Rate

Part 77 : Siapa Dia

Vampire Completed 6708

Vlad termenung memandang rantai yang berlilit di sekeliling tangannya dengan lama saat jari runcingnya bermain dengan cincin di rantai tu. Masih bersabung atas kematian ayahnya, pakaian rasmi sebagai ketua organisasi vampire tidak dipakai. Dia masih bersedih atas pemergian mengejut ayahnya.

Keadaan High Council masa dalam proses baik pulih dek rosak akibat serangan Strigoi. Bau tengik darah juga masih tersisa. Buatkan keadaan tempat itu di penuhi dengan bau iron darah pelbagai jenis.

Lalu muncul Klaus dari belakang tidak lama kemudian. Lelaki berwajah sugul itu berdiri dengan tangan di depan perut.

         Mengesan kehadiran Klaus di situ, Vlad pun bersuara. "Kau dah dapat maklumat dekat mana Lissa sekarang ni?"

        "Mereka beritahu Lissa kini berada di bawah penjagaan Star. Lelaki tu bersama dengan Lissa sejak kali terakhir kau bawa dia ke sini menghadap ahli council..."jawab Klaus.

         Rantai yang terlilit di sekeliling tapak tangannya kemudian di seluk ke dalam poket kot labuhnya. Lantas Vlad memalingkan tubuh menghadap Klaus. "Macam mana keadaan dekat luar?"

        "Pertarungan antara hybrid dan Strigoi telah  pun berjaya di kekang. Kini seluruh tugu dinding perlindungan Zon Merah berjaya dipulihkan. Sekarang cuma tunggu keadaan kembali reda seperti sedia kala."

         "Okay."angguk Vlad sebelum melepaskan keluhan kesalnya. Rasa serba salah dan terkilan terus menerus mengasak dada. Dia mahu menemui Lissa yang amat sangat saat ini.

         "Kau tahu, kalau kau beritahu ke mana kau nak bawak Lissa tempoh hari, maybe Lord Dragomir masih hidup....disebabkan sikap desperate kau, Lissa terpaksa berpisah dengan ayahnya buat selamanya."suara itu buatkan Vlad dan Klaus berpaling laju ke arah pintu ruang menunggu itu.

Mata vampire mereka terarah serta merta pada lelaki lampai yang sedang berdiri di situ menghadap mereka.

        "Star?"kerut Vlad kehairanan. Dia dimaklumkan bahawa Putera Mahkota Micah yang mahu menemuinya. Tapi kenapa Star yang munculkan diri? "Apa kau buat dekat sini?"

         "Tak ada orang beritahu kau ke yang aku nak jumpa kau?"dengus Star sambil berjalan ke arah sofa lalu duduk di situ. "Haih...banyak kerja aku kena settle untuk bersihkan sepah yang kau orang dah buat..."keluhnya. "At least sambut aku dengan sapaan mesra. Kau tak tahu berapa banyak kuasa yang aku gunakan untuk kawal semua hybrid tu..."

Terpaku Klaus lepas dengar. Penampilan Star juga kelihatan berbeza dari kebiasaan.

         Sementara Vlad membutang mata terkejut.  "Apa kau cakap tadi?"

        "Heh...kenapa?Terkejut?Well...kau orang pertama yang tahu tentang hal ni. Disebabkan pelan aku berjalan seperti yang aku mahukan. Tak ada sebab lagi untuk aku simpan rahsia ni.."

         Apa yang dia baru dengarkan ni!"Tak    mungkin..."geleng Vlad dengan bisik perlahan.

          Dengan riak bangganya, Star tersenyum lantas mengangguk kepala. "Ya. Aku adalah putera mahkota diraja vampire yang selama ni sembunyikan diri di sebalik identiti orang yang dah mati sejak 10 tahun yang lalu....surprise."

         "Tapi macam mana-?"tanya Klaus begitu tercengang.

          "Puteri Maria. Menggunakan kuasa manipulasi dia, aku arahkan kembar aku untuk mind control setiap orang yang tahu mengenai kejadian yang menimpa keluarga Poison malam tu. Brainwash setiap seorang untuk percaya bahawa Star Poison masih hidup dan terselamat dari malam pembunuhan tu.."cerita Putera Mahkota Micah kepada Klaus. "Macam mana?Meyakinkan tak?"

          "Jadi selama ni kau adalah vampire yang menyamar menggunakan identiti Star Poison untuk menjadi manusia?Tapi kenapa?"Vlad begitu tertampar dengan cerita itu.

           "Well...semuanya sebab aku beria nak cari waris terakhir keluarga vampire yang cuba buat pemberontakan terhadap keluarga diraja aku...dengan cara ni jugak aku dapat buktikan kepada ayahanda aku bahawa aku layak raja seterusnya nanti..."

          "Kau merepek apa ni Star. Tak lawaklah. "getus Vlad bernada funny.

          "Aku tak melawak Vlad. Aku serius. Tak kuasa aku nak buat lawak ke apa dekat sini. Lagipun, tujuan aku ke sini untuk sampaikan kau sesuatu."mendung tatapan Star waktu itu walaupun dia sedang tersenyum sinis.

Vlad bergerak ke depan sofa itu menghadap Star bersama kepalan penumbuk di tangan.

         "Semata nak kaut kuasa kau sanggup pergunakan Teknik licik kau ni terhadap semua orang!?Kau kawal fikiran semua orang, pergunakan rakan-rakan Dhampir kau dan buatkan Lissa percaya pada kau demi kepentingan kau!Hebat. Sangat hebat. Kau adalah vampire paling tak ada perikemanusiaan langsung!~"

        Star dongak memandang Vlad dengan sengih meleret. "Duhh...aku adalah vampire...not human. Obviously, emosi dan jugak perikemanusiaan yang kau cakapkan tu memang tak ada dalam diri aku"

         "Mana Lissa?Dia tahu ayahnya dah tiada lagi?"tanya Vlad.

         "Mm...dia lebih tahu sebelum aku sempat beritahu dia."angguk Star. "Dan sebab tu aku jumpa kau dan ceritakan semua ni kepada kau."

         "Kenapa baru kau datang?Kenapa baru sekarang?Kenapa kau tak datang sebelum tempat ni diserbu?Sebelum ayah aku dan ayah Lissa mati terbunuh!?"soal Vlad.

         Ya!Salahkan dia untuk semua ni!"Sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Jadi tiba masanya aku selesaikan semua ni."Star pandang Vlad dalam-dalam. "Aku dah dapat tahu siapa yang menjadi punca peperangan berlaku. Aku dah dapat tahu siapa aje manusia biasa yang cuba memberontak dengan memberi dana kepada mereka yang cipta Strigoi selama ni. Dan aku dah dapat hentikan punca permusuhan keluarga diraja dari berleluasa."

         "Dengan berdiam diri sampai ramai yang terkorban. Lepas tu baru kau tunjuk diri untuk jadi hero for the day!Well played Star...oh bukan, Putera Mahkota Micah."dengus Vlad bernada mengejek. "Taniah!"

           "Terima kasih untuk pujian tu. Aku hargainya. Dan sekarang dengar perkara penting yang aku nak kau lakukan lepas ni"Star berdiri dari situ dan berdiri berhadapan dengan Vlad. "Lissa ada bersama aku dan keadaan dia semakin lemah kerana bonding dia bersama Lord Dragomir terputus sebaik saja lelaki tu mati. Kalau aku biarkan dia, Lissa mungkin takkan dapat bertahan..."

            Klaus sudah bergerak ke depan Star mendengarnya. "Apa kau dah buat Star!"

Namun Star tidak mempedulikan Klaus.

            "Memandangkan kau vampire lelaki yang aku rasa layak untuk lakukan hal ni, aku titahkan kau sebagai putera mahkota kerajaan Vampire untuk sambung bonding tu pada Lissa bagi kelangsungan hidup dia..sebab kau punca kematian ayah Lissa."

Terbuka mulut Vlad bila dengar ucapan Star waktu itu. Dia hendak membantah tetapi mulutnya enggan bergerak sama sekali. Memang salah dia Lord Dragomir terkorban. Kepalanya tertunduk ke bawah akur dengan permintaan itu.

          "Dan selepas tu, aku nak kau hapuskan ingatan Lissa sepenuhnya mengenai semua kejadian ni termasuk tentang aku. Hilangkan rasa sakit kehilangan dari dia. Tinggalkan memori terindah dalam ingatan dia. Cara ni, Lissa dapat move on dan takkan bersedih lagi. Ini je yang aku dapat lakukan untuk balas semua pertolongan dia.."

           "Semuanya?Tentang kau?Kenapa?"Vlad bingung. Dia tak sangka yang Star akan buat permintaan itu.

           Star tidak menghiraukan pertanyaan itu. "Aku akan hantar orang untuk dapatkan Lissa nanti. Itu jer."Putera Mahkota Micah kemudiannya berpaling pergi dari situ.

Langkah muram itu diperhatikan oleh Klaus dengan renungan tak percaya. Dia tak tahu kenapa dia rasa Star macam sembunyi sesuatu dari mereka. Seakan ada yang tertinggal.

Masih tidak percaya dengan apa yang dia baru dengarkan tadi, Vlad termenung memandang lantai di bawah kasutnya waktu itu kening berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience