Rate

Part 26 : Punch

Vampire Completed 6708

SPLAT!

Dalam sekelip mata sahaja semua kejadian itu berlaku.

Satu tangan berdarah tembus di tengah dada vampire yang ada di atas Lissa.

Berkedip mata Lissa waktu itu apabila darah Strigoi itu terpecik mengenai wajahnya. What the hell!?Oh my god!Vampire yang berlubang dada itu pandang Lissa dengan mata terbutang kaku. Sampaikan Lissa nak menjerit pun tak boleh sebab terlampau terkejut yang amat sangat.

Tubuh Strigoi pertama tadi jatuh tumbang ke tepi Lissa. Ada pancang perak tembus dari belakang badan tu.

           "Kau buat apa lagi tu!Bangun!"arah Star yang muncul di atas Lissa waktu itu.

Suara marah Star buatkan Lissa diterpa rasa lega yang amat sangat. Dia gerak bangunkan dirinya dengan susah payah. Tangannya ikut naik memegang dahinya yang sakit. Bila dia bawa turun semula darah penuh di tapak tangan.

Star di situ pula berguling ke tepi nak elakkan diri dari Strigoi kedua sudah sedia hendak menyerangnya, tetapi dia lebih pantas menerpa Strigoi itu.

Strigoi kedua cuba menarik Star tapi tidak sempat apabila lelaki itu naik memanjat bahunya dan sesaat kemudian kepalanya di pulas hingga putus terpisah dari badan. Sama-sama Star ke bawah dengan badan Strigoi kedua.

Dua tubuh terbaring kujur atas jalan tar dengan darah membanjiri sekelilingnya. Sama seperti scene pembunuhan yang sering televisyen paparkan.

Lissa berdiri di situ dengan nafas naik turun. Cuba mencari nafas untuk tenangkan diri supaya tidak hilang kawalan. Sakit di seluruh badan dan kepala berdenyut kesakitan. Betapa berharapnya waktu itu dia ada kuasa untuk hilangkan semua sakit ni.

Dengan renungan dingin Star sepak kepala tadi ke tepi macam tu je.

         "Apa masalah kau!"jerkah Star kemudiannya ke Lissa. Dia berjalan marah ke gadis itu. "Kenapa kau tak lawan!"

Terundur-undur Lissa ke belakang sebab terkejut dengan bentakan Star. Mata terkebil-kebil setiap kali suara lantang Blade kedengaran.

          "Apa gunanya latihan yang kau ambik dekat kelab kalau macam ni gayanya!" Star marah lagi dengan kepalan penumbuk di tangan. Dadanya naik turun kencang. Tangan dan pakaiannya kotor terpalit dengan darah. 

Lissa bungkam. Dia pandang kejung akan Star saat darah tidak berhenti mengalir turun dari dahi ketika itu. Dah benda berlaku secara tiba-tiba, dan dia sendiri terkejut...rasanya dapat ke dia bertindak?Tak masuk akal betul.

Habis sahaja dia berkata, Star diam memandang wajah pucat Lissa. Dia lihat tepi kanan muka tu dah basah dengan darah sebelum berhenti di mata tu. Yang mana buatkan amarah dia yang berombak perlahan-lahan surut reda. Benci betul!Itu yang terlintas dalam fikirkan Star.

         Berkerut-kerut kening Lissa masa tu. Dia pandang Star dengan perasaan sebu dan sakit di dada. Dah terkejut...siapa-siapa pun yang ada dekat tempat dia masa ni takkan boleh fikir apa dah selain nak larikan diri! "Aku takut kan...kau expect aku nak buat apa!?" marahnya pula. Tahu tak satu badan dia menggigil sekarang!

Star melepaskan dengusan kasar. Dia pandang ke bawah. Mengutip pancang yang terpacak dekat badan Strigoi yang campak Lissa sampai luka tadi.

           "Mana rumah kau?"tanya Star lepas tu.

            "Sana.."tunjuk Lissa seram sejuk semasa tengok badan Strigoi yang terbaring atas jalan tu. Bau darah mereka yang busuk itu menambahkan lagi ketakutannya.

Star pun dapatkan beg Lissa dari tepi dinding tu dan cengkam pergelangan tangan Lissa untuk tarik gadis itu jalan bersamanya.

Masih dalam keadaan terkejutnya Lissa ikutkan sahaja langkah Star. Dia diam termenung memandang senjata yang ada pinggang Star. Tak terbayang dia kalau alat tu yang terpacak dekat jantungnya. Memikirkan hal itu terus sentakkan menungnya.

            Lissa rentap tangannya dari cengkaman Star. "Lepaskan aku!" arahnya semasa undur ke belakang. Rasa sakit di dahinya tak di pedulikan. Sumpah!Betapa takutnya dia dirinya mati!Apa akan jadi pada mama dia nanti! Dia tak boleh mati!Nanti tiada siapa yang akan menjaga mama dia!

Star terus toleh ke belakang.

            "Kau dah kenapa?"soal Star dengan jengkel. Dia pandang mencerun ke Lissa.

             "Jauhkan diri kau dari aku.."arah Lissa perlahan-lahan undur ke belakang dalam keadaan terumbang ambing nak terpelecok. Star akan bunuh dia kan?Dia akan disakiti dengan Star macam Strigoi tadi!

Malas nak bising malam-malam dekat situ,Star jalan mendekati Lissa.

             "Jangan nak mengada!Ikut aku sekarang!"dia hulur tangan mahu mencapai lengan Lissa.

Lissa menggeleng kepala sambil elak dari disentuh. Dia tahu Star nak sakiti dia macam dalam bilik bawah tanah hari tu.

            "Please Star...aku tak tahu apa-apa. Strigoi tu yang datang dekat aku..."rayu Lissa  ketakutan.

             "Ya!Aku tahu. Sekarang ikut aku."dia berdiri depan Lissa lalu pegang lengan kiri tu kuat-kuat.

Lissa pun apalagi. Dia meronta hendak lepaskan dia.

              "Lepaskan la!"gelut Lissa sambil menarik lengannya.

             Berang dengan tindakan itu, Star pandang Lissa dan berkata."Kau dah buktikan apa yang kau katakan tu betul. Aku percaya. Puas hati sekarang??"

Lissa menggeleng kepala tak mahu. Matanya naik turun menilik lelaki menakutkan di hadapannya waktu itu.

             "Jangan sakiti aku Star. Aku sumpah aku tak pernah usik mana-mana manusia. Aku tak bunuh sesiapa. Jadi jangan bawa aku pergi ke situ lagi.."matanya berkaca. "Aku tak tahu nak control BO aku..sebab tu vampire-vampire tu datang dekati aku...."

Untuk seketika Star diam di situ memandang wajah cemas lagikan pucat Lissa tanpa mengatakan apa-apa. Dia merenggus kasar sebelum melepaskan lengan Lissa. Nampak sangat di mata Lissa dia ini hanya seorang pembunuh vampire.

              "Aku tahu. Jadi berhenti panik."ketapnya dengan kesal.

               Air mata mengalir turun ke pipi Lissa saat gadis itu mengedipkan mata kerana terkedu. Tangannya yang menggeletar hebat tadi digenggam erat. "Kenapa kau boleh ada dekat sini?"tanya dia dengan perlahan.

               Star memberi side eyes dengan soalan itu bila Lissa berbisik. "Aku ikut kau tadi.."jawabnya mahu tak mahu. Jangan tanya kenapa dia lakukan semua ni!Dia sendiri tak faham dengan diri sendiri!

               "Ikut aku?"

              "Dah. Jangan nak banyak tanya. Cepat jalan. Sebelum kau tarik perhatian lebih ramai Strigoi, better rawat luka dekat dahi kau tu dulu.."gesa Star menolak belakang badan Lissa supaya maju ke depan untuk teruskan berjalan.

              Tapi Lissa tidak bergerak. Dia malah tunduk memandang kaki kanannya. "Aku terseliuh masa dikejar tadi.."cebiknya perlahan.

               Tersentak Star. lelaki itu segera tunduk memandang kaki Lissa. "Kau ni kan!Kalau tak menyusahkan orang lain tak hidup agaknya kan.."gerutunya saat sandangkan beg Lissa ke bahu gadis itu dengan kasar.

               "Mana la aki tahu.."ucap Lissa sebelum mengetap bibir menahan rasa takutnya.

Namun mengejutkan, waktu itulah Star gerak tunduk lantas mencempung badan Lissa gaya pengantin.

                 "Kalau kau beritahu sesiapa tentang apa yang berlaku malam ni .aku akan pastikan hidup kau susah dekat akademi.."pesan Star sambil tu.

                "Macam la aku nak sangat..."getus Lissa dengan perlahan.

Terpempan Lissa waktu itu saat ragu-ragu hendak lingkarkan tangan ke sekeliling leher Star. Risau kalau lelaki itu mengaum padanya. Dan bila dia dapat memeluk sekeliling leher itu tanpa di sentap dengan Star, secara automatik, kepalanya di rehatkan ke atas bahu itu serta merta. Dalam diam dia hidu dalam-dalam bau hangat Star dan ditenangkan dengan degupan kencang jantung lelaki itu.

Dalam pelukan itu, pada masa yang sama sama, Star merasai degupan jantung Lissa yang begitu kencang menghentak-hentak dadany. Sangat jelas dan kuat. Cukup untuk buatkan dirinya menjadi tidak tentu arah.

             "Sesuatu tak baik tengah berlaku dekat Zon Merah ni.."beritahu Lissa dengan perlahan. "Baik kau keluar dari Red Zone sebelum hal jadi serius."dia tak nak sesuatu terjadi pada Star kalau peperangan betul-betul tercetus.

              "Risaukan diri kau sendiri!"deram Star.

               Lissa menjulingkan mata. "Kata orang...dia tu pun dua kali lima."cebiknya dengan jengkel.

Serta merta Star tunduk memandang Lissa. "Kau nak aku campak kau dekat tepi jalan ni ke?"

               "Kau jangan Star!"Lissa mengeratkan lagi pelukannya ke sekeliling leher itu.

               "Jadi diam. Jangan banyak bercakap. Suara kau menjengkelkan aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience