Rate

Part 59 : Janji Dan Perjanjian

Vampire Completed 6708

Raja dan Permaisuri Vampire pandang Lord Dragomir sewaktu lelaki itu termenung. Mereka tahu semuanya kerana mereka boleh melihat lebih ke depan tentang perkara-perkara yang akan terjadi sehari awal sebelumnya. Bukan meramal masa depan tetapi mengetahui suatu kejadian bakal berlaku sebelum ia terjadi.

          "Tak mungkin!"dengan terkejutnya Lord Dragomir menyeru. Lelaki itu pandang kejung akan keluarga diraja tersebut bersama mata terbutang kaku taktala menyedari akan sesuatu.

           "Siapa yang tuan fikirkan tu?"tanya Puteri Maria.

           "Tapi bagaimana?"Lord Dragomir begitu bingung di situ. Dia pandang Puteri Maria. Semua ini tak mungkin. "Saya lihat sendiri yang-"terhenti terus kata-katanya apabila realiti menyentak akal logik dia. Patut la!Patut la pada hari itu dia tidak dapat menghidu bau lelaki tu tapi sebaliknya bau Lissa. Lelaki itu telah menggunakan bau Lissa untuk menyamarkan scent vampire sebenarnya!Kenapa lelaki itu mempunyai aura kuasa Lissa adalah kerana lelaki itu telah menggunakan aura Lissa untuk mengaburi pandangan mata vampire yang lain supaya tiada siapa tahu dirinya adalah vampire!

            "Star Poison."Raja Vampire bersuara. "Itu adalah nama yang Putera Mahkota gunakan untuk menyamar di kalangan Dhampir."

             "Poison?"Lord Dragomir pandang penuh skeptikal. "Bukan ke-"

             "Ya. Betul. Keluarga Poison terkorban kesemuanya sekali. Tiada yang terselamat. Tiada seorang pun. Termasuk anak lelaki mereka. Star Poison yang sebenar sudahpun mati akibat serangan itu. Dan orang yang menggunakan identitinya sekarang ini adalah Putera Mahkota."beritahu Puteri Maria.

             "Tapi macam mana kami-"

             "Kuasa manipulasi."Raja Vampire menyampuk. "Puteri Maria mempunyai kemahiran mengawal dan memanipulasi otak vampire mahupun manusia biasa untuk menyakinkan bahawa Star Poison masih hidup pada malam kejadian itu. Selama 10 tahun itu yang Puteri Maria yakinkan kepada semua orang ianya adalah benar sedangkan semuanya adalah palsu."

Lord Dragomir pandang tergamam akan Raja Vampire. Berasa begitu tertipu dan diperdaya.

              Permaisuri Vampire melentokkan sedikit kepalanya ke kanan. "Jika tuan tahu dimana anak tuan, mungkin tuan boleh menemui Putera Mahkota dengan segera."beritahunya.

              "Adakah anak saya dalam bahaya?Putera Mahkota dia-"adakah rasa sakit yang dirasakan tadi itu datang dari Putera Mahkota?Lord Dragomir semakin resah.

              Permaisuri Vampire cepat-cepat menggeleng kepala."Jangan risau. Lissa tak apa-apa. Kuasa pemulih yang dimiliki olehnya mampu melindungi Lissa dari sebarang kecederaan."

             "Adakah Lissa tahu yang lelaki dia sukai itu adalah Putera Mahkota?"Lord Dragomir bertanya penuh resah.

             "Apa dia?Lissa sukakan siapa!?"ternganga Puteri Maria. Wahh!Mereka berdua tu kan.!

Permaisuri Vampire tersenyum lagi. Dia tak terkejut sebab memang dah sedia tahu dari awal lagi mengenai kisah Lissa bersama putera mahkotanya itu. Sejak putera mahkotanya datang menemuinya beberapa minggu yang lalu. Memberitahu kepada mereka bahawa lelaki itu sudahpun menemui Healer. Orang itu adalah Lissa.

             "Maafkan beta Lord Dragomir. Kerana anakanda beta melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dia lakukan kepada anak tuan. Ya dan tidak. Lissa tak tahu siapa putera mahkota tapi dia baru tahu yang putera mahkota adalah vampire..."angguknya selepas itu.

              "What!?"Puteri Maria memalingkan kepala ke Permaisuri Vampire. "Lelaki tak guna tu betul-betul gunakan sihir ancient tu?"What the hell is going on here!Tak satu-satu kejutan dia terima hari ni. Haish!Kembar dia tu kan!

              "Anakanda...jaga bahasa tu. Panggil kekanda kamu dengan namanya. Bukan gelaran seperti tadi.."

               "Beritahu anakanda sekarang bonda...betul ke?Hish!Dah di beritahu kan sihir tu akan makan tenaga yang banyak dan buat dia hilang kawalan!Dia gunakan jugak depan Lissa?Lelaki tu memang dah hilang akal!"

              "Sepertinya begitu."jawab Permaisuri Vampire.

              "Well then he's the one who f*cked everything up!"gets Puteri Maria tak percaya. Pasti Lissa akan ketakutan dan trauma selepas ini!Apa yang ada dalam fikiran kembarnya itu!?

               Raja Vampire memandang Lord Dragomir lalu bertitah. "Pulanglah Lord Dragomir. Tunggu dan bertenang. Cepat atau lambat bantuan akan tiba. Percaya pada beta. Semuanya akan baik-baik saja."

Bingung dengan berita yang baru diterimanya, Lord Dragomir tidak dapat membalas. Titah raja adalah muktamad. Dia sebagai hamba tidak boleh melawan.

               "Tuanku...boleh saya minta sesuatu kepada tuanku untuk kali terakhirnya?"

               "Silakan Lord Dragomir."angguk Raja Vampire.

                "Sekiranya sesuatu terjadi pada saya. Boleh tuanku pastikan keselamatan anak saya terjamin?"Lord Dragomir pandang penuh berharap kepada Raja Vampire.

Puteri Maria memalingkan kepala ke arah lain kerana enggan terjejas dengan emosi Lord Dragomir. Dia menyilangkan tangannya ke dada sambil berkerut kening tidak suka.

               "Beta janji Lord Dragomir."angguk Raja Vampire. "Beta akan pastikan sama ada Putera Mahkota atau sesiapa untuk tidak menyakiti Lissa."

                Dengan itu Lord Dragomir meletakkan tangannya ke dada dan melutut sebelah kaki memberi penghormatan terakhir kepada keluarga vampire itu. Entah bila lagi dia dapat temui mereka. "Junjung kasih tuanku."ucapnya diikuti para pengawal yang mengiringi dia.

Permaisuri Vampire pandang simpati akan Lord Dragomir waktu itu.

Beredar sahaja Lord Dragomir dari ruangan itu. Puteri Mari yang tidak sabar sejak tadi bersuara.

              "Bonda tahu...tapi bonda tak lakukan apa-apa mengenai hal tu?"Puteri Maria bangun dari kerusi singahsananya untuk menghadap kedua-dua ibubapanya. Kening mencerlung. "Lissa adalah half blood. Dia tidak boleh bergaul dengan royal blood seperti kita..."

               "Bawa bertenang Puteri Maria."pesan Raja  Vampire.

               "Macam mana nak Maria bertenang dalam keadaan serius begini. Ayahanda dan bonda masak dengan perangai Micah bukan?Dia tu kalau dia nakkan sesuatu, Micah akan cuba dapatkannya tak kira apa sekalipun caranya. Situasi paling parah adalah bila Micah tahu Lissa adalah Healer, lelaki gila tu takkan lepaskan Lissa macam tu aje.."

                Permaisuri Vampire tersenyum lembut. "Bonda dan ayahanda tahu tentang hal tu anakanda. Jadi bawa bertenang. Marah tidak akan menyelesaikan masalah."pujuknya dengan perlahan. "Kekanda kamu sudahpun tahu Lissa adalah Healer. Dan dia sudahpun beritahu bonda mengenai hal tu..."

                Menahan nafas kuat Puteri Maria setelah mendengarnya. "He did?"

                Raja Vampire tersenyum. "Jangan risau mengenai hal itu Puteri Maria. Kami sudahpun berbincang dengan jelas kepada Putera Mahkota Micah mengenai hal ni."

                Kendur wajah tegang Puteri Maria bila dengar. Dia silih ganti memandang dua orang itu. "Deal apa yang ayahanda dan bonda telah buat bersama Micah?"something sinister is going on between them!?

                "Mudah sahaja."Permaisuri Vampire berkata. "Jika Micah mahu naik taktah dan menjadi raja, dia perlu selesaikan peperangan ini dan mencari waris yang memusuhi kerabat diraja kita secepat mungkin dan hapuskan mereka buat selama-lamanya. Sekiranya Micah berjaya laksanakan tugas ini, ayahanda kamu akan turun taktah serta merta dan menyerahkan kuasa dia kepada Micah. Tetapi dengan syarat, jika Micah benar-benar mahukan title raja tersebut, dia perlu tinggalkan semua yang berkaitan dengan kehidupan sebagai Star Poison. Termasuk Lissa."

                Mulut Puteri Maria ternganga. "Micah pilih apa?"

                Raja Vampire ketawa kecil. "Kamu rasa apa pilihan abang kamu?"dia pandang Puteri Maria dengan dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience