Rate

Part 44 : Feri

Vampire Completed 6708

Disebabkan semuanya berlaku secara tiba-tiba dan mengejut semua persiapan yang dibuat juga ala kadar sahaja, Puan Carolina tidak packing pakaian dengan banyak kecuali dokumen penting dan benda mustahak sahaja.

Seperti yang dirancang oleh mereka berdua, pada jam seawal empat pagi lagi Puan Carolina bangun dan bersiap. Perjalanan untuk ke perlabuhan itu mengambil masa yang lama kerana jaraknya yang jauh. Mahu tak mahu dia gagahkan juga dirinya untuk berangkat.

          "Mama.."panggil Lissa di tepi bagasi sewaktu zip.

           Puan Carolina di depan laci menyahut. "Ya?"wanita itu sedang tunduk menyelongkar sesuatu di dalamnya. Mencari barang yang dihendakkan.

          "Ada sesuatu yang penting mama kena tahu.."

           Puan Carolina pun menoleh. Dia pandang Lissa di atas katilnya saat itu. "Tentang apa?"

           Membuat muka teragak-agak Lissa pandang Puan Carolina. Keningnya berkerut susah hati. "Semalam ada sesuatu dah terjadi. Disebabkan Lissa tak tahu apa-apa Lissa tak dapat nak elak ia dari terjadi."jelasnya.

           Perlahan-lahan laci itu Puan Carolina tutup   semasa wanita itu menghadapkan badannya ke Lissa. Terganggu dengan cara Lissa bercakap dia mencekak pinggang. "Lissa...apa maksud kamu?"

           "Umm..macam ni Ma...semalam..rakan sekelas  Lissa tak sengaja bawa Lissa ke tempat dimana ayah berada. Dia tak tahu, Lissa pun tak tahu...dan tiba-tiba kami pun bersua muka...hanya kerana rakan sekelas Lissa perlukan Lissa untuk buktikan sesuatu..."

            Terjatuh tangan Puan Carolina yang mencekak pinggang tadi. Wanita itu pandang penuh terror. "Ka-kamu jumpa siapa?"

            "Ayah."Lissa tunduk mengutil hujung kuku. "Lissa tak dapat nak buat apa-apa masa tu lepas tahu.."

            Tergesa-gesa seperti dalam ketakutan, Puan Carolina menerpa ke Lissa. Menarik anak perempuannya itu bangun dari katil secara mengejut. "Apa yang kamu dah lakukan Lissa!"marahnya. "Kamu tahu kita dah buat perjanjian bukan!"badan Lissa di goncangnya kerana kesal.

Lissa mengangguk.

             "Kalau begitu bagaimana kamu boleh cuai begini!!"belakang lengan Lissa pula dia pukul-pukul.

            "Auw!Auw!Sakit...mama!"

            "Anak bertuah!Kenapa kamu ni tak berhenti    dari libatkan diri dalam masalah!"

             "Ma-maafkan Lissa mama.."ucap Lissa dengan kening berkerut. Dia pandang hendak menangis ke mama dia. "Macam mana ni."

             "Macam mana lagi kamu tanya sudah tentu kita kena lari. Sekali lagi...lekas. Kita bersiap. kemudian cepat-cepat pergi dari sini!"

             "Hah?"

            "Kamu ikut mama sekali. Kita pergi jauh dari sini sebelum pengawal-pengawal tu muncul temui kita di sini!"kalut Puan Carolina waktu itu. Dia gerak mencapai beg dan kot lalu telefon yang dicap pada plug.

             Lissa di situ terkebil-kebil. "Lissa ikut mama?"dia yang terkedu.

            "Iyalah. Takkan kamu nak stay di sini lepas apa yang terjadi. Kamu tahu apa akibatnya jika kamu bersua muka dengan ayah kamu secara terbuka di hadapan semua ahli High Council Vampire tu!"cemas Puan Carolina menurunkan bagasi dari katil.

Memulas cuak perut Lissa. Dia yang melihat mama dia cemas, dia pun ikut sekali cemas.

           "Tak mungkin la ayah akan hantar pengawalnya ke sini untuk menangkap kita"

            "Kamu apa tahu!Lissa..kamu lupa ke perjanjian tu?Mama dah beritahu kamu bukan apa yang akan terjadi sekiranya kamu bersua muka dengan ayah kamu tu!"

Obviously!Mesti la dia tahu!Tapi takkan la ayah dia sekejam tu!

Tepat jam 4.55 pagi, kelibat dua beranak itu pun kelihatan dalam gelap. Berjalan keluar ke laman rumah lalu masuk ke dalam jip lama milik Puan Carolina bersama beg pakaian wanita itu.

Lissa hanya ringkas mengenakan hoodie jumper hitam dia. Dan Puan Carolina berjaket biru labuh paras lutut yang dipadankan dengan set shirt dress dan slack.

Semasa mereka keluar rumah, langit masih gelap, embun masih membasahi permukaan cermin. Unggas pun tidak berbunyi. Angin sejuk yang bertiup cukup untuk buatkan seram sejuk yang meremangkan bulu roma.

         "Mama dah pack semuanya?Tak ada yang tertinggal?"Lissa kunci pintu rumah itu saat pandang ke Puan Carolina di sebelah.

         "Umm..mama dah check tiga kali sebelum kita keluar tadi.."bisik Puan Carolina dengan perlahan.

Klik.

Yakin pintu rumah siap dikunci, Lissa pun berpaling menghadap jip mereka. Sekali tu angin bertiup deras, menerbangkan rambut hitamnya ke muka tidak semena.

Wooosh!

Terpejam mata Lissa saat tangannya naik menguak rambut ke belakang semula. Dia terkejut kerananya.

Kaku terkejut Puan Carolina bila munculnya satu cahaya di depannya sewaktu Lissa dan dia baru hendak berjalan ke kereta. Mula-mula Carolina memang hampir hendak menjerit. Tapi tak jadi bila dia nampak satu susuk lampai berdiri dekat situ memandang mereka berdua.

           "Oh my..."lafaz Puan Carolina masih terkejut kerana menyedari siapakah lelaki yang sedang memandang ke arahnya waktu itu. "Lissa..."

           "Selamat pagi. Maaf kerana muncul tiba-tiba begini."sapa Star saat kepala berhoodie itu mengangguk kecil.

            Lissa tunduk mencapai bagasi mamanya sewaktu bersuara. "Mama...kenalkan.. Ini Star. Star ini mama aku, Carolina."

             Semakin tercengang Puan Carolina. Dia begitu terpegun kerana dapat melihat sendiri dengan mata dia akan lagenda yang sentiasa dia dengarkan saja. Satu-satunya waris yang tersisa selepas serangan besar-besaran vampire 10 tahun yang lalu, "Jadi kamu Star Poison..."

             "Ya saya."beritahu Star semasa tunduk mencapai bagasi dari tangan Lissa. "Mari kita gerak. Lewat nanti terlepas pula feri."bisiknya.

             "Ah..ya tak ya..lekas-lekas."gesa Puan Carolina tergesa-gesa menuju ke arah kereta. Wanita itu masuk ke seat pemandu sementara Isa dan Lissa duduk di seat belakang.

Suara dari radio menemani perjalanan sunyi lagikan gelap mereka waktu itu.

Puan Carolina sepanjang masa gelisah sampaikan wanita itu sekejap-sekejap meramas stereng kereta fidgeting.

           "Apa yang kau buat dekat sini Star?"bisik Lissa memandang ke tepi kanan seat. Star duduk di sebelahnya.

            "Something berlaku.."beritahu Star dengan kening mencerlung. Pandangan matanya terarah pada cermin depan kereta. Memerhati sekitar jalan raya yang gelap tiada lampu jalan..

            "Kenapa?"Lissa ikut mengerling ke depan seketika. Dia hendak pastikan mamanya itu fokus dengan pemanduan.

Untuk beberapa saat, Star diam tidak mengatakan apa-apa kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak beritahu.

             "Kenapa!"dengan keras Lissa berdesis semasa lengan Isa digoyangkan. Mahu menarik perhatian lelaki itu dari terus termenung. "Apa yang dah berlaku..?"

Setelah dia menghela nafas kesalnya. Star gigit bawah bibir sebelum memalingkan kepala ke Lissa. Dia pandang wajah Lissa sebelum sondong ke tepi telinga gadis itu.

              "Sesuatu terjadi pada tugu penanda di sebelah selatan lewat malam tadi. Ianya telah dimusnahkan oleh sesuatu. Aku tak tahu dengan siapa dan macam mana, tapi ianya dah musnah. Dan itu bermakna banteng pertahanan Zon Merah dalam keadaan bahaya."

Lissa menganga terkejut sampaikan dia menahan nafas bila pun tak tahu.

              "Selain tu....rakan Vlad. Silas telah terkorban semasa berjaga di kawasan penanda tu.."bisik Star lagi.

              "Apa dia!?"bulat mata Lissa.

              Star curi-curi mengerling ke Puan Carolina   sebelum kembali memandang Lissa. "Kita tak boleh bertangguh lama-lama Lissa. Kau kena tolong aku jugak."

Dengan kening berkerut susah hati, Lissa pandang wajah serius Star sebelum memandang ke arah mamanya yang sedang memandu.

Now what!?Mama dia ajak keluar dari sini bersama.

Sekarang Star terdesak untuk dapatkan bantuan?

         "Kita bincang lagi lepas mama aku selamat berangkat..."bisik Lissa perlahan. Tak apa!Janji mama dia keluar dari sini dulu. Hal lain kemudian cerita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience