Rate

Part 33 : Skeptical

Vampire Completed 6708

"Morning Lissa!"Norah melompat ke badan Lissa sebelum memeluk rakannya itu.

         "Woah..."Lissa menepuk belakang badan Norah dengan senyuman di bibir. "Kau nampak happy. Something berlaku ke?"

         "What?Salah ke kalau aku happy?"

          Lissa menggeleng kepala sebelum meletakkan buku ke dalam lokar lalu menutup pintu lokar. "Kau seorang aje ke?Mana boyfriend kau?"

         Lengan Lissa dirangkul Norah apabila mereka berdua mula jalan menyusuri koridor yang sedang sibuk dengan pelajar ke hulu dan hilir. "Aku tak tahu...dah dua hari dia tak masuk akademi. Katanya ada urusan family yang dia perlu uruskan."

          "Ohh....okay."

          Norah menarik senyuman lebar apabila ada pelajar melewati mereka dan bertentang mata dengannya setiap kali mereka jalan. "Kau ada dengar apa-apa tak kebelakangan ni?"

          "Pasal apa?"

          "You know...this and that...anything?"

Setiba di hadapan anak tangga berpusar, mereka berdua mula mendaki untuk naik ke tingkat atas. Melintasi para pelajar lain yang kebetulan sedang bergerak turun dari situ.

          "Tak banyak..."beritahu Lissa. '

Norah tersenyum bangga kerana dia lebih tahu segalanya dari Lissa.

          "Kau tahu kan Zon Biru declare peperangan dengan Zon Merah sebab Zon Biru di tuduh menjalankan pemberontakkan ke atas Zon Merah?"kata Norah. "Ayah aku cerita yang manusia di Zon Merah akan dipindah keluar dari sini serta merta untuk keselamatan mereka nanti...looks like the war really gonna happen."

Lissa pandang anak tangga yang dilaluinya. Jadi betul la apa yang diberitahu oleh Star.

          "Kau akan pindah sekali kan?"Norah bertanya sambil jenguk kepala ke tepi hendak memandang muka Lissa. "Mama kau pun."

          "Pindah?"

         "Um...Pindah. Ramai yang akan pindah ke Zon Biru sebelum peperangan tercetus."

Adakah melarikan diri tu akan selesaikan masalah?Fikir Lissa saat mengangkat kepala lalu bertentang muka dengan Norah. Rakannya itu kelihatan bersemangat sungguh tentang peperangan ni. Sedangkan ia bukan perkara yang patut diraikan dengan gembira, kalau la rakannya ini tahu dia bukan manusia sebenar, adakah Norah akan membencikan diri dia?

          "Kalau kau jadi pindah. Aku boleh minta ayah aku uruskan tempat tinggal kau orang berdua nanti."

          "Tak...mama aku rancang untuk ke luar negara buat sementara waktu sehingga keadaan reda."beritahu Lissa.

           Norah pandang terkejut, keningnya terangkat tinggi. "Oh really?"

           Lissa mengangguk. "Ya..sorry. "

           "Hahaha...tak ada apalah. Kalau kau dah ada pelan sendiri..."senyuman Norah sedikit memudar. "Nanti lepas kelas tunggu aku boleh?Kita makan sama-sama dekat kafeteria.."cadangnya dengan bersemangat.

           "Sure...."

Lissa pandang ke depan setelah mereka tiba di puncak tangga tingkat dimana kelasnya terletak. Namun baru sahaja mereka hendak membelok, mereka bertembung dengan sekumpulan pelajar vampire yang diketuai oleh Puteri Maria di hadapan barisan itu.

Dengan serentak mereka semua berhenti kerana hampir hendak berlanggar dengan Lissa dan Norah di situ.

          "Oh...hai.."sapa Norah dengan ceria kepada Puteri Maria.

Vampire-vampire di situ berdiri kaku tidak memberi sebarang reaksi seperti patung di belakang Puteri Maria. Mereka secara sembunyi melirik ke Lissa.

           "Hai Norah...Lissa?"Puteri Maria memberi  anggukan kecil kepada mereka berdua. "Nak ke kelas ke?"

           "Ya..."Lissa menjawab.

           "You guys look pale than usual?Is everything alright?"Norah menyampuk sesaat kemudian. Matanya melirik setiap wajah di situ dengan senyuman manis di bibir.

           Puteri Maria mengerling dingin akan wajah cantik Norah sebelum dia menarik senyuman nipis di bibir. "Terima kasih atas keprihatinan awak terhadap kami Norah. Yes. Everything fine. Thank you for asking."

          "Saya harap begitulah. Saya dengar banyak khabar angin mengatakan bekalan darah di kawasan Zon Merah semakin terdesak. Semoga golongan vampire diraja seperti awak semua tidak terjejas kerana kejadian tu.."tambah Norah lagi.

Lissa di samping Norah ketika itu pandang ke sisi kebingungan. Entah kenapa dia berasa terganggu dengan cara Norah bercakap ketika itu.

           "Kami minta dulu. Ada kelas yang perlu dihadiri sebentar lagi. Jumpa lagi Lissa.."pamit Puteri Maria tanpa memberi sebarang respon dengan kenyataan Norah sebentar tadi. Posture tenang seorang puteri jelas terpancar padanya. Seakan tidak terganggu dengan antic Norah sebentar tadi.

            "Ya..jumpa lagi."Lissa memberi anggukan kecil  kepada Puteri Maria sebelum memerhatikan kumpulan vampire diraja tersebut berjalan turun dari tangga di situ. Apa yang mereka buat di bangunan sayap selatan ni?

Norah menyelak rambut Panjang yang lepas itu ke belakang bahu seakan kerimasan setelah kelibat Puteri Maria tidak kelihatan lagi.

            "Kenapa kau cakap macam tu tadi?"tegur Lissa setelah mereka berdua kembali berjalan.

            "Macam apa?"blur-blur Norah bertanya.

             "Yalah...macam tadi...kau cakap macam ejek dia orang..."

             "Pffft...apa yang salahnya. Dah memang betul kan..."Norah buat muka funny selepas mendengar apa yang Lissa kata. "Dia orang fikir dia orang vampire...dia orang superior dari manusia la kononnya tu...oh please la. Sebelum jadi vampire...dia orang jugak manusia..."

Berkerut kening Lissa ketika itu.

             "Tak ada bezanya dengan kita. So kau jangan takut sangat dekat dia orang..."Norah berdengus kecil seusai itu.

Tidak lama selepas mereka berjalan, akhirnya Lissa tiba di hadapan pintu kelasnya. Mereka berdua berdiri saling menghadap antara sama lain selepas itu.

              "Kau bencikan vampire ke Norah?"Lissa pandang dengan renungan berbelah bahaginya.

              "Hahah...daahh...obviously."ketawa Norah. "Aku ada dekat akademi ni pun sebab terpaksa. kalau bukan kerana ayah aku yang nakkan aku sambung belajar di akademi berprestij ni aku takkan buang masa dengan semua vampire di sini.."

Terasa kelat air liur yang ditelannya waktu itu. Lissa jadi down bila dengar kawan baiknya cakap macam tu.

              "Tapi aku suka kau. Kan kau kawan baik aku. So jangan risau. Aku tak bencikan kau Lissa."Norah menepuk tepi lengan Lissa manja-manja. "Okay la..masuk la kelas situ. Aku nak gerak ke kelas aku jugak."

              "Mm..jumpa nanti."angguk Lissa dengan kekok.

              "Bye!"lambai Norah semasa berjalan pergi dari situ meninggalkan Lissa.

Seperti baru ditampar. Lissa perhatikan sahaja langkah Norah menjauh dari tempat dia berdiri. Perasaan dia bercampur baur!

Antara rakan dan musuh. Siapa yang patut dia pilih untuk dijadikan sebagai pihaknya?

Manusia

atau

Vampire?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience