Rate

Part 5 : Pembuli Rasmi

Vampire Completed 6708

Even dalam akademi St. Vladmir ni ada Vampire dan manusia biasa, normally yang suka buat perangai manusia biasa la. Tunjuk bos sebab mereka tak takut walaupun ada yang tahu Vampire duduk setempat dengan mereka.

Yalah..kalau Vampire yang buat hal..kena la!

Masih ada jugak yang acah kuat dan bos dalam akademi ni macam tempat ni mereka yang punya. Kebanyakkan adalah anak orang kaya tempat ni. Dan juga pelabur besar dalam akademi. Jadi nak tak nak sama ada orang biasa dan vampire sendiri tak boleh nak komen apa-apa.

Sebab mereka semua ada polisi sendiri.

Iaitu 'Mind Your Own Business.'

Kenapa Vampire nak sekolah walaupun mereka dah lama hidup?

Iya-iyalah, nama pun vampire yang tak pernah nak tua. Muka budak-budak. Pelik la kalau mereka tak belajar. Lagipun mereka belajar pun sebab suka-suka. Lain tempat lain zaman lain tamadun mempunyai sejarah dan mata pelajaran yang berbeza.

Macam manusia biasa, vampire pun membiak jugak. kahwin ada anak. Nah..anak mereka tu dihantar ke akademi ni sekali.

So why not?

          "Alah-alah....asal lembab sangat ni?Kau bangun lepas tu merangkak dari hujung ke hujung sana."arah pelajar perempuan berambut pendek seperti lelaki itu kepada pelajar junior di lantai cafeteria.

Pelajar junior perempuan itu sedang merangkak atas lantai dalam keadaan basah selepas makanan dan minuman di tuang ke atasnya.

Dan pelajar itu adalah vampire yang miskin.

          "Sebab itu, kalau dah sedar diri tu miskin jangan berlagak nak belajar dalam akademi ni..."seloroh pelajar perempuan tu semasa angkat kaki hendak menginjak belakang badan pelajar junior tersebut. Senyuman jahat terukir di bibirnya ketika.

Seinci sebelum kasut itu hinggap ke badan itu, pintu cafeteria terbuka. Tiga orang pelajar lelaki beruniform serba lengkap yang segak berjalan masuk ke tempat itu. Menarik perhatian pelajar yang ada dalam cafeteria.

Tiga orang itu berjalan dengan lagak mendabik dada masing-masing dan reaksi dingin yang tersendiri di wajah masing-masing. Seorang berambut hitam pendek, berkaca mata. Seorang berambut panjang paras bahu Tetapi diikat pony tail pendek ke belakang. Seorang lagi berambut perang gelap.

Bila tiga orang itu melewati tempat dimana pelajar buli berada, mereka berhenti seketika lalu pandang akan pelajar perempuan berambut pendek tu.

          "Hai babe..."sapa pelajar perempuan tu kepada salah seorang pelajar lelaki tu.

           "Mangsa kau lagi?"soal pelajar lelaki bercermin mata tersebut.

Dua orang itu merupakan pasangan kekasih yang sangat terkenal dalam akademi itu. Masing-masing mempunyai perangai yang sama. Iaitu membuli.

Si gadis bernama Carrie Winter, pelajar tahun akhir dan manusia biasa yang suka buli pelajar manusia

Si teman lelaki bernama Darren Howler, Seorang vampire yang suka buli vampire lain untuk diminum darahnya atau darah teman wanitanya sendiri...

Dan Carrie tahu Darren adalah vampire. Dua orang ini telah bersama sejak tiga tahun di akademi itu.

Kaki buli Akademi St. Vladmir yang rasmi.

Carrie bersama dengan Darren sebab nak kuasa supaya tiada siapa berani lawan dia, Darren pulak terima Carrie sebab dapat sumber darah free.

Semua orang dalam akademi tahu tu.

Tidak jauh dari meja kejadian, kelihatan dua orang sahabat itu duduk bersebelahan antara satu sama lain.

            "Ugh...pening kepala aku jawab soalan Calculus ni..."suara Norah buatkan Lissa tersentak dari memerhatikan kekecohan di tepi dewan cafeteria tu.

Lissa palingkan kepala. Dia pandang Norah pada masa yang dengar degupan jantung tidak sekata milik gadis itu. Memang betul kata Norah, gadis itu sedang di serang migraine berdasarkan aliran darah miliknya.

Kasihan.

           "Rehatlah dulu, kau dah sedia pandai. Rehat sekejap tak de cetusnya perang dunia kedua pun." Lissa urut-urut belakang tengkuk Rose. Cuba beri semangat pada kawannya yang merupakan pelajar contoh dan top1 akademi.  Menjadi pelajar yang tekun serta rajin menyiapkan kerja sekolah adalah motto yang dipegang oleh Norah sejak dulu lagi.

Norah melepaskan keluhan. Dia angkat kepala lantas memandang ke arah Carrie yang buat bising sejak tadi.

          "Memangnya dia tak ada tempat lain ke nak buat bising?"sungutnya.

Lissa kerling ke arah Carrie semula. Dia lihat gadis itu sudahpun selesai membuli, kini pelajar junior yang malang tadi kena hidangkan makanan untuk pasangan tu pulak.

           "Biarkan je dia orang tu."

           "Aku tak faham kenapa ayah aku still biarkan dia orang dalam akademi ni even dah banyak kesalahan yang dia orang langgar..." rungut Norah lagi sambil tutup buku latihan Calculusnya lalu gerak mencapai air kotak berisi jus oren lalu di sedutnya marah-marah.

            "Biasalah, kalau anak sponsor akademi, sesiapa pun tak berani nak sentuh." Lissa turunkan tangannya dari bahu Norah lalu kembali menyambung makannya.

Sedang Lissa dan Rose sibukkan diri dengan makanan masing-masing, tiba-tiba telinga Lissa menangkap bunyi seseorang sedang bergelut seperti dalam kesakitan. Terhenti terus makannya. Dia cuba tapiskan banyak-banyak bunyi di situ sehingga la apa yang dia dengar tadi menjadi jelas.

Trigger dengan apa yang didengar, Lissa kerling ke sekeliling cafeteria, nak pastikan ada yang dengar tak bunyi yang dia dengar. Tapi nampaknya ramai-ramai yang ada di situ Seorang pun kelihatan tidak terkutik apa lagi kisah.

            "Hei Norah...kau makan dulu. Kita jumpa nanti dalam kelas Kimia. Aku nak ke tandas sekejap."pamit Lissa sesaat kemudian. Dia bangkit dari bangku dan kemas dulang makanannya.

             Kepala Norah ikut tersentak. Dia perhatikan tingkah lekas Lissa dengan mulut penuh makanan. "Hmm?Kau okay tak?"tanya dia sambil tu.

             "Sakit perut je...makan la dulu." beritahu Lissa sebelum beredar dari situ.

Bisikan halus meminta tolong dan kesakitan itu bawa Lissa ke satu arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience