Rate

Part 17 : Terlepas

Vampire Completed 6708

"Banyaknya kau makan Norah,manis semua tu kan..."Lissa tengok pinggan makanan Norah yang penuh di tapak tangan gadis itu.

Saat itu, mereka sedang berdiri di depan fountain coklat yang dijadikan untuk manisan bagi strawberry, kek, marshmelow dan beberapa lagi snek ringan yang boleh di cicah ke dalam coklat di situ.

            "Relaks la Lissa. Bukan selalu lagipun mama aku selalu control aku makan dekat rumah...kalau bukan sekarang bila lagi aku dapat merasa makanan sedap macam ni."

Lissa tersenyum sambil menggeleng kepala tak percaya.

             "Memanglah..kalau ya jangan banyak sangat..nanti tak memasalh sakit perut pulak..."ujarnya. Namun senyumannya memudar bila naluri vampire di sapa dengan perasaan seakan ada yang memerhati.

Cepat-cepat Lissa palingkan kepala ke arah yang dia rasakan dari mana datangnya perasaan tu. Toleh sahaja ke tepi, Lissa terpandang kelibat belakang seorang lelaki berjalan pergi dari situ. Perasan yang lelaki tu orang yang dia kenal, Lissa terus berkerut kening sebab kehairanan.

Bukan ke itu-

              "Kau nak ke Lissa.."sua Norah tiba-tiba di depan muka Lissa.

Terkejut Lissa lepas tu. Dia pandang strawberi yang dah di cicah dengan coklat itu lalu ke Norah.

              "Tak apa. Kau makan la dulu. Aku nak ke tandas sekejap." pamitnya.

               "Hah..tandas?Oh..okay. Kau pergi pintu dekat hujung sebelah kiri. Bilik air dekat kanan kau lepas tu."beritahu Norah.

                "Okay...thanks."ucap Lissa semasa jalan ke arah dimana lelaki lampai tu pergi. Dia yakin sangat mata dia tak salah tengok.

Lelaki tu sama macam pelajar lelaki yang sering bertembung dengan dia dekat akademi. Lelaki yang bercakap dengan dia melalui fikiran!Yang bermakna pelajar lelaki tu adalah Seorang vampire yang mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang lain!

Kalau betul la lelaki tu adalah pelajar lelaki yang dia sangkakan, macam mana seorang Vampire boleh tembus masuk ke Zon Biru tanpa tertangkap.

Tidak lama dia berjalan di celah tetamu di situ, Lissa menemui kelibat lelaki tu. Ingatkan dia nak mendekat Tetapi suara orang bercakap yang ada di sekelilingnya buat dia hilang focus sehingga la dia dengar perkataan Strigoi. Kaku terus Lissa lepas tu. Dia diam seketika sambil pandang belakang badan lelaki lampai yang berada tidak jauh dirinya di hadapan.

        "Berita dah sampai dekat kumpulan tu mereka memang dah hantar orang untuk siasat kes pecah masuk Strigoi ke dalam Blue Zone."

          "Ada yang tertangkap ke?"

          "Belum...ketua guardian dan Dhampir sendiri cakap mereka masih siasat hal ni..."

           "Bagus buat masa ni kita kena hati-hati kalau tidak mahu tertangkap."

Lissa menahan nafas terkejutnya saat dengar suara lelaki dan perempuan yang sedang bercakap dalam kepalanya ketika itu. What the hell!

          "Berapa ramai Strigoi yang dah jadi tahanan kita buat masa ni?"

          "Lebih kurang 100 orang. Aku dah bayar rasuah kepada penjaga yang mengawal pintu masuk laluan belakang sempadan Zon Merah. Jadi sampai bekalan darah yang kita perlukan mencukupi dia yang akan seludup semua Strigoi tu."

           "Apa laporan perkembangan kita?"

            "Seperti yang direncanakan, pelan kita untuk jadikan pahlawan yang terpilih menjadi sebahagian Strigoi hampir masuk 50 peratus. Cukup bulan Mungkin kita boleh mulakan operasi Red Zone tu..."

            " Bagus. Kita perlu musnah Red Zone sebelum pilihan raya baru yang bakal berlangsung hujung tahun ni. Kalau kita tak musnahkan Red Zone, kerajaan akan sekarang akan bergantung pada Organisasi Vampire yang selama taja dan pemberi dana negara. Kalau hal tu berlaku, kita warga Blue Zone takkan berpeluang menjadi pemerintah."

Apa yang-

Tak mungkin!

Lissa membutang mata mahu mencari kelibat orang tersebut. Tetapi dia tak tahu mana satu kerana terlalu ramai manusia yang sedang berbual disaat itu. Dan pada masa yang sama, Lissa nampak lelaki lampai tadi sudah pun toleh menghadap Seorang Dhampir. Masa tu la dia nampak sepenuhnya muka lelaki tu yang mana mengesahkan tekaan yang dia buat tadi!

Memang betul lelaki lampai yang dia nampak itu adalah pelajar lelaki yang bertembung dengan dia siang tadi!

Vlad!

          "Hei!Tunggu..jangan pergi!"suara memanggil tersebut buatkan Lissa tersentak. Dia pandang ke arah Dhampir tadi tapi lelaki tu dah hilang sebab kejar Vlad yang telah melarikan diri dari situ. Dia pun apa lagi ikur lari sekali la!Entah hantu apa yang merasuk, dia tergerak hati nak dapatkan Vlad.

Pasti ada sebabnya kenapa Vlad ada di sini?

Dengan susah payah, kaki dia yang mengenakan high heel itu berlari. Lissa angkat kain dress labuh menyapu lantai dia saat itu. Tak nak terjatuh semasa kakinya melangkah. Keluar dia dari dewan tu, kelibat Vlad mahupun Dhampir tadi sudahpun tiada.

Laju betul!

Macam pelesit pun ada.

Mati kutu la Lissa di situ untuk sesaat. Dia nak belok ke mana tak tahu. Kalau salah jalan sesat tak pasal-pasal, tak balik dia nanti.

Haih..lantak situ. putus asa dia.

Lissa berpaling ke arah kanan pula ikut arah yang Norah beritahu dia sebentar tadi. Dari dia kejar orang yang entah di mana baik dia ke tandas saja!

Saat di selekoh kanan koridor, tidak semena satu tangan muncul lalu menarik lengan dan bawa gadis itu ke dalam kegelapan dalam sekelip mata.

        "A-umph!!"teriakan Lissa tenggelam dalam tekupan mulut apabila dirinya disandarkan ke dinding dalam keadaan berhimpit dari depan. Dengan cemas dia pegang tangan yang memerangkap tubuhnya. "Lepas!Lepas!!"gelutnya bersama kaki dan tangan ikut naik tapi tidak berguna. "Siapa ni!?"

         "Shh!"diam!minta suara di depan muka Lissa.

          "Si-"tersekat terus soalan tu di kerongkong bila dia tengok orang yang ada di depannya. Dirinya kembali tenang tidak jadi nak menjerit.

           "Diam jangan bising!"minta Vlad selepas turunkan tangannya dari mulut Lissa. Sambil tu dia pandang kanan dan kiri penuh awas. Khuatir jika dirinya ketahuan.

           "Apa semua ni?Kenapa awak boleh ada dekat sini Vlad?"gelutnya.

            Vlad tunduk memandang Lissa. "Patutnya aku tanya kau soalan tu. Kenapa kau ada dekat sini?Ini kan majlis untuk manusia biasa."

Lissa buat muka, dia pandang penampilan Vlad ketika itu. Lelaki itu kelihatan berbeza bila dekat luar akademi. Biasanya dia tengok Vlad berpenampilan selekeh dan tidak terurus semasa di dalam akademi. Bila pakai baju casual seperti ini membuatkan Vlad kelihatan segak dan mewah bak kata orang gitu. Lain sangat!

            "Norah yang ajak saya ke sini..." Lissa cuba tolak tangan Vlad yang sedang memegang lengannya. "Awak tu hah..kenapa ada dekat sini?Tak takut ke kena tangkap?"

            "Bukan urusan kau untuk tahu!" dengus Vlad semasa perasan Lissa cuba lepaskan diri. Cepat-cepat dia eratkan cengkamannya pada lengan itu.

           "Sana, Mungkin dia lalu jalan ke sana!" suara orang melaung dan bunyi tapak kasut orang berlari kedengaran tiba-tiba.

Melompat terkejut Lissa bila dengar. Dengan cemas dia cuba tolak Vlad menjauh mahu melepaskan diri. Dia tak nak kena tangkap dengan Dhampir!Cukup la Star!Jangan tambah label WANTED dia dalam senarai Dhampir yang lain.

            "Jangan bergerak!"arah Vlad sewaktu lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Lissa dan bawa tangan gadis itu ke atas bahunya.

Bingung-bingung Lissa menurut.

            "Apa yang-"belum Lissa sempat menuturkan pertanyaannya, bibirnya dalam sekelip mata di katup rapat oleh Vlad. Terbutang matanya selepas itu.

OH!MY!GOSH!

Pada masa hal itu terjadi, sekumpulan Dhampir jalan melepasi tempat dimana Lissa dan Vlad berada. Mereka nampak pasangan yang sedang bercumbuan itu tetapi pandang sekilas sahaja kerana tidak curiga malahan terus laju berlari ke arah depan macam tu je.

Masih lagi mengucup bibir itu, Vlad pasang telinganya untuk pastikan para Dhampir tadi sudah menjauh atau belum. Pelukannya dieratkan ke sekeliling badan Lissa.

Pap!Pap!

Dipukul-pukul bahu tu dengan Lissa. Minta dilepaskan!

Vlad tak lepaskan pelukan. Dia hanya jarakkan bibirnya dari Lissa lalu berkata.

       .  "Balik Lissa. Jangan keluar dari kawasan Zon Merah lagi."pesannya separuh berbisik di depan muka tu.

Dalam keadaan tercungap-cungap mencari nafas, Lissa hanya mampu pandang sahaja. Sumpah dia keliru sangat masa tu. Otak dia blank. Dengan keadaan bibirnya yang masih berdenyut dan bahang panas di sekitar muka serta telinga memarahkan lagi keadaan fikiran dia.

Mata Vlad ternampak akan loket yang tergantung di leher Lissa waktu itu. Dia pegang pendant loket tu sebelum kembali memandang muka merah padam gadis tu.

        "Jangan beritahu sesiapa kau nampak aku dekat sini....lupakan segalanya yang kau dengar atau lihat."pesannya.

Lissa terpinga-pinga sehingga Vlad menjauhkan diri dan hilang dalam kegelapan di situ. Tinggal dia sendirian dekat situ terkebil-kebil.

What the hell just happened?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience