Rate

Part 42 : Curiga Bukan Tuduh

Vampire Completed 6708

Dah kenapa sengih-sengih macam tu dekat dia.

           "Kau kenapa pandang aku macam tu?"pandang Lissa atas bawah kehairanan.

Star petik jari. Buatkan cahaya serta merta memerangi seluruh ruangan itu dalam sekelip mata.

          "Untuk pengetahuan kau, kita ada tali barut dalam Zon Merah ni. Orang yang bantu dalang ni jalankan operasi mereka untuk menculik dan mendapatkan darah Strigoi yang berkeliaran dalam Kawasan Terlarang. Dua hari semalam aku dengan yang lain serta pahlawan vampire buat rondaan. Dan berjaya menangkap beberapa penceroboh dari Zon Biru yang dah berubah menjadi Strigoi. Mereka adalah manusia yang berubah menjadi vampire. Itu bermakna kita dah tak ada masa yang banyak..mereka benar-benar sedang membina tentera menggunakan vampire Strigoi untuk menentang vampire Moroi."dia ambil tempat di atas sofa lalu membuka buku tebal berisi sihir dan serampah pentagram tu. "Yang hairannya kita orang tak boleh kesan siapa yang benarkan penceroboh masuk ke sempadan Zon Merah. Sedangkan waktu tu ada aje pengawal yang sedang berkawal. Nampak tak, ada yang tak kena dekat situ?"

Sambil memerhatikan Star menyelak helaian muka surat buku itu, Lissa di situ langsung tak bergerak. Cuba hendak fahamkan apa yang Star cuba hendak sampaikan.

         "Jadi aku syak, vampire dekat sini yang beri kerjasama pada manusia di Zon Biru untuk menjatuhkan pemerintahan High Council Vampire Tertua di Zon Merah..."

         "Tapi kenapa kita kena intercept dulu sebelum Vlad?Kan lagi bagus kalau Vlad yang uruskan semua ni?"

          "Sebab aku tak percaya kan   vampire..." senyum Star dengan meleret. "Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun percayakan pada mana-mana vampire sekalipun dia orang banyak membantu dan beri kerjasama yang baik....siapa tahu, one day vampire sendiri yang akan tikam belakang golongan sejenis mereka sendiri."bunyi selakan demi selakan kertas bergema dalam bilik tu setiap kali Star membelek helaian buku tersebut.

Sentap Lissa bila Star mengaku macam tu?Takkan la Star pun tak percayakan dia?Lelaki tu hanya gunakan dia saja ke?Bila dia dah tiada gunanya, pasti Star akan membuang dirinya ini begitu saja!?

           "Kau nak cakap yang salah seorang dari vampire yang menjadi pengawal sempadan pada hari tu yang buka laluan untuk menceroboh masuk ke Zon Merah?"

           "Ya..."Star menyising lengan baju kemejanya hingga ke siku. "Kawasan sempadan Zon Merah sebenarnya di kawal ketat oleh kumpulan vampire dari High Council Vampire Tertua. iaitu kumpulan Vlad sendiri...dan beberapa hari ni jugak aku perhatikan ada beberapa orang pelajar kerap tidak hadir ke akademi....terutama sekali Klaus. Geng Vlad.."

           Menahan nafas Lissa bila dengar. Klaus!?Teman lelaki Norah? "Klaus tu vampire?"

           "Apa kau ni...memang sah la Klaus vampire.."Star berdengus kecil hendak ketawa. "Dah berapa lama kau belajar dekat sini sampai tak tahu nak bezakan mana vampire mana manusia?"

           "Hah?"Tak!Tak mungkin. Geleng Lissa begitu tergamam. Dia pandang kepala Star dengan gerun. Teman lelaki Norah adalah manusia biasa. Selama ni itu yang dia sangkakan. "Kau nak cakap yang Klaus selama ni adalah vampire?"kawan dia sendiri yang cakap Klaus adalah manusia biasa selepas Norah dan Klaus mula bercinta!

            Perlahan-lahan kepala Star yang sedang tunduk itu mendongak ke Lissa. Lelaki itu pandang Lissa dengan kening berkerut. "Kau ni memang tak tahu atau buat-buat tak tahu? Klaus adalah vampire, Lissa. Sejak berkurun lama lagi."

Terbutang kaku mata Lissa apabila dia menahan nafas kerana terkejut.

Apa yang berlaku sebenarnya?Kenapa dia baru tahu tentang hal ni?

Tidak tahu hendak katakan apalagi, Lissa diam membatu merenung tepat ke tatapan Star.Serius dia memang tak tahu!Sebabnya dia tak boleh nak cam mana satu vampire kerana ciri-ciri yang ada pada Klaus seperti manusia biasa.

Adakah Norah tahu mengenai identiti Klaus tu?

       "Kau nak kata Klaus adalah pembelot tu?"

       "Aku tak tuduh...cuma curiga. Sebab selain Klaus dia aje yang jarang munculkan diri dalam akademi sejak berita mengenai peperangan antara dua zon tersebar..." beritahu Star. "Buktinya, pada malam kejadian berlakunya kes pertama dimana Strigoi mula berkurangan, Klaus adalah orang yang bertugas menjaga sempadan pada hari tersebut.."

Lissa kejung. Bulu roma dia tegak meremang. Tak mungkin la apa yang dia fikirkan ni betul! Norah tak mungkin orang yang bersubahat dalam skema ni. Kawan baiknya itu terlalu penyanyang untuk menjadi mangsa kejahatan!

        "Kita fikirkan hal tu kemudian. Sekarang, ada sesuatu yang aku nak mintak dari kau. Aku ada baca buku yang kau berikan pada aku dekat kedai buku hari tu...dan aku terjumpa sesuatu yang menarik..."Star berhenti di satu muka surat. "Sihir Penjejak."

         Menung Lissa tersentak. Dia pandang Star yang sudah kembali memandang buku tadi. "Kau nak jejak siapa?"

        "Aku nak jejak vampire asal yang berikan darah dia orang untuk dijadikan posyen ajaib tu la..."

         Lissa ambil tempat di samping Star lalu tunduk membaca tulisan sihir purba di dalam buku tu. Keningnya berkerut-kerut. "Macam mana kau nak guna sihir ni?Guna pada vampire?Atau..aku?"

Star menggeleng kepala.

         "Pertama sekali aku perlukan kau untuk dapatkan maklumat dari pelajar akademi. Pelajar vampire terutama sekali. Dari mana dia orang dapatkan bekalan darah harian dia orang. Menurut siasatan kita orang, kebanyakan mereka yang menjadi Strigoi di sini adalah kerana kekerapan mereka dapatkan bekalan darah di suatu outlet tu."

          "Ada beratus outlet pembekalan darah dekat daerah ni Star. Takkan kau nak selongkar satu-satu?"Lissa pandang tak percaya ke Star.

          "Sebab itu la aku suruh kau tanya. Tempat paling kerap vampire dapatkan bekalan dia orang dekat mana? Lepas kita dapatkan maklumat tu, kau akan tolong aku dapatkan darah dari mereka pulak."

Star letakkan buku ke atas riba Lissa. Lalu Star sondong merapat ke Lissa untuk tunjuk pada tulisan purba dibawah rajah vampire Strigoi atas muka surat tu.

          "Tengok ni. Dinyatakan bahawa menggunakan darah milik vampire, sihir ini boleh memanggil vampire tersebut dan menjejak keberadaannya di mana. Tidak kiralah vampire itu masih hidup ataupun sudah mati. Apa yang penting, darah tersebut perlu digunakan sebagai bahan perantara semasa ritual sihir penjejak dijalankan."baca dia.

          Sambil berkerut kening, Lissa tunduk ke buku. Dia pandang hujung jari Star yang sedang bergerak dari hujung ayat ke hujung ayat saat lelaki itu membaca tulisan purba untuknya. "Apa akan jadi kalau kau guna Sihir Penjejak ni?"Lissa pandang ke Star yang begitu dekat dengannya.

           "Kita boleh jejak Strigoi yang jadi mangsa culik tu, kita boleh tahu dimana lokasi mereka ektraks semua darah-darah ni dari situ kita boleh tahu siapa dalang sebenar peperangan kita..dan hentikan rancangan dia orang."Star pandang ke Lissa, buatkan mereka bertemu muka antara satu sama lain.

Untuk seketika mereka saling bertentang mata. Tanpa mengatakan apa-apa. Mata masing-masing bergerak kanan dan kiri meneliti mata antara satu sama lain. Lissa pandang mata Star, Star pandang ke mata Lissa. 

         Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan idea Star yang ini. Lissa bertanya."Apa yang aku kena buat kalau macam tu?"Dia harap sangat Norah takkan dalam bahaya gara-gara Klaus. Dan harap-harap Klaus tiada kaitan sama sekali dengan semua ni!

         "Simple je..."senyum Star sambil selak anak rambut Lissa ke belakang telinga. "Aku janji kau takkan dalam bahaya."

Berkerut-kerut kening Lissa waktu itu. Ini bukan soal keselamatan dia. Ianya mengenai keselamatan Star! Dia tak boleh biarkan sesuatu menimpa Star. Dan kini tiada lagi jalan untuk dia berpatah balik. Sama ada betul atau tidak keputusan dia berpihak pada Dhampir, Lissa telah pilih yang dia akan tetap membantu Star untuk menghalang peperangan ni dari berlaku tak kira la ayah dia halang atau dia yang dalam masalah nanti!

            "Apa dia tu?"

            "First thing first..."Star mula memberitahu Lissa perancangannya satu persatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience