Rate

Part 57 : In Love With Vampire

Vampire Completed 6708

Seakan berat Lissa bukan apa-apa buat Star, lelaki itu bersahaja mendarat ke lantai bilik rahsia. Berdiri di situ untuk memeriksa sekelilingnya. Sambil tu Lissa turunkan diri dari Star.

Snap!

Petikan jari kedengaran. Serta merta cahaya muncul di setiap obor-obor yang ada pada dinding bilik tersebut. Barulah terang pemandangan.

        Lissa ikut melepaskan nafas lega kerana dapat melihat dengan jelas semula. "Now what?"matanya mengerling sekeliling bilik tu. Ianya tidak mempunyai barang yang banyak kecuali baldi kayu di penjuru kanan bilik. Serta lingkaran aneh pentagram atas lantai sahaja yang kelihatan di situ.

        "Mana darah tadi?"Star berjalan ke tengah lingkaran itu.

         Lissa mengocek poket hoodienya lantas mengeluarkan botol kaca berisi darah darinya. "Nah."hulurnya dari luar lingkaran tu. Takut nak pijak melepasinya.

          Star menoleh. Ingatkan Lissa berada di belakang dia. Rupa-rupanya bermeter jauh dari dia di luar lingkaran tu. Dah kenapa masih ada dekat situ."Ke sini la.."risau dia kalau Lissa jauh dari jarak gapaiannya.

         "Kau ni memang nak aku cepat mati agaknya kan. Aku tak nak!Kalau aku kena sihir macam mana?Aku ada mama tau nak dijaga."geleng Lissa masih menghulur tangan ke arah Star. Kaki dia memang tidak pijak lingkaran tu.

          "Kau ni kan...ke sini aje la!Tak ada apa-apa akan terjadi."kening Star berkerut tak tahan dengan antic Lissa sejak tadi. "Lingkaran ni tak akan bunuh kau."

          "Macam mana kau tahu!"

          "Aku tahu la.."

          "Betul ni?"Lissa tunduk memandang lingkaran di bawah kasutnya. Takut nak pijak!

          "Ya..."dengan sabar Star perhatikan Lissa  dekat situ. Sambil tu dia tanggalkan sarung tangan dan jaket uniform Dhampir dari badannya. "Lekas ke sini sekarang."

          Seakan sedang meniti di permukaan kaca yang nipis feeling dia, Lissa atur langka penuh berhati-hati setiap kali memijak lingkaran aneh tu. Risau pulak dia bertukar jadi cencorot dekat situ. "Apa nama lingkaran ni?"tanya dia selepas berdiri di sebelah Star.

           Star menggeleng kepala tak percaya semasa mencapai botol kaca dari tangan Lissa dan ditukar dengan jaket dan sarung tangan untuk gadis tu pegangkan. "The Eye. Lingkaran ni akan sokong kuasa aku masa guna Sihir Penjejak tu."jelasnya.

           Erat-erat Lissa peluk jaket Star cuba cari comfort darinya. Yalah. Tak boleh nak peluk tuan punya jaket, peluk jaket pun jadilah. "Kenapa kau cakap dari tadi macam tu?Memangnya berbahaya ke sihir ni?"risau mula bertandang dalam hatinya.

Star menggeleng kepala. Hari tu buku yang dia baca tak beritahu apa-apa mengenai kesan penggunaanya. Apa yang dinyatakan hanyalah penggunaan tenaga dan kuasa yang banyak. Sebab itu dia ke sini.

           "Sihir ancient ni lama tak digunakan...jadi aku tak tahu tahap kekuatannya macam mana. Maybe berbahaya maybe tak...aku tak sure.."Star sinsing lengan baju dia ke siku sebelum berdiri di situ. Sudah bersiap hendak memulakan ritualnya.

Senang aje bercakap kan?Lissa pandang tak percaya ke Star. Memangnya Star ni nak mati cepat ke?lelaki ni tak sayang nyawa sendiri ke?Suka hati buat keputusan tanpa berfikir akan kesan dan akibatnya nanti!?

           "Kita jejak macam biasa tak boleh ke?"Lissa mula teragak-agak. Macam mana kalau sesuatu berlaku pada Star? Kuasa Healer dia bukan ditahap yang maksima, kalau apa-apa berlaku yang melibatkan nyawa dia tak boleh handle sendiri.

            "Shh..."arah Star sewaktu memejam mata. Tapak tangan kiri dia menghala ke lantai sementara botol kaca berisi darah itu tegak di atas tapak tangan kanan. Mulutnya mula terkumat kamit membaca serampah.

Serta merta Lissa menurut. Dia diam saja di sisi Star. Memerhatikan situasi sekelilingnya.

Beberapa saat berlalu. Keadaan masih hening seperti tadi.

Lissa yang semakin lama semakin tidak senang pandang kanan dan kirinya dengan cemas. Terbayang dia kalau-kalau ada hantu melompat depan mereka ke apa kan. Sudahlah dia tiada ilmu pertahankan diri selain menjerit dan menangis, tak ke naya nanti!

Kersik!

Kersik!

Bunyi seperti percikan api dipetik dengan mancis mula kedengaran. Mula-mula perlahan tetapi semakin kuat apabila angin ikut bertiup dari bawah lantai tempat Lissa dan Star sedang berdiri.

Wooosshh!

Melompat terkejut Lissa apabila lingkaran di bawah kaki mereka mengeluarkan cahaya dan satu gelombang berdenyut-denyut mula dirasai sebelum botol kaca tadi terapung di Udara dan seluruh ruang bilik tu bertukar menjadi gelap gelita.

          "Dah apa pulak ni?"bicaranya semasa merapat ke Star apabila keadaan gelap gelita berubah menjadi pemandangan sebuah bas sedang menuju ke arah mereka berdua. "Arghhh!!!"jerit Lissa penuh ketakutan kerana bas itu mahu merempuh mereka. Kalut punya pasal dia terpa Star dan menjatuhkan diri mereka ke tepi.

Star terbaring di atas lantai itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mata lelaki itu masih terpejam dan bibir itu tidak berhenti dari terkumat kamit.

          "Adoi..pinggang aku.."sungut Lissa memegang pinggul tempat ia mendarat semasa jatuh tadi. Apa yang baru berlaku tadi?Kenapa tiba-tiba ada bas?Dia pandang semula ke sekeliling. Pemandangan bas tadi berubah jadi keadaan di dalam sebuah van pula. "Star...apa semua ni?"tanya dia semasa bangunkan lelaki itu dari lantai lalu disandarkan ke badannya. Bila dia pandang ke sekelilingnya, terdapat lapan orang Strigoi diikat dengan rantai besi. Masing-masing tak sedarkan diri.

Rupa-rupanya waktu itu Lissa sedang menyaksikan satu flashback memori pemilik darah yang Star gunakan tadi. Seakan dia berada di tempat tu. Lissa boleh lihat dan dengar apa yang ada di persekitarannya.

Situasi di dalam van itu tiba-tiba berubah menjadi sebuah bilik berdinding kaca. Ada lampu yang terang, mesin dan orang berpakaian putih tapi bertutup litup seperti angkasawan.

          "Oh my god.."lafaz Lissa dengan wajah   tergamam apabila dia melihat di dalam bilik itu bukannya ada satu sahaja tetapi puluhan Strigoi diikat pada katil sewaktu darah mereka di sedut dengan mesin di situ. Ianya begitu mengerikan kerana Lissa melihat jasad-jasad di situ mengerepot kekeringan.

Apa yang dia baru saksikan sekarang ni!?

Masa itulah Star mula tersentak-sentak. Seakan diserang sawan, matanya juling ke belakang menampakkan warna putih, seluruh badan lelaki itu menggeletar kuat seakan dalam kesakitan.

Lah!Apa pulak ni!

          "Star!"panggil Lissa memangku kepala lelaki itu di atas ribanya. "Kenapa ni!"dengan cemas Lissa memegang kepala dan tangan Star hendak tenangkannya. "Bangun Star!Cukup!?"jeritnya di depan muka tu hampir menangis. Dah la tak ada sesiapa dekat sini!

Seperti orang terjaga dari mimpi ngeri, Star membuka matanya. Bertentang dengan wajah mahu menangis Lissa.

           "Thank g-argh!"baru Lissa hendak melepaskan nafas lega tidak semena Star terkam dirinya. Lelaki itu terus menjatuhkan badan Lissa ke lantai. Mencekik batang lehernya sambil menyeringai bengis menayang barisan gigi vampirenya ke depan muka itu. Mata normal lelaki itu bertukar menjadi keemasan! Membutang mata Lissa akibat terkejut.

Tingkah Star yang menakutkan itu seperti vampire yang kehausan!Dia pandang Lissa sebelum merentap kolar baju Lissa hingga terkoyak.

Srap!

           "Star!Hentikannya sekarang!Hentikannya!"jerit Lissa di bawah lelaki itu. Bergelut bagai nak apa tapi tindakannya tiada guna sama sekali. Kekuatan lelaki itu melampaui segala tenaga yang dia ada.

Tidak menghiraukan jeritan Lissa, Star tunduk dengan mulut ternganga menayang gigi taring lalu menggigit bahu kiri Lissa tanpa berlengah.

Terpejam mata Lissa sebab kesakitan yang menjalar di setiap inci badan dia apabila rasa tusukan tajam menembusi kulitnya. Kakinya sudah meronta-ronta!Jeritan yang keluar dari mulut seakan tenggelam dalam gegendang telinga!

Bunyi Star menelan darah yang disedut sahaja yang bergema dalam bilik rahsia itu. Jari jemari lelaki itu mula bergerak turun dari leher ke bawah lengan Lissa sebelum berhenti di belakang bahu gadis tersebut. Memeluk badan itu seperti pemangsa menjerit mangsanya supaya tidak lari!

Sementara Lissa waktu itu sudah kebas seluruh badan. Dia tidak bergerak mahupun bersuara. Pandangan dia hanya terarah pada siling batu di atasnya. Waktu itu fikirannya berkelabut. Tak boleh nak fikir apa-apa. Apa yang pasti Star bukan seperti yang dia sangkakan. Lelaki di atasnya saat ini bukan la manusia tetapi vampire!

Star Poison adalah vampire!

Selama ini dia telah diperdayakan oleh vampire.

Lelaki yang dia sukai selama ini juga adalah vampire.

Setiap bait kata benci yang dihamburkan mengenai vampire juga adalah dari mulut vampire sendiri!

Tidak hairan la kenapa Star boleh melihat dengan baik di dalam gelap!Lelaki ini adalah vampire!

Dan dia dengan bodohnya telah termasuk dalam tipu helah Star bulat-bulat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience