Rate

Part 73 : Bantuan

Vampire Completed 6708

Dua Strigoi muncul dari belakang Vlad semasa lelaki itu tidak sedar akibat sibuk mempertahankan rakannya yang hampir di bunuh oleh Strigoi yang lain. Tidak dapat mengelak tepat pada masa yang tepat, leher Vlad di cengkam oleh Strigoi pertama sebelum tubuhnya di tarik ke belakang dengan Strigoi kedua.

KEDEBUK!

Badan Vlad jatuh dengan kuat ke atas tanah dalam sekelip mata.

Dalam keadaan terbaring itulah baru Vlad Nampak akan Strigoi yang mahu membunuhnya. Dia cuba angkat tangan mahu mengacukan kuasanya kepada muka Strigoi tu namun terkekang apabila Strigoi satu lagi menghempap badan dan memegang kedua belah tangannya. Buatkan Strigoi kedua ambil peluang mahu memulas kepala Vlad.

Sesaat sebelum Strigoi itu memulas kepala Vlad, satu kelibat muncul mengejut dari depan badan Vlad yang dihempap. Strigoi yang menghempap badan Vlad juga terangkat ke Udara sebelum ianya terbelah menjadi dua bahagian.,

SPLAT!

Darah terpercik ke merata arah.

Memeranjatkan Vlad yang sedang bergelut di atas tanah. Dia tak sempat nak proses apa-apa sebelum tubuhnya di tarik bangun dari situ dan Strigoi kedua yang berniat mahu memulas penggal kepalanya di terkam dari belakang sebelum sesuatu berkepala serigala meratah habis leher itu hingga terkoyak kulit di leher tersebut.

Menahan nafas Vlad melihatnya. Dia toleh ke belakangnya lantas bersua muka dengan mahkluk berbadan manusia tetapi berkepala serigala dengan mata terbutang luas. Mahu luruh jantung dari tangkainya.

         "Vlad~!"suara Klaus melaung tak semena.

Dan belum sempat Vlad mahu menoleh, mahkluk separa serilaga separa manusia itu berdengus. Menghadang depan Vlad dengan tangan berkuku serigala.

Kening Vlad mencerun tajam apabila melihat mahluk didepannya kerana kehairanan. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya waktu itu. Kenapa mereka ada disini?Bagaimana mereka boleh tiba disini?Kenapa dengan hybrid di depannya!Namun banyak-banyak soalan yang ada..

         "Siapa yang hantar kau orang ke sini??"dia tanya kerana tahu apakah mahluk di depannya. Namun tidak tahu bagaimana mahluk berbahaya ini boleh muncul di sini.

         "Putera Mahkota Micah."

         Salah dengar ke apa ni?Celah mana pulak datangnya putera mahkota ni!"Apa dia?"

Waktu itulah sekumpulan hybrid muncul dari pelbagai arah berdekatan dengan tempat Vlad sedang berdiri. Ada yang berdesup laju berlari, ada juga yang melompat tinggi di Udara. Merempuh setiap Strigoi liar yang sedang menggila.

Membutang mata Vlad dia lihat kelibat mahluk hybrid itu. Sementara rakan sepasukan Vlad ada yang melompat dan menjerit kecil dek terperanjat dengan kemunculan tiba-tiba tersebut.

          "High Council Vampire telah tumbang di   ceroboh Strigoi. Lord Dragomir bersama dengan yang lain telah terkorban. Putera Mahkota Micah menurunkan titah untuk tuan hadir ke High Council secepat mungkin untuk lapor diri. "

Untuk beberapa saat, makluman yang disampaikan itu buatkan Vlad kejung membatu. Dia begitu terpempan. Tak mungkin! Putera Mahkota telah munculkan diri!?Selepas apa yang berlaku, vampire diraja tak guna tu baru nak ambil keputusan untuk masuk campur?

Jenaka apakah ini!?

         "Tak mungkin Lord Dragomir terkorban!Beliau merupakan vampire terkuat dalam abad ni.bagaimana dia boleh terkorban!"geleng Vlad mahu mencari kelibat Klaus. Namun rakannya tidak dapat dikesan dalam kekecohan di tempat pertarungan yang dibanjiri dengan Strigoi dan para hybrid. "Di mana putera mahkota sekarang?"dia kembali memandang mahluk hybrid di depannya semula.

           "Sesuatu telah terjadi, jadi baginda undur diri untuk selesaikan sesuatu. Sementara kami di sini menguruskan ke semua Strigoi di sini, tuan perlu hadirkan diri ke High Council bersama pahlawan vampire yang lain..."

Semua ni tak mungkin terjadi!

Lord Dragomir telah mati?Adakah Lissa sedar mengenai kejadian ni~!

Bagaimana dengan ayahnya di sana!?

Begitu bergelutnya Vlad waktu itu hendak membuat keputusan. Dia begitu marah dengan kenyataan bahawa bantuan diberi setelah semuanya terjadi!Dan sakit hati kerana dia    dirinya serta ahli kumpulannya yang lain tak dapat nak menangi peperangan ni jadi dia terpaksa juga menurut!

        "Vlad!"dua orang rakan lelaki itu muncul dalam keadaan tangan dan wajah berlumuran darah. Masing-masing kelihatan begitu ketakutan.

         Kepala Vlad berpaling pantas ke kanannya. Memandang wajah cemas mereka dengan kening berkerut. "Ada apa?"

         "Hibrid!?"tunjuk mereka cuba menjauhkan Vlad dari mahkluk separuh manusia dan serigala itu. "Apa mereka buat dekat sini!"

        Rahang Vlad berketik menahan sabar saat berkata. "Putera Mahkota Micah ambil keputusan untuk hulur bantuan selepas High Council Vampire Tertua berjaya ditembusi. Dan kini semua orang di situ telah terkorban. Mereka di hantar oleh Putera Mahkota Micah sebagai back up!"jelasnya.

        "Putera mahkota?"bingung-bingung mereka pandang Vlad.

         "Hah?Kenapa?"

        "Klaus dengan yang lain ada dekat belakang sana menghadang jeti supaya tidak di ceroboh mereka sebelum hybrid-hybrid ni bunuh semua Strigoi dengan mudah. Kau tak apa-apa?"

         Vlad kembali memandang hybrid di depannya. Of course la dia tak apa-apa. Kalau hybrid ni nak bunuh dia, dah lama dia tak berdiri dekat depan mereka."Kita perlu berundur sekarang. Arahkan kepada Klaus dan yang lain untuk kembali ke Bangunan High Council..."arahnya mahu tak mahu.

         "Semuanya telah terkorban?Kalau macam tu, ianya bermakna Lord Dragomir dia-"

         "Cukup...panggil semua untuk berkumpul semula. Tentera diraja akan ambil alih."tegas Vlad menjeling ke arah mereka.

Teragak-agak hendak menyahut, mereka pandang Vlad dan hybrid menakutkan silih ganti.

         "Baik!"

Tak guna betul!Tunggu aje la nanti!Dia akan cari tahu siapa putera mahkota tu dan buat perhitungan dengan lelaki tu. Berani-berani tunjuk diri disaat semuanya dah menjadi keruh!Kenapa masa mereka semua terdesak perlukan bantuan, tiada sebarang bantuan tiba!?

Vlad berdengus kasar sebelum berdesup laju pergi dari tempat pertarungan tu.

Wow

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience