Rate

Part 65 : Sudden

Vampire Completed 6708

"Apa maksud kau kita kena stay dekat sini?"

         "Strigoi sedang meliar di luar sana Star...mana mungkin kita perlu stay down dan tak buat apa-apa?"

         "Master Leo setuju dengan idea ni ke?"

Star di situ diam tidak membalas pertanyaan mereka. Dia berdiri sandar pada tiang di belakang dengan tangan bersilang di dada.

          "Aku tahu kau ada rancangan kau sendiri buat masa sekarang...tapi berdiam diri dan bersembunyi takkan bawa apa-apa faedah.."

Waktu itu mereka semua sedang berkumpul untuk briefing mengenai rancangan Star yang seterusnya. Ramai-ramai mereka berkumpul di ruangan dimana mereka sering jalani latihan atau berkumpul untuk perhimpunan pagi.

Star yang mengetuai perbincangan itu di asak bertubi-tubi soalan tanpa henti sejak tadi gara-gara dia mencadangkan kesemua ahli Dhampir di situ untuk tidak libatkan diri dalam peperangan antara dua zon ini. Semuanya kerana Star mahu melindungi mereka semua sementara dia jalankan misinya nanti.

         "Hanya untuk sementara waktu aje.."kata Star selepas diam untuk seketika.

         "Sampai bila?"

         "Kenapa kau halang kita orang keluar Star?"

Sebab dia tahu apa yang terbaik untuk semua rakannya di situ. Star tahu apa yang patut apa yang tak patut mereka semua lakukan pada waktu genting seperti ini.

            "Adakah kerana kau cuba berlagak menjadi hero? Kau nak dapatkan spot light sendiri?Kita orang terkurung dekat sini sementara kau ada dekat luar berperang?Macam tu?"

Semua di situ memandang curiga akan Star. Was-was dengan arahan lelaki itu kerana Star enggan beri penjelasan yang lebih detail kepada mereka.

          "Sebenarnya aku-"Star angkat kepala nak pandang mereka, sekali tu suara lain yang kedengaran terlebih dahulu.

           "ARGHH!!!!"suara teriakan tidak semena dari arah kanan ruangan berdekatan dengan tangga. Mengejutkan kesemua Dhampir yang berkumpul. "Lepas!Lepaskan aku!!!!"

Cemas dengan suara jeritan Lissa, Star berlari ke arah itu untuk lihat apa yang berlaku sebelum yang lain ikut dari belakang. Sekali bila dia muncul di tempat dimana Ezra, Carlus dan Lissa terduduk di atas lantai, mereka lihat Lissa sudah lencun dibasahi dengan darah.

          "Hentikannya Lissa!"arah Carlus cuba tenangkan Lissa yang hysteria di situ.

           "Darah dia orang!Hilangkan darah dia orang dari aku!"Lissa tepis-tepis pakaiannya yang kotor dengan kesan darah saat bangun kemudian terduduk semula ke lantai kerana hilang keseimbangan.

Ezra yang dalam kesakitan pegang bahagian rusuk kanannya yang jadi mangsa sepakan Strigoi bangun sendiri dari lantai. Membiarkan Lissa hysteria dan Carlus yang pujuk gadis itu supaya bertenang.

          "Apa yang dah berlaku ni?"tanya Star sewaktu mendapatkan Ezra.

Tersentak tiga orang tu bila Star tegur. Terutama sekali Lissa. Gadis itu jadi diam serta merta.

Lissa kejung, dia menggigil satu badan, nak menangis, nak mencarut nak menjerit. Semuanya ada. Nafasnya naik turun waktu itu.

           "Kami diserang hendap semasa ada di kediaman Lissa.."beritahu Ezra berdesis sakit.

          "Diserang hendap?"

          "Dengan siapa?"

          "Strigoi..."

          Star pandang ke Lissa pula. "Kau okay   Lissa?"soalnya berkerut kening susah hati.

          "Berhenti tanya aku soalan tu boleh tak?"Lissa keberangan. "Of course aku tak okay!Aku baru aje hampir diratah dengan vampire!Tak nampak ke aku lencun dibasahi dengan darah busuk ni!"beritahunya dalam keadaan menggigil. Kedua-dua tangan terdepa kanan dan kiri.

           "Berapa ramai?"tanya mereka di situ semasa bantu Carlus dan Ezra yang dalam kesakitan di situ untuk berdiri.

Star pandang ke Carlus pula. Menanti rakannya menjawab..

           "Tak pasti...sekitar 10 ke 15 Strigoi...paling anehnya mereka hanya mahukan Lissa..?"pandang Carlus ke Star. "Kita orang ada dekat situ tapi mereka hanya mahukan Lissa..."

            "Kenapa?"

            "Kau tak tahu ke Lissa ada scent aneh yang mana boleh dihidu oleh manusia biasa dan vampire?"

            "Takkan sebab itu aje rumah tu diserbu secara tiba-tiba?Kalau disebabkan scent Lissa, Strigoi tu kena berada hampir dengan Lissa sekurang-kurangnya 5 meter jarak jauhnya."

            "No sh*t Sherlock!Kau orang rasa kenapa dia orang aim aku?"bebel Lissa menanggalkan jaket yang sudah kotor dengan darah dari badannya kegelian.

             "Something tak kena..."tambah Ezra. "Dia orang tak pedulikan kita orang dekat situ...terlalu fokuskan pada Lissa seakan Lissa telah ditargetkan dengan mereka di situ.."

Kenyataan Ezra telah menyebabkan semua kepala toleh dengan serentak ke Lissa. Dhampir-Dhampir di situ pandang dengan renungan penuh maksud masing-masing. Ada yang tertanya-tanya, ada yang curiga. Ada juga yang merasakan Lissa dalam bahaya. Ada juga yang risau kalau-kalau kehadiran Lissa ke situ meletakkan mereka dalam bahaya!

             "Cukup. Kita bincang kemudian. Lissa ikut aku..Ezra, Carlus pergi infirmary, Dapatkan rawatan."arah Star berjalan ke arah Lissa dengan derap langkah luas.

Dengan patuh Ezra dan Carlus mengangguk kepala.

Lissa perhatikan langkah Star dengan kening mencerlung hendak menangis!

              "Jangan sentuh aku!"sentap Lissa bila Star hampir memegang lengannya.

              "Dalam keadaan macam ni kau masih nak melawan?Kawal sikit baran tu boleh tak?"bebel Star semasa tarik Lissa ke arah tangga untuk naik ke bilik.

              Sambil mendaki tangga itu, Lissa bergelut memulas lengannya supaya bebas dari cengkaman Star. "Baran??Aku baran?Star!Kau tahu tak sebab siapa aku dalam situasi ni sekarang?Sebab kau kan!"sampai hati cakap macam tu!"Aku histeria dekat sini..bukan baran!Kawan kau hampir mati sebab aku tadi..kau rasa apa aku akan react?Tepuk tangan?Ketawa?"

             Star pandang ke sisi, memandang wajah takut Lissa dengan renungan berserahnya. "Fine... Aku salah..berhenti marah-marah."

              "Kalau macam tu berhenti buat aku marah!!"Lissa berjaya melepaskan lengan dari cengkaman Star. Kepala dia ringan kerana terlalu banyak sangat tarik dan hembus nafas. "Aku nak tidur bilik Carlus malam ni!Aku tak nak duduk dalam bilik kau!"protesnya selepas tiba di tingkat dua itu.

              "Asal pulak?"

              "Kau rasa?"

              "Jangan nak mengada."

Lissa menarik muncung tak puas hati bila teringat pakaian dia semua tertinggal dekat rumah. Macam sia-sia aje la dia pack segala bagai end up tak dibawak jugak akhirnya!

             "Duduk diam-diam dalam bilik aku. Kau nak hidup lama. Dengar cakap aku."pesan Star.

             "Aku akan hidup lama kalau aku berjauhan dari lelaki macam kau ni.."cebik Lissa menyilang tangan ke dada nak dek rasa dingin tempat itu. Sejak hari tu dia perasan tempat ini sejuk seakan mengenakan penghawa dingin.

Star pula hanya mengetap bibir menahan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience