Rate

Part 52 : Kena Culik

Vampire Completed 6708

"Huargh!Penatnya."Carlus menguap letih. Malam tadi dia buat rondaan. Bersekang mata tidak lelap. Tadi kelas pun dia tertinggal.

Hari ini beberapa orang pelajar vampire didapati tidak hadirkan diri ke dalam akademi. Sudah dipantau oleh rakan-rakan Dhampirnya, Carlus catat laporan sebagai rujukan Star dan mereka yang lain.

Sayangnya kelibat mereka langsung tidak terjejak di mana-mana.

Menjadi alasan kenapa Carlus perlu membuat rondaan hingga lewat malam nanti.

Keluar saja dari bilik tidur, Carlus turun anak tangga untuk ke lobi. Sambil menguap beberapa kali, tangan lelaki itu gerak menggaru belakang kepala yang terasa gatal.

Dia terlepas kelas lagi hari ni sebab terlajak tidur. Sebab perut lapar la dia gagahkan diri untuk bangun dan keluar bilik kalau tidak memang tak adanya dia nak bazirkan tenaganya berjalan.

Busss!

Tidak semena tiupan angin dan cahaya muncul tepat di depan laluan Carlus sedang berdiri. Menyebabkan lelaki itu menjerit kerana terkejut sebelum jatuh terduduk di atas lantai akibat terperanjat!

          "Warghh!"Carlus terkangkang di lantai memandang ke depan apabila gelung pentagram muncul di depannya. Buatkan dia menahan nafas tanpa sedar. Apakah itu?Matanya menjegil bulat penuh ingin tahu!Ada musuh pecah masuk ke apa!

Sesaat kemudian, muncul la kelibat Star dekat situ sambil menurunkan seseorang ke lantai dari dukungannya. Dan apabila Carlus sedar siapakah orang yang Star bawa serta merta Carlus bangunkan diri dan berdiri memandang mereka.

Apa yang-

          "The hell?"soalnya dengan tergamam.

Terutama sekali, Lissa.

           "Apa masalah kau ni!"marah Lissa memukul   badan Star setelah dia jarakkan diri dari lelaki tu."Dah kenapa kau bawak aku ke sini?"ketapnya semasa memandang ke Star. tapi tak sempat bila lelaki tu jalan menonong ke depan meninggalkan dirinya dekat situ. Ish! Dhampir sorang ni kan!Kecik besar aje dia perhatikan!

           Carlus di situ kaku sebab terkejut melihat kemunculan tiba-tiba Star dan Lissa."Apa yang dah berlaku?"soalnya bingung.

           "Ada something urgent yang aku nak beritahu."beritahu Star setelah berdiri di depan Carlus. "Dekat mana pakcik aku?"

           "Ada dekat bilik bawah tanah rasanya...tapi kenapa kau bawak Lissa ke sini?Kalau orang lain nampak macam mana?Kan pelajar perempuan tak boleh ada dalam asrama pelajar lelaki?"Carlus jengah kepalanya ke belakang bahu Star lalu bertentang mata dengan Lissa yang kebingungan. "Kenapa awak ada dekat sini Lissa?"

           Gadis itu beri jungkitan bahu 'tak tahu' kepadanya. "Tanya kawan awak yang dah gila ni!"getusnya saat menyilang tangan ke dada tidak puas hati. Dia dah beritahu dekat koridor tadi yang dia tak nak ikut!Tapi Star paksa dia dan teleport mereka ke sini jugak!Dasar lelaki tak faham bahasa!

           "Nanti aje la cerita...sekarang jumpa pakcik aku. Arahkan dia kumpulkan semua Dhampir yang ada. Ada perkara penting aku nak beritahu dia.."lintas Star melewati Carlus mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

            "Huh?"kepala Carlus ikut menoleh, pandang   belakang Star dengan kening mencerun. "Kenapa?Apa sebenarnya dah berlaku ni Star?"

            "Lissa, ikut aku sekarang."Star panggil tidak peduli untuk jawab pertanyaan Carlus.

             "Aku nak balik la!Kau bawak aku ke sini lagi kenapa!?Nak sangat agaknya aku kena hukum dengan warden asrama kau ni!"masih tidak berganjak di depan anak tangga tu.

             "Diam boleh tak?"toleh Star. "Ini bukan masa untuk kau fikir tentang peraturan akademi!"

             "Kau dengan Vlad sama. Dua kali lima. Menyakitkan hati aje kerjanya. Kalau ada kerja tu dekat sini, rasanya dah kaya kau orang berdua ni..sebab 24/7 sehari nak menyakitkan hati aku."bebel Lissa.

Tidak sabar dengan Lissa, Star berpatah balik mendapatkan Lissa. Dia cengkam lengan Lissa, tarik gadis itu bersamanya mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.

            "Carlus sekarang!"arah Star sambil tu.

             Masih terpinga-pinga, Carlus garu belakang kepalanya saat berkerut kening tak faham memerhatikan langkah Star dan Lissa itu. Dah kenapa dengan mereka berdua tu?"Ah-ya!"sambutnya bingung-bingung.

            "Apa ni pegang-pegang!Lepaskan aku sekarang sebelum aku jerit!"cabar Lissa bergelut hendak tarik lengannya dari cengkaman Star sewaktu mereka berdua mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

Enggan mereka berdua jatuh dari atas tangga tu, Star ambil keputusan untuk dukung Lissa atas bahunya kerana gadis itu tak beri Kerjasama kepada dia. Dan kesabaran dia waktu itu semakin menipis.

            "Kyaa!"jerit Lissa kerana tersentak apabila gayat didukung secara terbalik dari atas tangga itu dengan Star. Sudahlah Star ni tinggi!Dia atas bahu lelaki tu lagi!"Kau memang dah hilang akal Star!Turunkan aku sekarang!Psiko!"

Mujurlah waktu itu tiada pelajar lagi dalam asrama jadi tiada siapa yang perasan akan situasi Star dukung Lissa sepanjang hallway untuk ke bilik lelaki itu.

Tiba di depan pintu biliknya, Star tolak pintu ke dalam dengan sebelah tangan sebelum melangkah masuk ke situ dengan Lissa masih bergelut hendak lepaskan diri. Lalu dia sepak pintu itu untuk ditutup semula.

KEDEBUK!

Lissa jatuh telentang atas katil. Buatkan gadis itu terpaku sekejap sebab terkejut. Dia pandang siling bilik Star untuk beberapa saat dengan mata terkedip-kedip perlahan. Serius la!Star campak dia!Lelaki tak guna tu!?

Star tarik neck tie dari kolar baju dengan kasar sebelum merentap kemejanya hingga beberapa butang tertanggal dari kancingnya.

             "Apa masalah kau ni!"marah-marah Lissa bangun sebelum lompat turun dari katil. "Pekak sangat sampai tak dengar apa aku cakap tadi!"lafaznya dengan kepalan penumbuk di tangan."Aku tak nak ikut kau!Kau suruh aku dapatkan maklumat. Fine. Aku dah dapatkan. Kau dah dengar sendiri apa budak-budak vampire tu cakapkan...nak apa lagi!"

Tidak mengatakan apa-apa Star berdiri di situ dengan tangan mencekak kedua belah pinggang. Waktu itu Star sedang berkira-kira apa patut dia lakukan pada Lissa supaya gadis itu bertenang.

             "Kenapa diam?"tanya Lissa bila Star tenung dia tak cakap apa-apa. "Suka hati kau!Aku nak keluar!"beritahunya semasa berjalan ke arah pintu dengan langkah marah.

Sambil buat muka kejengkelan, Star lalukan tangannya ke pintu bilik. Mengunci pintu itu secara magis.

Klik!

Tangan Lissa cuba memulas tombol pintu itu. Namun bila dia cuba tarik pintu itu tidak mahu bergerak.

Klik!

Klik!

Klik!

Berkali-kali tombol pintu itu cuba dipulas namun tidak terbuka juga. Tak cukup dengan itu Lissa cuba sepak, rempuh dan goncang pintu itu supaya terbuka sekuat hati. Tapi yang ajaibnya sikit pun tak bergerak!Sampai tercungap-cungap dibuatnya!

Hampir 10 minit hal itu berlanjutan.

          "Ugh!Gosh!Seriously!"ngerang Lissa saat   melempar kepala ke belakang kerana mengalah. Dia tak larat lagi nak bukak pintu ni. Tiada tenaga lagi nak dikerah. Penumbuk dia pun sakit dah!

Lissa sandarkan dahi ke pintu itu dengan mata terpejam. Nafasnya di atur naik dan turun dengan seragam. Waktu itu barulah dia sedar yang dalam bilik itu penuh dengan scent istimewa Star. Yang mana dia terpaksa hidu kerana nak cari nafas. Dan bila dia berbuat begitu dengan sendiri nafasnya yang berombak tadi perlahan-lahan menjadi surut tenang kembali.

            "Dah habis marahnya belum?"akhirnya Star bersuara.

Lissa membuka mata sebelum berpusing menghadap ke bilik itu. Dan bila dia pandang, Star sedang duduk bersilang tangan di dada atas katil. Lelaki itu memandangnya.

            Star gerakkan matanya ke kerusi kecil sebelah katilnya. "Duduk."

             Lissa menarik muncung protes. Dia pandang ke kerusi itu lalu ke Star. Hmph!Dia takkan ikut kata Star! Kalau dia ikut kata Star dengan mudah, nampak sangat la yang dia ni suka pada Star. "Tak nak!"

            "Kau tahu...aku tahan sabar aje dari tadi dengan kau. Sebelum aku ubah kau jadi tikus dekat situ baik kau duduk."

             "Tukar la!!Aku sanggup jadi tikus dari bersama dengan kau!"getus Lissa memalingkan kepala ke kiri.

            "Ulang balik?"Star turunkan tangan yang    bersilang di dada ke bawah. "Nak rasa sangat ke?"dia pandang Lissa di pintu biliknya dengan perasaan tak percaya.

Tersentak Lissa. Dia pandang kejung ke tempat gantung kot Star dekat sebelah pintu tu. Takkan la Star serius nak tukar dia jadi tikus? Kan?Takut-takut Lissa gerakkan mata dulu baru mukanya untuk memandang Star. And guess what!Lelaki tu dah bangun dari katil dan sedang berjalan ke arahnya!

The hell!

GAH!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience