BAB 57

Romance Series 47910

RASA YANG SECARA tiba-tiba memenuhi rangkungannya menyebabkan Zinnirah terus bangun daripada terus berbaring di katil. Tangan dibawa naik untuk menutup mulut apabila terasa cecair sudah melawan arah trakea. Namun, kaki yang masih berbalut walaupun sudah empat bulan berlalu membataskan pergerakannya. 

Tanpa sempat Zinnirah berbuat apa-apa, dia termuntah ke atas lantai bilik tidurnya dan juga Absyar. Pinggir katil dipegang kuat kerana dia takut terjatuh ke bawah secara tiba-tiba. Rasa mual itu semakin kuat, kepalanya turut berpusing.

"Erghhh," Zinnirah mengerang seorang diri apabila urat perutnya seakan ditarik keluar setiap kali dia memuntahkan isi perut. Perit.

Di sebalik rasa sakit itu, terasa satu tangan mula mengusap lembut belakangnya. Dia tahu itu siapa tapi Zinnirah tidak mampu untuk menoleh buat masa sekarang.

"Rasa nak muntah lagi?" soal si dia, lembut. Zinnirah angguk perlahan dek kepala yang terasa berpusing.

Tanpa banyak bicara, Absyar terus mendukung isterinya gaya bridal dan masuk ke dalam tandas yang terletak di hujung bilik. Zinnirah diletakkan di atas kerusi dan berdekatan dengan mangkuk tandas untuk memudahkannya memuntahkan isi perut yang tersisa.

Absyar terus mengurut belakang dan dada Zinnirah untuk mengurangkan rasa mual itu. Selepas beberapa saat, Zinnirah terus termuntah di atas tangan Absyar kerana tidak sempat untuk bergerak. Absyar hanya membiarkan dan terus mengurut belakang sang isteri tanpa ada sedikit pun perasaan geli.

"Muntah je sayang sampai awak rasa lega," kata Absyar. Namun, Zinnirah terus mengalirkan air matanya setelah mendengar ujaran lembut si suami.

Dia terus menggeleng laju, "Lega dah."

"Kenapa menangis ni? Sayang sakit ke?" soal Absyar sejurus mencuci sekali lalu tangannya. Dia terus mengangkat Zinnirah dan meletakkan wanita itu di atas kabinet singki. Mulut dan wajahnya dicuci oleh Absyar dengan penuh lembut membuatkan air matanya tidak mahu berhenti mengalir.

"Kenapa ni sayang? Sakit kat mana? Bagitahu abiy," soal Absyar dengan wajah yang gusar apabila isterinya itu tidak henti-henti menangis. Zinnirah hanya diam tidak menjawab.

Perut Zinnirah yang berusia lima bulan sudah mula menampakkan bentuknya walaupun kecil. Absyar sentuh dah merendahkan kepalanya di hadapan perut Zinnirah.

"Baby, ibu tak nak bercakap dengan ayah. Baby buat ibu sakit sampai ibu menangis ke ni? Baby janganlah lasak sangat kat dalam tu, kesian ibu. Ibu baby dahlah belum sembuh lagi, baby tolong behave okey. Anak ayah baik kan?" Perlahan saja suara Absyar tika berbual dengan anaknya yang masih di dalam rahim sang isteri. Namun, setiap butir bicara itu dapat didengari dengan jelas oleh Zinnirah.

"Ji minta maaf, abiy..." kata Zinnirah dengan kepala yang tertunduk memandang kaki sendiri yang masih bersimen.

"Kenapa nak minta maaf ni, hm?" Rambut serabai Zinnirah, dia selitkan ke belakang telinga lalu mengangkat wajah itu supaya memandang mukanya.

"Kenapa, sayang?" tanya Absyar sekali lagi. Pipi basah itu Absyar kesat dengan jemarinya.

"Ji termuntah dalam bilik dan atas tangan abiy. Ji tak sengaja... Ji minta maaf..." Wajah itu kembali tersebik.

"Tak apa, sayang. Janganlah rasa bersalah, itu kan boleh bersihkan nanti. Tak mau nangis dah, nanti baby pun sedih sebab ibu dia sedih. Jangan sedih okey, sayangku Zinnirah ni kenalah happy barulah nanti baby lahir muka senyum aje," pujuk Absyar dengan senyuman simpul mula tergaris memenuhi ruang wajah.

Zinnirah turut tersenyum kecil dengan tingkah suaminya itu. Dia memang bijak dalam memancing emosi mak buyung ini. 

"Abiy, bila boleh buang simen ni? Ji dah lama susahkan abiy, kesian abiy..."

"Tak ada apa yang nak dikasihankan sayangku. Sayang kan tanggungjawab abiy? Jadi buang rasa bersalah itu dari dalam hati sayang. Untuk simen ni, insyaAllah next week sayang ada last check up dengan Dr. Aida. Semoga kaki sayang dah sembuh dan bolehlah abiy bawa sayang dan baby pergi jalan-jalan," kata Absyar sambil mengusap lembut rambut Zinnirah.

Wanita terus mengangguk tanda faham lalu memegang pinggangnya yang terasa lenguh. "Abiy, Ji nak baring boleh?" pintanya perlahan.

"Okey jom." Absyar terus mengangkat tubuh itu dan dibawa terus ke arah tempat beradu mereka.

"Wheelchair kan ada abiy, tak perlulah angkat Ji setiap kali. Ji berat..." ujar Zinnirah sebaik saja punggungnya mendarat ke atas tilam yang lembut.

"Lambat nanti. Abiy dukung lagi cepat sampai." Mata terus dikenyitkan pada sang isteri. Zinnirah hanya mampu menggeleng perlahan dengan tindakan Absyar itu.

"Sayang tunggu kejap, abiy nak pergi ambil air." Dengan itu, Absyar terus hilang ditelan gelap ruang tamu rumah.

"Your drinks are here!" Tersengih Absyar bersama dua gelas air yang dia bawa bersama. Terus dia memanjat katil itu dan menghulurkan segelas jus oren kepada Zinnirah.

"Jus oren? Pagi-pagi buta ni?" soal Zinnirah tapi tangannya tetap menyambut huluran Absyar itu.

"Untuk buang rasa mual sayang tu. Tak perlu habiskan pun tak apa, sisip untuk hilangkan rasa tak sedap," tambah Absyar lagi. Zinnirah angguk dan mula meneguk sedikit jus oren sejuk itu. Ini mesti suaminya mengambil stok yang sering kali dia simpan di dalam peti sejuk.

"Tak nak dah." Gelas dihulurkan kembali pada suaminya.

"Minum air putih pulak," arah Absyar dengan huluran gelas yang lain.

"Banyak sangat Ji minum ni abiy. Nanti kerap pergi toilet." Wajah minta simpati ditayangkan.

"Minum sikit je sayang. Kalau nak pergi toilet, kejut abiy. Jangan pergi sendiri."

"Hm, okeylah." Zinnirah beralah dan meneguk sedikit air mineral itu. Kalau dia menolak, lelaki itu akan mencari cara untuk memastikan dia menyisip air itu walaupun sedikit.

"Tak nak dah?" Dia angguk laju sebagai jawapan buat soalan Absyar itu.

"Okey tidurlah, abiy teman sayang." Absyar terus mengubah sedikit kedudukan Zinnirah supaya wanita itu dalam tidur dalam keadaan selesa. Satu biji bantal turut diletakkan di belakang Zinnirah. Bantal di bawah kaki kiri isterinya turut diubah mengikut keselesaan.

"Abiy..." panggil Zinnirah perlahan.

"Ya sayang," jawabnya laju.

"Bacakan Surah Yusuf sampai Ji tidur boleh?" Mata dikerdipkan berkali-kali dengan harapan permintaannya akan dituruti.

"Boleh sayang," sahut Absyar laju. Dia merapati isterinya sebelum tangan kanannya naik mengusap perut yang sudah membukit.

"Auzubillah minashaitan ni rajeemmmm.... Bismillahirrahmanirrahim..."

Absyar mula membaca ayat-ayat dalam Surah Yusuf dan pada masa yang sama, dia menganggap waktu ini sebagai waktu murojaah buat dirinya sendiri yang tidak sempat untuk memperbaharui hafalannya. Syukur, ingatannya masih kuat untuk mengingati setiap huruf dan ayat-ayat cinta daripada Allah SWT.

Sesekali wajah Zinnirah dikerling sebelum dia tersenyum seorang diri. Isterinya itu sudah tertidur pulas walaupun baru separuh surah dia lantunkan. Absyar meneruskan pembacaannya sehingga ke ayat yang terakhir.

"Ya Allah, jangan kau berikan morning sickness yang teruk buat isteriku. Angkatlah kesakitannya dan berikanlah kebahagian buat dirinya. Jagalah anak kami dalam kandungan isteriku, Ya Allah. Sesungguhnya, anak ini ialah zuriat yang kami tunggu-tunggukan selama ini."

Usai, dia menarik selimut sehingga ke dada Zinnirah. Dahi wanita itu dicium lama dan penuh kasih sebelum Absyar bergegas ke tandas luar bilik. Mop dan baldi dia ambil untuk mencuci muntah yang hampir kering di tepi katil mereka.

Perasaan geli tidak pernah wujud. Zinnirah sudah lelah membawa anaknya. Apalah sangat buat lelaki sepertinya untuk mencuci muntah yang langsung tidak setara dengan pengorbanan sang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience