Rate

Part 72 : Heartbroken

Vampire Completed 6708

Ketak!

Tapak kasut berkilat itu memijak lantai marmar dengan perlahan. Namun belum sempat dia hendak mengatur langkah ke tangga matanya terarah pada orang yang sedang berdiri di atas anak tangga itu.

Dan perkara pertama yang disedari olehnya ialah suasana kelam dan sugul di tempat itu. Memangnya ada sesuatu dah berlaku ke?

          "Kau ke mana Star?"tanya Ezra kelihatan begitu penat. Rambut berselerak seakan ia telah dikuak berkali-kali. Di tangan pula terpegangnya sehelai kertas.

           "Kenapa kau cari aku?"Micah bertanya melirik akan keadaan devastated rakannya sebelum terhenti pada kertas di tangan Ezra. Apa tu?

Ezra tunduk menguak rambutnya ke belakang sebelum melepaskan keluhan panjang frustrated dia.

           "Aku cuba halang dia...bukan aku tapi semua dekat sini cuba halang dia...tapi Lissa berdegil untuk keluar dari sini.."mula Ezra satu persatu turun anak tangga menuju ke arah Star. "Sebelum sempat aku halang...Lissa keluar dari pintu tu kemudian sebahagian badan dia terbakar..."

Kejung Micah dekat situ bila Ezra berdiri depannya lalu menyerahkan kertas putih tadi.

            "Apa kau cakapkan ni?"

            "Lissa cuba dapatkan ayah dia...Lord Dragomir?"Ezra begitu bengang dengan kenyataan yang sebenarnya Lissa adalah anak kepada penguasa vampire di Zon Merah. "Kau dah tahu dari awal?"kertas itu di pukul-pukul ke dada Star.

Bingung dengan hal itu Micah mencapai kertas itu lalu membaca isi kandungan surat tersebut.

             "Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?Apa alasan kau suruh kita orang stay down?kau kurung kita orang dekat sini dan tak berbuat apa-apa sedangkan adanya peperangan tercetus di luar kubah kau ni.."Ezra tunding jari ke arah pintu bangunan.

             Selesai membaca tulisan di dalam surat itu, Micah pandang ke Ezra dengan tergamam. "Mana Lissa?"

            "Jawab aku dulu Star...apa yang berlaku sebenarnya ni?"tanya Ezra.

Tidak peduli dengan pertanyaan Ezra, Micah mendaki anak tangga di situ dengan langkah yang lekas. Lissa cuba keluar dari tempat ni?Apa yang gadis tu fikirkan!Dia sendiri tak pernah keluar secara langsung melalui pintu Utama kerana kuasa sihir pendinding di sini boleh membakar mana-mana jenis vampire sekira menghampiri tempat ini. Even Lissa half blood Lissa akan tetap menerima kesan yang sama seperti mana full blood vampire alami sekiranya lantas lingkaran terlarang tu!

Setibanya di depan pintu biliknya yang terbuka, hidung dia di sapa dengan scent Lissa. Menerawang setiap inci bilik itu walaupun agak samar. Jelas sangat keadaan Lissa begitu lemah!

           Carlus di atas katil itu memalingkan kepala setelah sedar akan kehadiran Micah di situ. Keningnya berkerut susah hati. "Kau ke mana Star?"soalnya mendatar.

Perlahan-lahan Micah dekati katil itu lantas melihat Lissa terlantar atas katil dalam keadaan berpeluh dan wajah pucat. Bibir itu pecah-pecah dan kemerahan. Mata dia tidak dapat berhenti dari menilik wajah Lissa. Tak mungkin!Rahang berketik tanpa sedar.

Dua orang Dhampir yang membantu Carlus menyembuhkan luka terbakar Lissa bangun dari duduk mereka di atas katil itu lalu keluar dari situ tanpa mengatakan apa-apa.

             "Macam mana keadaan dia?"

             "Kita orang berjaya sembuhkan semula luka   terbakar dia, tapi sesuatu buatkan Lissa tidak sedarkan diri...macam ada sesuatu yang buatkan tubuh Lissa menjadi lemah."beritahu Carlus semasa membetulkan selimut di badan Lissa. "Ke mana kau dah pergi Star satu hari ni?"

             Micah pandang wajah letih Carlus dengan kening berkerut. Dia sibuk bergaduh dengan family, punca kenapa dia lambat selamatkan Lord Dragomir tadi. "Aku uruskan sesuatu."

             "Uruskan apa?"

              "Something..."

              "Dan apa bendanya tu?Kenapa kau berahsia sangat ni?Apa yang kau sembunyikan?"

Rahang Micah berketik. Keningnya berkerut tidak suka taktala Carlus tidak habis-habis menanyakan dia soalan!

           "Aku tak tahu apa yang kau cuba buat...tapi sampai bila kita orang perlu stay dekat tempat ni?Punca kenapa Lissa jadi macam ni!Kau tahu kan...Peperangan sedang tercetus dekat luar sana...sepatutnya kita orang tolong bukan terperuk dekat tempat ni macam pengecut!?" beritahu Carlus. "Bukan ini yang kita orang setuju pada kau untuk ikut apa yang kau suruh hari tu?"

Micah berdengus kecil. Dia pandang funny.

            "Aku beri pilihan pada kau hari tu kan. Sama ada ikut aku atau tidak...terpulang pada keputusan masing-masing. Aku tak pernah paksa kau orang untuk stay di sini."beritahunya. Dia bersungguh untuk melindungi kaum manusia tahu tak!Dia bergelut melihat bangsa vampirenya mati satu persatu kerana mahu memerangi musuh Dhampir!Dan di depan dia..berdiri Dhampir yang tak habis-habis persoalkan tindakan dia!Sampaikan ayah Lissa turut terkorban!

             "Sebab kita orang...semua Dhampir dekat sini percayakan kau...percayakan keputusan dan tindakan kau. Sebab itu kita orang stay dan ikut arahan kau...tapi kau...berahsia, buat hal sendiri, tak jelaskan apa-apa...kau expect apa dari kita orang...kau expect apa dari Lissa untuk kurung dia dekat sini?"luah Carlus.

             Micah melepaskan hela nafas pendek sebelum    duduk di birai katil menghadap Lissa. Dia pandang wajah itu dengan perasaan serba salahnya. "Aku cuba lindungi kau orang semua. Sebab tu aku suruh kau orang stay dan jangan keluar..."

              "Lindungi kita orang?Dari siapa?"

Dari para tentera hybrid dan juga musuh mereka, Strigoi.

Ianya bukan mudah untuk kesemua Dhampir di sini menentang musuh di luar sana. Entah-entah rakan-rakan Dhampir dia di sini bakal dijangkiti dan berubah menjadi Strigoi jika tersilap langkah. Hanya cara ini saja Micah dapat melindungi mereka dari terdedah dari semua itu.

Kalau pahlawan vampire sendiri tidak dapat mengalahkan mereka, inikan lagi pula Dhampir!Memang tidak la dia nak ambil risiko dengan membiarkan kesemua mereka di sini keluar ikut berjuang!

             "Kalau kau percaya dekat aku...kau takkan persoalkan apa yang aku cuba buat."beritahu Micah memandang tepat ke Carlus.

            "Aku memang percayakan kau Star. Dari awal kita berkawan sampai sekarang. Aku sentiasa percayakan kau. Malah aku hormat kau sekalipun perangai kau menyakitkan hati. Tapi kau-"

           "Dah tu apa lagi yang kau tak puas hati?"

            "Lissa dapat surat dari ayah dia...Lord Dragomir, kau tahu Lissa tu anak siapa...tapi kau tak cakap dekat aku apa-apa mengenai hal tu. Bukan ke Lord Dragomir tu adalah vampire yang menjadi ahli di High Council Vampire Tertua?Menurut surat tu nyawa dia dalam bahaya...itu bermakna sesuatu sedang terjadi di situ...dan pasti mereka semua perlukan bantuan....!"

             "Kalau aku beritahu, adakah ia dapat ubah kenyataan yang kau orang tak boleh keluar?"

            "At least kau fahamkan kita orang semua dekat sini..bukan biarkan kita orang diselubungi dengan kegelapan dan tak tahu apa-apa!"

           "Tak ada apa-apa yang kau orang boleh lakukan sekarang ni..rehat la Carlus. Terima kasih untuk semuanya."beritahu Micah tanpa memandang Carlus.

              Kesal kerana tahu dia takkan menang bila bercakap dengan Star, Carlus mengetap garis nipis di bibir sebelum berpaling dari situ. "Ikut suka kau la...aku tak tahu nak cakap macam mana lagi..jangan kau salahkan kita orang bila sesuatu berlaku bukan seperti yang kau mahukan...."pintu bilik tersebut ditutup bersama sewaktu Carlus keluar dari situ.

Tertutup saja pintu bilik itu, tinggalah Lissa dan Micah sendirian. Keadaan menjadi hening yang hiba.

Micah capai tangan Lissa dari atas selimut itu lalu diramas perlahan. Lissa pasti turut merasai kehilangan Lord Dragomir memandangkan kuasa pelindung Lord Dragomir ikut terhapus dengan kematian lelaki itu.

          "Maafkan aku Lissa..."ucapnya dengan lirih begitu kesal.

Mata pejam Lissa bergerak-gerak perlahan.

          "Aku gagal selamatkan ayah kau tepat pada masanya.."sepatutnya dia datang dengan lekas.

Masa itulah air mata turun dari tepi mata terpejam Lissa. Seakan gadis itu boleh dengar sedangkan dia berada dalam deep sleep ekoran kecederaan yang dialami dan juga putusnya bonding Lissa bersama Lord Dragomir selepas lelaki itu mati.

             Micah tunduk meletakkan dahinya pada atas    tangan Lissa yang dipegangnya. Mata di pejam dengan perlahan. "Aku akan pastikan semua orang dalam tempat ni selamat. Seperti mana sumpah aku pada keluarga Poison. Aku akan lindungi semua orang dalam Zon Merah dari bahaya musuh kita.... Jadi bangunlah. Bantu aku musnahkan dia orang...dan balas balik apa yang dia orang dah buat pada semua orang dekat sini terutama sekali untuk ayah kau Lissa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience