Rate

Part 79 : Busted

Vampire Completed 6708

Carrie termenung panjang memandang gelas berkaki yang terhidang di atas meja makan. Dia sedikit pun tidak meneguk cecair merah pun sekalipun tekaknya sedang dahagakan darah...

        "Kenapa awak tak minum sayang?"tanya Darren di seberang meja.

        "Saya suruh awak dapatkan Lissa bukan?Kenapa sampai ke sudah bayang dia pun saya tak Nampak?"

Elok saja Darren mahu menyisip dalam gelas berkakinya, lelaki itu terhenti seketika sebelum meletakkan semula gelas berkaki itu ke meja semula. Dia pandang wajah cemberut Carrie dengan senyuman nipis.

          "Saya dah beritahu pada awak kan hari tu?Lissa telah dikawal ketat dengan Dhampir tidak guna bernama Star Poison tu.."

            "Dia manusia dan awak adalah vampire Darren..."geleng Carrie kekesalan. Dia menyelak rambutnya ke belakang bahu sebelum menyandang ke kerusi dengan tangan bersilang di bahu. "You can easily beat his ass..."

           Hujung bibir Darren terjungkit apabila lelaki itu dengar. Dia sedikit pun tidak terkutik malahan berkata. "Star terkenal dengan Teknik combat dan kuasa sihir dia Carrie. Sekalipun saya vampire terkuat di sini, melawan Star adalah pilihan terakhir saya"

           "What ever....saya tak peduli. Awak dapatkan Lissa tak kira apa sekalipun caranya."arah Carrie dengan muncung tak puas hatinya.

Pada masa itulah pintu gerbang ruang makan terbuka. Seorang manusia biasa berwajah cengkung seperti orang tidak cukup zat berjalan masuk ke situ.

            "Tuan..."sapa lelaki berambut kerinting di tepi meja dimana Darren sedang duduk.

            Sambil mencapai gelas berkaki berisi darah tadi, ekor mata Darren mengerling ke tepi meja. "Ada apa?"

            "High Council Vampire telah berjaya di tembusi dan Lord Dragomir telah berjaya dihapuskan. Tapi dinding perlindung tidak terhapus. Mereka yang pecah masuk bangunan tu jugak tidak berkhabar...."

             Carrie berdehem."Kalau berjaya tembus sepatutnya mereka dah lama hapuskan dinding perlindung tu Sekalipun Lord Dragomir mati. Kalau betul dah tak ada berita dari mereka di dalam tu, itu bermakna bukan setakat Lord Dragomir yang dihapuskan....dengan mereka-mereka sekali sudahpun di bunuh. Sebab itum la, dinding perlindung tempat tu tak terhapus macam tu aje...."jelasnya.

           Kening Darren berkerut. Dia pandang Carrie dengan muka tak faham. "Kenapa awak cakap macam tu?"

           "Lord Dragomir hanya Ketua Vampire Tertua, dia bukan penjaga sah gerbang kubah pelindung di Zon Merah, sayang. Kan saya dah beritahu. Tiang Utama dinding perlindung ni adalah di dalam asrama Dhampir. Bangunan High Council Vampire tu cuma pintu masuk saja."

            "Benar kata Cik Carrie tu, tuan. Saya telah menghantar mata-mata disekitar kawasan bangunan asrama Dhampir tu. Dan tempat itu sememangnya telah dilindungi satu medah kuasa yang sangat kuat. Hinggakan mana-mana Strigoi yang cuba melepasi dinding tersebut akan terbakar dan cedera tak kira seramai mana yang cuba."jelas pengutus itu lagi.

Sprang!

Habis gelas berkaki berisi darah dalam tangannya tadi dilempar oleh Darren ke lantai hingga terpercik merata darah di situ.

           "Tak guna!Itu bermakna keluarga Diraja Vampire sudahpun ambil keputusan untuk masuk campur?"dengus Darren bernada hendak ketawa. "Selepas berpuluh tahun aku tunggu baru mereka nak muncul?"

          Carrie melirik ke pengutus lelaki tadi. "Bagaimana dengan serangan di sempadan Tanah Seberang?Adakah mereka telah berjaya menguasai tempat tu?"

          Dengan terkejut, pengutus tersebut menahan nafas kerana baru teringat mengenai tempat itu. "Saya terlupa. Maafkan saya tuan...ada hal penting yang tuan perlu tahu?"

          "Apalagi?"deram Darren tak puas hati.

          "Sekumpulan hybrid vam-werewolf telah menyerang kumpulan Strigoi di sempadan Tanah Seberang saat ini. Dan mereka tidak tunjuk sebarang tanda untuk berhenti. Lambat laun mereka mungkin akan tiba di sempadan Zon Biru ini..."

           "Hybrid?"mencerlung kening Darren. "Sekejap-"sesuatu terlintas dalam fikirannya saat itu juga. Dulu keluarganya kalah kerana tentera rahsia yang dikatakan ni. Jadi tentera hybrid ini adalah tentera rahsia tu?Barulah dia sedar apa yang sedang berlaku. "Ah-sh*t!"tidak semena Darren berdiri dari kerusi itu. Dia pandang penuh terror! "Putera Mahkota Micah!"ketapnya terbayangkan muka yang memang dia tidak tahu bagaimana lelaki tu sebenarnya. Apa dia tahu identiti lelaki itu sangat tertutup sehinggakan tiada siapa tahu yang lelaki tu wujud~!Kalau tentera hybrid telah muncul, itu bermakna Raja Vampire sudahpun menurunkan titahnya!

         "Ada apa ni Darren?Putera Mahkota Micah?"Carrie ikut sama bangun dari situ. Dia jadi tidak keruan. Siapa yang dimaksudkan oleh Darren ni!

          Terus Darren mengerling laju ke Carrie. "Kita kena gerak sekarang Carrie..."

            "Ke-kenapa ni?"

            "Kita kena pergi dari tempat ni.."

             "Ke mana?Apa yang dah berlaku ni?"

Darren langsung tak cakap apa-apa selepas itu.

Namun belum sempat Darren hendak bangun, pintu ruang makan terbuka sekali lagi. Dua lelaki bergegas masuk ke situ dalam keadaan cemas.

           "Tuan...masalah besar. Mereka....mereka telah di tangkap."

            Tersentak kepala Darren waktu itu. Mata merah miliknya terbutang kaku. "Siapa yang kena tangkap?"

           "Mereka yang menyumbang dana ke dalam projek kita ni."

           "Siapa pulak yang tangkap mereka?"berderam nafas Darren. Haish! Macam mana boleh ketahuan ni! Tak pernah-pernah dia tertangkap begini!Boleh pulak kedudukan dia terdedah!

           "Sekumpulan Dhampir. Mereka telah menyerbu setiap kediaman dan juga syarikat pelabur. Lambat laun mereka akan tahu kediaman ni Tuan.."sambung lelaki kedua pula.

            Carrie bergegas ke sisi Darren. Merangkul  lengan teman lelakinya dengan erat. "Saya tak suka dengan semua ni sayang!Lakukan sesuatu mengenainya!"desisnya keras-keras.

            "Lepaskan semua Strigoi yang ada. Biar mereka yang sambut semua Dhampir tu..tapi sekejap-"kerutnya tidak faham. "Kenapa Dhampir yang ada dekat sini kalau Putera Mahkota Micah yang tahu terlebih dahulu dekat mana kedudukan aku?"

            Semakin berkerut kening Carrie. "Apa yang awak cakapkan sejak tadi ni!"marah-marah dia hentak kaki sebab kesal kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh Darren.

            "Kalau Micah ketuai tentera hybrid tu      sepatutnya tentera tu yang ada dekat sini..Bukan Dhampir..."Darren masih berdiri di situ mahu mencantum setiap titik putus yang ada.

            "Mungkin Star la tu agaknya...kan dia yang ajak Lissa untuk siasat keberadaan kita. Mesti Star yang arahkan Dhampir tu untuk ke Zon Biru...kan hanya manusia je boleh lepasi zon ni melainkan ada yang benarkan vampire masuk ke sini.."beritahu Carrie. "Cepatlah kita pergi dari sini."

             Darren berkerut kening tak faham. "Sudah. Jangan buang masa lagi. Ayuh Carrie. Kita pergi dari sini!"

Sekali bila mereka mula bergerak ke arah pintu, ketika itu bunyi dentuman kuat kedengaran. Dan deru angin bertiup deras taktala gegelungan lingkaran pentagram muncul dari arah dinding, lantai mahupun Udara secara mengejut.

           Menjerit Carrie sebab terkejut. Dia dengan  kuat mencengkam lengan Darren. "Apa yang berlaku ni!"

Sambil mengecilkan mata kerana sakit di tiup angin yang muncul, Darren cuba pandang apa yang datang menyerbu kediaman peribadinya di situ. Rupa-rupanya lingkaran yang muncul itu membawa seseorang bersama.

           "Long time no see my friend..."senyum Star sewaktu berjalan keluar melepasi lingkaran pentagram itu kepada Darren. "Dekat sini rupanya kau menyorok!"

Terbutang luas mata Darren. Dia mengetap gigi dengan kuat taktala rakan-rakan Dhampir Star turut ada di situ. Dia dah terlambat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience