Rate

Part 85 : Badluck

Vampire Completed 6708

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum majlis pertabalan diadakan. Dan kebanyakan masa penduduk Zon Merah dihabiskan untuk buat persiapan majlis tersebut. Penuh jalan dengan banner dan hiasan bergantungan sana dan sini dengan ucapan dan gambar Putera Mahkota Micah yang bakal naik taktah. Kedai dan kafe yang menjual makanan serta minuman telah sertakan freebies bergambarkan lelaki itu. Wajah kacak lelaki itu dalam dilihat pada bas mahupun papan iklan. Bendera diraja yang berkibar sekitar kawasan Zon Merah turut dihiasi dengan wajah Putera Mahkota Micah.

Buatkan orang yang cuba hendak move on ni makin susah nak berbuat begitu kerana siang dan malam hanya muka lelaki yang sama aje dia lihat~!

Disebabkan hari itu hari Sabtu, Lissa diminta untuk membantu mama dia di diner tempat Wanita itu usahakan. Awalnya Lissa menolak kerana dia perlu siapkan tugasan, Namun selepas di pujuk dan didesak, terpaksa la dia menurut. Sayang punya pasal kan....

          "Hello cik!Refill air sini!"seorang pelanggan lelaki manusia biasa melaung dari meja kanan dimana Lissa sedang berdiri.

Waktu itu Lissa sedang menghidang makanan atas meja apabila pelanggan tersebut melaung. Dia terus berpaling, mahu menyahut sekali tu pelanggan dekat meja yang dia hidangkan makanan tadi ikut bersuara.

         "Cik..kan saya cakap tak nak bawang!Kenapa ada bawang dalam salad ni!?"

          Kepala Lissa berpaling semula ke makanan  yang dia baru hidangkan tadi. "Ah-maaf. Biar saya tukar.."

          "Ish!Pekerja jenis apa la ni?Lembab sungguh!Cakap macam tu pun takkan tak dengar?"berkerut-kerut kening pelanggan salad tak nak bawang tu.

          "Hoi!Cepat la!Aku nak minum ni!Refill air!"

Silih ganti pekikan kedengaran dalam ruangan itu. Buatkan Lissa yang ada di tengah-tengah kekecohan tersebut jadi cemas.

Dia kelam kabut dapatkan pinggan berisi salad tadi sebelum gerak ke meja pelanggan yang mahu refill air pula. Setelah itu dia bawa ke dapur salad tadi dan tukar jag berisi air sejuk di dalamnya.Selepas selesai barulah dia gerak ke depan semula.

          "Kau nak aku mati tercekik dekat sini agaknya kan!"maki pelanggan yang meminta air tadi apabila Lissa tiba di meja makan mereka.

          Terkedu dengan bentakan itu, Lissa segera tunduk meminta maaf. "Maaf.."memangnya hari dia tak boleh ke teruk lagi dari ni?

Tanpa amaran,pelanggan itu merentap jag dari tangan Lissa tadi kasar-kasar. Menyebabkan Lissa melompat terkejut dekat situ. Menikus sebab pelanggan lelaki tu berbadan buffy serta menakutkan. Nak melawan apakan daya dengan kudrat dia yang tak seberapa ni.

         "Tak ingin aku nak minum la!"penutup jag air tadi di buka sebelum pelanggan itu bergerak menyimbahkannya ke arah Lissa.

Splash!

Habis lencun wajah Lissa ketika itu. Rambutnya melekat pada wajah dan leher. Sebahagian baju atas dia sudahpun basah dan menampakkan pakaian dalamnya.

            "Lissa!"barulah mama Lissa munculkan diri  dari dapur selepas kekecohan tersebut tercetus. Dan Wanita itu bergegas mendapatkan Lissa. "Kamu tak apa-apa?"

          Waktu itu Lissa pandang tak puas hati ke pelanggan lelaki di depannya itu. "Lissa tak apa-apa.."balasnya mendatar tidak mengalihkan pandangan.

          "Dah pergi balik rumah. Biar mama yang uruskan hal dekat sini.."

          " Tapi mama Lissa-"

          "Dah...lekas sana.."

Hish!Tak guna betul!Lissa bercemberut masam tanda protes apabila mama dia biarkan saja pelanggan tadi berlaku kasar pada dia. Dalam keadaan menggerutu geram, Lissa tanggalkan apron dengan kasar dari pinggang lalu berjalan keluar dari restoran tersebut begitu saja. Terus menuju ke rumahnya yang berada tidak jauh dari situ. Hanya 15 minit berjalan kaki.

Sepanjang perjalanan tu., Lissa mengutuk habis-habisan pelanggan durjana tadi. Segala benda yang ada dekat laluan tu dia sepak hendak melepaskan geram. Punyalah marah, sampai ke rumah dia tak habis-habis lagi.

Pintu rumah di buka dengan kasar ke dalam. Setelah itu kasutnya di tendang entah ke mana. Sebelum dia mendaki ke tingkat atas untuk ke bilik tidur.

BAM!

Pintu bilik pula yang dihempas dengan kuat hingga bergegar rasa dinding rumah waktu itu.

Ugh!

Jumper denim yang terpasang pada badan dia dibuka butangnya kasar-kasar. Menyirap betul rasanya. Kalau bukan sebab badan lidi dia ni tak seberapa, sudah lama muka berlagak pelanggan tadi di hempuk sampai kemik jadi penkek!

Ada ke patut!

Tidak lama selepas itu, Lissa pun selesai menukar pakaiannya. Dia campak pakaiannya ke dalam bakul pakaian kotornya sewaktu tangan sebelah lagi memegang tombol pintu bilik airnya. Sekali bila daun pintu itu terkuak keluar, kaki kanan Lissa mendarat ke permukaan lantai berpermaidani merah.

Dari keadaan terang bercahaya terus berubah kepada keadaan malap-malap tidak bercahaya terang.

Terkedip jugak mata dia waktu itu bila sedar suasana bilik tidurnya sudahpun berubah menjadi lain.

Huh?

Apa yang baru terjadi?

Lissa tunduk memandang ke bawah kaki tidak beralasnya. Sejak bila bilik dia bertemakan hitam dan merah ni?Rasanya lantai bilik dia kayu tak ada pulak beralaskan permaidani bagai ni?Bila Lissa angkat kepala untuk pandang ke depan, bilik itu dibias dengan cahaya dari obor di dinding bilik tersebut dengan tiba-tiba. Buatkan keadaan malap tadi terang sedikit.

Masa itulah Lissa merasakan bulu roma belakang tengkuk dia tegak meremang lalu diikuti dengan sepasang tangan muncul dari belakangnya sebelum satu tangan merayap perlahan ke bawah rahang dan berhenti di tepi pipi dan satu lagi tangan melingkar di sekeliling pinggangnya. Derianya terus dihentak kuat!

Scent familiar menusuk hidungnya serta merta apabila belakang badannya waktu itu bersandar pada depan badan empunya scent tersebut.

Takkanlah!

Berasa terdedah walaupun dia mengenakan t-shirt oversize lengan pendek yang panjangnya hingga ke bawah lutut, Lissa diam di situ tidak bergerak kerana begitu terkejut dengan situasinya. Dia tidak menyangka yang dirinya akan diteleport terus ke bilik Micah begitu saja!

         "Miss me?"bisik Micah di tepi leher Lissa dengan perlahan sebelum dia tersenyum menayang gigi taringnya sekali. Hujung gigi itu bergesel pada leher Lissa yang berbekas dengan kesan gigitan lamanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience