Rate

Part 71 : Terlewat

Vampire Completed 6708

Darah menitis-nitis turun dari dagu, hujung jari jemari berkuku Panjang dan kesan peluru yang perlahan-lahan sembuh sendiri. Kesan dari pertarungan yang terjadi.

Sangat genting dan tegang!

Susuk lampai berpakaian serba hitam sedang berdiri di sana sini dengan tegak setelah mereka selesai bertarung membunuh penceroboh yang cuba pecah masuk kawasan High Council di situ.

Suasana hening di dalam kawasan bangunan mewah tersebut lengang apabila mayat-mayat penghuni tempat itu bergelimpangan atas lantai dan di bawah kaki.

Basah lencun lantai di situ dengan kolam darah merah yang membanjiri tempat tersebut. Bau manusia dan vampire bercampur baur.

Antara ramai-ramai di situ, seorang paling ketara kerana hanya dia saja yang mengenakan kemeja putih tetapi tiada satupun darah terpalit pada pakaiannya.

           "Maafkan kami tuanku...tiada yang  terselamat..."satu vampire berdiri di belakang lelaki berkemeja putih itu.

Dada Micah naik turun mengatur diri untuk kembali tenang selepas bertarung selama 20 minit tanpa henti menentang Strigoi di situ.

           "Bagaimana dengan Lord Dragomir?"kepalanya di palingkan ke bahu kiri.

            "Kami masih sedang mencari jasadnya"

Micah melepaskan hela nafas kekesalan sebelum berpaling. Memandang pemandangan dimana terbaringnya pahlawan vampire yang terkorban gara-gara pertahankan High Council. Rakan-rakan Vlad juga terkorban kerana mereka dijangkiti Strigoi lalu dibunuh oleh para tentera diraja yang dibawa bersamanya tadi.

Oleh kerana pelan dia lari dari rancangan asal segalanya berantakan. Kalau ianya berjalan seperti yang dia pelan, semua ini tidak akan terjadi. Pertumpahan darah tidak akan terjadi. Ayahanda dia telah memberi titah kepadanya awal untuk mengerahkan bantuan ketenteraan, namun dia bertegas kerana belum masanya untuk lakukan hal tu.

Tak sangka pulak firasat dia untuk ke High Council disapa dengan serangan Strigoi!

          "Teruskan mencari..."arahnya.

          "Baik tuanku.."

Lantas tentera diraja yang tersisa di situ mula berlegar sekitar celah mayat-mayat yang ada di situ untuk mengesan keberadaan vampire yang Putera Mahkota Micah mahukan.

Taktala Micah melalui tiga jasad yang tersandar di dinding, hidungnya menangkap bunyi degupan jantung yang sangat lemah dan perlahan. Dengan tenang dia memusingkan badan menghadap dinding tersebut. Degupan jantung itu itu semakin lama semakin lenyap. Cukup memberitahu dia pemiliknya sedang nazak.

Setibanya Micah di sekujur tubuh bersebelahan dengan pengawal tempat itu, terbaringnya Lord Dragomir. Berlumuran darah pada mulut dan bahagian tengah perutnya. Tepi wajah lelaki itu ada kesan kelaran yang dalam.

Ya Tuhan!

Tidak berlengah, Micah jatuh melutut lantas memangku kepala Lord Dragomir.

           "Tuan..."panggil Micah sewaktu tunduk memandang mata yang terkedip-kedip hendak terpejam. Dia dah terlambat!

             Saat itu Lord Dragomir yang nazak tersenyum apabila melihat wajah yang dia kenali sebagai Star Poison sedang memandangnya. Akhirnya...datang jugak. Dia ingatkan tiada siapa akan datang membantu mereka. "Tuanku memang datang..."

            Micah menelan air liur dengan susah payah   sebelum mengangguk kepala. Nampaknya Lord Dragomir dah tahu segalanya. Pasti ayahanda dan bonda dia yang memberitahu segalanya kepada Lord Dragomir."Maafkan saya kerana lewat...ayahanda baru maklumkan kepada saya mengenai permintaan tuan untuk saya ke sini."

           "Tak mengapa.."bisik Lord Dragomir tersekat-sekat sebelum darah keluar dengan banyak melalui mulutnya. "Yang pasti kami berjaya menghalang mereka dari menguasai High Council.."

Micah pandang darah yang mengalir dengan ketapan gigi yang erat. Dia benar-benar berasa devastated melihat keadaan ayah Lissa begini. Kalaulah dia bergegas ke sini dengan segera tadi pasti semua ini dapat dihalang.

            "Tuan telah lakukan yang terbaik untuk melindungi keluarga diraja...jadi jangan risau."ucapnya.

            Air mata mengalir turun dari tepi mata Lord Dragomir. Dia berasa begitu sakit sangat pada bahagian tepi muka dan bahagian kanan badannya. Seakan ada yang membakar kulitnya saat itu. Memberitahu dia ini kali terakhir dia akan menanggung rasa sakit anaknya. "Tolong...jagakan Lissa untuk saya."sebutnya tersekat-sekat kerana nafasnya sudahpun sampai ke penghujung.

Micah perhatikan saja mata Lord Dragomir terkatup dengan perlahan-lahan sebelum tubuh itu menjadi kaku dan berubah kulit menjadi kelabu asap sebelum Meletus menjadi debu-debu halus. Sehinggalah jasad lelaki itu lenyap sepenuhnya, Micah tidak bergerak dari posisi yang sama.

Tak guna betul!

Bagaimana semua ni boleh terjadi!Bukan ini yang dia rancangkan!

            "Alaric..."panggil Micah dengan mendatar.

            "Tuanku..."tidak semena seseorang muncul di depan. Pemilik nama yang dipanggil.

Kepala Micah berpaling lambat ke depan saat dia bangunkan diri dari melututnya tadi.

Tentera vampire diraja itu tunggu dengan setia sehinggalah Putera Mahkota Micah berdiri menghadapnya.

           "Lord Dragomir sudah tiada. Maka dengan ini High Council tiada tunggaknya. Panggil Vlad untuk ambil alih serta merta. Dah kerahkan pasukan Serigala Hybrid di laluan masuk bangunan ini...kita akan musnahkan ke semua musuh yang mengelilingi sempadan Zon Merah malam ini juga."

            "Baik tuanku."angguk tentera itu.

Micah berlalu pergi melintasi Alaric sehingga tiba di mana kumpulan tentera-tentera vampire sedang berdiri memerhatikan langkah majestiknya menanti apa saja arahan yang bakal diberikan oleh dia. Mata merah masing-masing bersinar dalam gelap ruangan itu.

Nampaknya mereka semua memang tidak sabar-sabar hendak gali kubur sendiri?

Haih!

Dia tak sangka yang dua orang itu bakal melaksanakan pelan mereka untuk conquer High Council ni. Sepatutnya mereka berdua jangan tamak sangat...sebab bila orang terlalu tamak mereka biasanya akan berakhir dengan kerugian.

            "Apa yang tuanku mahu kami semua lakukan?"tanya satu suara dingin dari balik ramai-ramai tentera vampire di situ.

Micah berdiri melihat sekelilingnya yang dihurungi berpeluh pasang mata merah dengan tangan di seluk ke dalam poket seluar. Kenalkan, tentera vampire diraja hybrid miliknya. Dia yang jadikan mereka semua dengan kuasa sihir yang dia belajar sebagai Dhampir. Satu vampire hybrid kuasanya bersamaan dengan 10 vampire. Cuba bayangkan kalau dia mempunyai seramai tiga ribu tentera vampire hybrid, apa agaknya akan berlaku pada Zon Merah ni?
 
              "Hapuskan kesemua Strigoi yang kamu semua   temui. Jangan tinggalkan satu sisa pun. Selagi masih ada selagi tu jangan berhenti...jika ada yang menghalang tak kira la manusia biasa atau Moroi sendiri. Hapuskan mereka. Keutamaan kamu semua adalah pertahankan keluarga diraja dan sempadan Zon Merah dari dicerobohi."arah Micah dengan suara yang mengandungi kuasa mind control.

Kuasa yang dia gunakan untuk kawal sikap buas dan liar para tenteranya. Tanpa kuasa dia, kesemua tentera ini boleh menungang terbalikkan suatu negeri tu hanya satu malam saja. Sebab itulah kuasa ketenteraan hanya diserahkan kepada Putera Mahkota Micah. Kalau jatuh ke tangan orang yang salah...bayangkan sendiri apa yang bakal terjadi nanti!

             "Baik tuanku.."suara gumam bergema dengan serentak di tempat itu. Sesiapa yang dengar boleh meremang bulu roma kerananya.

Selesai tugasnya di situ, Micah lalukan tangannya ke Udara, memunculkan satu lingkaran pentagram keemasan di depannya. Ada hal penting yang dia kena uruskan sementara itu. Iaitu buru dua cencorot yang dia cuba buru selama 10 tahun ni. Melangkah saja Micah ke dalam lingkaran itu, suasana berdarah tadi berubah menjadi suasana koridor lengang tiada orang dan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience