Rate

Part 24 : The Book

Vampire Completed 6708

Sambil diekori dari belakang, Lissa bawa Star menyusuri laluan bawah tanah tempat simpan buku lama. Mereka turun anak tangga batu yang berpusar itu sehinggala tiba di tingkat bawah.

Sepanjang perjalanan itu Star diam perhatikan belakang kepala Lissa. Dia tertanya-tanya kenapa Lissa tak cakap apa-apa sejak gadis itu membantu dirinya sembuh dari cedera?Kemudian dia tertanya-tanya kenapa malam tu vampire serang Lissa. Bukan ke Lissa ni vampire jugak?

         "Buku apa yang kau nak cari?"tanya Lissa ketika dia pusing menghadap Star.

Mata Star menatap terus ke mata Lissa. Terkedu sekejap sebab dia tidak menjangka yang Lissa hanya pandang dia dengan tiba-tiba begitu.

          "Buku tentang cara nak hapuskan vampire dengan kuantiti yang banyak.."kedipnya selepas itu.

Huh?Hapuskan vampire?Lissa pandang tidak berkedip akan Star. Seriau dia dengan suara serius Star.

           Tidak cakap banyak Lissa terus gerak ke salah satu rak yang ada di situ. Dia tilik satu persatu buku tebal di situ sehingga la jarinya berhenti di sebuah buku bersaiz gergasi dal rak tu.  "Dekat sini cuma ada dua buah buku je yang simpan maklumat pasal vampire.."dia keluarkan buku berat itu dari rak. "Buku ancient ni susah nak dapat."

Star perhatikan sahaja Lissa sehingga la gadis itu letakkan buku tadi atas meja kayu di tengah ruang bawah tanah tu.

           "Kenapa ada dua je?Mana yang lain?" sambil tanya tu dia gerak ke sisi Lissa lalu topang tangan kiri di atas meja tu. 

           "Thalia beritahu kebanyakan buku tentang vampire dimusnahkan oleh raja vampire sendiri sebab tak nak biarkan manusia biasa cari tahu akan kewujudan mereka...itu dulu la...rasanya sekarang tak ada gunanya pun."jelas Lissa semasa selak muka surat buku di situ satu persatu. "Vampire boleh di bunuh sekiranya seseorang tu cukup kuat untuk melawan mereka."

Selepas hampir suku muka surat di selak Lissa berhenti.

            "Ni...."beritahu Lissa sambil tunding jari pada tulisan yang ada di muka surat tu. "300 tahun yang lalu, rahsia penggunaan sihir ni jarang di pratikkan sebab terlalu berbahaya. Dan memerlukan kemahiran yang berpengalaman untuk kuasainya. Dan bukan semua Dhampir boleh gunakan Teknik ni.."

Selamba yang bersahaja, Star merapat ke kanan Lissa dan tunduk membaca butiran di buku tersebut.

           "Mana?"soal Star.

Terkejut Lissa bila muka Star begitu rapat dengan muka dia. Takut Star tak selesa punya pasal, dia pun anjak ke tepi.

            "Dah settle eh..lepas ni jangan ungkit pasal kau tolong aku tu.."pamitnya semasa gerak nak jauhkan diri.

Ketika Star sedang baca butiran dalam buku tu, dia capai belakang kolar Lissa dan tarik gadis itu mendekat semula.

           "Belum lagi..."beritahu dia. Lissa di berdirikan semula menghadap buku besar itu. "Semua ni bukan sihir yang boleh hapuskan vampire..ini cuma maklumat tentang cara dindingkan diri dari dikesan vampire.."beritahunya.

Lissa bercemberut. Kolar bajunya di betulkan.

            "Yalah...kau gunakan sihir ni untuk elakkan diri dikesan vampire.. kemudian bunuh lah sekor-sekor masa mereka tak perasan...itu pun tak boleh fikir ke?"jelasnya.

Star kalihkan matanya ke tulisan berangkai di buku itu semula. Dia baca ayat di situ. Sambil tu dia bertanya.

               "Kenapa malam tu vampire serang kau dengan ibu kau?Bukan ke vampire minum darah manusia je?Dia orang tak minum darah sama spesis kan?"

Lissa pandang tepi muka Star. Tersentak dengan pertanyaan tu. Matanya dikebil- kebilkan beberapa kali sebab bingung. Dah kenapa tiba-tiba nak tahu?Bukan Star tak sukakan dia?

              Asal bunyi macam ambil berat je ni?Lissa berfikir sendiri. "Dan kenapa kau boleh ada dekat kelab malam tu jugak?"tanya dia pulak.

Mereka berdua saling membalas renungan ke antara satu sama lain. Mencabar siapa yang patut jawab dulu soalan masing-masing.
 
                 "Bila orang tanya tu jawab...bukan malah di tanyakan semula?Kau memang jenis suka bertanya dari menjawab eh?"

                 "Suka hati aku la. hak aku. Lagipun kau sibuk nak tahu kenapa?"

               "Fine...tak payah jawab."Star tunduk menyambung bacanya semula.

                Untuk beberapa saat Lissa ingat Star kisah padanya. Entah kenapa dia rasa terkilan memikirkanya. Tapi sekejap je la lepas realiti menyentaknya. yalah...Tak mungkin Dhampir seperti Star ni kisah tentang vampire seperti dirinya. Buktinya..ni..buku sihir untuk hapuskan vampire jugak yang di cari Star. "Sebab aku bukan vampire sepenuhnya..." jawab dia mahu tak mahu.Matanya terarah pada tulisan sihir atas buku tu. "Jadi darah aku ni boleh diminum dengan mana-mana vampire..."

               Kepala Star tersentak tegak. Bukan vampire sepenuhnya? "Apa kau cakap?"

               "Janji dengan aku dulu."mungkin kalau dia beritahu pada Star hal sebenar, lelaki depannya ini akan berhenti bencikan dirinya dan takkan cuba hendak bunuh dia berkali-kali?Lissa berduga.

              "Tentang apa?"

              "Apa yang kau dengar ni hanya kau aje yang tahu."Lissa berkerut kening memandang wajah serius Star.

              Sambil membuat muka tak suka, mahu tak mahu Star mengangguk kepala. "Fine. Apa dia?"

Dalam-dalam Lissa menarik nafas sebelum dilepaskan Panjang. Dia anjak ke tepi kepala Star lantas berbisik pada tepi telinga lelaki tu.

Jarak dekat Lissa itu buatkan Star taken aback. Lelaki itu kaku menahan nafas tanpa sedarnya. Dia ingatkan Lissa nak gigit dia ke apa!Rupa-rupanya.

               "Sebenarnya aku ni adalah half vampire. Ibu aku manusia biasa berkahwin dengan seorang lelaki vampire. Tapi hubungan terlarang mereka ketahuan. Untuk melindungi aku dan mama aku, ayah aku terpaksa berpisah. Ekoran kejadian tu, kelahiran aku adalah kelahiran yang melanggar undang-undang dunia vampire. Maksud terlarang tu maknanya, dari darah aku, kuasa aku dan kewujudan aku ni cuma berita buruk..."

Kenyataan tersebut buatkan Star pandang terkejut ke Lissa. Kening itu berkerut sedikit.

           Dia tak tahu kenapa nak beritahu semua ni pada Star. "Sekarang kau dah tahu siapa sebenar aku..."mesti Star akan fikir dia ni menipu dan buat cerita.

            "Kau buat lawak ke apa ni?"sengih Star dengan sinis memandang funny akan Lissa.

             "Nampak aku tengah buat lawak badut ke sekarang ni?"

            "Tak mungkin la. Aku sendiri boleh kesan ciri-ciri vampire dekat diri kau...obviously kau memang vampire...jangan nak buat cerita. Ingat aku nak percaya."Star duduk di atas meja tu menghadap Lissa sambil menyilang tangan ke dada. "Buktikan dekat aku yang kau bukan vampire.."

Lissa mengedip-ngedipkan mata beberapa kali. Bukti?

              "Kalau betul kau half vampire...half manusia. Tunjukkan aku bukti.."

Bau dari badan Star buatkan jantung Lissa berdegup kencang bagaikan nak rak sejak tadi. Acap kali dia menahan nafas untuk elakkan diri dari terus menghidu bau mengiurkan dari Star itu. Namu tindakan dia itu hanya buatkan dia sesak nafas.

              "Nak aku tunjukkan macam mana?Aku tak peduli kau nak percaya atau tak. Dan kau dah dapat buku kau ni. Jadi mulai sekarang berhenti ganggu aku lepas ni..kita dah tak ada hutang apa-apa lagi." beritahu Lissa sebelum bergerak pergi dari situ.

Star di situ memandang langkah Lissa dengan renungan kesalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience