Rate

Part 15 : Event

Vampire Completed 6708

Seperti yang diberitahu Norah, mereka pulang bersama terus ke kediaman mewah kawan Lissa itu. Mereka berdua menaiki kereta yang di pandu oleh driver Norah. Seakan mirip seperti tuan puteri, Lissa perhatikan sepanjang perjalanannya di hiasi dengan kemewahan dan pemandangan yang indah. Lain dari biasa dia selalu tengok kalau balik ke rumah.

Semuanya nampak macam kaya.

Hal Star tengah hari tadi, Lissa biarkan rahsia lepas tinggalkan Star sendirian dalam bilik umum tu setelah bantu sembuhkan lelaki tu. Lepas ni tak ada la hutang dia dengan lelaki tu!

Sesampai saja di rumah agam keluarga Norah yang memang besar bak istana, Lissa disambut oleh butler dan maid dari depan pintu hingga la ke dalam bilik tidur. Segalanya di sediakan dan dibuatkan oleh maid tanpa di suruh.

         "Tadaa...mana yang kau suka..pilih la." tunjuk Norah akan deretan pakaian yang tergantung pada rak khas keemasan di depan Lissa. "Aku ada macam-macam jenis stail dan design. Semuanya custom made dari pereka fesyen sendiri."

Norah capai dua pasang dress labuh, satu hijau mint jenis tube dan lagi satu biru langit jenis off-shoulder berlengan panjang.

           "Ini dress aku pakai sempena hari lahir mama aku yang ni hadiah dari sepupu aku."tunjuk Norah

Lissa yang berdiri dekat depan pakaian mewah di situ jadi rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Yalah..dia tak reti semua ni. Dekat rumah dia selalu pakai baju tidur dan hoodie aje.

            "Uhm...aku tak tahu la Norah."

             "Mmm..."Norah berdiri di sebelah Lissa sambil memegang bawah dagu. "Okay..tak apa. Aku boleh tolong kau pilih..."

             "Sempat ke...bila majlis tu mula?" Lissa pegang sepasang dress bercekak leher warna pink yang tergantung berhampiran dengannya.

              "Sempat je..jangan risau la. Inikan aku."Norah rangkul bahu Lissa memberi semangat.

Lissa palingkan kepala, memandang Norah dengan perasaan tidak enak!Boleh dia agak semua ni bakal memenatkan dia!

Tiga jam kemudian....

Rasa macam nak patah pinggang cuba semua dress yang ada, akhirnya penyeksaan Lissa berakhir selepas Norah berpuas hati dengan pakaian yang dia pilih.

Selepas bersiap mereka mandi dan tukar ke dress yang dipilih sebelum mengenakan solekan ke muka antara sama lain mereka.

Tepat jam 8 malam, Bersama ibubapa Norah, Norah sendiri serta Lissa, mereka pun bertolak ke lokasi majlis yang berada di Blue Zone.

Untuk pertama kalinya Lissa jejak kaki ke sana! Jadi banyak benda yang dia tidak pernah nampak apatah lagi lihat ditemuinya sepanjang perjalanan tu.

            "Cantik kan?"tanya Norah di sebelah semasa Lissa jenguk keluar tingkap limousine itu.

             Bersama senyuman lebar di bibir Lissa mengangguk kepala." Haah..."

            "Nanti kalau ada masa lapang lagi kita keluar jalan-jalan dekat bandar ni." Pelawa Norah.

Tanpa mengalihkan pandangannya Lissa lihat pemandangan bangunan mewah serta manusia yang ramai dekat luar jalan. Kagum dia! Ini rupanya keadaan Zon Biru.

Seperti sedia maklum, Disebabkan itu adalah kawasan berkawalan ketat, untuk masuk mereka perlu melepasi penjaga yang menjaga pintu masuk tempat tersebut. Disebabkan ayah Norah orang berpengaruh dan dikenali, dengan mudah mereka lepas dari sekatan keselamatan itu.

Mulanya Lissa takut sebab mereka ada alat yang digunakan untuk mengesan identiti vampire. Mujurlah masa pemeriksaan tu mereka tidak gunakan scanner, kalau tidak memang tertangkap hidup-hidup dekat situ.

Pemanduan mereka diteruskan sehingga tiba di sebuah bangunan pencakar langit yang gah dan tersergam indah. Selain mereka ramai lagi yang memandu kereta mewah dan berpakaian seperti mana Norah dan ibubapa gadis itu kenakan.

Lissa yang menjadi pemerhati sepanjang masa itu tidak berhenti dari ternganga. Norah di samping, jalan sama-sama dengan Lissa. Merangkul tangan kawannya itu masuk ke dalam bangunan tersebut.

Tempat itu merupakan sebuah galeri terbesar dalam badan Zon Biru. Ianya seakan hotel bertaraf antarabangsa yang dilengkapi pelbagai benda. Chandeliar bergantung di atas siling, lantai berseramik, struktur yang cantik serta rekaan dalaman yang mewah.

           "Kita dekat mana ni?"tanya Lissa sewaktu mereka berjalan di belakang ibubapa Norah untuk masuk ke dewan dimana majlis diadakan.

            "Royal Golden Gallery. Tempat ni adalah tempat termewah dalam Zon Biru. Kalau aku nak kahwin nanti...aku buat majlis dekat sini..hahah."beritahu Norah dengan teruja.

            Lissa yang dengar ikut tertawa kerana sama-sama berkongsi rasa teruja tu. "Beria la kau ni..."

            "Okay girls....behave dan jangan merayau jauh sangat. Kami akan ada duduk di meja depan pentas sana. Selepas ada maklumkan cepat-cepat datang ke situ. Faham?"pesan ibu Norah kepada mereka berdua.

             Ayah Norah lirik dua anak gadis yang ada di depannya dengan senyuman mesra. "Jangan lupa..enjoy yourself..."

             "Okay."angguk Norah dengan gembira. Lissa turut mengangguk kepala. Suka dia pada ibubapa Norah. Mereka sangat mesra dan merendah diri. Tidak menyombong apalagi gah kan diri. Walaupun kaya dan berpengaruh, ibubapa Norah selalu tunjuk sikap yang baik untuk dicontohi. Yang mana buatkan Lissa dapat berkawan dengan Norah tanpa ada rasa insecurity.

             "Okay..off you go now."beritahu ibu Norah memberi izin untuk mereka berjalan sendiri.

Norah yang dengar tak tunggu lama. Dia capai tangan Lissa dan berjalan pergi ke satu arah.

             "Sini Lissa. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.."

             "Ke mana?"tanya Lissa ikut sama berlari anak mengajar langkah lekas Norah.

Mereka berdua jalan mencelah orang ramai di situ sehingga tiba di sebuah kawasan terbuka. Ianya betul-betul menghadap pemandangan malam bandar tersebut.

              "Tengok, cantik kan!"tunjuk Norah apabila mereka berdua berdiri di situ." Kalau nak tengok persembahan bunga api pun cantik kalau dekat sini..."

Oleh kerana begitu takjub dengan apa yang dilihat, Lissa tidak dapat mengatakan apa-apa kecuali menikmati pemandangan di situ dengan perasaan berbunga-bunga kerana gembira.

               "Wahh....cantiknya."

              "Jom kita selfie..."Rose keluarkan telefon dari clutch lalu tarik Lissa untuk berdiri membelakangkan pemandangan tadi ke sebelahnya."Tengok sini Lissa."

Walaupun terpinga-pinga Lissa pun menurut. Dia pandang phone itu lalu beri senyuman lebar.

KLIK!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience