangkut pada belakang kerusi. Bibir mula tersenyum gembira apabila shiftnya sudah habis. Baju yang sudah dia seterika beberapa hari sebelum dia ambil lalu bergerak ke tandas hospital itu.

Dia mahu mandi. Dia mahu kelihatan kemas dan kacak pada pandangan Zinnirah nanti! Bibirnya itu tidak henti-henti tersenyum gembira apabila terbayang aksi yang akan dia lakukan seusai saja selesai sidang gadis itu.

Zinnirah... Semoga awak nampak saya...

JAMBANGAN bunga di dalam genggaman dia perhati lama sebelum hujung bibir mengukir senyuman indah. Tangan kirinya membawa satu beg kertas kecil yang berisi coklat kegemaran gadis itu. Kaki melangkah dengan penuh gagah ke arah kelompok orang ramai yang sudah mula berselerak di luar dewan.

Leher dipanjangkan untuk mencari seseorang. Di mana dia?

Mata tertancap pada gerangan yang keseorangan di hujung tangga dengan wajah serius tanpa sebarang senyuman. Absyar mula melangkah ke arah itu dengan debaran kuat di dada, jambangan bunga disembunyikan di belakang badannya.

"Assalamualaikum, Zinnirah."

Serentak, gadis itu terus berpaling dengan pantas sebelum matanya tertancap pada gerangan yang sungguh kacak pada hari ini. Dia memakai seluar slack hitam dengan baju kemeja maroon yang menyerlahkan lagi kulitnya yang cerah. Rambut yang disisir rapi dengan wajahnya yang bersih dari sebarang jambang membuatkan Zinnirah terkedu buat seketika.

Kacak.

Jarang-jarang dia dapat melihat Absyar seperti ini. Bukan kerana Absyar selekeh tapi kerana dia selalu mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu walaupun mereka hidup berjiran.

"Waalaikumsalam... Absyar."

Senyuman kecil mula terukir pada bibir gadis itu, membalas senyuman lebar Absyar yang tidak pernah berhenti ditayangkan kepadanya.

"Tahniah dan happy graduation to our future Ar. Zinnirah Alwie." Jambangan bunga ros tadi dihulurkan ke hadapan wajah Zinnirah. "Nah, untuk awak."

"Terima kasih Absyar, walaupun saya graduan tua. Dah 27 tahun baru nak graduate from degree." Zinnirah menelan fakta yang agak perit bagi dirinya. Kerana apa? Kerana garis masa kehidupannya sudah berubah 180°.

"Umur bukan penghalang untuk belajar, Zinnirah. Not only you, saya pun graduan tua sebab lambat mula belajar. So, don't be insecure with your age. You've done your best and you're the best among the best. Kalau tak, takkan awak dapat anugerah pelajar terbaik tadi, Zinnirah." 

Ah, lelaki ini sungguh bijak berkata-kata. Hati Zinnirah mula berasa lega dengan bait bicara lelaki itu.

"Mana awak tahu saya dapat anugerah tadi?"

"Saya tengok live kat YouTube," jujur Absyar lalu tersengih. Alamak, terkantoilah pulak!

Zinnirah hanya tertawa melihat respons lelaki itu.

"Thank you for your words but awak tak perlu pun bagi saya bunga ni. I don't mind if you come with empty-handed." Tetapi, bunga itu tetap dibawa ke hidung dan dihidu aromanya dengan penuh perasaan.

Wangi dan menenangkan.

"Takkan saya nak datang bawa diri je kan? So, a bouquet of roses can make you happy?" Soalan itu menyebabkan wajah Zinnirah berubah merah, sama seperti ros yang di dalam pegangannya. Absyar tergelak kecil melihat reaksi itu, comel.

"Saya ada lagi satu hadiah untuk awak." Tangan kanannya menghulurkan beg kertas itu kepada Zinnirah.

"Chocolates?" soal Zinnirah sebelum melihat ke dalam beg itu.

"Yap, your serotonin booster." Absyar angguk lalu menggaru belakang kepalanya. Dia baru saja tahu yang Zinnirah sudah mengetahui bahawa selama ini dialah yang menjadi chocolate supplier gadis itu sepanjang tempoh pengajiannya.

Mustaqim awal-awal lagi sudah mengaku tidak bersalah. Dan tika itu dia sedar, gadis itu terlampau bijak sehinggakan dia sudah tidak mampu untuk berhelah lagi.

"Thanks again, Absyar..." ujar Zinnirah apabila melihat coklat-coklat di dalam beg itu. Yeay new stock!

"Mana Abang Zhafran dan Kak Zulaikha?" soal Absyar, cuba mengubah suasana yang tiba-tiba menjadi janggal apabila mereka hanya berdiam diri.

"Ada dalam dewan, tak boleh nak keluar sebab ramai sangat manusia di situ," jawab Zinnirah sambil tersengih kecil apabila teringatkan suara Zhafran tadi. Panas betul lelaki itu apabila tersangkut di dalam sana. Sabarlah, bang. Ini ujian.

"Mus, mana?" tanya Zinnirah apabila tidak nampak kelibat abangnya yang satu itu.

"Dia lambat sikit, ada emergency case di hospital tadi. Sebab itu, saya datang dulu," terang Absyar dan Zinnirah hanya mengangguk tanda faham.

"Absyar... Saya nak minta maaf," ujar Zinnirah secara tiba-tiba apabila mereka mendiamkan diri.

"Maaf untuk?" Terus berkerut dahi itu mendengar ucapan Zinnirah. Kenapa tiba-tiba ni?

"7 tahun lepas, saya bawa awak ke ambang kematian. Saya belum sempat minta maaf pada awak dan terima kasih selamatkan saya. Bukan sekali tapi berkali-kali, terima kasih." Matanya memanah lama mata Absyar yang bersinar. Selama ini, dia tidak pernah mengambil inisiatif untuk berbicara tentang hal itu dengan Absyar. Dia tidak pernah mempedulikan orang lain kecuali dirinya sendiri.

"It's okay, Zinnirah. We're alive, right? Alhamdulillah, thanks to abang bomba datang cepat. Jadi kita boleh jatuh atas belon besar tu," kata Absyar sambil ketawa kecil. Lelaki ini tidak pernah sekali pun menunjukkan masalah yang dia ada. Zinnirah hairan, Absyar ni manusia ke?

Ya, umur mereka masih panjang walaupun selepas kejadian itu Zinnirah mengalami komplikasi yang teruk. Luka di kepalanya kembali terbuka dan dia kehilangan banyak darah disebabkan keguguran. 

Gadis itu telah melalui fasa yang sangat sukar sepanjang 7 tahun itu. Dan apabila Absyar melihatnya hari ini, memegang skrol ijazah dalam bidang seni bina, Absyar berasa sangat bangga.

She finally did it.

Zinnirah did it, perfectly.

"Maaf juga atas kata-kata dan layanan saya di hospital dulu. Saya...tak waras dulu." Kepala mula menunduk apabila mengingatkan apa yang telah dia lakukan pada semua orang. Satu persatu memorinya mula kembali sedikit demi sedikit dan apa yang dia ingat hanyalah layanan teruknya kepada Absyar dulu. Kasihan lelaki itu...

"Tak apa, saya tak simpan dalam hati pun. Jangan risau, saya tak marah." Semakin lebar senyumannya melihat wajah gadis itu yang sudah tertutup dengan bunga.

Eh, bila nak berhenti comel ni?

"Zinnirah..." Nafas ditarik dan dihembus lama. Dada mula berdetak hebat.

"Zinnirah," panggil Absyar sekali lagi.

"Look at me, please." Sejurus itu, bunga yang menghalang wajahnya, Zinnirah tarik ke bawah lalu memandang wajah bersih lelaki itu.

"Kenapa?"

"Jom..."

"Jom?"

"Jom kahwin." Absyar terus menggigit dalam pipinya. Sumpah, jantungnya rasa mahu tercabut apabila dia terus menyebut perkataan itu. Bibirnya lebih laju bergerak berbanding akalnya sendiri.

"Hah? Kahwin?" Membulat terus mata gadis itu. Dia tidak salah dengar kan apa yang lelaki ini ucapkan?

"Ya, jom kahwin. Dah lama saya tunggu awak dan lama juga saya pendam perasaan nak ajak awak kahwin, Zinnirah. And I think today is the right time to confess..."

Zinnirah mencari mata itu dan apa yang dia lihat hanyalah kejujuran terbias dari irisnya. Lelaki ini serius?

"Saya... saya tak sesuai untuk awak, Absyar." Ya, dia tidak layak untuk lelaki itu.

"Sebab?"

"You know my past, Absyar. You deserve someone better. Not me." Keluhan terlepas daripada bibir mungilnya. Mana mungkin orang sebaik Absyar mahu menjadi suami kepada gadis kotor sepertinya.

"Because I know about your past, I want to protect you more, Zinnirah. I want to spend my life with you in a halal way. I want to be yours..."

Zinnirah terkedu mendengar jawapan Absyar. Lelaki ini... kenapa dengan lelaki ini?

"You deserve someone better than me. I have nothing left for you to be proud of, Absyar."

"Then, can you be that 'someone better' for me, Zinnirah?"

Sekali lagi, kakinya terpaku dengan jawapan Absyar.

Ya Tuhan, lelaki ini benar-benar serius dengan ayatnya.

"Absyar... Please..." Bawah bibir digigit menahan rasa. Dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa untuk lelaki ini.

"Saya ada soalan untuk awak, Zinnirah. Awak tak percayakan saya?" Absyar tersenyum kelat. Zinnirah hanya menggeleng.

"Bukan... Tapi semua ini terlalu cepat, Absyar dan saya rasa saya belum bersedia untuk berkahwin buat masa sekarang ni."

Absyar hanya terkedu lama sebelum dia memahami maksud gadis itu. Senyuman kecil ditarik. 

"Saya sanggup tunggu awak seberapa lama pun, Zinnirah." Nafas dihela perlahan. 

Lamaran pertama, Zinnirah tolak.

Tapi Absyar tak akan mengalah, dia akan cuba lagi.

"Tapi Zinnirah, tak salahkan kalau kita taaruf dahulu?" sambung Absyar lagi. Zinnirah hanya tersenyum dengan kegigihan lelaki itu.

"Ya..."

"Kalau saya dah sedia untuk itu, saya akan maklumkan pada Mus," tambah Zinnirah lalu tersenyum malu. Dia terus berpaling membelakangi Absyar lalu menutup wajahnya yang sudah merah dengan jambangan bunga itu.

Dia juga perlu memberi dirinya peluang kan?

Absyar terus mengulum senyum apabila mendengar jawapan itu. Walaupun masih samar tapi dia masih ada harapan! 

Ah, gembiranya! Rasa macam nak lompat!

Atiya yang datang bersama Mustaqim secara tiba-tiba terus memeluk Zinnirah dari belakang. 

"Tahniah akak, happy graduation!"

"Thank you, Ati. Ibu tak datang?"

"Tak, Ati datang sorang. Ni pun terserempak dengan abang Mus tadi," jawab Atiya sambil tersengih. 

"Tahniah bubucuk Mus. Mus bangga dengan Ji." Pelukan telah berpindah pada Mustaqim sebelum lelaki itu mengucup perlahan tepi tudung adiknya itu.

Sebak memenuhi dada apabila melihat Zinnirah sudah berjaya mengecapi apa yang dia inginkan setelah berbagai dugaan hebat yang dia lalui.

Adiknya seorang wanita hebat.

"Terima kasih, Mus." Pelukan diperketatkan. "Ji sayang Mus sangat-sangat."

"Love you too."

"Jom kita ambil gambar." Suara Zhafran dari arah belakang yang jalan berpautan tangan bersama Zulaikha telah mengejutkan mereka semua.

"Jom!" jawab Atiya bersemangat dan bergerak mendekati abang sulungnya itu.

"Jom kita pergi," ajak Mustaqim sebelum menarik tangan gadis itu.

"Kejap, Mus pergi dulu."

"Okey."

Kakinya melangkah mendekati Absyar yang hanya memerhatinya dari jauh.

"Awak, jom ambil gambar," ajak Zinnirah sambil memandang telinga lelaki itu. Dia sudah tidak berani menatap mata Absyar setelah apa yang berlaku tadi.

"Tapi saya bukan ahli keluarga awak," balas Absyar, pasrah.

"Soon. Dah, jom cepat." Terus Zinnirah bergerak meninggalkan lelaki itu sekali lagi sambil tersenyum kecil. Gila.

"Eh, tunggulah saya!" Absyar turut berlari anak ke arah keluarga kecil itu.

Tuhan, inikah bahagia yang dicari selama ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience