Rate

Part 83 : Ngigau

Vampire Completed 6708

Sambil humming kecil, Lissa tunduk memandang buku tebal dalam tangannya sewaktu jalan menyusuri koridor lengang pada petangnya. Seperti yang dijanjikan oleh ketua kelas dia, Lissa pergi ke bilik umum pelajar seusai kelasnya satu hari itu tamat. Dia memang letih sebenarnya lepas seharian hadiri kelas yang padat dan melayan kerenah Norah yang asyik mendesak dia untuk ikut bercuti musim sejuk nanti.

Dengan suhu sejuk petang itu, Lissa tenggelam dengan lilitan mafela dan uniform musim sejuk akademinya. Ikutkan hati dia mahu balik cepat dan duduk dalam selimut tebal di rumahnya aje. Kalau bukan mengenangkan permintaan ketua kelasnya, dah lama dia berhambus!

Creak~~

Pintu bilik umum di tolak ke dalam sebelah pintu oleh Lissa. Dan bila gadis itu menutupi pintu di belakangnya, Lissa serta merta di sapa dengan kesunyian di dalam bilik umum tu. Yalah...hari dah lewat siapa aje akan ke situ! Dan dia palingkan kepala ke arah perapian. Ianya telahpun menyala. Jadi suasana bilik itu agak malap kerana tiada cahaya yang membias keseluruhan bilik umum. Hanya sekitar kerusi berdekatan perapian saja yang terang. Jadi dia pun gerak la ke sofa menghadap perapian tu.

Memang terkenang Lissa bila sedar sofa itu adalah tempat sama Star pernah duduk sewaktu dia bantu sembuhkan lelaki itu gara-gara cedera selepas selamatkan dirinya.

Buk!

Punggungnya dihenyak perlahan atas kusyen lembut sofa itu.

Letih betul!Keluhnya di dalam hati sebaik saja duduk sandar di kerusi. Lissa diam tidak bergerak seketika memasang telinga bunyi kersikan kayu api merekah di dalam unggun di perapian itu. Ibarat lullaby yang memukaunya. Lissa termenung seketika sehinggalah matanya berat sendiri sebelum dia terlena beberapa minit kemudian.

Dengkuran lembut lepas dari Lissa taktala gadis itu jauh tenggelam dalam lenanya. Dan saat anak rambutnya jatuh mengenai mata, masa itulah satu tangan berjari runcing muncul dari tepi diikuti bayang hitam sebelum sisi Lissa di duduki seseorang. Perlahan-lahan jari telunjuk itu bergerak menyelak anak rambut Lissa ke belakang telinga.

Putera Mahkota Micah diam di situ menilik wajah lena Lissa lama-lama. Dia usap pipi halus Lissa dari tepi telinga turun ke bawah rahang.Untuk seketika tangannya tidak beralih dari situ. Mungkin ini kali terakhir dia menemui Lissa sebelum dia ditabalkan menjadi raja kelak.

Niatnya kembali ke akademi adalah untuk melihat Lissa. Ingin melihat perkembangan gadis ini bagaimana. Dan mahu memastikan Lissa menjalani hari dengan baik tanpa masalah. Namun Putera Mahkota Micah tidak menyangka yang Lissa memang telah lupa mengenai dirinya dan menjalani kehidupan dengan baik. Membuatkan dia berasa terkilan!

Tiba-tiba, mata Lissa terbuka.

Menahan nafas Putera Mahkota Micah sejurus itu. Dia betul-betul terkejut! Dia fikir Lissa terjaga, rupanya..

         Untuk beberapa saat tersebut Lissa hanya pandang ke wajah kacak di depan mukanya dengan mamai sebelum tersengih. "Apa ni?Mimpi ke?"

Putera Mahkota Micah terdiam. Dia terlalu kejung hendak bergerak apalagi menghembuskan nafasnya. Disebabkan itu juga lidahnya kelu.

          "Did I miss you so badly till you showing up in my dream Star?"gumam Lissa dengan mamai sebelum dia melingkarkan tangan ke sekeliling badan Putera Mahkota Micah dan snuggle di dalam ceruk leher lelaki itu. "Let stay like this for a while..hmm?"dia kembali memejamkan mata.

Apa tadi?

Waktu itu Putera Mahkota Micah agak tergamam setelah mendengar bait kata Lissa tadi. Keningnya berkerut tak faham. Dia salah dengar ke?Atau memang jelas Lissa sebut namanya samarannya?Bukan ke sepatutnya Lissa tiada ingatan langsung mengenainya. Dia tidak menolak tubuh Lissa malah hanya membiarkannya saja. Dia tekap pipi Lissa dan di bawa ke depan mukanya.

Dia menilik mata terpejam Lissa dengan kening berkerut.

         "Apa maksud kau Lissa?Kau rindukan aku?"

Dalam keadaan mata terpejam itu, Lissa menyandarkan pipi pada tapak tangan Putera Mahkota Micah selesa dengan sentuhan itu.

Dan bila Putera Mahkota Micah menjarakkan wajahnya dari muka Lissa, waktu itulah bunyi pintu terbuka. Mata itu serta merta mengerling ke balik bahu memasang telinga.

Ketua kelas Lissa berjalan masuk ke situ.

Seakan tiada apa-apa berlaku, lelaki itu berdiri di tepi sofa memandang Lissa sedang terlena sendirian.

         "Lissa?"bahu gadis tersebut digoyang perlahan.

Maka terkutik Lissa dari lenanya. Terpisat-pisat membuka mata, dia dongak ke tepi. Melihat ketua kelasnya sedang tersenyum nipis kepadanya.

          "Oh..dah datang ke...sorry. Terlelap pulak.."ucap Lissa mengapai buku disamping waktu itu.

           "Penat ke?Sorry buat kau tunggu lama."beritahu ketua kelas Lissa berkerut hidung sedikit. "Lissa...kenapa kau ada scent Putera Mahkota Micah?"

           "Huh?"Lissa ternganga. "Siapa?"scent?

           "Tak ada...aku boleh hidukannya dari kau...scent Putera Mahkota Micah...it's all over the place."katanya lagi.

           Serius dia tak faham. Scent apa yang mereka asyik katakan sepanjang hari ni?"Ini buku rujukan yang biasa aku guna untuk buat esei sihir. Kau boleh tengok dekat situ."beritahu Lissa saat bangun dari situ.

            Ketua kelas Lissa capai buku itu dengan   anggukan kecil. "Thanks. Dah lewat ni. Kau balik ke rumah terus ke ni?Nak aku temankan?"

            Lissa menggeleng. "Tak apa. Aku boleh balik sendiri."

            "Okay. Hati-hati..jumpa esok."

Lissa tunduk mencapai beg dari sofa itu lalu disandang ke bahu sebelum dia tekap tapak tangan ke pipi sendiri. Cuba hendak sedarkan diri dari mamainya. Apa yang dah berlaku sebenarnya satu hari ni? Tadi dia terlena kan?Ngigau ke tadi?

Putera Mahkota Micah aje yang dia dengar hari ni~!

Berjalanla Lissa sendirian merentasi koridor gelap yang dibias cahaya obor sahaja.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut Lissa bergema sepanjang koridor itu.

Dengan sembunyi sepasang mata intai langkah itu dari belakang tanpa disedari oleh Lissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience